Pendamping Atau Didampingi

Kisah aku nak cerita nie tak tahulah bagi korang semua seram ker tak. Harap korang sudi baca dan harap Fs publish cerita nie sebab dah kali ke 5 aku try antar tapi ending tak tahu ke mana.
Cerita nie bermula selepas aku berubat dengan seseorang. Bukan aku sorang tapi satu keluarga aku telah dibomoh. Puncanya satu, sebab dengki. Tapi dalam kes aku cerita lain k. Cinta tak kesampaian. Haaa, nak hancurkan hidup orang bomohlah.

Kiranya kat rumah mak aku nie pelbagai elemen diorang letak. Dan jadi port setan org jin lepak. Tapi alhamdulillah, selepas berubat, semuanya kembali ok. Banyak jugaklah benda pelik jumpa kat rumah mak aku. Dan selepas itu, bermula keseraman aku. Sebelum aku berubat nie aku jahil sangat bab agama. Solat banyak sangat lubang. Mengaji lagilah. Al Quran tu aku buat macam perhiasan. Betapa teruknya aku. Hukhukhuk.

Tapi sejak berubat nie, aku berusaha jadi insan yang kuat, berubah demi ke arah kebaikan. Aku mula tutup lubang yang terbuka. Mula mengaji setiap lepas solat dan tanpa aku sedar, ada sesuatu mula mendampingi aku. Siyes aku cakap setiap malam time tidur, ade suara berbual dengan aku. Suara lelaki beb. Bila aku bukak mata, takde sape pulak. Hampir setiap malam. Ade satu malam tu, aku tido tetiba ade suara sama beri salam suruh aku bangun solat sunat dan mengaji.

Katenya kalau aku amal, insyaAllah aku akan selamat. Apalagi, pantang sangat orang kejut aku memang aku bangun tapi, bangun tengok jam dan tido balik hehehe. Ngantuk beb, 1.30am tu. Tapi sumpah aku tak tahu suara siapa. Kemuncak cerita aku bila aku bermimpi ke tempat sangat lawa. Ade kolam bau macam air mawar. Aku diraih dalam mimpi tu dan dijemput datang lagi. Siyes, tempat tu memang sangat cantik. Dan aku rindu nak ke sana walaupun hanya sekadar mimpi. Selepas dari mimpi tu, aku mimpi lagi, kali nie aku pergi bilik yang sangat cantik.

Namun tanpa aku sedar ia adalah bilik larangan. Tiba tiba bilik bergegar. Dan aku terjaga dari tidur. Termenung sekejap maksud mimpi aku. Dan korang tahu apa hukuman aku kena? Mesti korang tak percaya kan. Masa aku tengah masak kat dapur, zapp. Satu hirisan seperti kena kelar kat betis aku. Terduduk aku tahan sakit, kot kot ade binatang berbisa tapi takde apa. Segala rasa pedih, perit dan sakit, zapp satu lagi kat belakang aku. Huhuhu. Memang sakit giler. Aku tak tahu nak buh ubat apa, hanya baca apa yang patut sebab takde luka langsung.

Tapi hakikatnya sebulan lebih lebam tu ade dibetis aku tempat aku dikelar. Macam tak logik kan. Lebam biru hijau tu muncul esoknya dan sampai sekarang masih sakit walau lebam dah takde.
Bila aku pergi berubat, katenya hukuman untuk aku sebab aku masuk bilik larangan, damn it!!! Kalau taknak aku masuk sane or pergi sane takyah bagi mimpi indah bagai. Sengsara aku dibuatnya.

Dan katenya lelaki yang selalu aku dengar suara tu adelah pendamping aku. Ternganga sekejap aku mikir, sejak bila aku ade pendamping nie??? Dan paling tak logik bila dia cakap pendamping aku nie raja dan aku permaisuri. Katenya raja tu jaga aku. Part nie memang buat aku geli hati. Aku dahlah gedempol, hitam takde manis. Raja manelah sangkut. Adesss, rase nak tampar sendiri pon ade gak. Nak gelak sampai golek pon ade, sabar ajelah. Tapi dalam sabar tu aku cuak sebenarnya, perlu ker aku semua tu.

Aku tak mintak pendamping dan didampingi. Takut seandainya terjadi sesuatu di luar kewarasan akal fikiran. Yelah aku insan yang lemah. Sampai sekarang aku tak tahu kesudahan pendamping tu, masih ade ker tak. Berserah dan berdoa pada tuhan jer. Yang baik datang dariNya. Maaflah kalau cerita aku tak seram tapi buat aku semua nie renung balik kesilapan hidup aku waktu dulu. Biar Allah satunya tempat aku meminta. Sekian.
_Doralin_

Loading...

2 comments

  1. Tu la hikmahnya Alalh bagi ujian begini… Drpd jahil agama, dah semakin baik dan dekat dngn Tuhan yg Satu.

    Tapi mcm mna boleh ada pendamping… mcm mna boleh tahu ada pendamping?Peliklah. Menjadi teka teki dan misteri cite awak ni… Tak tahu pangkal x tahu hujung…

    X lergi tnya Ustaz ke ada ke x lagi pendamping tu?

    Jngn marah…tnya je…

    Yg curious… As curious as a cat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *