Pelajar Sekolah Agama di Perak

Assalamualaikum semua. Kabare. Waraskah? Orang kata, kita akan terpengaruh dengan apa yang dibaca or dilihat. Membaca itu bagus untuk mengisi masa lapang & menambah ilmu tapi jangan sampai terpengaruh hingga terbawa2 di dalam mimpi. Hmmm… Aku dulu bekas pelajar sekolah agama dekat Perak. Dekat kampung yang paling selamat di situ. Aku 2nd batch dan mula melapor diri pada tahun 2000. Typical of sek agama mesti ada citer mistik dia sendiri. And lucky for me, sekolah ni mcm ada cycle bila setiap 2 tahun kes mistik ni akan menjadi2. Aku bertuah sebab tahun genap tu adalah tahun aku exam besar.

Sekolah aku ni dulu bekas sawit. Kawasan pon berbukit2. Aspuri akan pergi sekolah dengan menaiki tangga yang nunnnn meninggi. Jenuh la kami menapak setiap hari demi mendambakan secebis ilmu. Patut la aku kurus time sek dulu. Hari2 exercise 😁 Bagi pelajar PMR & SPM, kami ada bilik prep tersendiri. Nak dijadikan cerita, ada seorang kakak senior f5 ni. Dia memang baik tapi suka menyendiri. Suka jalan sorang2. Pi sek, p surau sorang2. Tiap kali malam jumaat, kami akan baca yassin. Malam tu ntah macam mana, jadi histeria beramai2. Lepas sorang, sorang kena. Benda ni memang berjangkit. Bila sekor dah tunjuk belang, yang lain pun sibuk nak tunjuk belang jugak la. Kecoh malam tu bila kena asingkan orang2 ni.

Aku pon turut kena tempias sebab ada yang kena dekat dengan aku. Nak taknak kena tolong jugak la. Ustaz ajar pgg ibu jari kaki pastu baca ayat kursi dan ulang ayat terakhir 3 kali. Nasib baik yang dekat aku tu ok je xde benda. Dia cuma terkejut sikit je dgr orang dok jerit2. Akak yang aku kata suka jalan sorang2 tu pon kna malam tu.

Masa ustaz dok rawat aku pon nyibuk skali nak tengok. Ustaz pon mula dok cakap dengan benda tu. Kamu siapa. Kenapa kamu kacau dia? Kamu duduk dekat mana. Kamu ni Islam ke tak?
Benda tu budak kecik tau. Dia kata suka dekat kakak ni sebab dia baik. Rajin solat sunat, rajin mengaji. Benda tu Islam. Dia kesian tengok akak ni sorang2 so dia pon nak kawan la. Kami yang dengar pon mula kecoh. Orang rajin ibadat pon boleh kena rasuk apatah lagi orang yang macam kami yang tak seberapa ado ni. Huhuhu… Tapi tula ustaz kata. Sejahat2 manusia adalah sebaik2 jin.

Lepas kejadian tu, malam tu jugak diorang pagar sek. Tapi kejap je kekal sebab pagar akan roboh bila orang dalam tak jaga perangai. Dok gelak kuat2… Lepak luar waktu senja. Dok sembang benda bukan2. Memang senang la pagar nak berlubang balik.

Ada skali waktu petang tu aku lepak dekat blk prep f5. Ada nampk lukisan yang akak tu lukis. Gambar dia pegang tangan dengan sorang budak. Tapi muka budak tu creepy giler. Aku dengan kawan2 syak yang tu gambar benda tula. Masa akak tu sembang dengan orang lain kami tekad ambik gambar tu nak bakar.

Aku dengan 2 orang lagi kawan nekad nak bakar lukisan tu. Kami guna lighter tak lut kot. Lukisan tu rilek je macam tak kena api. Dua kali kami cuba tak jalan jugak. Last2 aku cuba baca ayat kursi lepas tu baru la lukisan tu terbakar. Elok je lukisan tu terbakar akak tu jerit.
“Arghhh!!! Sape bakar gambar aku !!!”

Seram siot. Apa lagi, kami pon cabut la. Menggigil-gigil dok nyorok bawah selimut. Masa buat tak pikir skali kena baru tau kecut perut. Akak tu memang mengamuk kat bilik prep. Terpaksa panggil ustaz datang. Ustaz dok baca2, pujuk apa yang patut. Ustaz suruh akak tu minum air yassin tapi dia kata tak boleh sebab pose sunat ritu. Amboi… Alimnya kau. Pastu ustaz paksa jugak minum suruh bukak pose. Boleh pulak dia kata air tu busuk bau longkang. Orang pakat gelak la sebab benda tu memang duduk longkang. Boleh pulak taknak minum. Panjang akal kan.

Benda2 macam ni memang tak boleh layan sangat. Panjang akal & pandai menjawab. Pernah sekali ada kes rasuk. Orang tu kena tahan kat bilik sakit. Datang la cikgu dok pujuk suruh kuar & jangan kacau anak murid dia dah. Boleh pulak dia marah-marah cakap jangan menyibuk. Kau tu dah la andartu, sibuk nak nasihatkan orang. Sian cikgu tu bawak diri kuar bilik. Sampai hati kau hantu, cakap macam tu kat cikgu. Tak berkat ilmu.

Ada skali tu, orang dok kecoh citer pasal ada pekerja mati dalam longkang masa buat sekolah. Dah la longkang tu laluan kami hari-hari. Tempat tinggal benda tu pulak. Tambah lagi dengan khabar angin pasal kematian pekerja kat situ. Lagi takut la kami nak lalu sorang-sorang. Kalau prep malam memang sumer sibuk nak balik awal takut kena tinggal. Takut habis minum malam sama.

Di satu petang yang hening, aku balik dari sekolah bersama geng2ku. Tak ingat pasal apa pi sekolah. Samaada dok sibuk dengan pogram sekolah takpon dok sibuk usha orang. Kami macam biasa jalan sambil sembang & gelak2. Biasa la budak2 kan. Tapi masa tu ada gak rasa tak sedap hati. Masa tengah dok sedap gebang tu, mata ni gatai nak usha longkang. Guess what! Aku nampak tangan kat longkang besaq tu. Apa lagi, sumer pakat pecut la balik asrama.

Lepas tu masing-masing dok buka citer urban kegend asrama. Padahal sekolah tu baru umur 4 tahun. Ada yang kata pekerja mati dalam tangki air la.. Mati dekat longkang… Macam- macam la. Kira tangan yang kami nampak tu, tangan benda tula. Roh dia tak tenteram saje nak tunjuk diri kat kitaorang yang dok lepak tengah2 senja.

Esok masa nak pi sekolah masing-masing takut. Elok je tunggu sumer orang siap. Nak jalan ramai-ramai pi sekolah. Dah nak sampai longkang tu sumer pakat jakan dekat-dekat. Tak berani tengok longkang time gelap-gelap pagi ni. Maklum la, 6.30 dah gerak gi sekolah. Tau pulak takut. Masa balik dah tak ingat citer petang semalam. Slamber je jalan dok gelak-gelak. Longkang tu besar… Nak tak nak memang akan terpandang jugak.

Skali tengok rupa-rupanya ada sebelah sarung tangan kuning di dalam air yang keruh tu. Mati-mati kami ingat tangan rupa2nya hanyalah sarung tangan. Tula cepat sangat terpengaruh dengan citer bukan-bukan. Sarung tangan pon nampak macam tangan πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Hmmm… Rindu pulak zaman sekolah. Masa tu pikir nak seronok je. Satu tips aku nak bagi. Kalau dok asrama, kau kena baik dengan pakcik & makcik dewan makan. Time lapar boleh masok dapor mintak nasi telur mata kicap. Lagi best kalau ritu ada lauk ayam goreng. Boleh la kau bawak balik asrama bungkus dengan plastik sampah. Pastu pau tembikai sebijik dan pecahkannya dari tingkat 1 asrama. Jangan lupa kongsi ramai2 ye.

Sharing is caring. Baru la berkat perbuatan kau tu. Lagi satu, kena baik dengan pak guard. Bonus for u kalau ada abg guard πŸ˜‰ Senang kau nak fly cara sah tak payah lompat pagar. Pastu boleh kirim makanan especially burger daging ramlee cheese leleh. Nyum… Nyummm…

Akhir kata, semoga terhibur dengan kisah hidupku ini. Benda dah lama jadi citer pun tunggang langgang. Andai kata tersalah kata tersilap bahasa. Ampun maaf ku pinta. Adios amigos. Roger & out. πŸ€—πŸ€—πŸ€—

14 thoughts on “Pelajar Sekolah Agama di Perak”

  1. nana, engko tak penah dengar ke mmng cekgu aku pn pnah ada ckp sjht mnusia itulh sbaik gehen. engko skolah smpai mna ha?

    Reply
  2. biasa laa gangguan ni pasti ada kat mane2 sekolah atau asrama atau kolej…….kita jer kena pandai jaga diri….sekian….

    Reply
  3. ayat ”sejahat2 manusia ialah sebaik2 jin” ni everywhere and its totally wrong. kalau ayat tu betul please sertakan sekali hadis mana dalil mana. jgn main sauk je lepastu post.

    Reply
  4. cerita okay n buat teringat zman2 duk asrama dul.,nakal2 kat sana tu memang takkn lari hahah sbb yela time remaja apa jer tak degil hee..cuma tula ayat “Sejahat2 Manusia Ialah Sebaik2 Jin” kita ni ada pegangan so tak boleh main ckp lebih2 tentang alam ghaib ni brkaitan jin sbb kita tak tahu ada dikalangan jin islam yg dipuji Allah mcm mna cerita Iblis dahulu sebelum ianya di laknat dia juga dulu para dikalangan jin tetapi kerana ibadahnya Allah angkat naik satu per satu hingga ke langit ke tujuh dan setiap langi tu ada nma nya tetapi hnya Allah sahaja yg tahu apa yg tertulis di lauthmahfuz..nak lebih lanjut tahu pasal ayat “Sebaik2 Manusia Adalah Sejahat2 Jin” boleh rujuk (al-Rahman [55:31-36]) kesemua makhluk Allah ni ada tanggungjawabnya so hal kecil mcm ni perlu kita ambil tahu takut salah fahaman nnt berat nak menanggungnya nnt..aku hnya berkongsikn apa yg aku tahu kalau ada salah perbetulkn..wallahu’ ..anyway thnks for sharing πŸ™‚

    Reply
  5. saya sekolah kat sini dulu. Saya ada masa ustaz rawat kakak yang kena rasuk tu. dengar bila ‘budak’ cakap puasa. Ustaz balas balik, ‘xpe, puasa boleh minum air.’ lepas dia minum tu lah dia cakap macam air longkang. Histeria beramai-ramai kat surau tu pon saya ada. Saya pon kena ganggu jugak masa belajar kat sana.

    Reply

Leave a Comment