#penatarihitam/KOLEKSI SERAM DI TITI GANTUNG.

KOLEKSI SERAM DI TITI GANTUNG- part 1.
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※

Sendal rasa hati diperam,
Sentak jiwa madah mendamai,
Jejak kemilau halaman seram,
Jengahlah ke FIKSYEN SHASHA ramai2.

Alhamdulillah..semua pembaca tegar kisah seram terus dilindungi Allah dari bintik-bintik celaan sang Iblis dan Syaitan yang dilaknat. Hiburan seram ini diharapkan dapat memberi sedikit perkongsian yang bermakna pada kalian. Penulisan aku kali ini akan membawa kalian merasai pengalaman sebenar mereka yang pernah mengalami keseraman di titi gantung di sebuah kampung.

SERAM 1.
=======
Pengalaman ini dialami oleh bapa saudara aku. Aku panggil kat dia Paktam. Selalu sangat Paktam mendengar tentang penampakan seorang perempuan yang menyeramkan di titi gantung tersebut. Macam-macam sangat cerita dari mulut ke mulut yang Paktam dengar. Sampai perasaan Paktam sudah terlampau menyampah. Bukan apa..sebab Paktam pun selalu guna titi gantung tersebut, tapi tidak pernah pun Paktam diganggu. Kadang-kadang pukul 1 pagi, 2 pagi dia balik kerumah guna titi gantung tersebut..tidak pernah pun kena ganggu.

Satu pagi sedang Paktam bersarapan di gerai Chu Nah..datang Mail tergopoh-gapah duduk disebelah Paktam. Orang kampung panggil kat Paktam aku Din. Mail terus bercerita. “Din.. mu selalu balik lambat-lambat lalu kot titi gantung tu tak jumpa apa-apa ka?” “Jumpa apa?.. hangpa semua dok buat cerita. Aku tak pernah jumpa apa-apa pun.” Paktam bersuara sambil hirup teh ‘o’ panas. “Bukan buat cerita Din..aku dah kena semalam. Bini aku kena pagi kelmarin..masa nak gi motong.” Paktam cuma ketawa kecil seperti mempersenda Mail.

Sehinggalah di satu pagi yang masih berembun..lalu lah Paktam diatas titi gantung tersebut untuk pergi menoreh getah. Kebun getah dia tidak jauh dari titi gantung tersebut. Masa itu lebih kurang pukul 6 pagi. Hendak sampai ke titi gantung tersebut kena ikut jalan yang kecil. Kiri kanan ladang kelapa sawit. Bila dah sampai..kena naik bukit kecil. Tinggi 15 meter. Lepas itu baru sampai di atas titi gantung tersebut. Titi tersebut sepanjang lebih kurang 150 meter. Lepas itu kena naik satu bukit lagi setinggi lebih kurang 80 meter… baru jumpa jalan besar. Jalan tanah merah berbatu kecil.

Di pagi kejadian..Paktam sampai sahaja hampir dengan bukit pertama, bulu romanya mula meremang. Kebiasaan Paktam tidak pernah rasa begitu. Bila motor RXS nya mula naik bukit pertama, rasa berat sangat. Tetapi dia berjaya sampai keatas titi gantung. Paktam berhenti sekejap kerana macam ada sesuatu tidak kena pagi itu. Pagi itu dia rasa titi gantung tersebut macam panjang sepanjang-panjangnya. Rasa macam sayup kejauhan nak nampak bukit yang satu lagi. Paktam nekad teruskan perjalanan. Perlahan-lahan..makin lama Paktam laju kan sikit motornya. Tapi masih terasa bukit yang satu lagi jauh dihadapan. Tiba-tiba bunyi mengilai disebelah kanannya. Bila Paktam paling kekanan.. nampak perempuan rambut kusut masai mengejarnya. Paktam laju kan lagi motornya. Tiba-tiba perempuan itu hilang. Paktam dah hampir dengan bukit yang satu lagi. Bila dah hampir nak naik bukit tu..Paktam dengar sekali lagi hilai ketawa perempuan itu..tapi kali ni bunyinya disebelah kiri. Bila Paktam dah mula nak naik bukit tu..dilajukan lagi motornya.. bayangkan masa tu juga Paktam paling ke kiri. Nampak perempuan tu cabut kepala sambil mengilai panjang. Paktam terus memecut motornya naik bukit tersebut tanpa menoleh kebelakang lagi.

SERAM 2.
========
Kisah kedua pernah aku dengar. Pengalaman sepupu aku. Aku panggil dia kak Maziah. Dia kerja menoreh. Masa tu tahun 80an. Aku sekolah lagi. Kak Maziah ni kira seorang perempuan yang berani sangat-sangat. Bayangkan..bermacam-macam kisah seram pernah di cerita orang tentang titi gantung tersebut. Namun dia tetap dengan rutin hariannya. Lepas subuh dia sudah berjalan kaki untuk pergi menoreh. Jalannya pasti kena lalu di titi gantung tersebut.

Ramai orang bagi tahu padanya..supaya berjaga-jaga lalu di titi gantung tersebut. Kalau boleh jangan lah pergi menoreh terlalu awal. Dua hari..tiga hari sahaja kak Maziah pergi lambat. Kemudian dia akan mula balik rutin harian, pergi menoreh awal pagi. Hanya guna pelita minyak tanah yang diikat di kepala. Perjalanan cukup menyeramkan. Kena lalu dua kawasan tanah perkuburan orang islam. Kiri kanan jalan ladang kelapa sawit..gelap sangat. Kak Maziah berjalan kaki seorang diri. Bayangkan…

Pada suatu pagi…dihari kejadian. Pukul 6 pagi. Sejuk cuaca pagi masih bayi lagi, kak Maziah sudah pun melangkah kaki menghampiri titi gantung yang banyak menyimpan 1001 persoalan yang menyeramkan. Pada pagi itu sejuknya cukup berlainan dari biasa. Memang kak Maziah sudah rasa tidak sedap hati. Rasa sunyinya pagi itu membuat kak Maziah meremang bulu tengkuk. Tidak pernah dia rasa seram sangat macam pagi itu.

Dengan beg guni yang sarat dengan bekal nasi dan air di sangkut dibahu, kak Maziah makin dekat dengan titi gantung tersebut. Bunyi arus sungai yang deras makin kuat menendang gegendang telinganya. Kak Maziah terus menyusun tapak melangkah naik bukit pertama menuju ke atas titi gantung. Bunyi arus sungai makin kuat. Bila dia sampai diatas titi gantung tersebut..pelita minyak tanah yang melekat didahinya dapat menyuluh sesusuk tubuh seorang perempuan. Lenggang jalannya tidak ubah seperti makcik Melah.

Terdetik kehairanan difikiran kak Maziah. Tidak pernah makcik Melah pergi menoreh sebegini awal. Selalu anak-anaknya akan ikut 2, 3 beradik untuk menolongnya menoreh. Tapi pagi itu makcik Melah cuma seorang. Kak Maziah terus menyusun langkah mengekori makcik Melah tu dari belakang. Kak Maziah terus bersembang dengan ramah tapi tidak ada sahutan. Kak Maziah terus mengikut langkah makcik Melah. Sampai ditengah-tengah titi gantung tersebut…

Kak Maziah terkejut, nampak makcik Melah tiba-tiba duduk mencangkung..membelai-belai rambutnya yang terkeluar dari tutup kepala. Sesekali makcik Melah menjeling pada kak Maziah. Kak Maziah beranikan diri menghampiri makcik Melah. Bayangkan..makcik Melah tiba-tiba bangun dan memaling kepalanya pada kak Maziah. Badannya tidak berpusing..tapi kepalanya berpaling 90˚. Sambil mengilai-ngilai lidahnya terjelir panjang. Kak Maziah sedar, dia dah ada di rumah. Orang kampung sudah ramai dirumahnya. Kak Maziah diberitahu, Dollah yang jumpa dia terbaring dibawah titi gantung tersebut. Nasib pagi tu Dollah pergi memukat lalu disitu. Sejak hari itu suami kak Maziah tidak benarkan kak Maziah pergi menoreh di awal pagi.

SERAM 3.
========
Ini pun kisah yang pernah aku dengar orang kampung aku bercerita. Tentang Mat Kelambu di ganggu masa melalui titi gantung tersebut. Memang sudah banyak cerita didengar dari mulut ke mulut kisah penampakan hantu yang menjelma menyerupai orang yang kita kenal di titi gantung berhantu tersebut. Berjenis hantu yang pernah dijumpai oleh mereka yang pernah kena ganggu. Pocong, Langsuir, Hantu Raya, Penanggal, Pontianak. Kekadang tu terfikir juga aku masa tu, betul ke benda tu semua berkampung dekat titi gantung tersebut.

Dimalam kejadian yang menimpa Mat Kelambu, kebetulan ada kenduri yang perlu dihadiri oleh Mat Kelambu. Kenduri pula diadakan dikampung seberang. Iaitu kampung gunung Inas. Kerana sibuk menolong di rumah kenduri. Mat Kelambu mengambil keputusan balik ke rumah lambat sikit. Masa itu sudah pun pukul 10.30 malam. Walaupun bermacam cerita seram di cerita orang tentang titi gantung tersebut, namun Mat Kelambu tidak hirau semua itu. Dari mula titi gantung tersebut dibuat. Mat Kelambu sudahpun berulang alik guna titi gantung tersebut hanya mengayuh basikal buruknya. Cuma kadang-kadang terasa juga seramnya bila pukul 1 pagi..2 pagi..mengayuh diatas titi gantung tersebut.

Tapi..dimalam penampakan yang berpuaka itu mengganggu Mat Kelambu..hujan renyai-renyai. Mat Kelambu mengayuh basikal buruknya dari rumah kenduri hendak balik ke rumahnya. Masa itu sudah pukul 11.30 malam. Angin pun bertiup lembut bersama deruan bunyi yang menyeramkan..Mat Kelambu masih mengayuh basikal buruknya meredah renyai-renyai hujan. Hanya guna lampu suluh yang malap cahayanya..hampir-hampir Mat Kelambu dengan titi gantung tersebut. Tiba-tiba..keadaan jadi sunyi sepi.

Cuma kedengaran suara burung hantu bersahutan diatas pohon kelapa sawit. Hujan terus renyai-renyai dan sesekali jalan diterangi cahaya petir. Kayuhan Mat Kelambu semakin laju. Dari seberang Mat Kelambu kena turun bukit dahulu untuk sampai diatas titi gantung tersebut. Kerana hujan…bukit tersebut sedikit licin, jadi Mat Kelambu terpaksa tolak basikalnya menuruni bukit tersebut. Didalam samar-samar cahaya petir. Mat Kelambu dapat lihat satu susuk tubuh berjalan dihadapannya. Perlahan-lahan Mat Kelambu terpaksa menghayun langkahnya sambil menolak basikalnya. Semakin dekat dengan susuk tubuh itu. Hati Mat Kelambu berdebat-debar.

Rupanya susuk tubuh itu seorang perempuan berbaju kebaya labuh..dan Mat Kelambu baru perasan ada seorang budak perempuan yang dipimpinnya. Mat Kelambu tidak sedar yang dia sudah mengekori dua beranak tersebut hingga ke tengah titi gantung tersebut. Tiba-tiba bunyi kocakan air sungai yang kuat. Dia jenguk sikit ke bawah titi gantung tersebut tapi arus sungai mengalir dengan tenang. Bayangkan hujan makin lebat, guruh berdentum-dentum dan petir tidak henti-henti menghiris langit hitam.

Mat Kelambu memandang semula kepada dua beranak tadi. Terkejut dia bila dua beranak tadi tidak berdiri diatas lantai titi gantung lagi tetapi sudah terapung setinggi kepalanya. Sambil mengilai kepadanya. Mat Kelambu terus naik basikalnya dan mengayuh dan terus mengayuh lalu dibawah kangkang dua beranak tersebut dengan laju tanpa menoleh kebelakang. Kayuh punya kayuh, sampai di kawasan tanah perkuburan yang tidak jauh dari titi gantung tersebut…rantai basikalnya jatuh. Belum sempat Mat Kelambu hendak turun basikal untuk betulkan rantai basikalnya..dia berpaling ke belakang dan ternampak dua beranak tadi berada ditempat duduk belakang basikalnya. Sambil tersengih padanya. Mat Kelambu terus turun dari basikalnya dan terus lari tinggalkan basikalnya disitu. Keesokan pagi baru basikalnya diambil.

SERAM 4.
========
Kisah yang keempat ini aku hendak kongsi dengan kalian semua. Ini juga salah satu kisah seram di titi gantung berhantu tersebut dalam simpanan ingatan aku. Kebanyakan kisah-kisah seram ini dari pengalaman sebenar orang yang aku kenal dikampung aku.

Seingat aku kisah ini berlaku pada tahun 1988. Kisah ini juga menjadi bualan orang kampung. Masih segar dalam ingatan aku kisah Pakcik Wahab dan isterinya Makcik Nab ini. Sampai sekarang kisah ini kadang-kadang di ceritakan kembali walaupun penampakan di titi gantung berhantu tersebut tidak sehangat dahulu.

Dahulu, tahun 1988..di malam kejadian yang menyeramkan Pakcik Wahab dan Makcik Nab. Ingat lagi aku, diceritakan oleh orang kampung macam mana suami isteri ini diganggu di titi gantung tersebut. Mulanya kisah..Makcik Nab teringin hendak makan Yong Tau Fu. Maklum sahaja lah orang mengandung anak sulung. Puas Pakcik Wahab mencari di pekan berdekatan..tapi tidak ada. Memang selalu kalau kita hendak sangat dengan benda tu.. mesti susah hendak dapat. Akhirnya pada malam kejadian Makcik Nab ajak Pakcik Wahab ke pasar malam. Untuk ikut jalan yang dekat dan tidak ada sekatan jalan oleh pihak berkuasa, Pakcik Wahab mengambil keputusan ikut jalan seberang. Ini bermakna mereka kena lalu ikut titi gantung tersebut.

Benar kata orang tua-tua, kalau itu sudah habuan untuk kita…kemana pusing pun dia tetap habuan kita. Pakcik Wahab pening kepala. Tengok muka Makcik Nab masam mencuba. Sampai di pasar malam..hujan lebat. Banyak penjual di pasar malam sudah tutup khemah jualan.Yong Tau Fu pun sudah tutup. Suami isteri itu kecewa di dalam restoran mamak. Makcik Nab termenung di depan sepinggan nasi beriani. Dia nak Yong Tau Fu, bukan beriani.

Pakcik Wahab pening kepala sebab kesiankan isterinya. Dalam perjalanan balik Makcik Nab cuma berdiam diri. Pakcik Wahab tidak berani menegur isterinya. Merajuk isterinya memang lain macam sangat. Motor yang dipandu Pakcik Wahab perlahan membelah kesunyian malam. Bunyi cengkerik menyanyi memang menyakitkan telinga. Suara katak bersahutan di kiri dan kanan jalan menambah sesak fikiran Pakcik Wahab. Makin lama makin jelas bunyi arus air sungai mengalir. Makin dekat hendak sampai di titi gantung tiba-tiba Makcik Nab ternampak ada orang ramai dikiri dan kanan bukit yang hendak turun ke titi gantung.

Makcik Nab cuit bahu Pakcik Wahab. Pakcik Wahab macam tahu dan nampak juga apa yang isterinya cuba hendak bagitahu. “awak jangan tegur..tutup mata” kata Pakcik Wahab pada isterinya. Pakcik Wahab teruskan perjalanan. Bukit yang licin dituruni perlahan-lahan. Sampai sahaja diatas titi gantung tersebut Pakcik Wahab terus memecut motornya. “kenapa laju sangat ni?” Makcik Nab goyang-goyang bahu Pakcik Wahab. “diam!.. kamu diam Nab!” suara Pakcik Wahab sedikit marah. “kenapa tak nak berhenti kat pasar malam atas bukit tadi? Nab nampak ada orang jual Yong Tau Fu.” “pasar malam pa Nab dalam kelapa sawit tu..dah pukul 1 pagi ni.” Pakcik Wahab makin laju memecut tapi masih berada diatas titi gantung tersebut. Akhirnya keesokan pagi orang kampung yang hendak pergi menoreh nampak Pakcik Wahab memecut motornya ulang-alik atas titi gantung tersebut.

#penatarihitam
#nizzalghazali

TAMAT

.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

8 comments

  1. “Akhirnya keesokan pagi orang kampung yang hendak pergi menoreh nampak Pakcik Wahab memecut motornya ulang-alik atas titi gantung tersebut.”

    Umak aaiii…
    Sampei ke pagi ke…
    Kesiannyeee…
    Udahler bini tu mengandung…
    Seb bek x jd pape…

  2. Kampung awok jugak…xsangka titi gntung pun seram jgk..pdahal zaman kck slalu main kt titi tu..xpun tgk pak sedara jala ikan kt situ..

  3. Lama tu dia berpusing ulang alik, dari 1AM.. Sampai org dah keluar nak menireh.. kesian bininya.. Tu kalau habis minyak motor tu menyandor le deme laki bini kat titi tu agaknye.

  4. Hahahahaa part last tu kelako..xmasey pak wahab kene game dek antu..jenuh puleh minyak smpei ke pagi le pak wahab..tu belum ditego dek org kg, ape ke gile wahab kulu kelo ateh gotak tu..buang tebiat ke ape..hahahahhababa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.