Pena_Biru (part3) – Jin makan tuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada admin dan pembaca fiksyen shasha. Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih kepada admin yang telah menyiarkan cerita aku dan tidak lupa juga kepada pembaca fiksyen shasha yang turut mendoakan kesejahteraan aku.

Kepada yang bertanya, spek mata adik aku jumpa ke tak lepas tu. Ye, kitorang jumpa selepas beberapa hari kemudian. Nasib dia tak sempat buat spek mata lain. Tapi aku lepas dah buat spek mata lain baru jumpa yang lama. Geram betul aku dengan hantu raya ni. Ingat murah ke harga spek ni.

Baiklah, hari ni aku nak sambung kisah gangguan yang telah aku alami dan proses berubat. Semakin lama gangguan yang aku alami ni semakin extreme dan sukar aku fahami.

Setelah berminggu berubat dengan ustaz yang famous tu, aku masih stay kat Kelantan. Bila family aku tanya sekarang ni rasa macam mana lepas berubat hari tu, aku cakap okay la sikit. Bahu aku walaupun dah tak sesakit sebelum ni, aku masih lagi rasa macam ada something yang tak kena.

Lebih kurang sebulan kemudian, kakak aku balik kampung. Risya ni selalu nampak benda-benda yang bukan-bukan. Kakak aku (seroja) ada bilik sendiri sebab dia dah kawin. Adik aku, melor selalu je tidur dalam bilik tu siang hari, malam pulak dia akan tidur dengan aku. Bilik kosong biasanya tak boleh tinggal lama sangat tak berpenghuni nanti ada benda lain pulak yang menumpang.

Anak buah aku ni Risya selalu tunjuk-tunjuk kat tingkat bilik kakak aku, Acik Melati ada monyet sambil tunjuk-tunjuk kat tingkap bilik padahal takde pape pun kat situ. Biasa la budak-budak kecik baru kenal binatang. Kadang-kadang tu dia akan tanya kitorang mana Amin? Kitorang tanya la sapa Amin? Dia cakap Amin tu, kawan Risya.

Aku tak tahu la apa yang dia nampak. Ada jugak dia tunjuk-tunjuk kat pintu, lepas tu cakap kat aku, eh acik melati tu acik (pak cik). Padahal takde orang pun kat situ. Aku ni dah seriau bulu roma. Apa la budak ni, tak boleh nak bezakan manusia dengan bukan manusia. Kita yang dah dewasa ni pulak yang takut. Diorang lek je boleh kawan-kawan dengan benda-benda ni.

Disebabkan Risya ni selalu nampak, umi aku decide nak dia berubat. Yela orang yang nampak apa yang orang lain tak nampak ni orang cakap bukanlah istimewa tapi dia sebenarnya sakit sebab tak normal dari orang lain. Yela, sakit la kan sebab kita boleh nampak benda tu bila ada jin dalam badan kita. Ni apa yang aku baca dalam google la.

Hari tu hari Jumaat. Umi aku mintak tolong kawan cikgu sekolah dia, tolong tengokkan si Risya ni. Cikgu tu sebenarnya bukan la ustaz, dia cikgu biasa je tapi sebab dia ada la ilmu ni sikit-sikit. Dia cakap dia pernah belajar dengan ustaz Harun Din masa dia belajar kat universiti dulu. Dia datang lepas isyak lepas balik dari masjid.

Ustaz ni aku namakan ustaz Hafiz. Masa dia nak cek si Risya ni, kitorang semua berkumpul la ramai-ramai kat ruang tamu tu. Lepas tu ustaz tu tanya la Risya nampak apa, nampak monyek ke? Risya angguk. Ustaz tu tanya lagi ada berapa ekor. Si Risya ni tunjuk dengan jari 2 atau 3 macam tu. Lepas tu ustaz tu cakap la, selalunya yang boleh nampak ni sebab ada saka kat dia. Tak pun macam ada jin lain yang menumpang.

Ustaz tu pun mula la baca ayat ruqyah apa semua. Baru je baca 2,3 ayat aku pulak yang nangis. Nangis bukan nangis biasa-biasa, tapi nangis yang macam meraung. Lepas tu ustaz tu pun eh, kenapa aku tiba-tiba nangis. Umi aku cita la kat ustaz tu memang sebelum ni aku ada berubat apa ingatkan dah sembuh. Tak sangka pulak ada lagi. Umi aku pujuk aku suruh stop nangis. Aku dalam hati, aku dah agak dah mesti ada benda lagi yang tak settle.

Lepas tu ustaz tu teruskan jugak merawat Risya. Masa tu Risya duduk kat atas riba kakak aku, seroja. Ustaz tu cakap macam ni. Jin Islam semua pergi ke kaki kanan, jin kafir semua ke kaki kiri. Lepas tu ustaz tu tanya berapa ekor jin islam dan jin kafir ada kat si Risya ni. Kalau dia tanya tu betul jin Islam gerakkan kaki kanan dan jin kafir kaki kiri.

Alhamdulillah ustaz tu cakap kat Risya ni ada saka, tapi saka islam la dan jin islam lebih ramai lagi daripada jin kafir dan saka tu ada untuk jaga si Risya tu. Ustaz tu cakap kalau islam lagi ramai dari kafir lagi senang nak settle. Tapi jangan la percaya kan jin ni sebab jin yang baik dia takkan masuk dalam badan manusia walaupun dia islam. Jin islam pun ada yang jahat sama jugak dengan manusia. Orang islam pun ada yang jahat apatah lagi jin.

Ustaz tu pun ceramah la kat jin-jin tu kalau betul kau baik kau tak masuk dalam badan manusia. Kau tahu tak berdosa. Kau dah melakukan kezaliman ke atas budak ni. Ustaz tu tanya lagi yang kafir ni nak masuk islam tak? Nanti aku hantar kau ke madinah. Kat sana dah ada tok guru jin. Kau belajar la islam dengan dia. Boleh tak? Risya pun angguk.

Okay guys, part ni yang aku macam wow gitu sebab ustaz tu suruh jin tu mengucap dua kalimah syahadah. Ustaz tu ajar la jin ni mengucap, aku tengok mulut Risya terkumat-kamit macam tengah mengucap syahadah gitu. Yela, Risya tu bukan nya tahu mengucap pun tiba-tiba dia mengucap. Kakak aku yang dok riba si Risya ni pun macam teruja.

Dah settle yang Risya ni ustaz tu tanya la pasal aku pulak. Macam mana boleh kena dan bila start kena apa semua. Lepas tu ustaz tu baca la sama dengan yang dia baca kat Risya. Oh ya, dia suruh straight kan kaki kita, lepas tu dia baca-baca dan suruh jin islam ke kaki kanan dan jin kafir ke kaki kiri.

Ustaz tu tanya la berapa ekor jin islam dalam badan aku ni? Dia kira la sampai 7 tak silap aku, lepas tu jari kaki aku bergerak. Maksudnya ada dalam 7 ekor jin islam dalam badan aku. Lepas tu dia fokus kaki kiri pulak, ada berapa ekor jin kafir. Ustaz tu kira sampai 20, tak gerak-gerak kaki aku. Dia pun tanya jin kafir tu lagi, lebih daripada 20? Barulah kaki aku gerak. Maksudnya dalam badan aku ada lebih dari 20 ekor jin.

Oh ya, sebelum tu aku cita kat ustaz tu yang aku ada mimpi menyusu bayi. Aku tak tahu kenapa, aku macam sayang gila dengan bayi tu. Bayi tu bukan menyusu badan tapi menyusu botol. Ustaz tu cakap, kalau mimpi bayi atau budak kecik tu pun dah tanda-tanda dia, tak kisah la menyusu ke tak. Kalau mimpi bayi atau budak kecik itu tandanya ada saka yang nak duduk dengan kita. Tapi bila ustaz tu tanya kat jin tu melalui kaki aku saka jin tu jin islam. Dia cakap nak lindung aku dari jin kafir.

Ustaz tu cakap, takpe kita settlekan jin islam ni dulu. Dia mintak jin islam ni keluar apa semua dan pergi belajar ilmu agama kat madinah, sama dengan jin yang ada dalam Risya tadi. Dia suruh jin islam tu mengucap tapi jin islam ni tak boleh mengucap sebab lidah dia dah kena p****g dengan jin kafir dalam badan aku. Ustaz tu baca-baca ayat untuk tumbuhkan balik lidah jin islam tu baru la jin islam tu dapat mengucap syahadah.

Bila jin islam ni dah keluar, aku dah start tak boleh kawal badan aku. Aku tak nak guna perkataan dirasuk sebab macam yang aku cerita dalam part 1 tu, walaupun aku tak dapat kawal badan aku, otak dan hati aku masih boleh berfungsi seperti biasa. Maksudnya, aku boleh berfikir, membebel dalam hati dan boleh dengar je kalau korang megumpat pasal aku.

Dalam keadaan benda tu kawal badan aku, kalau korang bagi soalan matematik pun aku boleh kira lagi dalam otak aku cumanya aku tak boleh kawal badan aku dan aku tak boleh bagitahu korang jawapan sebab aku takleh nak kawal mulut aku. Aku boleh ingat semua sepanjang proses rawatan tu. Orang lain tak perlu ceritakan balik kat aku bila aku dah boleh kawal badan aku.

Okay, back to the story. Aku start menari tapi sambil duduk je, takde la sampai bangun berdiri. Aku pandang tajam je kat ustaz tu tanpa berkelip mata sambil kedua-dua tangan aku lentik menari. Kalau masuk pertandingan sapa boleh tahan dari berkelip mata aku rasa aku boleh menang kot sebab mata aku boleh tak berkerdip langsung sepanjang benda tu ada dalam badan aku dan umi aku cakap sejak bila la aku ni pandai menari.

Yes guys, aku memang tak pandai menari dan aku tak minat pun nak menari. Kalau aku menari pun badan aku kaku rasanya sebab aku tak pernah pun menari sepanjang hidup aku.

Masa aku dok jeling tajam kat ustaz tu ustaz tu tanya la aku sapa. Masa tu aku diam lagi, lama aku diam. Cara ustaz ni merawat lembut je. Kenapa aku cakap cara ustaz ni merawat lembut? Sebab ustaz ni hanya menggunakan ayat suci al-quran untuk melawan jin dalam badan aku.

Ada sesetengah ustaz, diorang akan tekan dekat urat-urat tertentu untuk paksa benda ni keluar dari badan kita. Aku tak suka jenis rawatan macam tu sebab akan menyakitkan pesakit yang dirawat apatah lagi aku yang dalam keadaan minda sedar walaupun fizikal dikuasai oleh jin.

Kebanyakan pesakit hanya merasakan sakit selepas mereka sedar dari dirasuk. Tapi sebab aku dalam keadaan sedar sepanjang proses merawat, aku jugak akan merasakan sakit sama seperti jin yang ada dalam badan aku merasakan kesakitan kesan daripada urat-urat yang ditekan oleh perawat. Kadang-kadang urat yang ditekan tu rasa seolah-olah terbakar. Kisah ini akan aku ceritakan di lain coretan.

Okay, aku sambung balik. Ustaz Hafiz cakap rasanya aku kena sihir ni, sihir pengasih. Dalam hati aku “hah”?? Sapa la nak sihir aku ni. Kalau ya aku kena sihir pengasih kenapa aku takde pulak macam tanda-tanda orang yang gila bayang. Kalau korang tengok cerita orang yang kena sihir pengasih, korang mesti tahu kan kesan dia macam mana. Biasanya orang tu akan gila bayang sampai tak boleh kalau orang yang hantar sihir tu takde kat depan mata.

Tapi aku takde pun macam tu. Aku relax je menjalani hidup macam biasa. Lepas tu ustaz tu ada tanya jin tu macam-macam soalan. Ni antara dialog ustaz Hafiz dengan jin tu:

Ustaz: Kau sapa?

Aku: Aku Daniel (bukan nama sebenar)

Ustaz: Dah berapa lama kau dalam badan dia?

Aku: 2 tahun

Ustaz: Kenapa kau masuk dalam badan dia?

Aku: Sebab aku suka dia. Dia cantik.

Ustaz: Tuan kau tahu tak kau masuk dalam badan dia ni?

Aku gelengkan kepala.

Aku: Dia tak tahu. Hehehe

Ustaz: Habis tu kenapa kau masuk dalam badan dia?

Aku: Sebab aku suka dia la. Dia cantik.

Ustaz: Oh, jadi kau masuk dalam badan budak ni tuan kau tak tahu?

Aku gelengkan kepala.

Ustaz: Kau nak buat apa dengan budak ni?

Aku: Aku nak bawak dia ke alam aku. Aku nak dengan dia.

Ustaz: Tuan kau hantar kau suruh tengok-tengokkan budak ni tapi kau pulak nak budak ni dalam diam-diam. Pandai kau eh.

Aku anggukkan kepala sambil senyum-senyum. Hehehehe

Ustaz: Kau ni asal mana?

Aku geleng-gelengkan kepala. Jin tu tak nak bagi tahu asal usul dia. Ustaz tu teka kau asal dari XXX ke? Ustaz tu cakap biasanya kalau orang hantar sihir dari pantai timur ni dia cari bomoh kat situ.

Aku: Bukan.

Puas ustaz tu teka sampai ke selatan dan utara. Aku tetap gelengkan kepala. Ustaz tu teka la, sampai ke Siam.

Ustaz: Songkla?

Aku: Bukan.

Ustaz: Hat Nyai?

Aku senyum-senyum dan anggukkan kepala.

Ustaz: Hat Nyai? Ye ke Hat Nyai?

Ustaz tu cakap selalunya orang ambil bomoh siam ni dari daerah lain. Aku tak nak bagitahu sebab takut korang yang ada niat tak baik pi cari jugak. Dia macam pelik kenapa Hat Nyai sebab setakat ni takde lagi orang yang ambil barang-barang ni dari sana.

Aku pulak tersenyum je sambil pandang tajam kat ustaz Hafiz. Ustaz Hafiz pujuk jin tu keluar tapi dia tetap tak nak keluar apatah lagi ajak masuk islam, lagi la tak mau.

Ustaz Hafiz diam seketika. Lepas tu dia tanya balik.

Ustaz: Apa benda yang bergaris 3 atas dahi kau tu.

Aku: Pangkat.

Ustaz: Tanda tu dibuat dengan apa?

Aku: D***h. Hehehehe

Ustaz: Oh, kau ada pangkat eh. Habis tu tuan kau tu ada berapa garis?

Aku: 4 garis.

Ustaz: Paling banyak gari ada berapa?

Aku: Empat.

Ustaz: Oh, kiranya kau ni orang kanan tuan kau la ye? Ada lagi tak yang 3 garis sama macam kau?

Aku: Takde dah. Aku je yang ada 3 garis. Yang lain bawah daripada aku.

Ustaz: Kiranya kau ni macam panglima tentera la ye?

Aku mengganggukkan kepala. Hehehe

Ustaz: Habis tu tuan kau tak marah ke kau kacau budak ni? Tuan kau suruh lain kau buat lain.

Aku: Dia tak tahu, takpe.

Ustaz: Kalau macam tu aku bagitahu tuan kau lah yang kau kacau budak ni. Boleh? Ke kau nak keluar dengan sendiri?

Aku senyum sinis je kat ustaz tu.

Aku: Bagitahu la. Aku tak kisah pun. Tuan aku pun tak lama lagi dah nak m**i.

Ustaz: Kenapa dia dah nak m**i? Dia dah tua, dah tak larat dah?

Aku: Aku yang akan b***h dia. Bila aku dah naik satu lagi pangkat, aku sendiri yang akan b***h dia. Hihihihi

Ustaz: Kau tak takut ke tuan kau b***h kau dulu?

Aku: Aku tak takut sebab tuan aku kuat pun sebab dia bergantung dengan aku dan tentera-tentera bawah aku tu dan semua tentera-tentera tu tentera aku bukan tentera dia! Dia yang datang kat aku untuk buat perjanjian dengan aku untuk dapatkan kuasa. Jadi tuan aku pun bergantung dengan aku. Tanpa aku dia hanya manusia yang lemah. BODOH!! HAHAHA

Ustaz: Tipulah. Habis tu kenapa kau terima perjanjian dengan tuan kau? Dia ada garis 4, kau ada garis 3. Maksudnya kau lagi lemah dari tuan kau. (boleh tahan psycho ustaz hafiz ni)

Aku hanya senyum sinis. Walaupun ustaz Hafiz ni bermain dengan psychology nak lawan jin ni, jin dalam badan aku ni lagi psycho. Ustaz Hafiz pun cakap jin ni pscho nak mampuih.

Walaupun jin tu tak jawab soalan ustaz tu, tapi aku tahu apa rahsia yang disimpan jin tu. Kadang-kadang, benda-benda tu tak jawab semua soalan yang ditanya, tapi aku tahu jawapannya seolah-olah apa yang jin tu tahu, aku tahu. Soalan-soalan yang ditanya benda tu hanya jawab di dalam hati.

Disebabkan minda aku dalam keadaan sedar, aku tahu jawapan setiap soalan yang ditanya. Tapi jin ni dia takkan cerita semua benda kat kita sebab bila dia cita semua seolah-olah dia buka peluang untuk kita attack dia dan aku tak tahu kenapa aku tak rasa nak bagitahu pun kat ustaz dan family aku apa yang aku tahu. Mungkin juga aku rasa diorang tak akan percayakan aku atau mungkin juga benda tu tak bagi aku bagitahu.

Untuk pengetahuan korang, proses rawatan tu ambil masa hampir 1 jam lebih. Ustaz Hafiz decide nak balik sebab dia tak ready nak rawat aku. Dia cakap yela dia datang pun atas tujuan nak tengok-tengokkan si Risya ni je, tak sangka aku kena sekali. Sebelum dia datang tu dia dah buat solat hajat niat atas nama si Risya ni sebab tu dia tak ready untuk merawat aku.

Masa dia nak balik pun aku masih sama macam dulu, benda tu dok masuk keluar macam tu je. Kejap aku okay kejap tak. Yela takkan nak tunggu sampai pagi kan walaupun aku dalam keadaan macam tu. Aku redha je.

Ustaz tu ada la suruh aku mandi aku mandi air daun bidara. Lepas mandi ambil daun bidara tu gosok satu badan dan make sure daun bidara yang jatuh ke lantai jangan kutip dengan tangan kosong. Gunakan plastik untuk kutip daun bidara yang jatuh ke lantai, kumpul dalam plastik dan tanam plastik tu. Proses mandi air daun bidara ni perlu dilakukan selama seminggu untuk buang benda-benda dalam badan aku ni. Ustaz Hafiz datang balik merawat aku selepas seminggu kemudian.

Kisah ni masih panjang tapi akan ku coretkan di lain waktu sebab dah 7 pages aku taip ni. Oh ya, semua nama dan tempat di dalam cerita ini telah diubah bagi mengelakkan ada yang mengambil maklumat dari coretan ini untuk tujuan yang tidak baik.

Sekian,
Melati.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nur Ain Sofiah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

1 thought on “Pena_Biru (part3) – Jin makan tuan”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.