Assalamualaikum, pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada pihak admin laman Fiksyen Shasha kerana menyiarkan dua buah cerpen aku dalam laman ini.Terima kasih jua buat para pembaca, atas nasihat, galakan, serta kritikan terhadap dua cerpen tersebut. Terima kasih banyak banyak, selamat berpuasa kepada semua dan selamat…selamat…selamat hari raya aidilfitri 2019.
Ini cerita tentang kawan sepejabat aku,Hambali. Hambali ni duda dan mempunyai seorang anak lelaki yang tinggal bersamanya Naim, berumur 4 tahun. Bekas isterinya meninggalkan dia dan anaknya kerana lari mengikut lelaki lain. Kebiasaannya Hambali menghantar anaknya ke rumah pengasuh dan mengambilnya kembali apabila pulang dari pejabat.
Naim seorang anak yang comel serta petah berkata kata. Kadang kala aku dan isteri akan membawa Naim untuk dibawa berjalan jalan kerana kasihan melihat anak kecil itu yang belum mengerti apa apa akibat perpisahan ayah dan ibunya itu. Tambahan pula aku dan isteri belum mempunyai zuriat, Naim pula tidak banyak ragam dan selesa ketika mengikuti kami.
Satu malam ketika Hambali sedang nyenyak tidur dikamarnya, dia terjaga kerana mendengar suara Naim memanggilnya dari bilik anaknya itu. Memang anaknya itu lebih gemar tidur sendiri dibiliknya yang dipenuhi dengan patung permainan sejak berumur 3 tahun lagi.
“Papa…papa…”panggil Naim lagi.
“Ya adik (panggilan Hambali kepada anaknya itu), kejap ya..” sahut Hambali lalu turun dari katil dan keluar dari bilik terus menuju ke bilik Naim. Di bukanya pintu bilik Naim dan mendapatkan anaknya yang berselubung dengan berselimut.Dilihatnya Naim berselubung sambil menggigil, Hambali kemudianya duduk dikepala katil sambil mengusap kepala anaknya dan meletakkan belakang jarinya ke dahi Naim untuk memeriksa sama ada anaknya itu demam ataupun tidak.
“Tak panas dan tak sejuk pula, kenapa ni adik?” tanya Hambali dengan lembut sambil mengusap usap kepala anak tunggalnya itu.
“Papa, adik tak boleh tidur.” jawab Naim, perlahan sahaja suaranya malam itu. Hambali melihat jam di dinding, sudah pukul 2 pagi. Tidak pernah lagi anaknya berperangai seperti malam itu. Bilik anaknya telah dipasang alat penghawa dingin,jadi tidak mungkin naim berasa tidak selesa sehingga membuatkannya tidak dapat tidur.
“Kenapa adik tak boleh tidur? Adik nak tidur dengan Papa ke?” tanya Hambali dengan nada memujuk.
“Ada ‘orang’ bawah katil adik.” jawab Naim, berderau darah Hambali,terkejut ketika mendengar jawapan dari anaknya itu. Dia melihat disekeliling ruang bilik anaknya yang dipenuhi patung mainan itu. “Selamat, tiada benda yang menyeramkan.” fikirnya didalam hati
“Ish adik ni, tak ada apa apa lah. Papa rasa adik bermimpi ni.” pujuk Hambali kembali.
“ Papa tak tengok lagi, mana papa tahu.” kata Naim sambil memandang wajah Hambali. Dia senyum lalu turun untuk memeriksa dibawah katil anaknya itu. Diselaknya cadar yang menutupi katil itu keatas. Alangkah terkejutnya Hambali ketika itu apabila melihat satu sosok tubuh dibawah katil Naim itu.
Dan lebih memeranjatkan Hambali adalah, sosok dibawah itu menyerupai anaknya Naim! Amat amat menyerupai Naim, sedang berpeluk tubuh serta memandang tepat kearahnya.
“Papa, ada ‘orang’ atas katil adik.” Kata ‘Naim’ yang berada dibawah katil itu sambil menangis dengan menggeletar ketakutan. Hambali yang terkejut melihat semula keatas katil, kosong. Dia lantas menggapai tangannya kebawah katil untuk menarik anaknya keluar. Tetapi tangannya tidak sampai untuk menyentuh Naim. Dia melihat kembali ke bawah katil untuk memastikan kedudukan anaknya. Kali ini Hambali terkejut besar, dibawah katil juga kosong!
Dia mengundurkan kebelakang dan berlari masuk kebiliknya. Dengan cepat dia menguncikan pintu, membuka lampu lalu duduk menyandar di pintu biliknya. Perkara yang merunsingkan dia ketika itu adalah dimana anaknya yang sebenar jikalau kedua dua orang ‘Naim’ tadi menghilang begitu sahaja. Hambali mencapai telefon bimbitnya, dilihat satu mesej yang belum dibacanya. Mesej itu daripada aku petang tadi.
“Hello geng, Naim aku bawak balik kampung isteri aku. 2 hari okay? Selamat membujang.”
Hambali mengurut dada tanda lega, tetapi dia masih dibelenggu rasa seram. Malam itu dia tidak tidur sampai ke pagi kerana memikirkan siapa yang bersamanya di dalam bilik Naim. Selepas dari kejadian malam itu, Hambali akan tidur bersama dengan anaknya dan setiap kali aku dan isteri membawa keluar Naim lebih dari sehari, dia akan tidur di pejabat.
adan rashadi
[email protected]
16 May 2019
8:27pm
Hantar Kisah Anda: fiksyenshasha.com/submit
Weiyh cite apa ni tergantung deng. Pg berubat, cari sapa pnya keja sihir2 tu, pastu sambung story balik kat fs n semua org happy ending.
Terima kasih atas komen tuan, akan saya perbaiki cerpen saya.
awat tergantung sepi…hhaa…singkat sgt…knp bpknye x g berubat ke,cari punca permasalahan ke,kne tmbh scene saspen n keagamaan cket…cm cter munafik tu kn…😌
Terima kasih atas komen tuan, akan saya perbaiki cerpen saya.
Macam pernah baca tp version omputeh.ending je lain
Cerita ni dh bnyk kali repost kat 4chan, reddit etc.. but in English..
kirim salam kat hambali ya
bohsan
Terima kasih atas komen tuan, akan saya perbaiki cerpen saya.
ni kisah fiksyen je sebab tu tergantung, copy paste drpd creepypasta
Terima kasih atas komen tuan, akan saya perbaiki cerita copy & paste saya.
nampak sangat copy paste idea dan cerita omputeh kat internet.
weh,, seram pulak aku nak tengok bawah katil lepas ni..
Idea dari urban legend yang terkenal, ‘Someone under my bed’. Diolahkan dengan idea sendiri yang menunjukkan climax yang tidak dijangka, dan ending yang juga tidak selalu dilihat dalam cerita orang Barat. Very well made. Cuma kalau boleh, tambah lagi sikit suspense cerita tu ya geng. Cantik sudah ni. Improve sikit lagi.
Ingatkan kisah benar. Mohon admin Fiksyenshasha / Penulis buat klasifikasi samada Cerita yg disiarkan Cerpen atau Kisah Benar.
are you so desperate for attention that you need to resort to plagiarism?! pls la