PARADIGM MALL

hi nama aku Aireen. ni adalah penulisan aku yang pertama maaf ya kalau ada kekurangan hehehe
okay kisah ni bermula masa semua orang kecoh dengan mall yang baru di buka di bandaraya JB. Pastinya semua orang pasti tahu kisah bangunan tu kan haaa, tak payah cerita alah pasal bangunan tu sebab satu malaysia dah tahu HAHAHA.

Okay malam tu aku decide nak pergilah ronda mall tu dengan husband aku saja cuci mata tengok keadaan bangunan yang berpuaka tu. Aku pergi sana dalam pukul 8 lebih, ouh ya aku naik motor ya jadi kena parking kat basement jugak ya, kat situ tak seram sangat lah sebab depan belakang ada guard yang jaga. Aku tengok banyak juga motor pada malam tu jadi aku terpaksa park jauh sikit huhuhu satu hal kena menapak pergi pintu utama. Sebenarnya tak plan pun nak tengok wayang tapi macam krik krik je dalam tu almaklumlah tengah hujung bulan poket pun tipis, nak ke pawagam tak silap aku level 5 ouh ya bangunan tu ada 7 tingkat ya. Sampai sana carilah cerita horror tengok ada pun pukul 10:45. Jadi tak fikir panjang terus beli tiket.

Masa tu awal lagi baru 9:15 so pergilah jalan jalan,makan jap sementara tunggu pukul 10:30. sampai kat pawagam ngam ngam dah keluar nombor yang tertera kat tiket so aku masuklah dengan husband aku. masa naik tu serious seram sejuk je sebab takda seorang manusia pun melainkan kami beredua!. hall kami betul betu sebelah toilet

Masa masuk je takda orang langsung. aku dah cuak dah takkan aku berdua je tengok cerita hantu ni dalam hall ni . Aku duduk di seat kedua terakhir dan posisi tengah. Selang beberapa minit masuk 2 orang couple duduk betul betul depan aku, lepastuh dua orang perempuan duduk sebaris dengan aku, belakang aku ada couple dan di hadapan ada 4 orang budak lelaki. Aku menarik nafas lega kerana adalah jugak orang kiri kanan. Sewaktu tayangan sedang bermula time tu lah nak terkencing, aku ajak husband aku ni, nasib dia seorang yang memahami yang wife dia ni penakut HAHAHA. Masa dalam toilet aku nampak ada bayang bayang masuk dan masuk ke toilet sebelah aku, jadi rasa takut tu dah kurang sebab ada orang huhuhu. Bila aku keluar eh tengok pintu rengang je ,berani pula aku nak tolak pintu tu jadiaku pecut pergi kat suami aku yang sedang menunggu di depan.

Habis je cerita tu semua orang berpusu pusu keluar dah macam kambing berterabur sebab lagu akhir cerita tu sangat menyeramkan. Masa tu dah dekat pukul 1. Sunyi sepi keadaan mall tu, aku rasa macam ada mata yang memerhati kami. Aku melilau melihat keadaan sekeliling dan pam aku ternampak kelibat yang samar samar dekat pintu kecemasan, aku cepat cepat peluk laki aku, cakap nak balik cepat. Masa dalam lif tu ada 4 orang termasuk aku, tapi dua orang tu naik ke tingkat atas sebab atas parking kereta. Maka dari tingkat atas tu kami turun ke basement hanya berdua, sampai basement keadaan sangat sunyi sepi. Dalam aku nak menapak ke motor ,aku terasa ada orang meniup kat telinga aku, aku toleh tepi takda apa, sampai saja motor aku nampak ada satu kelibat perempuan berdiri di penjuru basement. Aku terus terdiam dan terus tekup muka aku kat badan laki aku, sepanjang atas motor aku diam je.

Sampai rumah aku tak boleh tidur, terbayang bayang benda aku nampak tadi. ESoknya baru aku cerita kat laki aku, dia kata situ tempat dia memanglah tiba ada orang keluar masuk pula rumah dia terkejut lah.
Jadi kat sini aku nak cakap, masuk tempat orang jaga percakapan sebab bukan kita je yang hidup kat bumi ni dan mereka tinggal dibumi dulu sebelum kita…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 3.8]
ireene

1 thought on “PARADIGM MALL”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.