PARANORMAL

Assalamualaikum pembaca setia feksyen syasya. Kisah ni kisah paranormal pernah jadi masa aku belajar dulu and lepas habis belajar. Dulu aku study kt uitm Puncak Perdana tapi nak dijadikan cerita kisah aku ni bukan jadi kat uitm tu pun. Cerita ni jadi merata rata sebab aku g ikot member buat paranormal. Berani kan? Acah je tu berani padahal kecut beb. Dulu aku ni nakal dia boleh tahan laa merayap dengan kawan kelas pulak satu kepala dengan aku. Itu yang best tu bila dapat berjalan tak ingat yang diri tu jauh dengan mak ayah. Orang sibuk pulun study yang aku travel sana sini last last berhenti belajar.

Tapi ape yang aku cerita ni memang jadi kenangan kat aku masa last aku study. Berat beb nak tinggalkan uitm yang macam macam pengalaman aku lalui walaupun 1 sem je. cerita dia bermula dari aku kenal kawan kawan baru. Masa tu aku tengah lepak dataran merdeka pukul 4 pagi tiba tiba dtg satu kumpulan mamat jejaka Malaya la kononnyaa. Handsome beb tapi dalam sorg tu satu pun tak melekat kat aku. Hahaha. Last last dorg berkenan ngan kawan kawan aku siap dah kawen dah dorang semuaa. Aku je jodoh dengan orang lain tahun ni, lambat sikit dapat jodoh hehe.

Kawan kawan baru aku ni semua jenis suka aktiviti paranormal, dorang jenis gentle sikit selamba je pergi redah kubur mana mana ntah siap bawak pergi tengok highland tower. Tapi 1st pergi memang cuak jangan cakap laa. Peluk je member aku yang perempuan sampai tak sanggup bukak mata. Korang mesti bajet tak seram kan? Padahal korang tatau situasi bila kat sana. Tetiba naik bulu roma mana taknyaa depan tu semua kawasan perumahan tapi berapa kerat orang je yang masih tinggal kt situ.

Rumah yang lain semua dah sold. Nampak tak yang tempat tu keras, kalau tak kenapa yang lain semua pindah kalau tade pape. Am I rite? So tu tempat 1st paranormal aku jejak time tu umur aku 18 tahun. Lama lama aku jadi dah biasa. Aku ikot je mana dorang bawak aku pegi, next tempatnya kat Sungai Buloh tak silap yang kisah pemandu teksi bawak teksi area kubur tapi tade penumpang and driver sekali! Ehem yang ni member kitaorang siap boleh parking depan kubur tu then dorang keluar duduk depan kereta sambil hisap rokok sebab nak tunggu teksi tu muncul. Aduhh tepuk dahi je aku dengan kawan aku masa tu!

Lama kitaorang lepak dalam 2 jam macam tu tapi kitaorang gerak sebab member dah tak sedap hati sebab jalan depan tu jalan mati. So sebelum pape jadi baik kita gerak dari tunggu benda tu datang. Niat bukan lah nak tengok benda tu pun bak kata orang if something happen depan mata tak ke pengsan anak orang time tu? Hehehe. Dah abis jalan satu KL yang lain pun sama je biasa je pengalaman yang dapat next kitaorang overnite kat Melaka! Haa yang ni memang seram tegak segala bulu yang adaa sebab time kat Melaka ni suasana agak suram sikit maybe semua penat kot kan. Kitaorang singgah makan kedai kat area situ.

Kedai dia tak ramai orang and agak pedalaman sikit lokasi dia memang sumpah aku tak ingat sebab dah lama sangat. Lepas kitaorang makan tu kitaorang nak gerak balik dah. Kebetulan member aku parking betul betul depan rumah orang. Kitaorang ingat rumah orang orang taman tu la but you know what masa member aku nak reverse keretaa kitaorang nampak rumah tu macam scary siap ada bau kemenyan lagi. Alih alih membre aku terpandang penuh batu nisan depan rumah tu, nak sedapkan hati kitaorang ingat maybe tu rumah pembuat batu nisan kan mana tau. Terus member aku pecut keluar dari situ cepat cepat nak balik Shah Alam. Masa keluar je kawasan tub bau kemenyan dah hilang then suasana suram terus tade, sepanjang perjalanan kitaorang senyap jee .

Lepas je aku berhenti belajar aku sambung paranormal aku kt Ipoh pulak. Kat Upoh kawan lain tapi lagi kuat diorang ni punya berani. Rumah rumah kosong yang jadi perbualan orang cakap keras semua kitaorang redah. Korang pernah tengok cerita penunggu istana? Masa kitaorang pergi istana tu dah tak boleh masuk sebab ada orang jaga, hampa sikit laa tempat tu tempat paling berhantu dalam sejarah Perak. Dalam keberanian aku ni kekadang aku ni takut weh tapi aku follow sebab nak cari pengalaman. Pengalaman aku pelik and agak merepek sampai ada yang tak suka dengan cara aku. Yeah sekarang aku dah 25 aku dah berkahwin so aku dah tinggalkan perangai paranormal aku ni. Siapa yang tak pernah lalui zaman nakal betul tak?

Ok cerita last aku mengakhiri cerita paranormal aku ni. Sorry lah kalau cerita paranormal aku ni tak seram kalau dibaca tapi korang kene lalui sendiri baru korang tahu macam mana rasa dia. Cerita ni jadi masa kitaorang paranormal kat arena square Batu Gajah time ni ramai dalam 7 biji motor kitaorang pergi time ni, aku bawak kereta kebetulan membre tengah cuti datang bulan so yang gegirl tak dibenarkan join. Kitaorang lepak jauh sikit dari tempat tu. Ni berdasarkan member aku cerita lah tau sebab aku tade, aku teman member aku yang uzur tu tadi.

Masa diorang buat paranormal kat situ dorang just tangkap tangkap gambar je tak smpai 10 minit kawan aku message suruh kitaorang datang sebab diorang nak gerak dah sebab member aku yg lain macam dengar bunyi akt hujung kawasan pentas tu. Masa aku smpai tengah sibuk bersembang dengan dorang lampu kat situ tiba tiba terpadam, ermm nak cakap terpadam sebab ape tatau lah Allahualam sebab setahu kitaorang lampu situ tak penah ditutup. Lepas je lampu tu terpadam, nampak macam ada asap yang menyerupai kelibat benda tu. Kitaorang ape lagi start enjin kereta motor semuaa gerak dengan kelam kabutnyaa. Hampir nak jatuh motor member aku sorang ni sebab gelut nak lari, tapi tu la pengalaman akhir paranormal aku tahun lepas.

Sebenarnya ape yang ada dalam dunia ni kita tak tahu. Mungkin benda ni wujud mungkin hanya bayang bayang siapa tahu. Semua terletak pada iman masing masing untuk menguji siapa yang harus kita takutkan Allah atau benda ghaib. Allahualam. SORRY ayat tunggang terbalik.Taip dalam gelap dan mengantuk.

2 comments

  1. keje takde paedah….kau perempuan lagi keluar malam2 sampai ke pagi buta…nasib tak jadi apa2..kalau kau dirogol bangla ke, diculik indon dibawa lari baru meraung2 cari mak ayah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *