Salam ..
Pengalaman sera yang aku kongsikan adalah ketika aku pulng ke kampung dari Kuala Lumpur ke Kelantan melalui LPT (waktu ni belom ade LPT2), so exit di Jabor, terus ke Dungun, Setiu, Jertih dan terus ke Kelantan. Dan ini adalah kali pertama aku pulang ke kampung SEORANG DIRI. Selalunya aku pulang dengan bas. Dan kalau naik kereta, biasanya dengan kawan-kawan. Tu pun hanya beberapa kali aku drive kereta dengan kawan-kawan pulang ke kampung. Jadi jalan-jalan yang dilalui aku tak berapa ingat la. Biasanya aku refer pada signboard je.
Dipendekkan cerita, tiba lah masa cuti. Cuti selama seminggu, bukan PUBLIC HOLIDAY. Tapi BOS bgai cuti sebab aku siapkan kerja awal. Begitulah kerja di tempat aku, bos akan bagi dateline. Kalau siap awal, boleh la aku bercuti sehingga tamat dateline. Betapa seronoknya kerja di sini. Hermm. So, hari tu kerja siap, aku pulang ke rumah sewa aku, kemas-kemas barang, sheck semua (minyak hitam, air radiator, aircon, lampu dan sebagainya). Dan aku rancang malam tu jugak aku nak bertolak pulang ke kampung.
Aku pakai kereta wira. Gaji aku boleh tahan besar, tapi oleh kerana aku jenis yang kuat makan, aku tak ada cita-cita untuk beli kereta baru dan mahal. Huhu, dapat makan sedap setiap hari tu dah kira nikmat bagi aku. Biasanya setiap hari aku akan cari restoran yang yang ada Chicken Chop, lagi best kalau ade Jus Buah. Saje nak try lain-lain kedai. Kereta wira tu pulak dah habis bayar loan. So memang seronok, banyak duit lebih. Duit lebih biasanya aku kumpul banyak-banyak. Dan aku habiskan duit-duit tersebut pergi melancong luar negara dengan kawan-kawan. Kalau tak ada kawan ikut, aku pergi seorang diri. Aku jenis yang tak kisah berseorangan, long ranger la katakan.
So, sambung cerita tadi.
Lepas siap semua kemas-kemas barang dan check kereta. aku pi la mandi sebelum bertolak. Lepas solat maghrib dan isyak, barulah aku bertolak. Aku bercadang aku nak terus gerak direct tanpa berhenti di mana-mana R&R. So, perjalanan akan lebih cepat. Tapi, belom sempat aku masuk LPT, baru je Highway Karak, mata aku pulak mengantuk yang teramat. Mungkin sebab hari ni belom rehat lagi. Al maklum la pulang dari kerja je, terus siap-siap pulang ke kampung.
So, untuk menghilangkan mengantuk ni, aku plan nak berhenti di hentian Temerloh, sebab dekat sana biasanya ramai yang berhenti makan. So nanti, alang-alang berhenti, boleh la aku terus makan ringan-ringan, minum kopi bagi hilang mengantuk. Tapi mata aku ni memang mengantuk yang teramat dah. Kadang-kadang aku nampak jalan macam belok ke kiri, padahal jalan tu belok ke kanan. Kadang-kadang aku nampak ada kereta depan aku, padahal tak ada apa-apa. Kadang-kadang nampak macam lori masuk p****g masuk lorong aku, padahal tak ada.
Macam-macam halusinasi yang datang pada aku. Paling mengejutkan, waktu tengah drive kereta, dan waktu tu mata aku macam makin layu. Hampir saja mata aku tertutup, tiba-tiba aku nampak ada benda putih terbang di depan aku, dari jauh sangat laju menghampiri kereta aku. Apabila benda tu berada je depan mata aku, aku sangat terkejut, dan terus hilang mengantuk, mata aku terus celik seluas-luasnya. Dan aku tengok sekeliling, tak ada apa-apa pun. Tak ada benda putih yang terbang tu, dan aku yakin benda tu hanyalah halusinasi. Dalam hati aku, bagus juga ada benda tu, tak pasal-pasal mengantuk aku terus hilang.
Selepas beberapa minit aku perasan ada yang tak kena. Aku rasa agak pelik. Aku rasa, jalan yang aku lalu ni, bukan jalan yang biasa aku lalu sebelum ni. Aku tak ada la sampai ingat semua jalan, tapi aku just ingat-ingat lupa la. So, aku tak tahu sama ada jalan yang aku lalu ni betul ke tak. Namun, aku teruskan jugak perjalanan. Aku cuma berharap ada signboard. Tetapi, selepas lebih kurang 15 minit, langsung tak ada signboard apa-apa. Hanya jalan, penghadang jalan, dan semak samun di tepi jalan.
Aku pelik la kenapa langsung tak ada sign board. Dan yang menghairankan aku, jalan ni hanya ada satu lorong. Maksudnya tak ada lorong memotong, macam jalan kampung. Waktu tu memang aku tak ingat macam mana Highway Karak. Dan waktu tu memang aku tak terfikir pun “nama pun Highway, mesti la ada lorong memotong.” Sebab aku still confusing, campur penat dan lapar. Yang aku ingat, sebelum ni, aku drive balik kampung, aku gerak straight je. Tak ada exit mana-mana kecuali Jabor.
So, aku teruskan perjalanan. Jalan ni memang gelap, tak ada lampu jalan. Hanya mengharapkan lampu kereta ni je. 30 minit kemudian, masih tak ada kelihatan signboard. Dan aku baru perasan, aku langsung tak nampak kenderaan lain dekat jalan ni. Seolah-olah aku seorang je yang guna jalan ni. Tapi bila fikir balik, sekarang ni bukan Public Holiday, so sebab tu tak ada orang kot. Aku teruskan perjalanan, Tiba-tiba aku mengantuk aku datang balik, tapi aku masih boleh drive. Aku drive je, dalam keadaan penglihatan aku yang samar-samar (ditambah pula dengan jalan yang gelap) ni. Ada satu ketika, aku tak nampak jalan.
Tak nampak garisan jalan. Aku perlahankan sedikit kereta, dan aku cuba cari garisan jalan. Agak samar-samar dan beberapa minit kemudian, tiba-tiba kereta aku bergerak laju dengan sendiri. Dan aku perasan kereta aku seolah-olah menurun ke bawah di jalan yang sangat curam. Belom sempat aku berfikir apa-apa, belom sempt aku berbuat apa-apa. BAMMMMM!. Pandangan aku gelap.
Beberapa detik selepas itu, penglihatan aku kembali elok.
Aku sedar, aku berbaring di atas rumput. Aku lihat sekeliling aku, semua semak samun. Di suatu sudut, di celah-celah daun-daun semak itu, dalam beberapa meter dari tempat aku berbaring, aku nampak kereta wira aku dalam keadaan terbalik. Ada sedikit api kecil yang membakar kereta aku itu. Waktu itu aku fikir kereta aku akan meletop. So aku pun dengan pantas cuba untuk bangun untuk dapatkan benda-benda penting dalam kereta tu. IC, telefon, dompet, laptop dan sebagainya.
Namun, aku tak dapat bangun. Susah untuk aku bangun. Sakit yang teramat. Aku seolah-olah tak boleh control kaki aku. Setiap kali aku cuba bangun, setiap kali itulah aku rasa sakit sangat. Aku cuba untuk merangka menuju ke kereta aku. Tak sampai seminit, kereta aku meletop dengan kuatya. Haihhh, rasa agak kecewa. Tapi, aku terus merangkak menuju ke kereta. Agak-agak sampai di kawasan cerah (cerah dengan nyalaan api) itu, aku berhenti dan berbaring, rehat dan lepaskan hembusan penat aku. Aku just harap akan ada la nanti orang yang akan nampak aku berbaring tepi jalan. Aku just mengharapkan pertolongan.
Beberapa minit kemudian, masih langsung tak ada orang lalu. Aku pun pusingkan badan aku kepada kedaan mengiring menghadap ke kereta aku. Aku tak boleh buat apa-apa selain daripada hanya melihat kereta aku yang terbakar. Ermmm. Lama-kelamaan, api kereta tu makin malap, sedikit demi sedikit api itu malap. Api yang makin malap itu membuatkan mata aku juga sedikit demi sedikit layu. Dalam beberpa minit selepas itu, pandangan aku jadi gelap. Aku tertidur.
Aku tak tahu berapa lama aku tertidur,. Tapi sebalik sahaja aku sedar, aku masih lagi da di tepi jalan, masih lagi dalam keadaan mengiring menghadap kereta aku yang terbalik tu. Aku asih lagi penat. Susah untuk celik mata ini. Pandangan aku samar-samar api kereta aku juga dah padam. Dalam pandangan samar-samar tu, aku nampak macam ada orang berdiri di tepi kereta aku. Dengan suara aku yang sangat lemah ni, aku cuba panggil orang itu. Namun, tak dilayan. Dia hanya berdiri di situ sahaja.
Aku cuba kecilkan mata, pandangan aku masih lagi samar-samar. Namun, aku baru perasan orang itu hanyalah seorang kanak-kanak perempuan. Aku langung tak berdaya untuk bergerak. Aku hanya menggerakkan mulut aku keluarkan suara memanggil budak itu. Beberapa saat kemudian, aku nampak datang seorang wanita dewasa. Wanita itu duduk cangkung depan budak tu sambil memegang kedua-dua tangannya, dan kelihatan wanita itu sedang bercakap-cakap dengan kanak-kanak perempuan tadi.
Tapi aku tak dengar diaorang cakap apa. Suasana di sekeliling memang senyap. Aku hnya nampak diaorang bercakap, tapi tak dengar perbualan diaorang. Penat aku memanggil, diaorang tak layan aku. Aku pejamkan mata sekejap. Tak sampai 1 minit aku pejamkan mata, aku buka balik mata, tiba-tiba dua orang tadi hilang. Aku terkejut, dan sumpah waktu tu memang rasa takut.
So, tiba-tiba mata aku tercelik dengan luas. Aku cuba celikkan lagi, aku cuba bangun, dan akhirnya aku bangun. Dengan keadaan aku yang tak bermaya ni, aku tengok sekeliling, langsung tak ada orang, gelap gelita. Tepi jalan hanyalah semak samun. Dalam hati aku “ah sudah, dekat mana aku ni?”. Aku tengok langsung tak ada orang. Aku fikir daripada aku duduk sini sorang-sorang menunggu bantuan, baik aku terus jalan kaki. Mana la tahu tiba-tiba ada kedai makan dekat depan sana, atau ada orang dekat depan sana.
So, aku berjalan dengan perlahan, aku sakit kaki. Selepas beberapa minit, aku nampak depan aku. Dari jauh aku nampak seperti seorang perempuan yang memakai baju orang gila. Rambutnya kusut masai, dia berdiri je di situ. Langkah aku berhenti seketika. Aku pun lambai-lambai tangan aku padanya, tiba-tiba sahaja dia berlari menuju pada aku. Aku pun apa lagi!! aku lari ke belakang balik. Dekat belakang aku pun sama, aku nampak dari jauh ada orang berlari menuju pada aku.
Aku tak ada pilihan lain, aku masuk dalam semak. Aku masuk sedalam-dalamnya, dan cuba cari bahagian yang memang tersorok. Memang cuak gila aku waktu tu. Aku dah tak tahu nak pergi mana, nak berlari pun memang dah tak bermaya. So, dalam semak tu, aku cuma duduk dan perhati melalui celah-celah dedaunan semak tersebut. Mata aku laju perhati ke kanan ke kiri, aku perhati ke setiap sudut. Memang aku cemas dan takut waktu tu.
Pandang di sudut ni, tak nampak apa-apa. Pandang di sudut sana, tak nampak apa-apa juga. Sampai je di suatu sudut, aku nampak, dua-dua wanita gila tu, berdiri di tepi jalan tu dan memandang ke arah aku. Aku rasakan dia nampak aku. CUAK GILA DOWH!!!. Meamng tak boleh lari dah waktu tu. Dalam hati aku, aku cuma harap dia tak nampak aku, aku tetap berharap yang diaorang tak nampak aku.
Usah cakap la bagaimana perasaan TAKUT aku waktu tu. Aku tak sanggup lihat diaorang yang memandang aku macam orang gila tu. Aku pejamkan mata. Badan aku terketar-ketar ketakutan. Mulut aku secara semula jadi seperti nak menangis, tapi aku cuba TUTUP mulut aku, aku cuba tak hasilkan apa-apa bunyi. Mata aku mengalir air mata.
Beberapa minit jugak la aku pejakan mata, tapi aku masih tak rasa diganggu. Aku plan, nak terus tutupkan sahaja mata sampai tertidur. Walaupun diaorang dah ada dekat dengan aku, aku harap diaorang tak apa-apa kan aku la. So better tutup terus mata sampai tertidur. Tapi aku memang tak boleh tidur. Dalam keadaan takut yang teramat tu, memang aku dah tak rasa mengantuk.
So, entah kenapa, aku bukak juga mata aku perlahan-lahan. Dan aku tengok diaorang dah tak ada. Aku terkejut, dengan laju pandangan aku beralih ke sana dan ke sini mencari di mana diaorang berada. Dalam beberapa minit selepas tu, aku terdengar bunyi daun, seperti ada orang masuk dalam semak. Waktu tu, aku memang fikir diaorang masuk semak jugak cari aku. Bertambah takut la aku waktu tu. Aku just bolh standby untuk lari ke arah yang boleh aku lari je waktu tu.
Aku just standby. Tiba-tiba dengan sangat laju, aku nampak orang gila ni merangkak laju ke arah aku sambil gelak macam orang gila. “Hihihihihihihihihihihi”. Tanpa henti diaorang gelak. Aku tak sempat buat apa-apa. Yang aku tahu, waktu tu memang aku TAKUT GILA!!. Aku terkejut dan secara SPONTAN aku menjerit SEKUAT YANG MUNGKIN. Tiba-tiba aku pengsan. Sedar-sedar je, aku dah ada di hospital. Aku buka je mata, kelihatan seorang jururawat sedang tengok aku, dan dia tersenyum.
Mungkin kerana gembira tengok aku dah sedar. Aku pun tanya la pada jururawat tu apa yang dah terjadi. Dia pun cerita la, rupa-rupanya aku tersalah jalan. Aku memang tak perasan aku tersalah jalan, mungkin sebab mengantuk kot. Dan jalan yang aku lalu tu, memang tak ada orang yang guna malam-malam.
Abdul Fatah.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
emm, macam mana ditemui? Apa kesudahan dia? Dimana?
Ko ikut jalan mana der?
Mcm tergantung je…
mana hantunya
Cerita panjang lebar, point cuma org gila? Kau penat, mengantuk mmg kuat berhalusinasi. Silap besar bila kau tetap memandu dlm keadaan mengantuk. Mujur masih selamat. Lain kali hati2.
X de manenya dia xsiden.
Buat cerita membongak je.