Pelaris

(Gambar di atas tiada kena mengena, sekadar gambar hiasan)

Assalamualaikum w.b.t. . terima kasih kepada FS jika sudi publishkan cerita ni.di sini ,aku nak ceritakan tentang pengalaman aku yang hampir ‘termakan’ di tempat yang menggunakan ilmu pelaris ini.aku tak akan bagitahu apa nama restoren tu, kang nanti tak pasal pasal aku kena serang dengan ‘benda’ tu pulak.

Sebab tu kalau nak pilih kedai makan kena hati-hati.kau tengok orang ramai yang kunjung kat kedai tu, maksudnya ada dua . Pertama,memang betul-betul sedap gila.kedua,guna ilmu pelaris. Kalau rasa macam lain macam aura kedai dia. Baik blah cepat-cepat.

Okay kisahnya macamni. Kami sekeluarga masa tu nak cari makan tengah hari.so kami decide nak makan dekat satu restoren ni. Kami tengok dari luar, nama restoren tu macam sedap dan ramai orang kat dalam restoren tu membuatkan kami kata “orang ramai ni.mesti sedapkan” tapi hati aku rasa lain macam.sebab aku pelik kenapa aku masuk-masuk rasa macam bahang semacam sedangkan dalam tu dah ada air-cond. Aku pun cuba husnudzon je la maybe sebab kami masuk pintu belakang. Tapi apa kena-mengena? Sebab tulah aku kata husnudzon.

Aku pun cuba tengok di sekeliling kononya nak tolong carilah tempat duduk untuk kitaorang sebab masa tu memang hampir full la tempat duduk kat restoren tu. Tengah melilau cari,aku ternampak ada benda yang bertenggek kat kaunter tu. Aku dah meremang bulu roma. Lepas tu ‘benda’ tu macam terperasan aku dan dia tenung dengan pandangan tajam.dah la mata warna merah, kalau mata normal tak pe la juga. dengan bulu lebat warna hitam dan memang masa ni aku dah lemah segala lutut ,sendi semua.

Lepas tu aku toleh dekat mak aku sambil “ mak, tempat ni ramai orang la, dah full dah pun. Jom la makan dekat tempat lain.tiba tiba tekak ni rasa nak makan kfc pula.” Dan mak aku ni macam boleh baca fikiran aku , dia pun kata dekat ayah makan kat tempat lain.ayah aku dan abang-abang aku pun setuju sebab ramai orangkan mesti lambat nak sampai makanan tu. Dan masa nak keluar tu, aku tengok ka kaunter tu balik.kali ni benda tu takda. Cuma penjaga kaunter tu,dia tengok aku seolah olah ‘baik kau blah’. K fine aku memang nak dah pun ni .bye!

Lepastu masa makan kfc. Mak pun cerita dia tak sedap hati lepas masuk restoren tu dan mak aku ‘pening’ secara tiba-tiba. Aku pun tak terlepas peluang untuk cerita juga tapi aku tak cerita bahagian yang aku nampak ‘benda’ tu. Lepas tu abang aku yang kedua tu cerita pula masa dia nak pergi toilet, dia terperasan kat bahagian dapur tu ada ‘seseorang’ menjilat pinggan cuma abang aku tu husnudzon la .maybe pekerja yang lapar tahap gaban ataupun memang makanan tu sedap gila .

aku pun gelak je la bila dia cakap macam tu.cerita ayah aku pula, kata masa dia masuk penjaga kaunter tu pandang dia semacam.macam yang aku kena Cuma aku ‘benda’ tu yang tenung sebelum penjaga kaunter tu buat macam benda tu.Kata abang pertama aku, masa dia masuk memang rasa panas gila.macam yang aku kena. Lepas habis cerita tu, mak aku ucap ‘allhamdulillah’ sebab Allah sellamatkan kami.lepas tu mak aku ada pesan “kalau nak masuk kedai ke,mall ke, restoren ke. Baca ayat kursi , baca ayat seribu dinar. Bagi Allah lindungi kita.macam tadi, mak baca ayat kerusi sebelum masuk. Sebab kita tak tau orang nak buat apa kat kita.dan satu lagi baca ayat ‘bismillahillazi la yadurru ma’asmihi’ 7 kali.orang nak buat santau kat kita dalam makanan tak akan jadi.”

Jadi ini sahaja cerita daripada aku.maaf tidak seseram yang korang rasa. Cuma bagi aku pengalaman ni memang memberi pengajaran kepada aku supaya berwaspada sebab kita tak tahu orang tu nak buat apa dekat kita.dan maaf juga penulisan aku tidak seberapa, aku akan cuba perbaiki lagi .terima kasih juga kepada pembaca FS kerana sudi membaca cerita tidak berapa seram ini.

wallahu’alam

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 29 Average: 4.3]
Izz

27 thoughts on “Pelaris”

  1. Sib baek..klau tak, mngkin trmkn mknn yg kna campur ntah pape bnda kotor dari hantu² tu..tuhan slalu bersama org² mohon perlindungan dariNya..bcaan tu disebut ayat penggerak..doa yg sgt power.. smua bnda² kotor akan tawar..slp² tuan kdai pn akan kna blk penangan dari bcaan tu.. amalkan slalu

    Reply
  2. Dulu penah kena skali,kantoi letak pad dlm bekas sup.psl da oder terpakse la amik tapi lps tu makanan tu tros buang kt semak tepi uma.Mmg idak ler nk makan huhuhu

    Reply
    • [Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syaiunfillardi wala fissamai wahuwassami’ul ‘alim] ini ayat lengkapnya ye.semoga Allah melindungi kita .aminn..

      Reply
  3. Saya tolong lengkapkan ayat pelindung ni ye…

    “Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syaiunfillardi wala fissamai wahuwassami’ul ‘alim“

    Maksudnya : Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

    Semoga bermanfaat

    Reply
  4. So kena ati2 lps nie klau nk mkn kat mne2. Doa pelindung tu baca 3x pagi & ptg…insha Allah terhindar dari kemudaratan sepnjg hari

    Reply
  5. aq pernah gak g mkn kat 1 tempat ni…kat situ ada 2 kedai…yg peliknye kedai sebelah kanan tu ramai giler org…manakala kedai sebelah kiri xde org langsung…mungkin kedai sebelah kanan tu gune pelaris ke ape?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.