Akibat Dengar Audio dirasuk dalam web FS

Assalamualaikum, saya dari negara Brunei. Saya telah mengikuti kisah2 di Fiksyen Shasha ni sejak ianya ditubuhkan pertama kali. Terus terang saya sangat obses dengan Fiksyen Shasha ni, di mana2 saya akan membaca terutama sekali sebelum tidur, kadang2 hingga pukul 2 pagi, membaca dengan lampu saya padamkan sebab tak mahu mengganggu anak2 dan suami saya yg lena tidur.

Sebenarnya pada masa sekarang saya masih dalam proses perubatan kerana sihir, pernah saya tak dapat bangun, pernah pengsan dan macam2 lagi. Saya menderita hampir 7 bulan sambil2 tu masih berusaha untuk sembuh sepenuhnya. Okey apa yang saya nak cerita di sini berkenaan dengan cerita yang bertajuk “Kena Sampok Jin”, terus terang sejak saya sakit kena sihir, saya selalu mendengar bunyi2 dan suara makhluk tersebut.

Kadang2 saya nampak sekali imbas tu seperti dia melintas laju, nampak melalui cermin sliding dia bediri d belakang saya. Pernah saya di rukyah beberapa kali, tapi benda tu masuk balik, kerana menurut Ustaz yang merukyah saya, makhluk2 berkenaan tahu sekiranya kita ini pernah dimasuki ada tanda lah macam tu dan rongga2 kita akan terbuka untuk memudahkan lagi mereka masuk ke badan kita.

Beberapa hari lalu saya membaca kisah “Kena Sampok Jin” itupun pada waktu subuh, saya belum buka lagi audio penulis kena sampok jin Arab tu, keesokan harinya pada waktu tengahari (waktu lunch), saya seorang di rumah tengah baring2, saya teringatkan audio tersebut then saya bukalah FS saya cuba dengar audio tersebut. Saya repeat berkali2, kenapa? kerana saya mahu pastikan manalah tahu saya faham apa yang dia cakapkan dan at the same time teruja lah juga sebab baru pernah dengar kan orang kena sampok dengan bahasa Arab.

Tiba2 tubuh saya merinding, terus saya tutup audio tersebut. Pada sebelah malamnya saya terasa seperti diperhatikan, selalunya bila saya rasa ada sesuatu yang memerhatikan saya akan cakap dalam hati saya, “Memang saya takut kamu tapi saya lebih takutkan Allah SWT”. Ustaz juga ada menasihatkan saya supaya diri kita jangan kosong, kita kena sentiasa berzikir, jika berat rasanya sebut sahaja “Allah” berulang kali, yang penting jangan kosong, jika kita kosong lebih mudahlah untuk makhluk syaitan ini masuk ke dalam badan kita. Solat jangn lupa dan jika pandai mengaji lagi bagus nasihatnya. Tapi siapalah saya kan hanyalah makhluk Allah yang tak sempurna, saya akui kadang2 saya terlalai dan banyak angan2, bila saya angan2 memikirkan itu ini saya lupa untuk berzikir.

Okay back to the story, saya just ignore perasaan tu, tapi belakang kepala saya sudah mulai berat, telinga saya rasa menyucuk2, belakang leher saya juga sangat berat, saya rasa lemah sekali, saya cuba berzikir tapi tersekat2 seperti berat rasanya nak menyebut kalimah2 tersebut. Kerana rasa lemah, saya bawa tidur awal, tapi pukul 2 subuh saya terbangun, anak2 dan suami saya sudah tidur, saya bangun duduk tiba2 saya ada dengar bunyi perempuan menyanyi di luar rumah, nyanyiannya sungguh mendayu2 seperti zaman2 dahulu punya lagu, saya dengar dengan penuh perasaan kerana saya nak memastikan adakah saya salah dengar??

Nyanyiannya tu seperti bernaung seperti dalam dimensi lain bunyinya, saya tak dapat gambarkan macam mana. Saya mengelamun seketika memikirkan suara nyanyian tersebut, tiba2 suami saya bangun kerana menyedari saya duduk mengelamun, dia tanya kenapa, saya diamkan saja, tiba2 saya berdiri menuju ke dapur ambil air minum, terus saya rasa tengkuk saya sejuk dan sejuknya berjalan ke bahu dan belakang saya seperti ada yang ikut belakang saya. Saya berlari laju kembali ke katil dan duduk lagi mengelamun hinggalah pukul 4 pagi baru saya tidur balik.

Bangun tidur saya rasa lemah sangat, sakit belakang leher makin menjadi2, mata saya sangat lemah rasa mahu baring saja. Belakang saya berat hanya Allah yg tahu. Saya tak tunggu lama, saya minta suami saya hubungi Ustaz bagitahu keadaan saya. Ustaz cakap saya ada gangguan, dan malam tu dia datang. Pada malamnya Ustaz datang, saya tak tahu kenapa saya rasa ingin marah, marah yang membuak2, muka saya bepeluh2 menahan rasa. Saya juga rasa panas dalam badan. Ustaz memulakan rukyah, masa ni saya memang separuh sedar, saya boleh dengar apa yg ustaz cakap cuma saya tak dapat control badan dan percakapan saya.

Pada permulaan rukyah tu Ustaz beri salam, saya tak jawap, ustaz tanya saya siapa pun saya tak jawap, Ustaz tanya kenapa saya ganggu jasad ini, saya cuma diam. Tiba2 Ustaz tekan jari kaki saya, saya menjerit, dia tekan sikit saja tapi sakitnya sampai saya menjerit, tiba2 saya bersuara, cuba teka bahasa apa??? Saya pun tak tahu sebenarnya bahasa apa!!! Ustaz terkejut, dia tanya, “u Thai kah? u tamil?? u apa??”. Patut tak jawap salam. Terpaksa Ustaz communicate dalam bahasa english sahaja. Saya masa tu separuh sedar, saya dengar semuanya tapi mulut saya tak dapat di control, bahasa yang saya tak pernah tahu terkeluar dengan lancarnya, padahal selama saya hidup ni saya cuma tahu bahasa melayu dan english sahaja, adalah bahasa korea sikit2 hahaha dah addicted dengan cerita korea kan hahaha.

Ok back to the story, Ustaz terus tanya, “where are u from??”, saya terus bercakap bahasa yang saya tak fahami, lancar jerr, macam thai jugak, macam tamil juga tak tahulah. Then Ustaz tu cakap, “u go outside now?” sambil tekan jari saya, saya makin menangis dan mulut saya terus menerus bercakap dalam bahasa tersebut, entah berapa jam proses rukyah tersebut sampai akhirnya saya terkulai lemah, saya rasa letih sangat. Dari lepas isyak sampai pukul 11 malam cuba bayangkan.

Sekarang Alhamdulilah saya sudah kembali segar, Ustaz dan suami saya tertanya2 bangsa apa sebenarnya yang masuk ke dalam badan saya?? Tiba2 saya teringat kan audio kisah disampok jin tu, bahasanya kurang lebih macam tu lah, laju sangat dan lidah pun boleh terbelit2 tau hahaha. Saya rasa amazed pun ada jugak, sebab tak sangka saya boleh bercakap dalam bahasa yg lain adui. Ok lah itu saja setakat ni, saya takakan dengar lagi audio tu dah takut hahaha.

4 thoughts on “Akibat Dengar Audio dirasuk dalam web FS”

Leave a Comment