Jin Dan Hijab Terbuka

Assalammualaikum dan selamat menyambut tahun baru 2017. Saya peminat setia fs ini dan saya pun nak kongsi cerita saya. Mesti korang x percayakan cerita saya dan mungkin x seram untuk korang tapi saya cerita berdasarkan pengalaman saya. Kalau ada salah dar segi tatabahasa tolong maafkan.

Panggil je saya Zie. Saya asal Beluran, Sabah. Kisah saya ni terjadi pada tahu 2014. Waktu itu abang sepupu saya kahwin di kampung mama saya. Jadi untuk pergi ke kampung, kami menaiki kapal dan mengambl masa lebih kurang 1 jam lebih untuk sampai ke kampung tersebut. Perjalanan pada waktu siang itu berjalan dengan baik tapi tidak pada waktu malam. Ini kerana kami terpaksa pergi ke kampung tersebut dengan menaiki perahu (sampan) dan malam itu juga kami kena balik. Sepanjang pergi di kg malam itu xda apa yang berlaku lagi. Sampai je tempat rumah pengantin perempun, kami pun dihidangkan makanan dan lepas itu sesi tari-menari untuk penutupan maljis.

Kami pun pulang menaiki perahu (sampan). Sepanjang perjalanan pulang itu, kami semua penat sebab menari kan. Jadi kami nak tido tapi pakcik saya larang. Dia kata jangan tido. Kami pun x jadi tido tapi ipar pakcik saya tido. Kami semua x perasan waktu tengah rancak kami berbual, ipar pakcik saya yang tido tadi melambai-lambai tangan. Kami pun ketawa dan bangunkan dia sebab kami ingatkan dia mengigau.

Bila kami nampak dia bangun, kami pun sambung cerita. Tiba-tiba kami terdengar dia cakap ‘x nak’ berulang-kali sambil menangis. Kami pun bangunkan dia tapi rupanya waktu itu dia dah kerasukan. Kami pegang dia sebab waktu itu dia nak terjun dari perahu. Kena lagi waktu itu perjalanan untuk sampai rumah lama lagi. Semua kami ketakutan dan semua orang mulalah membaca apa yang tahu. Sepanjang perjalanan itu, macam-macam benda yang dia cakap, dia tunjuk satu-satu orang dan dia macam ada mengunyah sesuatu sebab berbunyi-bunyi sedangkan waktu itu dia xda makan apa-apa. Sesampai je kat rumah saya pun berlari panggil bapa saya sebab bapa saya kira pandai juga dalam bab-bab macam itu.

Keluarga yang lain bawa dia pergi rumah pakcik saya untuk berubat. Kami diminta untuk memegang dia. Sewaktu proses itu, bapa saya tanya nape masuk kat badan wanita ini. Benda tu pun cakaplah dia suka wanita ini sebab dia bukan orang laut dan dia minta sesuatu supaya dia x ganggu ipar pakcik saya. Dan permintaan dia ialah meminta ayam hidup untuk makanan dia dan hantar kepada dia awal pagi.

Alhamdulilah selesai juga apa yang dia mau dan makcik saya pun dah ok, tapi saya yang x ok sebab saya ketakutan sebab x pernah nampak kerasukan macan itu. Dan sejak kejadian itu saya selalu nampak benda halus. Sampaikan saya x dapat tido satu minggu juga lah sebab setiap kali saya nak tido mesti ada benda yg tarik kaki saya. Bila saya lihat dia ketawakan saya dan saya selalu nampak pocong tengah perhatikan saya tido sampai satu minggu saya x dapat tido dan sepanjang satu minggu itu juga lah.

Saya pernah ternampk lelaki baju merah xda kaki dan kepala tembus masuk bilik saya dan pernah juga ternampak wanita tengah merangkak sambil lidah terkeluar datang ke arah saya. Waktu itu saya tengah mandi pukul 6 petang. Bukan itu sahaja. Saya juga kerapkali dengar suara orang menangis sambil meminta tolong. Saya tercari-cari suara itu, rupanya ada di belakang pintu. Bila saya buka pintu, terlihatlah perempuan dengan baju yang dipenuhi darah. Dekat tempat kerja saya pun selalu saya nampak benda itu tengah perhatikan saya.

Sekian, itu sahaja lah kisah saya, banyak lagi cerita saya tapi ada masa ada akan cerita kan.

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *