Assalamualaikum suma peminat FS. Aku ada stori mori nak cita kat uolls ni. Hope uolls semua enjoy k. Kisah ni terjadi kat aku sekitar tahun 2000. Masa tu aku baru berusia 20 an tapi perangai macam budak-budak sebaya sepupu sepapat aku hahaha!! So aku ni pon dalam kategori suka mengusik jugak lah termasuk bercerita bab-bab seram gitu.
Setiap tahun, kami sefamili akan menyewa di homestay milik kompeni PP ni, yang berdekatan dengan sekitar pantai Batu Feringgi. Kalau waktu malam memang best la, penuh dengan aktiviti santai. Ada yang memancing, BBQ, meronda ronda dan yang last sekali mesti la sesi bercerita. So paham-paham lah, wajib ler ada cerita hantu. Huuuuu.
Malam tu aku berkumpul dengan sepupu sepapat kat belakang homestay menghadap pantai. Punya syok tengah dok cita tu kan, sepupu aku mengusik lah dan cakap nih malam malam jumaat. Jam pun dah nak masuk pukul 12 tengah malam! Apalagi, pakat lari bertempiaran masuk homestay. Haha!
Bila dah pakat masuk dalam bilik, semuanya dah mula baring nak tido. Bilik kami ada 4 katil yang dirapatkan dari hujung tandas sehingga ke pintu. Kesemuanya geng anak dara. Memang riuh rendah la kan. So bermula la misi aku nak sambung cerita mistik, sepupu yang lain tu pakat tutup telinga tak mahu dengar. Aku lagi giat bercerita la kan sampailah masing masing dah terlelap.
Aku tido di katil yang paling hujung berdepan pintu sebab beralah dengan sepupu-sepupu yang penakut. Lebih kurang pukul 4 pagi aku terjaga. Telinga aku menangkap suatu bunyi yang seakan ombak laut. Aku biarkan saja. Mungkin desiran ombak waktu pagi memang kuat bunyinya. Semakin lama semakin kuat bunyi tu, macam dah masuk ke dalam telinga. Aku dah mula diserang sakit kepala yang amat. Berdengung dan membingitkan macam kita dok dengar bunyi siput ( apatah yang besar tu, tekap di telinga ).
Aku nak bangun tapi tak boleh. Berat, dada seakan dihempap batu. Aku menjerit minta tolong tapi suaraku pula tak keluar. Aduh! Camna ni? Dalam samar-samar tu la aku nampak satu lembaga hitam besar sedang berdiri tegak merenung aku di pintu dekat hujung kaki aku ja. Arghhhh, sudah! Aku dah tak tahan lagi diganggu. Mula la menyesal mulut nih seronok sangat dok cerita hantu kan. Dengan sekuat tenaga aku bangun dan berlari ke bilik makcik di sebelah minta tolong. Fuh! Tercungap-cungap juga lah aku padahal tak jauh mana pon aku lari. Aku kejutkan makcik dan terus cerita apa yang jadi.
Uolls tau dak apa reaksi makcik aku? Dibantainya gelakkan aku! Isyhhh. Apa la makcik ni, lawak sangat kaa? Katanya lain kali jangan terlebih berani sangat, kan dah kena sakat! Hurm, betul jugak. Bak kata makcik, bukan aku takut dengan hantu tapi hantu yang takut nak kacau aku sebab aku nih jenis kuat semangat, tak takut berada di tempat yang gelap & tak cepat melatah bila diusik ‘hantu jadian’ ( orang menyamar jadi hantu ).
Itulah kenangan yang aku masih ingat sampai sekarang. Kebetulan kejadian aku diganggu tu adalah tahun terakhir kami bercuti di sana. Setiap tahun kami gathering tak pernah pon kena kacau. Homestay tu pon dah tak ada. Agaknya hantu tu nak jugak tinggalkan memori manis untuk aku kenang sampai bila bila. Huwaaa…..
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
itu jer?? ceh
buang masa. sape belum baca, tolong jgn baca.
apakah!
Err… bolehla kot..
krik krik
aku baru umur 2 tahun pada tahun tu kahkahkah lama benor