PENANGAN PENUNGGU POKOK RHU PART 1.

Assalamu’alaikum…

Hai. Apa khabar semua pembaca tegar FS. Nama aku naz AKA robotnaz. Kali ini aku sekali lagi akan berkongsi cerita atau pengalaman seram kepada korang semua.

Aku harap, setiap kisah yang aku kongsikan mampu memberi tauladan dan pengajaran kepada kita semua.

KISAHPERTAMA: DILEMPANG PENUNGGU POKOK.

Kisah ini berlaku sewaktu aku berada di darjah enam, seperti yang korang sedia maklum. Aku adalah budak hostel, aku sejak kecil lagi telah diajar untuk tinggal di asrama. jadi, kisah ini dialami oleh aku dan kawan-kawan.

Pada suatu hari, aku, haziq dan fiz telah didenda oleh warden bertugas kerana lewat ke surau pada waktu asar. Ketika itu, kami diminta untuk membersihkan sebuah store yang menempatkan peralatan ataupun barangan sukan.

Setelah selesai solat, kami pun bergegas ke store tersebut. waktu telahpun melewati pukul lima petang, waktu-waktu begini lazimnya aku dan rakan-rakan akan keluar beriadah tapi hari tu nampaknya takda peluanglah.

Selesai saja berhempas-pulas mengerah segala kudrat yang ada, akhirnya tugasan selesai. Masing-masing mengadu penat dan fikir nak balik ke bilik dengan cepat.

“naz, kita ikut jalan pintas jelah. Malas aku nak jalan jejauh, penat!.” Ujar fiz lagak seperti seorang ketua. Kebetulan, kami stay di blok yang sama tapi taksebilik.
“ok, jom.” Aku bersetuju dan terus mengatur langkah. Serentak dengan itu haziq dan fiz pun ikut sama.

“tapi, kita terpaksa lalu dekat kawasan pokok rhu tu lah kan?” tiba-tiba haziq mengingatkan kami tentang pokok rhu yang sangat berpuaka dan berpengunggu di kawasan asrama kami.
“ala.. kita lalu jelah. Bukan buat apa-apapun. Dahlah, diamlah.” Aku cuba sedapkan hati sendiri. Kaki masih melangkah laju biarpun kata hati semakin kuat mengarahkan untuk aku berpatah-balik.
“entah, penakutlah dia ni. lagipun, tu pokok jelah. Bukan boleh makan orang pun.” Sampuk fiz pula, dia sebenarnya tidak tahu tentang kisah pokok tersebut sebab dia budak baru tinggall di asrama.

“fiz, kakakau cakap apa ni? mumulut jaga sikit!.” haziq tergagap-gagap memberi pesanan kerana kami semakin hamper dengan pokok tersebut. adalah jaraknya lebih kurang tiga meter.
“haha, sengallah.. dengan pokok pun takut. Meh sini tengok, aku petik daun dia. Ke nak aku ludah?” tanpa mendengar persetujuan daripada kami, segera fiz meluru kea rah pokok rhu tersebut. dicabutnya beberapa daun dan dua tiga kali dai meludah-ludah di kawasan keliling pokok itu.

“tengok ni! tengok! Mana ada apa-apa? elok je. Dahlah. Korang memang penakut mengaku sajalah.” Dengan penuh rasa bongkak, fiz menuturkan kata-kata tersebut. aku Cuma diam, haziq juga begitu. Kami terus pulang ke bilik masing-masing.

………………………………………

Pada malamnya, aku rasa taksedap badan, mungkin rasa sengal-sengal urat sebab angkat barang berat. Haziq juga sama, dia taksedap badan tapi dia lebih sikit taksedapnya sebab dia taksedap hati juga.

“naz, aku rasa lain macamlah badan ni. letih semacam. Hati aku pun….” Kata haziq sewaktu aku dan dia sedang berjalan menuju ke dewan makan untuk mendapatkan minum malam.
“aku pun letih je rasa. badan bisa-bisa weh ttapi takdalah sampai taksedap hati.” balasku ringkas. Namun, yang peliknya, fiz takdalah nampak letih sangat berbanding dengan kami. Dia buat kerja boleh tahan banyak juga petang tadi.

“korang apahal? Muka macam nampak hantu je?” fiz merapati aku dan haziq yang masih berjalan. Kami jalan perlahan-lahan sebab memang kaki tangan, semua otut terasa sakit dan lemah sangat.
“fiz! Sudalah. Kau orang baru. Jangan buat pasallah!.” Sekali lagi haziq memberi peringatan. Sayangnya, fiz bukanlah yang jenis makan saman. Dia persendakan haziq semula lagi ada.

“haha, kecoh aa. Orang baru, orang baru. Kau fikir hantu tahu ke aku orang baru ke orang lama? sengallah korang ni. takut takbertempat. Memang patut pun kalau kena kejar dengan dia ha ha ha .” balas fiz tanpa sebarang riak takut pun di wajahnya. Dia nampak berani sangat.

………………………………………………………………

Hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya, angin jua kencang seperti rebut hendak melanda. Petir, sabung menyabung tanpa henti. Semuanya seakan memberi isyarat sesuatu akan berlaku pada malam nanti.

Haziq, kau ingat tak? Macamni lah suasananya waktu rifqi kena lempang dengan penunggu pokok rhu tu kan?.” Soalku kepada haziq yang sedang menghirup saki baki air milo di dalam cawan yang dipegangnya.
“haa, betullah tu. dulu fadil kena pun cuacanya camni juga. Habislah fiz.”

………………………………

Sebelum tidur, aku memang siap-siap basuh kaki, baca apa yang perlu dan kemudian tidur. Aku juga berkali-kali pesan kepada haziq tadi sebelum kami masing-masing masuk ke bilik jarak bilik kami bertiga tidaklah jauh, Cuma selang beberapa bilik saja.

Punk! Punk! Punk!

Fiz tiba-tiba meraung dengan kuat sekali. , semua rakan sebiliknya tesedar. Mereka cuba bertanyakan kepada fiz apa yang telah berlaku. Fiz Cuma mengelengkkan kepalanya saja, mulutnya seakan tidak boleh berkata-kata. Mukanya penuh dengan d***h.

Suasana mulai kecoh. Beberapa rakan daripada bilik lain segera memanggil cikgu atau warden bertugas pada hari tu untuk memberitahu apa yang telah tejadi. Aku dan haziq tahu puncanya tapi kami Cuma diam. Dalam hati kami tetap ada rasa bimbang kalau nanti kami pula yang terkena. Walau kami takludah, tapetik apa-apa daun, tapi kami ada di situ waktu fiz melakukan kerja gila tersebut.

Warden pun sampai setelah beberapa minit menanti, cikgu zan yang bertugas pada hari tersebut Cuma tergamam melihat keadaan fiz dan segera membawanya ke hospital. Tiada sorrang pun yang dibenarkan ikut bersama.

Ironinya, setibanya di hospital. Keadaan fiz serta merta berubah seperti sediakala. Kesan d***h langsung takkelihatan dan fiz tiba-tiba pengsan. Hal tersebut memeningkan semua orang yang melihat kejadian aneh tersebut. namun, belumpun sempat fiz dibawa pulang, dia tesedar dan kerasukan. Menurut cikgu zan, penunggu pokok tersebut merasuki fiz dan menjelaskan segalanya. Kemudian sekali lagi fiz pengsan dan tesedar bila ustaz dipanggil untuk meberi rawatan kepadanya.

Sekian, itu sajalah kisah untuk hari ni. nanti part 2, aku kongsi kejadian lain pula. Sesiapa yang membuat khianat kepada pokok tersebut besedialah untuk menerima habuan. Jumpa lagi.

RobotNaz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “PENANGAN PENUNGGU POKOK RHU PART 1.”

  1. Akk rase PUNK tu bunyik penampar kan…???
    Apsal x gune PANG! PANG! PANG! jer dik…
    Baru betol kena lemPANG…
    Lebih tepat dan padat pelempang tu…
    Heheheheheheh…

    Yg berdarah tu dr mulut Fiz ar kan…
    Selepas kejadian xde ke die mengadu sakit mulut sbb bibir pecah ke ape yg menyebabkan d***h tu????

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.