Tahun 2019 boleh dikatakan tahun paling draining untuk aku.Bukan sahaja dari segi mental,tapi juga spiritual.Masa tu aku baru je masuk dua tahun kerja sebagai production operator kat sebuah pelantar minyak di perairan Terengganu.Swing aku dua minggu kat rig,dua minggu cuti kat rumah.Tahun tu jugalah aku kahwin,dan isteri aku baru je mengandung anak pertama.Patutnya tahun bahagia.Tapi rupanya Allah nak uji aku dengan cara yang aku sendiri tak pernah terfikir.
Mula-mula nak masuk hitch tu,semua macam biasa je.Naik chopper dari Kerteh,kira-kira 40 minit terbang atas laut sebelum sampai ke pelantar.Aku masih ingat,masa chopper tengah descend nak landing kat helideck,aku terpandang satu kelibat berdiri kat hujung deck bawah,tepi flare.Aku ingatkan crew.Tapi bila chopper dah landing dan aku turun,takde sapa pun kat situ.Hujung deck tu memang restricted area.Takkan ada orang berdiri kat situ tanpa PPE.Aku abaikan je.Mungkin penat,mungkin mata aku main-main.Itu yang aku fikir masa tu.
POB malam tu lebih kurang 80 orang.Aku share cabin dengan seorang senior operator,Pak Long namanya.Orang Kelantan,baik orangnya,rajin solat berjemaah kat surau rig.Malam pertama,lepas handover shift,aku terus mandi dan solat Isyak.Then aku baring nak rehat.Baru je aku nak lelap,aku terhidu bau busuk.Bukan bau biasa.Bukan bau crude oil atau bau mud.Ni bau macam bangkai,bercampur bau hanyir laut.Aku bangun,aku cek seluruh cabin.Takde apa-apa.Aku buka air-cond punya vent,sebab ingatkan ada tikus mati ke dalam ducting.Tapi takde.Last-last aku capai botol minyak wangi dan aku sembur seluruh cabin,baru aku boleh tidur balik.
Pak Long takde malam tu.Dia masih on shift.
Malam kedua,benda mula jadi pelik.Aku dengan Pak Long tengah lepak kat galley minum kopi waktu tengah malam,sebelum dia masuk night shift dia.Tiba-tiba Pak Long tanya aku,”Hang ada nampak orang baru naik chopper semalam?Yang pakai coverall lusuh tu?”Aku jawab takde.Memang takde orang baru.Tapi Pak Long cakap dia ada nampak sorang lelaki,kurus,pakai coverall yang dah koyak-koyak dan basah lencun,berdiri tepi accommodation block.Bila dia tegur,lelaki tu cuma pandang dia,senyum,then jalan ke arah deck dan hilang.Aku rasa seram.Tapi aku buat lawak je,aku cakap “Mungkin penunggu rig,Pak Long.”Aku tak sangka,gurauan tu betul.
Sejak malam tu,tidur aku tak pernah lena lagi.
Setiap malam aku akan bermimpi benda yang sama.Aku bermimpi aku tengah berenang dalam laut yang gelap gelita,dan ada sesuatu kat bawah aku tengah tarik kaki aku ke dasar.Aku tak pandai berenang dalam real life,so dalam mimpi tu pun aku rasa lemas yang teramat.Bila aku tengok ke bawah,aku nampak satu wajah pucat tengah pegang pergelangan kaki aku,matanya hitam pekat tanpa putih,mulutnya muntah minyak hitam.Aku akan terjaga dengan nafas tercungap-cungap,dan setiap kali aku terjaga,jam mesti pukul 3 lebih pagi.Setiap.Kali.
Aku jadi takut nak tidur.Bila aku takut,aku banyak habiskan masa kat surau rig.Nanti dulu.Bukan aku nak cakap aku alim sangat.Aku ni jenis solat ada bocor-bocor jugak masa muda.Tapi masa kat rig tu,dalam ketakutan,aku rasa kat siapa lagi aku nak mengadu kalau bukan kat Allah?Aku mula jaga solat,aku amalkan baca 3 Qul lepas solat,dan aku tido dalam keadaan berwudhu’.
Tapi makin aku dekat dengan Allah,makin kuat gangguan tu datang.Macam dia tak puas hati.
Ada satu malam tu,waktu lebih kurang pukul 2 pagi,aku terjaga sebab nak ke tandas.Bila aku pandang ke katil sebelah,Pak Long takde.Dia memang on shift malam tu.Aku melangkah turun dari katil aku yang atas (katil aku jenis bunk,double decker).Tapi bila kaki aku jejak lantai,aku terpijak sesuatu yang sejuk dan melekit.Aku pandang bawah.Ada kesan tapak kaki basah,bersaiz kaki orang dewasa,jejak dari pintu cabin terus ke katil aku.Air tu hitam,macam bercampur minyak.Bau hanyir tadi datang balik.Aku terus baca ayat Kursi sambil capai phone aku nak bagi cahaya.Bila aku terangkan torch phone ke arah pintu,aku nampak satu bayang hitam besar berdiri tepi pintu cabin,dengan air menitik-nitik dari coverall dia.Then dia hilang macam asap.Aku duduk je atas lantai,baca ayat-ayat sampai subuh.Tak berani aku gerak.
Bila aku cerita kat Pak Long pagi tu,muka dia berubah.Dia diam lama.Then dia bagitau aku satu cerita yang aku harap aku tak pernah dengar.
Menurut Pak Long,kira-kira tiga tahun sebelum aku join,pernah ada satu kemalangan kat pelantar ni.Seorang roughneck,budak muda baru kahwin,terjatuh dari deck masa ada operation waktu cuaca buruk.Badan dia tak pernah dijumpai.SAR (search and rescue) cari berhari-hari tapi laut tu dalam,dan arus deras.Yang peliknya,kata Pak Long,budak tu sebenarnya dah lama tak sedap hati nak naik rig untuk hitch tu.Dia ada bagitau kawan dia yang dia mimpi buruk berturut-turut sebelum naik.Dan,ada cerita kononnya budak tu ada masalah dengan sorang kawan kerja dia,yang dengki sebab budak tu cepat naik pangkat.Tapi Pak Long tak nak cerita lebih.Dia cuma pesan satu je.”Jaga solat hang.Jangan tinggal.Dia tak kacau orang yang dekat dengan Allah.Dia cari orang yang lemah.”
Aku tak faham sangat masa tu.Tapi aku akur.
Bulan-bulan tu,gangguan makin teruk.Aku mula hilang masa.Pernah aku tengah buat rounds kat process area,check pressure gauge,sedar-sedar aku dah berdiri tepi handrail,memandang laut,dan dah lebih sejam berlalu.Aku langsung tak ingat apa aku buat dalam masa sejam tu.Crew lain kata mereka nampak aku berdiri diam je tepi handrail,pandang laut,tak bergerak macam patung.Kalau bukan sebab supervisor aku perasan dan tarik aku,entah-entah aku dah terjun.Sebab dalam kepala aku waktu tu,ada satu suara halus yang asyik bisik,”Turun.Turun.Sejuk kat bawah ni.Senang je.”Bila aku sedar,aku menggigil ketakutan.Aku tau,itu bukan fikiran aku.Itu pujukan dia.
Aku cuba nak balik awal,minta cut short hitch,tapi cuaca buruk dan chopper tak boleh terbang.Aku terperangkap kat tengah laut dengan benda tu selama lima hari lagi.Lima hari yang paling panjang dalam hidup aku.
Malam keempat sebelum chopper datang,puncak segala-galanya berlaku.
Malam tu Pak Long ajak aku tido kat surau je sama-sama dengan beberapa crew lain yang dah mula rasa tak sedap hati dengan rig ni.Memang masa tu dah ramai yang complain pasal gangguan.Ada yang nampak bayang,ada yang dengar tapak kaki kat koridor,ada yang terhidu bau hanyir.Jadi malam tu kami sama-sama solat hajat berjemaah,lepas tu baca Yaasin beramai-ramai.Lega sikit hati aku.
Tapi bila aku terlelap,mimpi tu datang lagi.Dan kali ni paling dahsyat.
Aku bermimpi aku berada balik dalam laut gelap tu.Tapi kali ni bukan sorang yang tarik aku.Ada banyak tangan,keluar dari kegelapan,semua pegang badan aku,tarik aku ke dasar.Dan di tengah-tengah kegelapan tu,muncul lelaki kurus pakai coverall koyak tadi.Wajahnya pucat,uratnya timbul,dan dari mulut dia keluar minyak hitam yang berbau hanyir.Dia senyum sinis pada aku.”Kau pun sama macam aku.Terperangkap.Takde sapa nak tolong kau kat tengah laut ni.Jom turun sama-sama.Sejuk.Tenang.”
Aku cuba baca ayat,tapi mulut aku macam terkunci.Takut sangat sampai otak aku blank.Aku tak ingat satu ayat pun.Tangan-tangan tu makin kuat tarik aku.Air masuk dalam hidung dan mulut aku.Aku rasa nak mati betul-betul.
Dalam putus asa tu,entah macam mana,satu ayat je yang terlintas.Ayat 9 dari surah Yaasin.Ayat tentang Allah jadikan dinding di hadapan dan di belakang mereka,lalu Dia tutup pandangan mereka sehingga mereka tidak nampak.Aku baca ayat tu dalam hati,sebab mulut aku terkunci.Aku baca berulang-ulang dengan penuh yakin.Yakin yang benda tu takkan nampak aku lagi.
Dan terbukti.Berkesan.
Tangan-tangan tu terlepas satu persatu.Lelaki tu meraung marah,mencari-cari aku dalam kegelapan,tapi dia macam dah tak nampak aku.”Mana kau pergi?!Mana kau?!”dia menjerit.Aku ambil kesempatan tu,aku baca pula Al-Fatihah,ayat 285 dan 286 Al-Baqarah,dan 3 Qul.Aku hembus ke arah dia.Dengan kuasa Allah,air laut yang gelap tu jadi cerah,dan lelaki tu serta semua tangan-tangan tadi hancur jadi buih.
Sebelum dia hilang,dia sempat menjerit satu benda yang buat aku tersentak.”Bukan aku nak kacau kau!Aku pun mangsa!Si Karim yang upah bomoh tu!Dia tanam tangkal kat rig ni supaya aku jatuh!Sekarang aku terikat kat sini,jadi suruhan!Tolong aku!Tolong lepaskan aku!”Lepas tu dia hilang dalam buih.
Aku terjaga dengan badan basah dengan peluh,tercungap-cungap.Pak Long dan crew lain dah berkerumun kat aku,renjis air Yaasin.Rupanya aku menjerit dalam tido sampai kejut semua orang.Pak Long pegang bahu aku.”Hang ok?Hang sebut pasal Karim tadi.Sapa Karim?”
Aku terdiam.Karim ni sebenarnya nama supervisor lama yang dah pencen awal sebulan selepas kemalangan roughneck tu.Pak Long sendiri yang bagitau aku nama tu beberapa hari sebelumnya.Tapi yang lelaki dalam mimpi tu cakap,Karim yang upah bomoh.Aku tak berani nak buat assumption.Bisikan syaitan pun ada.Manalah tau dia nak adu domba je.Tapi yang pasti,roughneck tu memang mangsa.Dia bukan datang nak kacau.Dia datang sebab dia terperangkap dan terseksa.
Pagi tu,cuaca tiba-tiba elok.Chopper boleh terbang.
Bila balik ke shore,Pak Long ada uruskan supaya seorang ustaz yang pakar dalam hal-hal macam ni dibawa naik ke rig pada hitch berikutnya untuk buat pembersihan.Aku tak ikut hitch tu sebab aku ambil cuti panjang.Tapi Pak Long cerita,ustaz tu memang jumpa sesuatu.Ada satu bungkusan kecil disorok dalam satu void space berhampiran area roughneck tu jatuh dulu.Bungkusan tu ada tulisan jawi dan benda-benda pelik.Ustaz tu uruskan,dan dia bacakan sesuatu untuk lepaskan arwah roughneck tu yang terikat sebagai khadam.Selepas tu,gangguan kat rig tu hilang terus.Crew dah boleh tido lena balik.
Pasal Karim tu?Wallahua’lam.Aku takde bukti.Aku serahkan pada Allah.Yang menghukum bukan aku.Tapi satu je yang aku percaya sampai sekarang,dengki manusia ni lagi bahaya dari hantu.Hantu kacau sebab disuruh.Tapi manusia,dia yang upah,dia yang suruh,dia yang jadi punca.
Selepas kejadian tu,banyak yang berubah dalam hidup aku.
Dulu aku ni jenis yang ambil mudah pasal agama.Solat ada,tinggal pun ada.Tapi lepas pengalaman kat tengah laut tu,aku sedar betapa lemahnya kita sebagai manusia bila kita jauh dari Pencipta.Kat tengah laut tu,takde sapa.Takde isteri,takde mak ayah,takde kawan.Yang ada cuma Allah.Dan ayat 9 surah Yaasin tu,sampai sekarang aku amalkan setiap kali aku nak naik chopper,nak masuk hitch,atau bila aku rasa tak sedap hati.Memang AMAZING.Betapa kerdilnya kita ni dibandingkan dengan kuasa Allah.Sepotong ayat je boleh jadi penyelamat masa kita dalam kesempitan.
Sampai sekarang aku masih kerja offshore.Ramai yang tanya kenapa aku tak berhenti je lepas pengalaman ngeri tu.Tapi rezeki kat sini,dan aku dah belajar satu benda.Benda halus ni ada di mana-mana,di darat pun ada,bukan kat rig je.Yang penting,kita jaga hubungan kita dengan Allah,kita jaga solat,dan kita jaga hati kita supaya tak jadi macam Karim,yang sanggup tanam tangkal demi dengki dan dunia yang sikit ni.
Ok,setakat ni dulu kot kisah aku.Lain kali aku sambung dengan pengalaman aku masa ustaz tu buat pembersihan,dan apa yang Pak Long nampak masa tu (yang ni lagi seram,jujur aku cakap).Aku cuba sambung dengan kadar segera supaya korang tak ternanti-nanti.Insyaallah.Terima kasih atas kesetiaan dan doa korang.Allah swt je yang mampu balas.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit