Papa and Mama

Assalamualaikum wbt. Saya nak kongsikan pengalaman saya dan kalau diterbitkan, terima kasih banyak2. Sy minat page ni, di mana sahaja saya baca. Saya perkenalkan diri sebagai Yun sahaja lah, haha. Saya ni ada abang kembar, kitaorang kembar seiras dan dua dua lelaki. Cerita yang saya nak kongsikan ni ada kaitan dengan mama and papa jadi saya akan bagi intro sedikit pasal mama and papa. Mama, anak Melayu yang dulunya belajar di China and sekarang ni bekerja di sana juga, Papa adalah muallaf Chinese (Diorng met each other first time di China haha) Tapi kami pandai Bahasa Melayu tau walaupun tinggal di China! ??

Okay, kami sekeluarga ni kebiasaannya ulang alik dari China dan Malaysia setiap kali cuti, perayaan, atau apa sahajalah. Tahun 2015 mungkin, kami umur 14, time tu pulang ke Malaysia, untuk perayaan! Kami tumpang rumah baba (nenek) sehingga lah malam raya ni, keluarga kakak mama pun tidur di rumah baba. Malam tu, ramai sangat orang sampai tempat tidur pun susah nak diatur. Ma ngah (kakak mama) ada anak lelaki seorang, jadi dia tidur dengan kami di ruang tamu, mama and papa tidur di bilik sebelah tempat kami tidur (Cara interior rumah baba agak susah nak describe, maaf) Jadi apa apa kami dengarlah. Bilik orang lain jauh dari kitaorng.

Nak dijadikan cerita, selepas siap masak semua, semua orang tidur dalam pukul 1 atau 2. Tapi papa masa tu katanya lenguh sangat sebab angkat barang jadi papa tidur awal, mama pun teman papa. Saya dan abang serta Khai (sepupu) masih tak tidur, kami makan makan dan cakap masa tu. Tiba tiba, dengarlah kami papa meraung kesakitan. Dalam Chinese pulak dia berkata. Khai memang tak faham lah jawabnya. Kitaorang ketuk pintu bilik tanya kenapa, sebab dengar jugak mama macam resah je duk tanya kenapa kenapa. Lepas tu, mama kata bukalah pintu, kitaorang intai tengok tengok papa sakit sakit sambil nangis pegang kepala dia. Papa tiada penyakit tau, sihat sangat! Mama papah la papa, papa ni dahlah tinggi lampai walaupun kurus kering, tapi kagumnya, mama kuatkan juga diri, kami nak tolong tapi mama dah bagitau suruh buat kan air suam semuanya. Papa duduk dekat ruang tamu, diminum air bacaan semua, picit kepala tu baru lah nampak tenang sedikit. Yang peliknya, orang lain tak terjaga lansung dengan raungan tu, letih agaknya hmm. Papa ni kalau ada yang tak kena, habit dia akan cakap dalam Chinese. Kesian Khai duk terpinga pinga hahaha.

Papa duk bagitau mama “Takut.. takut.” Adelah dialog diorang dalam chinese, papa kata dia mimpi macam ada benda berbulu duduk di tepi dia, lepas tu tetiba dia disergah kuat. Ada sesuatu berbulu pegang papa, berdengus. Papa pun nak tolak “dia” tapi tak boleh gerak. Tiba tiba kepala dia berdenyut  kuat sangat bila benda tu ketawakan dia sebab papa gagap gagap duk baca ayat quran smpai nak naik gila katanya, tu yang meraung China bagai. Dalam tenang tu, papa pun meraung lagi kata benda tu ada dekat belakang mama (mama bertentang muka dengan papa). Mama kata dia dah tau benda tu ada kat situ, mama baca baca sikit lepas tu kata yang, “Dia tak kacau engkau, jangan kacau dia lagi”. Benda tu pun dah takde dah. Yang tegamamnya sebab biasanya mama tak boleh tahan benda macam ni, terus sakit sebab mama ni walaupun ada sixth sense, dia lemah semangat kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Mungkin sebab papa agaknya, dia kuatkan diri juga.

Mama suruh kami tidur, lambat dah esok nak raya, adalah jugak mama bagitau papa kata jangan demam nanti tak jadi raya pula hahaha. Malam tu saya tiga orang tidur dalam ketakutan jugak, kan ada yang teman kitaorang, lari tak jejak tanah lah nampaknya. Kami dengar juga papa duk cakap dengan mama, nak tenangkan diri lah tu. Haih dua orang ni manis tak bertempat, taulah muda ?. Esoknya, bangun persiapkan diri semua, pagi raya tu kan ada buat makan makan keluarga, mama pun cerita lah pasal benda berbulu tu dekat baba dengan ma ngah. Diorang memang tak dengar papa meraung, adui. Baba ada bagitau yang benda berbulu tu hantu raya belaan orang sebelah (jiran, Allahualam). Benda tu memang suka jalan jalan cari makan katanya. Mungkin terminat dekat papa sebab masa tu papa letih sangat, saja nak kacau lah tu.

Selepas kami sekeluarga balik dah tiada dah yang pelik, yang damping ke apa, cuma ada lah satu pengalaman dahulunya. Saya cerita selalu lah ya, tak nak sambung dah huhu.

One time tu, dalam pukul 1 di rumah (di China) papa masa tu keluar beli makanan untuk kami sebab mama demam panas. Kitaorang masa tu baru je umur 6 tahun memang tak tau apa apa. Ni pun ingatan saya and papa yang ceritakan, katanya papa jadi hero hahaha. Masa kami duk main main tu, mama panggil abang. “Zi, jangan panjat, bahaya!!”, teriak mama, macam terkejut apa je. Saya ada dengan abang, eh pelik ni. Kami pun pergi tengok, dalam bilik tak ada orang lansung, hanya mama. Mama tengok pula kami. Muka mama dah pucat, mama pun kata, “Tadi bukan Zi ada dengan mama ke?”. Abang dah geleng2 dah. Mama masa tu muka memang pucat lesi tak boleh nak describe.

Papa pun dah balik, (Time ni saya tak ingat dah, papa yang ceritakan balik) abang bagitau la papa apa yang jadi, papa pergi kat mama yang tengah takut takut dalam bilik tu. Kami nampak lah papa usap mama and bacakan sesuatu. Lepas tu mama tidur je sampai lah ke petang. Lepas je mama sembuh dari demam barulah mama bukak cerita dekat papa. Mama kata abang masuk bilik mama and main main dengan mama, usap mama semua lepas tu pergi main  dekat almari. Abang panjat almari tu, mama panggil la abang lepas tu abang buat muka bengis sangat. Bayangkan, budak 6 tahun mata sepet buat muka marah, macam ju on mama kata. Dahlah abang tu happy go lucky, pelik jugaklah. Macam mana mama ingat tu abang? Sebab tu mama kitaorang kan, lagipun abang ni ada mole dekat mata dia (ikut mama), saya pula ada dekat mulut.

Saya rasa setakat tu sahaja lah ya. Terima kasih sangat sebab baca entry saya. Terpulanglah mahu percaya atau tidak, yang pasti memang benda tu ada dengan kita di mana mana sahaja. Nanti kalau ada yang berminat lagi, saya akan ceritakan pulak berkaitan mama dan orang bunian. Assalamualaikum!

Yun

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 thoughts on “Papa and Mama”

  1. Assalamualaikum, boleh kenalan tak? nanti senang lah nak pegi china. kan Nabi pernah berkata belajar lah walau sampai ke negeri china sekalipun. =) Salam perkenalan daripada saya.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.