Hye assamualaikum buat pembaca FS.. Terima kasih sebab siarkan cerita aku kali ni.. Ye aku kembali, sebelum ni aku pernah ceritakan pengalaman aku main polis and thief, pengalaman aku bermain spirit of the coin dan juga kisah ijat.. Kali ni aku nak berkongsi cerita dan luahkan perasaan serba salah aku tentang apa yg berlaku pada Ijat..
Sebelum ni aku pernah ceritakan selepas kami bermain spirit, Ijat dan keluarganya berpindah keluar dari kampung dan sebulan yg lalu aku berjumpa dgn salah seorang kawan baik Ijat yg secara kebetulan aku jumpa gambar profil nya bersama ijat di FB utk bertanya khabar tentang Ijat dan apa yg aku dengar memang cukup buat aku terkejut dan serba salah.. Aku namakan kawan Ijat ni Kimi.. Dan disini bermula semua cerita Kimi tentang Ijat setelah Ijat memghilangkan diri selama 7 tahun tanpa berita..
Kimi ceritakan die berkenalan dgn Ijat pada tahun 2011 di KL semasa Ijat menyambung pembelajaran di sana.. Permulaan dia kenal Ijat tiada apa yg pelik tentang Ijat sampailah satu hari die tumpang tidur di rumah sewa Ijat.. Ijat hanya tinggal seorang diri dari apa yg Kimi ceritakan pada aku.. Malam tu dia tidur di ruang tamu dan dia dengar seperti orang bercakap dalam bilik Ijat.. Tapi percakapan yg kurang jelas.. Kimi cuba utk intai tapi pintu bilik ditutup rapat dan dikunci.. Die cuba mengintai dari lubang kunci yg terdapat di pintu dan apa yg dapat dilihat hanyalah Ijat duduk di atas lantai sambil menggoyangkan badan ke depan dan belakang..
Keeseokkan harinya Kimi berniat utk bertanya tapi belum dia bukak mulut nak tanya Ijat da bersuara “aku tau kau dengar apa yg jadi mlm semalam” .. Tergamam Kimi bila Ijat cakap mcm tu.. Ijat mula ceritakan semuanya dari mana semua ni berlaku.. Dan apa yg dia jelaskan tentang apa yg Kimi nampak semalam katanya benda tu mengikut Ijat ke mana saja Ijat pergi.. Malah tempat baru yg Ijat pergi pun pasti akan ada benda yg melekat atau singgah.. Ijat kata setiap malam dia akan bermain spirit seperti menyeru semua makhluk tu supaya dtg dan teman dia di rumah tu.. Tambah dia lagi bukan dia yg inginkan semua tu tapi seolah ada yg mengawal dia utk buat tu semua.. Dan ya rumah yg dia duduk tu memang banyak yg ikut menumpang dan disebabkan itu lah tak ada sorang pun yg sanggup duduk sewa bersama dgn Ijat kecuali adik dia..
Aku berjumpa dgn Kimi sebulan yg lalu pada bulan 8 dan mengambil masa yg lama utk aku kongsikan kisah Ijat disini.. Dan masa aku jumpa Kimi aku dikhabarkan Ijat baru saja pulih sedikit dari kemalangan yg menimpa dia bulan 7 yg lalu.. Dia dikatakan patah kaki.. Kimi melawat dia dan Ijat menceritakan punca dia terlibat dgn kemalangan.. Khabarnya Ijat ingin pulang ke perak bersama adik dia dan dalam perjalanan pulang tu dia buang syiling petak yg terlalu lama dia simpan.. Aku pernah bagitau kan yg Ijat simpan syiling petak tu.. Dikatakan dia buang di tepi hutan laluan highway lama klang ke tanjung malim.. Aku tak pasti betul ke tak sebab aku tak pernah lalu jalan tu.. Sepanjang perjalanan Ijat bagitau yg terlalu banyak benda yg ganggu dia.. Kereta jadi berat, bau busuk dalam kereta dan dia nampak ada benda yg ikut dia.. Tapi benda jadi serius bila dia lalu laluan highway Gua Tempurung..Ijat cakap tak banyak kereta yg ada masa tu dan dia ikut jalan lama.. Selepas saja dia lepas laluan masuk ke Gua Tempurung dia dengar bunyi benda jatuh di atas bumbung kereta dia, masa ni adik dia dah mula takut.. Dan perkara yg buatkan aku terkejut bila Kimi bagitau yg Ijat terbabas sebab kain putih tiba² melintas di hadapan cermin kereta dan itu buatkan adik Ijat hilang kawalan dan terus terbabas..
Dan aku diberitahu bahawa adik Ijat meninggal dunia di tempat kemalangan.. Ya aku memang terkejut sangat.. Syahmi kau tak ad kaitan pun dengan apa yg kami main tapi kau terlibat.. Dan masa aku menulis ni aku masih diselubungi perasaan terhadap Ijat dan keluarga dia.. Kalaulah kami tak main benda tu kalaulah aku tak usulkan permainan tu mesti semua ni takkan jadi.. Maafkan aku Ijat maafkan kami Ijat.. Dan Kimi bagitau Ijat masih menyalahkan diri dia atas pemergian adik dia.. Kau tak salah Ijat, yg salah aku yg salah kami..
Aku rasa sampai sini je coretan aku.. Aku berkongsi kerana ada yg mengetahui siapa aku mesej supaya aku kongsikan kisah Ijat.. Dan dari situ aku berusaha mencari Ijat.. Aku tahu ramai yg akam menganggap.aku mereka cerita seperti drama petang² tapi percayalah ini kisah benar dari sumber yg aku peroleh.. Cukup² lah aku masih hidup dalam perasaan serba salah.. Kalau admin siarkan kisah aku ni aku ucapkan terima kasih kerana izinkan aku tamatkan penulisan aku dengan menceritakan keberadaan Ijat sekarang.. Aku tak akan cuba menulis lepas ni tapi seandainya ada cerita yg ingin aku kongsikan insyaAllah aku akan kongsikan dgn korang semua .. Assalamualaikum..
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
Kasihan Ijat, semoga Allah permudahkan hidup Ijat, Allah Ada
ape cte ijat skg? sy bc psl kes spirit coin yg uols main tu.
penulisan yg baik. boleh dperbaiki
#cumel
Allah siannny …. Mmm kau dh jmpe ijat blom ? Sianny msty mak bpk dia msh slhkn korng smuakn …. Main ngn idop mati ni ssah la nk dpt kemaafan dri org …. Moga adik ijat tenang disana… Moga ijat pulih sepenuhny …. Dan moga korang2 yg lain yg main tu bertaubat laaa yee ….
sedihnyaa . cari laa ijat balik koranggggg