Assalam dan hai kepada semua pembaca fiksyen shasha.first, terima kasih admin kerana sudi up cerita aku ni. Sebelum aku cerita aku mita maaf jika cerita ini tidak seram mana, bagi aku cerita ini uni. Aku selama ni silent reader sahaja. Cuma kali ni aku tertarik untuk nak berkongsi cerita yang aku dapat dari ibu aku. Ada banyak sebenarnya. Cuma kali ni aku akan berkongsi kisah tokwan sebelah ibu ku, atau ayah ibu ku. Kisah semasa hari kematiannya. Cerita ni serita lama, semasa ibu aku masih kecil lagi tapi dia ingat sampai hari ni.
Arwah tok wan aku ni sangat terkenal dengan ilmu agamanya. Baik dan beradab orangnya. Sampai hayat terakhirnya ketika ibu ku berumur dalam 10-12 tahun dia meninggal. Semasa meninggal suatu kejadian luar biasa berlaku. Arwah tok wan aku ni ada pendamping, aku tak cakap membela kerana ibu ku kata tokwan aku tak ada memberi mereka makanan atau apa². Tokwan juga menggelar pendamping itu sahabat 4. Kerana ada 4.
Berbalik semasa kematian tokwan aku, semasa nazak tokwan aku sempat berkata “wahai sahabat 4, datanglah ke sini. Berjumpa aku. Sebelum aku pergi.” Selepas sahaja tokwan berkata macam itu, turun lah satu lembaga yang menyerupai manusia lelaki, berjubah, berserban dan berkopiah putih di hujung kepala tokwan aku. Berlubang bumbung rumah dari arah turunnya. Dia duduk bersila di hujung kepala tokwan ku sambil menunduk, tiada siapa nampak wajahnya selain jambangnya yang hitam dan panjang tetapi kemas. Ketika dia turun ni, orang dalam rumah tokwan aku sangat ramai kerana datang melawat sebab dia dah nazak. Semua orang nampak semasa benda itu turun dan duduk di hujung kepala tok wan aku. Nampak jelas. Ada orang yang pengsan, terkencing, lari dan macam² lagi. Terkejut. Ibu aku pon nampak.
Selepas benda itu ada dekat dengan tokwan baru tokwan cakap ” aku ni dah tak lama dah di dunia ni, jadi aku pon mungkin tak dapat nak bersama dengan kau dan yang lain. Terima kasih selama ini dengan aku. Kali ni, kau pergi lah. Pergi ke asal kau. Dan jangan kau dan yang lain kacau cucu cicit ku kerana mereka kesanyanganku. Sungguh aku hanya pergi kerana sakit. Kerana telah tiba masa ku. Kerana takdir. Maka kau dan yang lain, pergi lah. Kembali ke asal kalian.” Tidak lama selepas itu, tokwan meninggal. Benda tu tetap di hujung kepala tokwan. Mak aku cakap dia nampak ada air mata yang mengalir di pipi benda itu.
Semua orang takut nak mengurus jenazah tokwan kerana benda itu tidak berganjak. Kemudian nenek kata jangan takut, buat sahaja seperti biasa, dia tak akan mengganggu. Baru ada yang berani bertindak. Dan seperti cakap nenek dia tidak mengganggu. Dia hanyak duduk di tempat yang sama. Tetapi semasa ada yang ingin mengalih tempat untuk letak jenazah, iaitu ingin menarik tilam yang dihampar di atas lantai ke tempat lain dia tidak benarkan. Dia memegang tilam tersebut. Tentu dia pegang dengan tangan lah, tangan dia macam manusia. Semua serupa, sebijik macam manusia lelaki yang normal. Cuma tidak dapat lihat wajahnya dengan jelas sebab dia hanya tunduk sepanjang masa. Jadi sebab dia tak benarkan, tiada pilihan. Nak tak nak mereka kena kafankan tokwan depan benda tu. Tapi dia masih sama, tunduk, diam dan tidak berkata-kata. Oh ya, sepanjang urusan tokwan, bacaan yasin sentiasa dialunkan oleh orang kampung. Tapi dia tetap sahaja di situ. Seolah-olah tidak memberi kesan apa².
Setelah siap semua urusan tokwan, nenek berkata ‘dia dah nak di bawa pergi’ kepada benda tu. Lalu perlahan lahan dia bangun. Jenazah telah diusung untuk di bawa turun. Seperti yang kita tahu akan ada hentian untuk membaca alfatihah. Part ni, benda tu ikot. Berjalan turun sekali. Setiap hentian membaca alfatihah dia berhenti. Sehingga habis sahaja bacaan alfatihah di hentian terakhir, ada tiupan angin yang kuat seketika. Kemudian dia hilang. Tiba² taburan bunga kemboja jatuh dari langit. Harum sahaja. Bunga kemboja kesukaan arwah tokwan mengiringi pemergiannya. Itulah pengalaman ibuku ketika melihat pemergian ayahnya. Orang mungkin tidak dapat percaya apa yang dicerita. Tetapi aku dengar benda yang sama juga dari orang lain yang ada bersama semasa kejadian itu. Ya, unik bagi aku kerana pertama kali bagi ku mendengar cerita pendamping yang sebegitu kelakuan nya. Penuh adab ketika kematian tuan mereka.
Selepas ini jika aku ada peluang aku akan ceritakan lagi tentang sahabat 4 itu. Setakat ni sampai sini saja dulu ya. Pendapat korang macam mana? Adakah itu hantu? Kafir? Islam? Jin?
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
best… nak l;agii.. nak lagi.. pls…
sayuu…Mesti dia sedih tuannya dah takda.. :'( sambung lagi pls
sambung plissssss , sedih baca 🙁
saya faham sahabat 4 arwah tok penulis…… adik saya juga memiliki sahabat2 begini, dia akan datang memberikan pertolongan dengan izin ALLAH sekiranya ada antara ahli keluarga kami sakit terkena sihir atau gangguan jin…..
so dia makhluk ape
Mahkluk ghaib
Bende mcm ni mmg ada. Mcm yg penulis ckp bukan membela. Tetapi dia mmg ada. Tak tau nak terangkan mcmmana. Makhluk kita sahaja makhluk ciptaan Allah di dunia ini.
*Bkn kita shj makhluk Allah di dunia ni
Best.. Sambung cerita pleasee
Subhanallah..arwah tok penulis ni antara insan² istimewa sbb dpt shabat² dari alam ghaib ni..apepn, al-fatihah utk arwah
nak lagi.
salah kah kalau kita meninginkan bnde yang mcm ni dengan kita
Aqidah kena kuat…iman kena tetap…tkut nti menyekutukan pencipta kita…
mana tau,
tanpa sedar kita mntk pertolongan dekat makhluk ni…bukan dr Allah…
nanti kalau nak sambung cerita ni.. buat tajuk yg lebih kurang sama jg ye.. senang akk nak follow sambungannya.. menarik cerita ni….
Sambung lagi,tak sabar nak tahu.
Nak sambungannya lagi
Tu bukan belaan, tp sahabat dr kaum bunian. Mungkin seguru atau sudah berjanji bersahabat saling bantu membantu.