Pelawat di Hospital

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca FS. Disini aku nak ceritakan pengalaman aku ketika aku kena dimasukkan ke hospital time sekolah rendah. Kejadian ni terjadi maa tahun 2009.
Sebelum aku start bercerita panjang, korang boleh gelarkan aku Pah dan aku dilahirkan dengan kelebihan melihat dunia lain waktu kecil. Mungkin agak cliche tapi kelebihan tu mula hilang bila aku menganjak usia dewasa.
Ok kita straight to the point, pengalaman di sebuah hospital terkenal di utara tanah air. Aku ketika itu perlu menjalani pembedahan sebab sakit dalam perut. So, kenalah tahan wad dalam dua minggu di hospital tu.
Disebabkan case aku ni macam minor ja dikalangan doktor, so aku ditempatkan dalam sebuah wad yang penghuninya pelbagai peringkat umur. Dari budak tadika sampai la warga emas ada dalam wad ni.
Untuk lebih senang korang nak bayangkan, hospital ni 7 tingkat dan aku di wad tingkat 4. Wad yang aku duduk tu memanjang, masuk entrance kiri dan kanan katil patients seimbang. Katil patients pulak berhadapan. Boleh imaginekan? So aku punya katil hujung sekali tepi tingkap dan katil depan aku ialah patientnya seorang makcik yang time tu umur dalam 50an.
Aku punya operation selalu ditangguhkan sebab bilik bedah time tu banyak handle case accident. Aku yang dah masuk 3 hari pun masih belum dioperate sampai la hari kelima macm tu baru aku selesai operation.
Malam pertama di hospital aku ditemani mak aku. Tak ada apa yang berlaku sampai la waktu tu jam pukul 10. Mak aku baru tersedar yang dia belum solat Isyak. Dia pun pesan kat aku jangan pergi mana-mana. Aku pun angguk ja sebab mak cik depan aku ni kan ada. Boleh ja teman sebab aku suka sembang dengan orang tua.
Bila mak aku pergi dalam 10minit, mak cik depan aku ni dilawat doktor. So tirai bahagian katil dia ditutup. Aku pun bosan jadi tengok ja lah langit hitam di tingkap sebelah kiri. Katil di kanan kosong. Tiba-tiba aku rasa hembusan lembut di telinga kanan. Tersentak rasanya bila aku tengok ada seorang pakcik berpakaian serba putih berjubah dan serban. Janggut dengan misai dia kemas, raut muka yang sangat bersih.
Dia pun tersenyum bila tengok aku bangun duduk, sebab aku terkejut sangat.
“Baringlah adik. Adik kan tak sihat tu.”
“Pakcik ni siapa? Ayah saya tiada. Dia dah balik tadi” aku baru teringat sebelum ayah aku balik tadi aku ternampak ayah aku ramah bersembang dengan waris-waris patients kat sini. Dalam kepala ingatkan pakcik ni cari ayah aku untuk bersembang.
“Eh pakcik tak cari ayah adik, pakcik nak cari adik la. Adik macam mana? Sakit lagi perut tu?”
“Sakit la jugak. Takpa saya ok je.” Raut wajah dia yang tenang tu menyebabkan aku langsung tak rasa takut walaupun aku tak kenal dengan siapa aku bercakap.
“Adik, dekat hospital ni banyak benda yang adik akan nampak dan banyak yang boleh bawa mudarat kat adik. Adik hati-hati dan jaga pandangan mata ya. Pakcik pergi dulu. Nanti pakcik datang lagi.”
Aikk, dia tahu ka yang aku ada kelebihan mata ni? Belum sempat aku nak balas cakap dia dah bangun jalan keluar pintu. Dalam masa yang sama mak aku balik dari surau. Doktor-doktor yang datang check makcik depan tu pun dah siap.
Aku tanya la mak aku kenapa lama sangat. Peliknya muka mak aku ni macam baru lepas acara pecut pun ada, berpeluh-peluh! Mak aku geleng ja dan suruh aku tidur.
Pakcik tu datang melawat aku setiap malam bila mak aku ke surau tapi ada malam yang dia datang tak berseorangan. Dia dah macam bawak kumpulan marhaban pun ada. Tapi paling aku tak suka bila menjelang waktu maghrib. Sebelum azan, akan ada bunyi ketawa dan jeritan sayu yang sayup bunyinya dan sangat menyeramkan bagi kanak-kanak macam aku. Aku pun tak tahu dari mana bunyi tu datang. Bila aku tanya mak, mak akan cakap aku mengarut. Aku ada tanya ayah aku pasal bunyi tu, ayah aku cakap takpa benda tu tak kacau Pah.
Bila tiba hari kelima iaitu hari operation aku, aku dipindahkan ke bilik pembedahan di tingkat dua oleh dua orang nurse cina. Bila keluar saja dari entrance wad aku, aku nampak banyak kesan d***h di lantai. Ada orang kena b***h ka apa ni? Tapi bila aku tengok nurse dua orang ni jalan selamba saja aku hiraukan. Ni sahlaa mata aku saja yang nampak.
Sampai ke tingkat dua, bila lif terbuka aku nampak mak dan ayah aku dengan muka kerisauan. Dan ada ramai orang yang berpakaian putih macam pakcik yang selalu melawat aku di ruang depan lif sampai la ke depan pintu masuk bilik bedah.
Pakcik tu ada betul-betul di belakang ayah aku, tersenyum kelat. Sebelum masuk, doktor benarkan aku cakap sekejap dengan parents. Mak aku memang da nangis. Aku pun cakap kat ayah, alah case minor ja, tu pakcik-pakcik semua ni ada doakan Pah.
Ayah aku buat muka hairan, tapi tiada kata-kata yang keluar. Selepas saja aku sedar dari dibius, aku tengok muka ayah kat sebelah.
“Pah ok? Lama betul Pah kat dalam tau. Dari tengah hari tadi sekarang dah nak isyak.”
Aku senyum ja tak larat nak bercakap. Kebetulan time tu ialah time yang selalu pakcik jubah putih tu datang melawat. Tapi kelibat dia langsung aku tak nampak.
“Pah, ayah nak tanya. Pah nampak ka orang lelaki tua yang di bilik bedah tu?”
Aku angguk sebab aku pasti ayah aku tahu dan nampak apa yang aku nampak. Aku dan ayah aku ada kelebihan yang sama Cuma bezanya sampai sekarang ayah masih boleh menggunakan kelebihan tu.
“Takpalah kalau macam tu. Diorang baik. Pah jangan takut ok.”
Sebab tu mungkin aku suka lebih rapat dengan ayah, dia lebih faham dengan apa yang aku alami. Mak akan selalunya cakap aku mengarut dan suka cipta alasan.
Pada hari last aku di hospital tu, mak cik di depan aku tu meninggal mengejut. Dan time tu lah aku nampak susuk tubuh sama seperti makcik tu di luar tingkap, berlumuran d***h dan menangis dengan suara yang sangat syahdu. Sampai bila-bila aku takkan lupa suara tangisan tu.
Bila ayah datang dan bawa aku ke kereta, rasa sedih pulak nak tinggalkan wad tu. Nurse dengan doktor disitu sangat baik. Sebelum balik pun, nurse kat situ pesan belajar elok-elok dan jangan sakit lagi. Comelkan pesan dia?
Bila dah masuk kereta, aku tengok balikke tingkap wad yang aku duduk tu. Pakcik yang menjadi pelawat tetap tu ada kat tingkap, melambai dengan senyuman yang tak lokek dipandang.
Bila aku dah besar sikit baru aku tahu yang masa operation, ada sikit complication jadi sampai waktu pembedahan jadi lama. Dan baru aku tahu jugak mak aku diganggu dengan lembaga hitam yang ikut dia dari pintu wad sampai ke surau. Patutla macam pelari marathon setiap kali balik solat mak aku ni. Lepas tu mak aku dah jarang cakap aku ni selalu mengarut, mungkin dia dah rasa sedikit apa yang aku dan ayah aku rasa.
Sekian dulu cerita panjang aku ni. Sorry kalau bosan, first timer ni!
Terima kasih admin FS sudi up kan cerita ni. Lot of love from me, Pah. Sekian.

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.8]
Pah

34 thoughts on “Pelawat di Hospital”

    • Macam ni la baru bagus. Betulkan kesalahan orang. By the way, DY tu apa? DIYA ke? Rasa tak ada Y dalam ejaan DIA. Ramai betul yang eja DY macam tu, mungkin silibus baru kat sekolah

      Reply
  1. Salam pah best citernye..abg dulu pun ade gak pengalaman dekat hospital ni..klu pah rajin bacalah nnt..tajuknye kejadian seram di hospital queen elizabeth 2..

    Reply
  2. Best la citer Pah ni… Nanti boleh la citer lagi pengalaman lain kalau ada. Anyway, pak cik tu bersembang dengan Pah ke setiap kali melawat? Orang lain tak pelik ke nampak Pah ‘sembang sorang-sorang’ ?

    Reply
    • InshaAllah nanti Pah sambung. Yup pakcik and the marhaban geng tu akan sembang. Tu lah yg peliknya time depa ni mai mesti doktor tgh check pesakit dan nurse pun takda kt meja depan.

      Reply
  3. kita pn ada cerita la pah tapi kita takut pembaca sakit otak bace penulisan kita yg tunggang langgang. jadi kita memilih utk membaca je.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.