Bismillahirrahmanirrahim. Aku Tom. Aku ada satu cerita pasal seorang tua ni. Aku gelarkan dia sebagai Pak Nin. Aku dapat cerita ni pun daripada kawan kepada orang tua tu. Nak harapkan Pak Nin cerita? memang tunggu kucing bertanduklah jawabnya.
Jenis yang tak banyak cakap tapi banyak tindakan ja. Bila ditanya lebih-lebih terus naik angin. Kawan kepada Pak Nin ni aku gelarkan sebagai Pakcik Ramli. Kisah terjadi kira-kira empat tahun lepas. Lokasinya berdekatan dengan ibu negara. Sebelum tu, aku nak terangkan sedikit hubungan Pak Nin dengan Pakcik Ramli. Diorang ni satu skuad masa rekrut askar. Otai askar menggelar mereka skuad sekupang. Sama-sama di Port Dickson, sama-sama posting ke Sungai Besi. Kemudian terpisah sebab Pak nin dipindahkan ke satu negeri dekat dengan pantai timur. Sejak tu diorang terus lost contact.
Sehinggalah…
Anak perempuan Pakcik Ramli berkawan rapat dengan anak jiran di bawah rumah dia. Terlampau rapat sampaikan kadang-kadang balik kerja tak balik rumah dia tapi balik rumah jirannya tu. Untuk pengetahuan semua, Pakcik Ramli ni duduk rumah flat. Tak ada lif. Satu perangai pelik anak Pakcik Ramli ni, dia punya rapat dengan keluarga jiran tu sampaikan segala duit gaji dihabiskan dengan belanja barang rumah jiran tu. Sedangkan keluarga dia sendiri dia buat tak tahu ja. Masa Pakcik Ramli cerita kat aku tu, nampak raut wajah dia yang agak terasa dengan perangai si anak. Anak Pakcik Ramli ni sebenarnya dah bertunang dan akan melangsungkan pernikahan dengan seorang saudagar karpet dari Pakistan (masa tu). Segala persiapan dah siap. Malam sebelum hari pernikahan, anak Pakcik Ramli tak balik ke rumah. Sanak sedara dah pun sampai. Lauk pauk untuk kenduri esoknya telah pon hampir siap. Pakcik Ramli dengan isteri kaget.
Hari pernikahan pun tiba. Pengantin perempuan masih tak balik. Pengantin lelaki dan keluarganya dah sampai. Para tetamu tertunggu-tunggu nak tengok sang mempelai. Isteri Pakcik Ramli hanya mampu menangis. Cukup 24 jam, laporan polis pun dibuat (mengalir airmata Pakcik Ramli masa cerita part ni).
Di antara tetamu yang datang terselit beberapa kenalan satu skuad Pakcik Ramli. Masa inilah diorang berpakat untuk hubungi kenalan yang lain untuk sama-sama menyertai misi mencari anak Pakcik Ramli. Berita kehilangan tu sampai ke telinga Pak Nin. Tanpa berlengah esoknya pagi-pagi lagi Pak Nin menaiki bas dari utara tanah air terus ke rumah Pakcik Ramli. Satu yang aku suka dengan geng askar (terutamanya orang-orang lama), semangat setiakawan yang tinggi. Sanggup tinggal segala kerja semata-mata kawan yang memerlukan bantuan. Rumah Pakcik Ramli menjadi saksi berkumpulnya kawan-kawan yang terpisah berpuluh tahun.
Petang baru Pak Nin sampai dan bersalam dengan beberapa kenalan kemudin memeluk Pakcik Ramli. Pak Nin cakap, “sabar, Allah nak uji. Anak tu tak jauh. Ada dekat-dekat sini ja.”
Kemudian Pak Nin pun memulakan ‘ritual’ untuk menjejak anak Pakcik Ramli. Jangan tanya aku macam mana ‘ritual’ tu berlangsung, sebab aku tak ada dekat sana. Dipendekkan cerita, tengah malam tu anak Pakcik Ramli telefon. Beritahu lokasi tempat dia disorokkan.
Ketika sampai di rumah, keadaan anak Pakcik Ramli macam orang bodoh. Macam blur. Tak kenal sesiapa walaupun mak ayah dia. Lagi bertambahlah tangisan isteri Pakcik Ramli. Pak Nin sediakan air jampi untuk anak Pakcik Ramli minum dan mandi dan beberapa ayat amalan.
Esoknya Pak Nin terus berangkat pulang. Pak Nin pesan pada Pakcik Ramli, “jangan risau, lagi dua-tiga hari ingatan dia akan pulih. ada apa-apa nanti aku mai lagi”. Apa yang Pak Nin cakap tu memang betul. Lepas tiga hari, ingatan anak Pakcik Ramli pulih. Menangis dia peluk kaki Pakcik Ramli sambil mintak maaf.
Tapi hati Pakcik Ramli tak puas. Dia nak tahu jugak siapa punya angkara. Apa yang didengkikan sangat dengan keluarganya. Sampai dimalukan macam ni. Pakcik Ramli mendesak Pak Nin berkali-kali di telefon.
“Nin, tolonglah bagitahu aku, siapa yang buat ni? Selagi aku tak dapat jawapan, selagi tu aku tak tenteram. Aku janji takkan buat apa-apa dekat orang tu. Aku cuma nak tau ja.”
Pak Nin pun beritahu, tu angkara jiran bawah rumahnya. Motif? Entahlah. Pak Nin sendiri pun tak tahu. Selang seminggu selepas peristiwa tu, Pakcik Ramli ke hospital nak melawat saudara yang sakit dan terserempak dengan keluarga jiran bawah rumahnya tu sedang menangis berjemaah. Alah, yang buat onar tu. Yang bikin Pakcik Ramli malu sekampung. Nak saja Pakcik Ramli hempuk muka sorang-sorang tapi dia teringat janji jadi dia diamkan ja.
Rupanya diorang punya ‘guru’ meninggal dunia. Menurut sumber-sumber risikan Pakcik Ramli, ‘guru’ tu tempat rujukan keluarga jiran tu. Dan ‘guru’ tu pernah pesan dekat diorang supaya jaga baik-baik anak Pakcik Ramli sebab budak tu punca rezeki diorang sekeluarga. Mungkin sebab tu diorang sabotaj majlis pernikahan anak Pakcik Ramli takut kalau dia dah kahwin nanti tak boleh nak belanja diorang lagi. Entahlah. Aku sendiri pening dengan motif diorang ni.
Lepas dengar cerita Pakcik Ramli, aku cuba selidik cerita disebalik tabir Pak Nin pulak. Katanya “guru tu buat serangan jarak jauh.aku tepis dan balikkan kat dia.tak tau pulak barang yang dia hantar tu boleh bawak maut”. Itu jelah yang aku dapat dari mulut Pak Nin. Nak tanya lebih-lebih? Aku dengar Pak Nin tinggi suara pun dah nak gugur jantung.
Kesimpulannya, bawak-bawaklah sucikan hati (qalbu) supaya tak mudah dirasuk nafsu sampaikan nak menjahanamkan kebahagian orang lain dengan alasan yang rapuh (alasan kukuh pun tak boleh tau). Ingat, guru banyak guru. Pilihlah yang betul-betul. Lagi satu, rezeki tu telah Allah Azzawajal tetapkan semenjak kita dalam perut ibu lagi. Takkan bertambah dek pertolongan dari apa-apa pun dan takkan berkurang dek halangan dari apa-apa pun. Hadamkan ye. Terima Kasih Admin. Assalamualaikum.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
nice….terbayang garang pak nin tu cmne..hahahhaha
sama,tapi segarang-garang pakcik Nin,hati dia baik 😀
Teruskan wahai anak muda……
.
BEST!
Teruskan berkarya!
TO:TOMWANKERS
Penggunaan dan susun kata yang ringkas!Jalan cerita mudah difahami.Ada potensi untuk menjadi seorang penulis yang hebat.Teruskan usaha!Kalau ada kelapangan,kongsilah cerita di sini lagi ya
Waalaikumussalam
.
#Pelamin anganku musnah-azie.mp3
org tua dulu dulu kalau marah, jegil mata je dah rasa nak terkucil. hehehe
Best!
Mcm nie punya org pun ade…takut xde org nk blanje la tu
–
eh x senonoh sgt pe’el
tjuk lagu
Best
mcm tue pnye org pn ade ke..jahat beno.
Nice