Penangan Ulek Mayang (P2)

Assalamualaikum semua!
-khayrin.

Ingat lagi tak? Yang ada post cerita pasal penangan ulek mayang tu? Haaa aku dah baca comment. Rata2 menceritakan pengalaman mereka sendiri. Tapi ada jugak yang nak tahu kenapa selama ini arwah tok aku tak pernah benarkan family aku duduk di situ. Maaf ye, sebab kalau tengok berdasarkan tajuk aku, mesti korang ingat pasal ulek mayang. Tapi tak pon.. Lebih kepada sambungan.

Jujurnya, aku pon baru je tau. Selama ni tertanya2 jugak tapi sebab tak de siapa nak bukak mulut, aku pon dah malas nak tanya.

Okay senang cerita macam ni . Tok, tokwan aku tak pernah membela benda semua tu. Tapi rumah yang tok tokwan duduk ni dah lama sangat. Pemilik sebelum ni moyang aku. Moyang aku ni dulu tok bomoh tau. Selain daripada memenuhi hasrat orang kampung, moyang aku ni jugak terlibat dalam rawatan secara tradisional. Yang lainnya kat sini, dia guna ilmu syirik instead of rawatan islam. Dah nama pon tok bomoh kan?

Sewaktu moyang aku dah nak meningkat usia, macam2 dah dia buat untuk lepaskan belaan dia ni. Tapi benda tu dah macam sebati dengan jiwa moyang aku. Ada lah sekali ni moyang aku memang dah usaha habis-habisan nak lepaskan benda tu, naik mengamuk belaan dia. Sampai moyang aku tak boleh nak bergerak langsung.

Okay, aku ringkaskan. Keadaan moyang aku memang teruk. Mata terkedip2. Cuma badan je tak boleh nak bergerak. Sampai bila tok aku cuba nak sentuh moyang aku, habis berbekas tangan tok. Mana datang pon tak tau. Seolah2 ada yang menjaga moyang aku. Sampai lah umur moyang aku melebihi 100 tahun. Tok bawak ustad ni kat moyang. Sebab keadaan moyang dah teruk sangat. ustad cakap moyang dah lama tak ada. Sekarang yang dalam badan moyang tu belaan yang dah lama menetap kat situ. Berhari2 jugaklah ustad tu cuba nak hapuskan benda tu. Alhamdulillah, semua dah selesai.

Tapi, tu baru permulaan.

Now, kembali pada kes tok aku. Lepas moyang aku dah takde. Tok pulak yang tinggal kat situ dengan tokwan dan anak2. Salah seorang anaknya ni mak aku. Mak aku ada cerita. Lepas sahaja moyang tinggalkan mereka. Perangai tok dah semakin berubah. Tok kerap masuk bilik moyang pastu duduk kat situ berjam2. Bila mak aku nak cuba masuk, pintu dikunci. Pelik. Sebab pintu bilik moyang memang takde lubang kunci. Hampir sebulan jugak la tok aku perangai macam ni. Tokwan pulak jarang di rumah, sebab tu tak berapa nak tahu.

1- Sepanjang sebulan tu jugak lah mak perasan rumah moyang diduduki oleh “benda” lain selain keluarga mak aku. Contohnya, bila menjelma maghrib je, mesti adik beradik mak aku dah tak boleh keluar. Kalau keluar je, mesti malam nanti akan ada bekas macan gigitan nyamuk. But yang bezanya, bekas ni lagi besar. Adik beradik mak aku dah berapa orang kena. Mak aku pon ada. Sampai sekarang ada. Nampak real woo benda tu.

2- okay ni selalu berlaku bila siapa2 yang dipanggil untuk teman benda tu waktu pagi2 (2-4am).. Contohnya, dalam satu kes ni. Mak Long aku cerita. Dia terbangun pukul 2 pagi pastu rasa pening2. Bila dia cuba nak tidur je, macam ada something yang tarik ibu kaki dia. So dia duduk semula. Dalam 5 minit.. Baring balik, benda yang sama berlaku. Ibu jari ditarik. Sampailah lepas nak masuk subuh sikit baru boleh tidur.

3- okay yang ni lagi seram (bagi aku) sebab waktu aku dengar dari mak aku pon dah boleh meremang dibuatnya huhu. Ni berkaitan tok aku.
Tok aku ni pantang dengar muzik (since moyang aku takde) everytime muzik terpacul kat radio2 lama je, mula meracau, menjerit2 macam orang gila. “TUTUP LAH. TUTUP TU LAH SIALLL” ya Allah. Sepanjang mak aku hidup, tak pernah dengar tok meracau macam tu. Tokwan pon waktu tu dah nampak risau sikit dengan tok. Tapi dah lma sikit, tok wan biarkan je. Ni dalam situasi lain pulak. Even mak aku or mak pak sedara aku nyanyi siul2 pon tak boleh weh. Mesti tok akan terdengar dan cepat2 tampar muka sesiapa yang nyanyi tu sambil menjerit suruh senyap. Astaghfirullahalazim.

Sampai lah ada satu tahap ni. Pukul 12 tgh mlm, Tok terbangun dari tidur dah start pakai lawa2.. Bila mak aku tanya nak pergi mana, tau dia jawab apa? “Ibu nak jumpa opah kamu jap. Jaga rumah” mak aku terdiam.

Weh….. Moyang dah meninggal.. Opah mana yang tok maksudkan tu?

Bayangkan waktu tu pukul 1 pagi. Tokwan kat surau. Meremang gila tubuh badan adik beradik mak aku. Terpaksalah tunggu tokwan balik, baru diorang bagitau hal sebenar. Apa lagi, kalutlah. Sampai tokwan aku terpaksa jemput ustad datang rumah kitorang. Memang tak boleh nak buat apa dah! Rumah moyang ni dahla tepi ladang sawit. Nak masuk situ malam2? Orang yang kental imannya je mampu weh. Haih.

Dalam lepas 2 jam, 3 sengah pagi macamtu, ustad, tokwan dengan tok dah selamat sampai. Tapi tok nampak pelik sangat waktu tu. Tok pandang semua anak2 dia sambil tersenyum. Bukan senyuman yang lawa, tapi creepy. Tokwan suruh mak long aku masuk dalam bilik moyang bawak sekali adik. Sambil tu berzikir ramai2. Ustad kata kalau ada benda kacau pon jangan berhenti zikir. Jadi mereka ramai2 duduk kat atas katil moyang rapat2. Bacaan zikir dan surah2 dimulakan. Waktu mereka baca je surah fatihah, sesekali terdengar ada suara halus yang mengikut sekali.

Apa lagi menangis lah paksu aku. Paksu aku waktu ni dalm 5 tahun weh. Mestilah cepat nangis dah cepat nampak. Jenuh jugak mak aku pujuk sampai senyap. Tak jadi. Bacaan masih diteruskan. Dan suara itu masih kedengaran. Jadi mak aku peluk paksu kuat2 sampai tangisan dia dah reda sikit. Heh guys, bukan sekali tau. Adik beradik mak aku expect benda tu hanya kacau melalui suara je. Tapi tak. Waktu pembacaan zikir, banyak kali jugaklah mak long aku nampak ada benda yang duduk di bucu katil sambil menari2 kepada nyanyian zikir kami.

Apa masalah benda ni weh? Bila nak terbakar do. Zikir dah, ayat fatihah dah. Muncul jugak lagi.

Tapi malam mereka tak henti2 berdoa kepada Allah untuk perlindungan. Sedar2 je dah pagi. Semua terlena. Pagi tu macam biasa solat. Alhamdulilah. Tok pon dah kembali pulih dan semakin sihat. Selepas kejadian tu je, adik beradik mak aku tinggal dengan opah sedara, tak tinggal dengan tok dah sebab tempat kat situ tak elok.. But tok still berkeras nak jaga rumah pusaka moyang. Hmm takpelah.

Thats why kitorang tak dibenarkan pergi rumah tu time raya. But sekarang family aku masih duduk situ. Alhamdulillah semua okay.

Maaf ye jika jalan cerita aku ni berterabur.

Oh lagi satu, aku tak menang pon pertandingan tu heheh. Bukan rezeki.

Assalamualaikum

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 thoughts on “Penangan Ulek Mayang (P2)”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.