Penangan Last Minute

Kisah aku ni mungkin tidaklah seram mana, tetapi aku takkan lupa kejadian ini. Aku ketika itu budak semester 3. Ambil diploma, tempat biarlah dirahsiakan.

Aku dengan kawan aku ni memang dah biasa dah study last minute. Kalau esok paper, kami akan study dari malam sebelum paper tu hingga dekat dekat subuh. Dari sem 1 amalkan dan alhamdulillah pernah juga dekan sekali dua.

Tapi semasa study tu, ada masa kami dapat study dengan aman, dan ada juga masa kami diganggu. Masa sem 1 dan sem 2 tu, kacau biasa biasa.

Masa sem 1 tu, blok kami tu jauh dari surau, jadi azan selalu tak dengar. Sebab itulah ada abang senior warning awal awal jangan buat bising kalau dah malam sebab tempat tu keras. Roommate aku ni pun jarang balik bilik, dia selalu tidur malam dekat bilik kawan dia di blok lain.

Malam tu aku dah tidur nyenyak, dekat subuh begitu pintu bilik aku tu diketuk. Aku bangun dalam keadaan masih mamai tu buka pintu. Aku tak ingat sangat siapa dekat pintu, lepas aku buka pintu, aku sambung tidur. Keesokan pagi aku bangun, pintu tu luas terbuka, roommate aku tak ada. Aku whatsapp dia tanya,

“Kenapa tak tutup pintu kalau jalan?”

Lepas tu dia reply aku bagi tahu, semalam dia balik dekat jam 3 tu, dia nampak pintu bilik dah buka dah. Tapi masa nak masuk tu, dia nampak ada benda sedang tidur atas katil dia. Dia pun lari dari blok tu. Aku bergegar baca whatsapp dia tu. Berdiri bulu roma aku. Ada juga marah sikit aku sama dia sebab tak kejutkan aku, tapi nasib tak terjadi apa-apa. Dia cerita benda tu tengah baring tapi tak tidur, macam sedang bermain dengan rambut panjang dia tu. Malam tu aku pun tidur dekat bilik kawan aku juga di blok sebelah.

Yang sem 2 tu ada juga dikacau, tapi tak seram. Benda biasa macam tingkap diketuk, bunyi guli jatuh dan bunyi batu lesung.

Yang sem 3 tu paling menakutkan untuk aku. Ini masa kami last paper, jadi kami study last minute macam biasa. Aku dengan seorang lagi classmate aku study di bilik aku, roommate aku dah habis paper jadi dah balik awal. Kami dari jam 8 malam tu push sampai jam 2-3 pagi. Kami banyak rehat juga, jadi kira okay lagi time tu, tak mengantuk pun. Masa tu kami belajar bab pengiraan yang susah gila, banyak juga bunyi bunyi masa tu, bunyi orang tengah study sebab esok paper. Ramai juga yang jenis last minute.

Masa jam 3 tu, kami tengah rehat. Duduk bercerita kejap. Masa tu juga kami dengar bunyi tangisan perempuan sayu. Aku ingatkan aku tengah bayangkan benda sebab tak cukup tidur, tapi kawan belajar aku pun dengar. Kuat juga tangisan perempuan tu, macam depan pintu bilik aku betul betul. Aku dan kawan aku tu pun blur kejap, tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba tangisan tu tukar jadi ketawa pula. Ketawa dan tangisan dia bergema. Macam 2-3 orang yang sedang menangis dan ketawa. Banyak kali juga bertukar dari menangis ke ketawa.

Kami tak dapat sambung study last minute malam tu, aku suruhla kawan aku tu tidur dekat bilik aku. Kami kira nak ignore bunyi tu dan tidur terus, tapi berbunyi handphone aku masuk chat. Chat tu dari group whatsapp blok asrama kami, seram juga baca apa yang dihantar tu.

“Kamu dengar juga ke?”

Ada seseorang kawan aku lagi dari aras 5 hantar dekat group asrama. Bergegar juga aku, sebab kami dekat aras 2 tu, tak sangka pula bunyi tu sampai aras 5. Aku tanya dia kuat tak bunyi tu, dia reply aku

“Kuat, macam depan pintu bilik aku.”

Lepas tu ramai yang hantar juga macam depan bilik mereka. Satu blok dari aras 2 sampai aras 5 dengar bunyi tu depan pintu bilik mereka. Ada yang hantar voice message lagi, memang sama dengan apa yang kami dengar. Bunyi tu berlanjutan dekat 15 minit juga. Warden kami pun suruh tidur dan abaikan bunyi tersebut. Dia kata memang dah biasa masa-masa dekat final.

Lepas habis bunyi tu, aku dan kawan aku tidur. Kami dah berjanji tak nak study last minute lepas ni.

Kenangan aku ni dah berjaya menjadi icebreaker aku sampai aku tamat pengajian. Tempat aku study tu biarlah rahsia. Dapat juga aku pengajaran sikit, iaitu jangan study last minute.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

28 thoughts on “Penangan Last Minute”

  1. seram 9.5/10 . smpai stu blok dgr wehh .. mngilai ketawa lagi . papepon cite kau best . nnti share laa story lagi . kipidap

    Reply
    • kenapa FS dah tak publish kan cerita cerita Ezrin Marsh ? hm. dah lama tunggu update dari Ezrin Marsh. nak dengar cerita kak ros part 3.

      Reply
      • Semoga xk patah semangat Ezrin. Bnyk sgt cerita masuk kut.

        Bonda suka all your story. Ada masa bonda masuk web ye!

        Reply
        • semangat tak pernah patahh..😊

          saya pun takla kecewa cerita tak tersiar. itu hak FS. adala sebabnya tu. mungkin tak menepati standard FS. dah more than 2 months tak tersiar after saya hantar 2-3 stories. but its alright. no problemo😊

          and thanks Bonda for your support

          Reply
  2. 7kali ulang ayat ‘study last minute’ (termasuk tajuk)
    2kali ulang ayat ‘bergegar’. Maksud sebenar bergegar kau tu macam mana? Hati kau yg bergegar ke otak kau ke urat saraf kau? Kalau ‘menggeletar’ lebih sesuai kut.

    Btw 7/10. Seram tapi struktur ayat kena perbaiki lagi. Kipidap!

    Reply
  3. tiba2 aku teringt mse aku sekolh dulu.time amk spm.biasalah yg tgl dkt hostel tgl bdk spm je.sk warden mntk bdk spm pndh tido dorm sblh blk die.ape2 hal senang.nk dijadikn cerita keesokan hari warden aku tu mengamok.die siap ckp xsuka dkt die bgtau je.xpyh nk kacau2 or takot2 kan die.die ckp ktorg sje main kelambu/jaring nyamok dkt tingkp bilkk die.ape kejadah ktorg nk buat baik study dlg bgs.bermatian2 ktorg menafikan.lgpon kalau bdk spm yg nakal geng aku je budk lain xpon.wpon geng aku nakal igt ktorg berani ke nk buat hal mcm tu.

    Reply
  4. terbaik , its normal as student study last minute , tulah plg mujarab , sy ada kisah mcm awk jugak , tapi tmpt sy mmg tk ad hostel , mmg rumah sewa je yg byk utk student duduk , byk jugak kisahnya apapun biarlah dia jd pengajran buat kita semua 🙂

    Reply
  5. Dulu masa time study pn selalu stay late, study last minute. Tapi alhamdulillah la tak pernah kena kacau. Just kejadian histeria je yg pernah berlaku

    Reply
  6. study last minute ni benda biasa bg aq…dulu aq dr zaman sekolah ke u..study mesti last minute…sebab tu je leyh masok…klo study everytime everywhere mmg stress la jwbnye

    Reply
  7. meh aq tlg jawabkan…mmg la takde owg tanya dia…tapi ruang komen ni tak kisah la ko nak komen ape pun mmg takde masalahnya asalkan jgn pemikiran sempit cam ko yg dok kalut sendiri usik owg.owg takde usik ko pun lau ko komen yg baik2..eee annoying betul owg camni

    Reply

Leave a Comment