“Gua Tempurung” dan “Sidai Kain Di Waktu Malam”. Rentetan daripada kisah tersebut, maka bertambah-tambah keinginan yang membuak-buak untuk menyambung serba sedikit pengalaman yang seram tak seram, angau tak angau.
Awal 2002, masa tu hangat membuak-buak semangat nak over time, bujang lagikan. Makanya, lepas pukul 5:30, staff lain beransur-ansur balik. Lama-lama tinggey ler aku dengan boss sahaja. Dia dalam bilik dia ler. Aku kat work station aku. Kami dipisahkan dengan tiga empat buah bilik, jauh jugaklah. Dalam pukul sembilan lebih gitu, boss intercom aku, kabo yang dia dah nak balik. Baiklah bos, pergilah balik.
Punyalah khayal key in data, sedor-sedor dah pukul 11:30 tak silap aku. Ok la aku pon bergegas ler kemas segala bagai. Time tu aku tak terlintas apa-apa pon. Tak takut ke haper ke, positif bebenor. Aku pastikan semua lampu off, pc aku off, make sure office takde orang, kosong memang takde orang langsung!!! Paseynya aku nak ngunci pintu utama. Aku pun kunci ler opissss……… Berlenggang-kangkunglah aku pasey baru teringat ada rumah rupanya.
Sampai je kat traffic light, dekat je jaraknya dengan bangunan, tak sampai sepelaung pon, henpon aku bunyi. Zaman tu henpon Nokia 3210 kira dah glamour ler kan. Tengok ler henpon, nombor opis kat screen!!! Nombor opis yang sememangnya kosong dah takde orang tu korang oi!! Aku tak pikir apa, aku angkat ler dengan naifnya. Setiap dialog ni aku akan ingat sampai bila-bila.
“Hello…” Senyap.
“Hello……hello saper ni?”. Senyap je…
“Hello, kita dah kunci opis la. Terkurung ke. Saper ni?”. Senyap gak. Aku tekup gak telinga ni meneliti saper ler yang call, kot-kot la ada yang terkunci daripada dalamkan, naya aku. Tiba-tiba…
“hums….”. Gitu bunyinya kat talian sebelah sana.
Aku boleh lagi tercangak-cangak pikir siapa plak yang benapeh gitu ghoper. Terus aku letak. Sekali otak aku terus teringat!!!!!!
“Eh ehhh…bukan ke kat opis dah tak de orang. Dah tu saper plak yang telipon ni?”
Aku apalagik, aku off henpon, pecut laaaa tak hengat. Usahkan nak tekencin, nak benapeh pon rasa macam tak cukup udara. Menggigil tak ingat la apalagik. Ni nak kabo, opis aku ni memang tempat tinggey dorang actually. Aku tak tau kenapa dan cemana aku boleh biol benor tak ingat yang situ tempat tinggal makhluk sadis ni. Benda nak jadi, memang kita akan blank mengkeme tau? Pening pon ya gak kadang. Esoknya, aku kabo ke boss aku. Tau apa dia cakap?
“Saya pon pernah kena. Selalu. Saya kan selalu balik lambat, dan saya last person. Dah tutup semua, memang takde orang dlm off. Tapi dia call dari extension saya ni. Bilik saya kan kunci. Kadang-kadang, dah sampai rumah pon. Tetiba ada call in. Siapa? Hahahahahaha”.
Binawe tol. Dia boleh dendiam je tak kabo. Katanya naper tak tanya? Poddah!!
Masa tu, tugas aku ni buat keje-keje admin, maka segala mala perihal ke arah tu, aku ler yang buat. Macam biasa, bil-bil aku akan teliti satu persatu. Nak-naknya bil telepon. Dalam bil telepon, akan tertera segala nombor, termasuk nombor fax lah kan? Satu hari, tengah syok cek one by one, secara tiba-tiba, mata aku ni tertancap kat dua nombor fax yang berulang-ulang. Nombor tu, nombor fax sales office kat Tanjung Malim.
Aku kat HQ Shah Alam. Kecik besor kecik besor aku tenung nombor tu. Bior betui!!! Korang tau kenapa? Sebab setau aku, nombor-nombor berkenaan, line tu, Telekom dah hold. Port fax tu, memang bermasalah sangat. Telekom pon dah banyak kali cuba, tapi masih tak boleh guna, kejap ok kejap tak ok. So, nak solve problem yang memurungkan tu, hold dulu je. So, memanglah tak boleh guna langsung kan!!!
Aku tak puas ati, aku cek thoroughly nombor dan waktu transaction. Korang tau bila waktunya?
Fax out ke HQ dari sana pukul 3:00 pagi dan 4:30 pagi.
Nombor fax lagi satu, fax out ke HQ jugak pukul 3:00 pagi, tapi sampaiiiilah pukul 6:30 pagi.
MASALAHNYA DEDUA NOMBOR TIDAK AKTIF. PORT MEMANG BERMASALAH. Aku bukan cek sekali harung tau, aku cek berkali-kali. Kotlah ada teknikal problem. Kalau dah fax out ke nombor HQ, takkan takde any transaction kat HQ ni kan? Sebab fax kat HQ dan fax di site, memang kami amik pakej together dengan fotostat machine. Dan yang surprisenya, fotostat kat site tu, memang disfunction. Budak-budak site guna fotostat kat Technical Department, kat tingkat atas.
Dan unfortunately, takde fax in kat HQ. At all!!!! Sebab? Sebab aku dok teliti bil telefon untuk HQ jugak, untuk waktu yang sama dan tarikh yang sama. Yang mana kalau bil HQ, kami akan di billed out oleh in house telecommunication subsidiary company. Aku masih lagi mamai-mamai sebab tak percaya. Betul ke nombor ni aktif? Aku tak puas ati, aku call sales office. Nahhh jawapannya memang tak beroperasi dah nombor tu berbulan-bulan. Wayar fax dan potostat mesin pon dah berikat. Sebelum-sebelum ni, tak de la pulak masalah macam ni jadi. Budak sales kat site pon tanya,
“Takkan la ko tak tau port kita ni rosak? Dah tu cemana ada connection?”.
Bangang tak bangang jadinya aku time tu. Nak kata teknikal problem, tak mungkin. Sebab sekali lagi aku bagitau korang, PORT ROSAK. Banyak kali ulang dah perkataan ni. Call Telekom tanya dorang, memang confirm takde talian. Aku cek jugaklah kalau-kalau ada cetakan untuk fax in waktu berkenaan. Tak mungkin, kan ada coz awal-awal tadi aku dah kata, takde receivable transaction in HQ.
Aku bawak bill tu jumpa boss aku, aku tunjuk one by one. Kami tercengang membatu. Boss kata takkan dah lupa kot line tu kita dah hold. Aku campak bill tu kat boss aku. Sudahnya, kami diamkan je. Boss suruh aku minum air, suruh bertenang. Aku biorkan ajer bill tu, bior ler boss settlekan. Maleh aku nak pikir. Serabut!
Kejadian yang lain, tahun yang lain, tak bermakna ler selama perjalanan masa ni takde kejadian, berlaku. Tapi aku tak ingat, kalau citer kang, nanti citer jadi rekaan, tak baik nipu. So story morynya, malam tu stay back, kami bertungkus-lumus menyiapkan tugasan, kami berlapan masa tu tak silap aku. Berlarutanlah sampai tengah malam nak menyiapkan, pasey esok dah nak hantor ke board directors.
Kami betiga dikhususkan fotostat dan combine semua paper dalam folder. Kerja-kerja fotostat tu kami buat dalam bilik secretary. Bilik secretary pulak bersebelahan dengan main meeting room yang mana ada connection entry antara kedua-kedua bilik ni. Bila sebut main meeting room, dah tentu-tentu bilik tu besor gabak kan. Ujuuuunng bilik secretary ada pintu belakang yang menghubungkan terus dengan bilik meeting, ye ler senang secretary nak bagi CEO bahan meeting. Fotostat machine ni kedudukannya selari dengan pintu ujung entrance ke meeting room tu. Ok faham?
Dalam ketiga-ketiga kami ni, salah sorang mulutnya macam tak pernah kena cabai. Dia boleh cakap……….
“Eh takde saper ke nak kacau kita malam ni eh? Dah pukul 12 ni takde pape pon. Boringlah”. Suara si driver berbadan sado memecah keheningan malam.
Aku dengan sorang lagi tercengang-cengang. Aku sempat ler debik dia sebijik. Apehal la mulut macam tu. Tak dan beberapa minit, bunyi pintu ujung untuk ke meeting room tu diketuk kuat, bertalu-talu.
“tok tok tok tok tok”.
Kami terdiam. Aku pandang ko, ko pandang aku. Aku kenyit mata kat bos kecik aku, aku angguk.
“Alaaa En. A, tayahlah nak takut-takutkan kita orang. Kita orang tak takut laaaa”. En. A ni, Head HR. Dia ni memang kaki menyakat. Sakat yang hard core punya.
Lepas tu dia gegor pulak pintu. Masa ni kami tak bercakap dah. Macam kena paku je kaki, tapi masih boleh fotostat. Senyap sunyi. Siappp je potostat untuk satu chapter, kami bergegas ke bilik En. A, jadi kami serkap jarang ler tanya dia, kenapa ketuk-ketuk pintu hujung bilik meeting. Dia kata dia tak ketuk. Dia tak berganjak pon dari bilik dia. Ahhhhhh sudah, memang kita kena main ler. Dengan skala ketakutan yang tak berpenghujung, kami teruskan jugak susun hasil fotostat yang perlu di compile utk subsmission esok awal pagi. Kejam!
Macam-macamlah kejadian, daripada sudu dalam mug tu bergerak sendiri ala-ala mamak tgh bancuh teh tarik sampailah ke tahap menganggu orang solat. Ateeeeeee, tumpo ler wei!!!
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Bahasa jangan tunggang-langgang boleh tak?Sakit mata baca
hahahaha..win ler akk nih story..
sy mmg ternanti2 story mory dr akk..
nnt story lg ler..
btw akk perak tang mana?laki sy org sana..hihi
Haahahah…
Tumpoooo…
Zaman serba canggih…
Benda tu pndi connect line lagi kooo…
Cerita akk ni xpenah x seram n xpenah xklakor ayt nye…senang paham
Hahaha seram tapi kelakar tau! Cite Gua Tempurung je saya tak baca lagi, kena carik balik ni hehe.
hahahahahahahaha seram teman bacenye
Xseram pun
cerita tk menjadi ni…
Part telepon hantu tu pon ko x seram ke?? kental jiwa ko ni bruhh
hehehe.. klako la akak nye penyampaian.. seronok sy baca.. nanti share lg pengalaman k.. kipidap
Aku tk kisah sgt citer ni seram ke tk.. yg pnting jln citer.. gigih jer penulis ni kongsi citer beliau.. siap dgn slang perak beliau sekali.. best.. tu jer yg aku bleh kata…
admin dah publish cerita ni. gaya cerita abg ni pun boleh tahan. seronok baca dlm loghat perak ni
Diva rasa serammm… Diva perlukan seorang lelaki utk dipelukkk…
Love, Diva.
hantu sekarang pon da canggih ye