Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.
Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan episod yang lalu..
“Penimbul! Naikkan penimbul!” kata aku separuh jerit, supaya uda faham langkah berikutnya..
Petua yang kami belajar, jika badan lawan sekeras besi, lawan kan dengan penimbul, biar sama-sama kena, sama-sama sakit, bukan kita je yang sakit!
Dan yang paling mustahak dalam sesuatu ‘perkelahian’ bukan ILMU DALAM, tetapi KETANGKASAN dan TAHAN DIPUKUL!!
Siapa yang lebih tangkas, akan mengawal ‘permainan’ dan yang paling tahan dipukul akan ‘berdiri’ di akhir pertandingan!
Oleh sebab tu, ada pepatah mengatakan ‘kalah jadi abu, menang jadi arang’ bermaksud berkelahi bukanlah sesuatu yang menguntungkan!
“aku masuk pulak eh?” kata pendekar tu dengan suara kepit dan tersenyum..
Dia tumbuk lurus pada uda, uda merendahkan badan dan masuk lebih rapat!
Nampak kecil je uda berbanding pendekar yang setinggi 7 kaki tersebut!
Uda melompat dua kaki kedepan dan berdiri bersemuka!
Uda lepaskan satu tumbukan serangkai ke muka pendekar!
Kanan! Kiri dan kanan!
BAP! BAP! BAP!
Tepat, padu dan jitu bunyinya!
Kali ni, nampak dia berundur beberapa tapak ke belakang! Dan memegang hidung!
“uda! Rentak da! Jaga rentak! Jaga jarak!” kata aku lagi memberi semangat pada uda!
Tak sempat habiskan ayat!
Pendekar terbang melompat ke depan mengadap uda!
Uda di terjah dengan tendangan tomoi dari depan!
Tepat ke dada!
Terpelanting uda ke belakang!
Tiga meter dia tercampak ke belakang!
Uda terduduk dan rebah!
Aku berlari pada uda! Dan aku rasa nafas dari hidungnya!
Pengsan!
Dadanya berombak-ombak!
Hidungnya mengalir sedikit darah!
Kuat betul tendangan tonjol tadi! Mungkin tepat ke ulu hati!
Darah aku naik meruap, tengok uda dua-tiga kali kena pukul curi sebelum bersedia!
Aku berdiri mengadap pendekar tu!
Bukak penimbul, baca ayat terakhir dari ayat qursi! Aku sulam pulak dengan ayat at taubah, mesti bersedia!
Sambil aku bukak bunga tari keris silat jawa, beruleng kepala ke kiri dan ke kanan! Tangan diangkat separas bahu, bagai persembahan wayang kulit!
Kalau mati kali ni, matilah!
Aku tak peduli!
.
.
.
.
.
.
.
.
Pendekar tu tulang tangan dan kaki masih bercahaya!
Dia pun berdiri dengan kuda-kuda yang kukuh!
Dia menanti sambil mengayakan buah siku ke buku ruas, macam pelaga muay thai nak beraksi!
Aku mara rapat, bukak langkah guru tua, 50-50 dalam posisi kaki di tinjit kan kedua-duanya! Tapak rimau kata guru aku!
DIA MULA MENYERANG!!
tumbuk sasar ke perut dari kanan!
Aku tahan dengan tangan kiri!
PANG!
Dan tangan kanan spontan naik lurus ke muka!
PAM!
tepat!
Dalam pada kena pukulan aku, dia beralih sedikit dan masuk dengan sauk dari tangan kiri!
Aku tunduk!
Dia layan dengan lutut kanan menghala kemuka!
Serangan atas serangan!
Fokus! Fokus! Fokus!
Kena dagu aku!
Terhambur aku ke belakang kerana kuatnya lutut yang bersatu dari bawah dagu!
Aku melenting berdiri, dan mengangkang!
Tak bertangguh!
Aku masuk dengan tumbukan kiri ke muka, antara mengumpan dan memukul!
Dia sambut tumbukan aku dengan elakkan keluar!
Aku sambung dengan tujahan siku kiri!
Perut aku dicuit dengan tumbukan kanan pendekar!
Aku kuis pakai tangan kanan dan hadiahkan satu sepakan tonjol kaki kanan ke bawah dagu pendekar!
Tepat dibawah dagu!
Aku nampak dia terdongak ke atas dek kekuatan sepakan percuma ke dagu tadi!
Pendekar mengundur lagi ke belakang!
Dia seolah sedang mengelap darah yang mengalir dari bibir!
Tak pasti itu darah atau liur yang dipaksa keluar dari tendangan tadi!
Dia tersenyum!
Satu terjahan tonjol mengejut seperti yang dibuat pada uda tadi, dilakukan pada aku!
ELAK DAN MASUK!!
Aku dah cukup bersedia!!
Aku lebih rendah! Aku patut guna kelebihan ni!!
Aku sembat rendah dengan ruas buku tangan kanan…
lurus menyasarkan ke alat sulitnya!
PAM!!!
kena lagi!!
Dia terduduk!
Terbit rasa berani dalam hati bila serangan dengan kalamullAh menjadi!
Berdiri aku dalam kalam Allah! Kata aku dalam hati!
“pandai pakai ayat ek?” kata dia mengejek
Dia mula bergerak dua langkah ke kiri..
Dan menghambur pada aku!
Jatuh berguling-guling kami berdua!
Habis kuda-kuda dipatahkan dengan cara rempuh dan jatuh!
Aku berpusing nak bangun!
Satu tendangan padu tonjol, hinggap dipipi kiri!
Aduhhhhhh!!
Berpinar biji mata! Tak hairanlah uda boleh pengsan kena tendangan tomoi dari depan!
Aku cuba bangun lagi, satu lagi tendangan curi hinggap di pipi yang sama!
Aduhhhh!!
Dua kali tepat kena tempat yang sama!
Sakitnya bukan kepalang!
Macam nak tercabut engsel dagu dari soket tengkorak!
Tak boleh jadi!
Bisa meruap naik ke seluruh muka dihinggap tendangan tadi!
Aku melenting bangun!
Dia dah bersedia disisi!
Berulir tangan kanan diatas tangan kiri!
Aku bersedia dengan tangan kanan dan kiri macam nak main boxing, siku dibawah dan penumbuk diatas! Macam perempuan nak bertumbuk!
“wah! Nak main sunting ke?” kata pendekar dengan suara kepit!
Rapat!
Rapat lagi!
Melangsar!!
POM!
Tangan kiri sampai ke dagunya!
Tapak berlari ke kanan!
POM!
sebiji lagi dia kena!
Dia berundur beberapa langkah!
Dia rendahkan badan dan cuba bermain ditanah macam silat harimau!
Badannya seolah separuh meniarap dan separuh bertinggung!
Tangan dibuka menjadi cakar, kaki kiri dan kanan di sebelah sisi rusuk! Siku kanan dan kiri dinaikkan dari sisi badan! Sebiji berupa harimau lapar nak menerkam!
Tangan kanan dan kiri disilang-silang beberapa kali di atas tanah!
Dia melompat dan menerkam!
Aku berkalih kekiri!
Spontan kaki kanan yang didepan, aku tonjolkan kebadan pendekar saat dia masih menerkam!
PAM!
Kena rusuk kirinya!
Dia jatuh berguling ke sisi!
Cara dia berguling sungguh luar biasa! Badan nya seolah seperti sebatang spring yang besar!
Dua-tiga kaki ketinggian berguling dari tanah!
Dia berpusing dan melutut dan masih lagi ditanah! Dengan tangan masih dibuka cakar! Dia menyeringai!
Terkaman dari depan!
Aku elak lagi ke kiri! Malangnya kaki aku dipaut! Gerak aku dah dibaca! Dua kali gerak yang sama! Pasti dapat dibaca!
Aku terduduk!
Di pusingkan dan dipaksa meniarap!
Dan kaki kiri aku dalam relung tangan kanan pendekar!
Kaki kiri aku diangkat tinggi! Seolah akan dikunci!
Aku tujah tendangan ke belakang dengan kaki kanan! Dan aku berputar dengan mengunakan belikat!
Jahanam kalau dikuci! Lebih beruntung kalau pengsan dari sakit dikunci!
Aku pulak bertukar permainan!
Bermain rendah rendang, langkah berpusing mcm si jalak lenteng.. Bunga semasa melangkah penuh tertib seakan sendeng, seakan jantan godang!
Seakan si riak harimau hutan.
Aku melutut dengan kaki kiri, dan kaki kanan bertapak! Dibuka mengadap pendekar!
Mesti dihabiskan kali ni! Aku sulam bacaan yang di ajar pak seli.
~~bismillahilazi la yadhurru~~
Dia terpa dari depan dengan terajang yang padu dan kaki kanan yang panjang!
Aku masuk kedepan dan sembat lagi!
Dia terduduk lagi!
Aku terpa dia pulak dengan kunci kelantan!
Dia sempat melawan!
Berputar putar kami beradu tenaga antara kunci ke kunci!
Lepaskan diri, sambung kunci, lepas lagi, sambung lagi kunci!
Berguling dalam melepaskan diri dari dikunci, dalam masa yang sama, mencipta peluang untuk mengunci!
Sangat sukar!
Badan nya yang gagah, menyukarkan kuncian! Dan tenaganya bukan lah tenaga manusia biasa!
Dan aku nampak peluang!
Aku lepaskan tujah tumit kiri keras ke rusuk pendekar!
Dia mengaduh! Aku sambung dengan kunci pangku mayat!
Dia menghambur kebelakang dalam keadaan yang tak munasabah berdiri setentang dengan aku!
Aku lepas buah tendangan curi ke alat sulitnya!
Dia tak berjaya mengelak!!
Dan tangan kanan nya aku paut sambil direbahkan ke tanah!
Aku masuk dengan kunci sawa berendam!
Kunci yang aku belajar dari rakan gayong!
Berlipat dia dibelakang belikat, dengan kaki kedua-dua nya dalam keadaan mengiring dan terkunci, meninggalkan alat sulit yang terdedah untuk disiku berulang kali!
Dua kali sikuan keras aku bagi ke alat sulitnya!
“ARGHHHHHHHHHHHH….” suara jantannya dah mula keluar! Bercampur dengan kesukaran bernafas, kerana tekaknya dah aku tekan dengan sepenuh tenaga ke tanah!keadaan dia terdongak mengadap langit!
“baiklah, baiklah aku menyerah kalah!” suaranya berbunyi lagi..
Tak bagi peluang!
Aku masuk lagi dengan ayat yang diajar pak seli, ayat baju perang dari tentera selempang merah!
~~la ila ha illa anta, subhanaka inni..~~
“AKU KALAH! AKU KALAH!” suaranya sedikit terpekik jelas seperti lelaki!
Aku lepaskan dia dari kunci!
Dia bangun dan mula berdiri! Dan tersenyum!
“aku mengaku kalah! Kau dah menang! Katakanlah apa sahaja hajat, jika ada!” katanya!
“takde! saya cuma nak balik bersama kawan sahaja!” balas aku, sambil mengelap peluh didahi dengan lengan baju silat! Dan tangan aku tunjukkan pada uda yang terlentang!
“hurmmmmm…… baiklah jika kau tidak mempunyai sebarang hajat!”
“tapi mahukah kau, ku berikan sesuatu?” sambung pendekar tu! Sambil dia membuka ikatan yang seakan bengkong dari perutnya! Dan diserah tangan kepada aku!!
“taknak!” balas aku pendek!
Semasa membalas ayat dari dia, fikiran aku kosong! Cuma nak keluar dari kebun pisang hidup-hidup je! Bila dah sampai di rumah baru aku terfikir balik! Patutnya aku mintak nombor ke apa ke! Hihihi..
“hurmmmmmm…. Jika begitu, pulanglah! Aku tidak akan menghalang! Dan jika berhajat bertemu aku kembali, datanglah di sini sepurnama lagi!” katanya lembut dengan suara yang dikepit
Ahhhh.. Ni semua gila punya kerja! Gumam aku dalam hati..
Aku mula berjalan ke arah uda!
Entah dia pengsan atau tidur, suara berdengkur cukup kuat!
Macam lembu mengeruh!
Bila uda dah bangun, pendekar lampu neon dah ghaib!!
“eh mana dia rip?” kata uda
“sudahlah, mari kita cabut dulu! Nanti cerita laa!” balas aku!
“rip, ulu hati aku yang kena tendang tadi naik lebam laaa…” kata uda sambil bajunya diselak menunjukkan lebam besar disekeliling ulu hati, ditengah-tengah perutnya!
Gais, charachter limit lagi 10k! Nantikan sambungan nya ye?
Final chapter aku submit esok, relax gais… Relax… Aku tak lari mana-mana… Bahahaha
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Hantar cerita dapat duit ke
Jatuh cinta dengan cerita2 anda..
aku tengah khusyuk baca tiba part hujung ada sambungan lagi.. cepat sikit sambung weyhh..
Ye first komen. We cepat aku nantikan sambungan😀😀😀
karya yang mempesonakan.
Padu baq hang!!!…
gileee hang punye describe mase tengah lawan tu. kelakar masa ” macam perempuan nak bertumbuk tu”
Hebat …
Arif …
Pengalaman hebat tidak terduga