Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih admin up cerita kedua aku ni. Cerita pertama dulu adalah Pendamping Sahabat 4.
yang belum baca,bolehlah baca yang pertama sebelum teruskan pembacaan di sini.
Terima kasih juga kepada semua pembaca yang support dengan komen² positif dan share. Aku minta maaf sebab ni bukan cerita seram. Yelah, sebab sahabat 4 ni tidak mengganggu dengan menakutkan keturunan arwah tokwan. Cerita seram tu ada tapi nanti aku cerita.
Ada yang komen x perlu mandikan ka dalam cerita lepas, korang ni kelakar la…boleh ja nak aku cerita detail tapi nanti jadi panjang berjela korang pulak malas nak baca kan. So aku ceritakan yang penting saja la. Okay kan? Hahaha. Aku bagi tahu sikit tentang tokwan aku ni, semasa hayat hidup dia pandai berubat. Bukan cara baca mentera ka apa. Dia tahu tentang ubat guna akar kayu. Haaa..macam tu lah.
Okay, Kali ni aku bawakan cerita sahabat 4 lagi yang menjelma dalam bentuk lain. Semua kan empat. So aku perkenalkan yang ni dulu.Aku tidak tahu dia sahabat ke berapa masa mak ceritakan kisah ni sampailah aku yang berjumpa dengan mereka. Tapi kejadian tu aku cerita lepas topik ni.
Untuk kali ni aku ceritakan yang ni dulu ya. Cerita ni penting kerana watak ni akan banyak muncul dalam cerita akan datang selain watak dalam cerita pertama aku tu.Tapi ni kisah sebelum tokwan meninggal. Kisah mak aku dengan abang², adik² dan kakaknya yang nakal². Adik beradik mak aku ni aku gelar dengan paggilan aku terhadap mereka dalam cerita ni okay. Paklong tu abang sulong mak aku, maklang pula kakak mak aku, mak nyang dan pakcik adalah adik mak aku.
Diceritakan mak aku dan adik beradik dia yang lain masa kecil ni sangat nakal. Suka mandi sungai. Panjat pokok dan ponteng mengaji. Nak jadikan cerita, tokwan dah berkali pesan jangan mandi sungai tanpa ada orang tua sebab bahaya.
Tapi budak² kan bukan nak dengar nasihat. Satu hari tu mereka pergi juga ke sungai…sungai tu bukan sungai kecil tapi sungai besar. Nak tau besar mana? P google cari imej sungai muda. Hehehe. Dah tau kan? Okay, so di hari yang indah tu mereka tengah berseronok mandi di sungai, tiba² pak cik aku iaitu adik mak aku yang bongsu lemas. Semua panik tak tau nak buat apa.
Paklong tekad lari balik ke rumah. Okay, ni cerita zaman dulu tau, tak ada moto apa so lari ja la. Tolong bayangkan cerita ni dalam kehidupan zaman dulu² ya. Sementara tu, mak aku dan maklang usaha nak selamatkan pakcik. Tapi tak berdaya sebab dia lemas di kawasan lubuk yang dalam.
Tiba² mak nyang menjerit, “ular! Ular besar! Ada ular besar!!!” Mak dan maklang pusing tengok arah mak nyang tunjuk. Ada seekor ular sawa berbatik kuning yang sangat besar sebesar ular sawa yang telah dewasa sedang berenang renang ke arah pak cik yang tengah lemas. Mak dan yang lain ada di tebing sungai dah pucat dan menggigil.
Risau dan takut memikirkan apa yang ular tu ingin buat dengan pak cik. Adakah pak cik akan di makan? Mak nyang dah menanggis teresak esak. Kemudian mak nampak ular tu membelit pak cik, terus mak cakap ” kau jangan apa²kan adik aku.
Lepaskan adik aku.” Sambil membaling batu. Lepas ular membelit pakcik dengan kemas, mak lihat ular itu membawa pak cik yang tidak sedarkan diri ke tebing lalu perlahan lahan dia letakkan pak cik. Selepas tu kembali ke dalam sungai dan menghilang. Terkejut mak, mak lang dan maknyang.
Kemudian dengar tapak kaki orang berlari, pak long balik ke sungai dari rumah memaklumkan tokwan dan yang lain tidak ada untuk membantu. Pak long kemudian ternampak pakcik di tebing lalu bertanya siapa yang selamatkan pakcik. Mak lang hanya membalas “ular”. Paklong buat muka pelik lalu p tengok pakcik. Alhamdullillah pakcik selamat. Selepas digoncang apa semua pakcik sedarkan diri. Selepas tu mereka berehat sekejap dan balik ke rumah.
Waktu malam tiba, tokwan sudah pulang dari kampung seberang.Lalu semua dipanggil ke ruang tamu untuk berjumpa tokwan yang sedang berbual dengan seorang wanita yang cantik sosoknya duduk bersimpuh di atas tikar mengkuang menghadap tokwan dengan memakai kain batik hitam bersulam corak kuning emas, berkebaya putih dan berselendang putih dengan sulaman kuning keemasan menutupi kepala dan wajahnya.
Kakinya memakai gelang emas di kedua duanya, tangannya putih seperti kapas dan dihiasi eksesori emas. Cincin dan gelang. Wajahnya tidak dapat dilihat kerana dia tidak memandang ke arah mak dan yang lain. Dia hanya memandang tokwan. Masa ni mak ingat perempuan tu anak orang kaya hujung kampung.
Tapi tak pasti sebab tak dapat lihat mukanya. Kemudian, tokwan nampak sahaja anak² dia ada di hadapannya, tokwan berkata “balik lah dulu, aku nak cakap dengan budak² ni. Terima kasih kerana menolong petang tadi.” Kemudian wanita itu menganggukkan kepala lalu bangun meninggalkan tokwan dan anak²nya. Setiap langkah kaki wanita itu bergema bunyi lonceng kakinya. Mengiringi pemergiannya di kelam malam. Tokwan kemudian bertanya kepada anak anaknya, “Kamu semua sedar apa salah kamu?” Semua tunduk membisu. Paklong sebagai abang paling sulong menjawab mewakili semua, “kami mandi sungai tanpa izin ayah. Kami minta maaf. Kami degil.” Tokwan hanya melepaskan keluhan berat. “Cik, kau macam mana? Lepas lemas tadi.” Tokwan bertanya keadaan pakcik. Masa ni mak pelik sebab tak ada sapa bagi tahu tokwan pun yang adik mereka lemas sebab paklong cakap tak ada sapa di rumah masa dia balik untuk mita tolong. Jadi macam mana tokwan tahu?
Tokwan cakap lagi, ” aku ni sayang anak² aku, sebab tu aku tak bagi p main tempat bahaya macam sungai tu. Ni aku ada boleh la aku mita mereka tolong. Aku tak ada? Sapa yang nak tolong. Sudah kita duduk di sini tak ramai orang.” Kemudian lepas tu tokwan bangun, dia ambil rotan, semua kena sebat dua kali. Lepas tu mereka berjanji dengan tokwan tak akan ulang lagi dah. Lagipun, mereka semua dah tak berani dah nak pergi main di sungai. Takut.
Pasal ular tu, mak tanya nenek macam mana tokwan tau mereka lemas dan sapa yang datang jumpa tokwan malam tu, nenek cuma jawab “kawan dia bagi tau dan yang p tolong tu pun kawan dia”. Mak aku yang blur masa tu boleh cakap “kawan ayah ular ka? Kenapa kawan dengan ular? Dah tak da orang ka nak kawan dengan ayah?” Nenek aku gelak ja. Masa ni mak tak tau lagi tokwan ada pedamping. Selepas tokwan meninggal baru mak dan yang lain tau.
Okay, setakat ni dulu aku share ya, nanti aku share lagi. Terima kasih kerana sudi membaca. Harap korang bersabar sebab banyak lagi aku nak cerita. Dan semua ni berkait nanti. Hehehe. Semoga berjumpa lagi. Bye².
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
👍😍
neeeext… tak sabar tggu kisah selanjutnya…
terbaik. nak lagi.
Hehe..lawak tang kawan dengan ular tu pasaipa kan..cam ceta naagin.best!
Kisah ni mirip kisah yg mndampingi saya. Belum masa utk brcrita..
Ini gambar background Fiksyen Shasha (FS).
https://fiksyenshasha.com/wp-content/uploads/2018/02/755788.jpg
Dalam komputer gambar background ini nampak sikit jer — nampak bulan dan ranting kayu.
Dalam telefon pintar aku tak tahu gambar background ini nampak keseluruhan atau tak nampak langsung?
Kepala empunya FS (admin) dah halang/block right click button mouse kerana tak mahu cendekiawan IT cilok page FS.
tak sudah-sudah la kau ni dgn issue “block right click” la nak copy la nak save la apa la. ni dah pasal background image pulak. naik menyampah la. gi main jauh2 please.
next… hehe best2