#MISTER; PENGALAMAN
Sekian lama mendiamkan diri, Mister kembali menceritakan sebuah PENGALAMAN yang mungkin aku sendiri tak mampu lupakan. Kalau sebelum ini, aku pernah menceritakan tentang #WANGIAN TIKA MAGRIB. Sekarang pulak aku bercerita mengenai PENGALAMAN. Sedia maklum masing-masing ada pengalaman sendiri. Begitu juga watak bernama ‘aku’ yang bakal aku coretkan satu persatu-satu berdasarkan PENGALAMAN mereka. Untuk pencerahan, watak ‘AKU’ adalah watak keluarga atau saudara-mara aku sendiri. Di sini, aku biarkan korang rasai sendiri PENGALAMAN yang mereka alami.
—TENGKORAK—
Aku, Amoi. Budak hingusan yang masih bermain tanpa mengira waktu siang dan malam. Hanya akan aku dengari tatkala si ibu memanggil dari jauh untuk pulang ke rumah. Al-maklum budak katakan. Waktu tu, maghrib. Aku jenis degil cikit. Yelah, kakak saudara ada datang balik kampung. Memang tak puas bermain untuk sejam dua jer. Lagipun kakak saudara aku ni sporting. Kot aku ni budak katakan. Haha!
“Moi!!!” Memekik lantang kedengaran mak memanggil. Aku mendengus geram. Baharu saja bermain satu dua permainan, dah kena panggil balik. Mujur kakak saudara aku ni pandai pujuk aku. Cair gak akulah, haha! Lama-lama, aku setuju untuk balik. Rumah aku taklah jauh mana. Dipisahkan dengan sebuah rumah jer.
Aku turun membawa mulut muncung. Sengaja aku lenggok-lenggok berjalan konon berani. Siap bernyanyi lagu ‘Rasa sayang’. Masa tu aku jenis pekak. Pekak sebab tak dengar nasihat. Orang tua dah pesan jangan keluar rumah maghrib-maghrib macam ni. Tapi aku? Ah, selamba jer! Bukan ada hantu pun siang hari. (Aku dah kata aku ni degil cikit…)
Tengah syok-syok nyanyi, langkah aku berhenti. Mataku membulat memaku ke arah seberang sungai hadapan sana. Yelah, kampung aku ni berjiran dengan sungai. Sebab tu, rumah pun semua tinggi-tinggi belaka. Berbalik kepada cerita. Agak lama aku perhati menda tu. Aku melangkah ke hadapan setapak dua mengamati benda tu.
Gugur jantung aku saat benda tu ‘menampakkan’ diri. Sekujur tulang-temulang duduk bersila di atas sungai seberang sana. terasa nak pengsan aku ketakutan tahap langit. Nak berlari seribu langkah pun dah tak mampu dek ketakutan yang kian menggigit jiwa aku. Seketika aku menjerit berbaur tangisan. Mendengar sahaja tangisan aku, ibu dan ayah datang mengambil aku. Aku tidak berkata apa tatkala ditanya kenapa. Hanya mataku memaku melihat tengorak di seberang sana yang masih tegak memacak bersila memandang aku.
Naik gila aku semalaman menangis. Siap termimpi aku pasal tengkorak tu. Dan esoknya, maka tubuh kecil aku ini dilanda ‘demam keteguran’. Hampir seminggu aku tidak dapat bermain. Dibayangi tulang-temulang yang duduk bersila di atas sungai. Mengingau dikala malam.
Pengalaman yang tidak akan aku lupakan sehingga aku meningkat remaja kini. Sejak dari hari itu, aku menurut akan pesanan orang tua. Sekali aku terkena, mustahil kedua kali aku mengada nak mencari pasal.
—SESAT—
Aku seorang ayah kepada dua anak. Aku seorang petani biasa seperti penduduk kampung lain. Sudah menjadi lumrah hidup kami dikampung bertanam sebagai aktiviti utama dalam mencari rezeki keluarga. Satu petang tu, aku mengajak saudara isteriku,Teng untuk pergi berburu. Kami bersetuju untuk pergi memburu pada sebelah malam nanti. Kami berdua tidak mengambil perjalanan jauh. Hanya memburu di kawasan hutan belakang rumah jer pun.
Malam menjelma. Aku dan Teng masing-masing sudah mengisi perut sekenyangnya sebelum memburu. Langkah kanan dimulai sebelum memasuki hutan untuk memulakan pemburuan kami. Pada awalnya tiada apa yang aneh. Hanya bunyi cengkerik nyaring menyanyi di setiap celah dedaunan mahupun pokok kayu yang meninggi kiri dan kanan kami.
Masa berlalu begitu cepat. Aku dan Teng masing-masing tidak menemui hasil untuk dibawa pulang. Akhirnya, kami bersetuju untuk pulang dengan tangan kosong. Rutin seorang pemburu untuk tidak lupa akan jalan masuk dan jalan keluar. Andai tersesat, pasti menunggu pagi jawabnya.
“Kenapa aku rasa kita macam melalui tempat sama saja ni? Dah tiga kali pusing asyik pokok besar ni yang aku nampak.” Teng bersuara meluahkan keanehan yang aku sendiri rasai sama.
“Tak mungkin. Aku yakin ini jalan masuk kita tadi.” Aku menjawab bersahaja masih berfikiran positif konon. Padahal dalam hati menebal rasa hairan dan aneh. Huh!
Teng tidak menjawab. Agaknya dia mengiakan sahaja jawapan aku. Kami meneruskan perjalanan tanpa membuang masa. Jalan punya jalan tetap kami akan berhenti di bawah pokok yang sama. Aku termengah keletihan. Air mineral yang aku bawa sudah habis aku mandikan ke dalam kerongkongku.
“Aku dah agak kita akan balik sini punya.” Teng bersuara lagi.
“Mari kita ambik jalan lain. Mana tahu jalan tu yang sepatutnya kita lalu.” Aku memberi cadangan. Teng hanya setuju enggan berfikir panjang. Kami masing-masing sudah tidak punya tenaga lagi. Perut semakin kosong menanti masa tenaga kami habis untuk berputus asa.
Sangkaanku salah. Jalan lain yang aku dan Teng lalui hanya berakhir di bawah pokok yang sama. Aku mendengus geram. Kami sesat. Seolah sedang dipermainkan. Entah pukul berapa ketika itu. Tiada jam di tangan kami. Malah tidak pula terfikir untuk membawa telefon bimbit ketika memburu. Aku aneh akan apakah salah langkahku sehingga kami sesat sebegini rupa.
“Aku rasa kau lupa nak patahkan ranting sebelum kita masuk tadi.” Teng berkata. Aku mulai teringat. Benar! Aku benar-benar terlupa.
“Hehehehehehehehe…………..” Halus suaranya ketawa.
Serta-merta bulu romaku menegak semacam. Aku memandang sekeliling. Sepertinya ada sesuatu yang tengah ‘bermain’ dengan kami. Teng turut merasai perkara yang sama. Aku diam tidak bersuara. Hanya kakiku melangkah pergi meninggalkan tempat itu segera. Teng hanya mengekori langkahku.
Jalan punya jalan, tatkala senja pagi menjengah ketika itulah baharu kelihatan di manakah jalan keluar. Ya, jalan yang tidak aku lalui semalam. Yang tidak pula aku temui semalam. Jalan yang aku fikir belukar tebal, rupanya itulah jalan keluar daripada kesesatan yang kami lalui.
Sampai sahaja di rumah, aku berbaring terus di beranda. Begitu juga Teng. Tiada tenaga kami untuk meneruskan langkah lagi. Perut kami kosong. Kerongkong kami kehausan. Itulah pengalaman yang mungkin pertama kali aku lalui kerana sepanjang aku memburu, itulah pertama kali aku sesat.
—KAKI—
Hujung minggu sudah menjadi rutin kami sekeluarga berkumpul. Aku gembira melihat cucu-cucuku datang ke kampung halaman. Aku seorang wanita bergelar nenek kepada enam orang cucu. Setiap kali mereka pulang, pasti ada sahaja aktiviti kami seharian selain berborak kosong dari pagi sehingga ke malam. Haha!
Di malam hari pula, aku dan anak-anakku sudah pasti bersempit di dapur. Masing-masing sibuk bermasak menyediakan makanan malam. Lima minit sebelum makan, aku pula turun membawa sebesen nasi untuk diberi kepada beberapa ekor itik yang aku pelihara. Usai memberi makan, aku terhenti kaku.
Mataku memaku ke arah sebatang kayu. Tampak sepasang kaki bergantungan di sana. Agak panjang hampir mencecah bumi. Tidak pula kelihatan paras pinggangnya di mana. Hanya sepasang kaki berayun panjang menggelikan nyawaku. Seriau aku serta-merta. Tidak aku menunggu lama. Sudahku tahu akan siapakah gerangannya itu. Aku segera naik masuk kembali ke rumah. Tidak pula aku menceritakan kepada cucu mahupun anak-anakku.
Budak-budak mudah sangat keteguran. Lebih baik aku diam. Biarlah aku ceritakannya pada keesokan hari. Hanya di benak fikiranku masih terbayang akan inci kepanjangan kaki yang aku nampak. Ish! Seram!
Esok harinya aku mula bergosip. Haha! Menceritakan pengalaman semalam ke arah anak-anakku.
“Ish! Nasib baik bukan aku yang nampak. Kalau tak memang aku dah tegur, ‘Siapa tu?’” Anakku berkata.
“Benda macam tu jangan tegur. Tak baik. Kita nampak kita diam. Silap hari bulan demam jawabnya.” Aku menjawab.
“Tapi, mak ok kan?”
“Alhamdulillah. Mak sihat. Mak dah tua. Dah ada pengalaman lebih lama daripada korang. Tahu dah mana pantang, mana adat, mana larangan. Gerangan empunya kaki tu mak tahu siapa. Saja mak tak nak buka cerita semalam. Takut korang tak berani nak pergi tandas dengar cerita mak nanti. Hahaha!”
“Siapa empunya tu nek?” Aku tersenyum mendengar pertanyaan cucuku yang menyampuk tiba-tiba. Agaknya dari tadi budak ni curi-curi dengar kami anak beranak bergosip.
“Itulah Hantu Galah. Atau orang kita panggil dia, ‘Uwang Tinggik’.”
—KETUKAN MALAM—
Bersendirian di rumah di malam hari untuk seorang wanita seperti aku memang mencabar. Walau aku bukan jenis penakut, tapi rasa waspada tu sentiasa ada. Al-maklum, zaman pencuri bergelumang sana dan sini. Lagi-lagi malam hari menjadi target dorang untuk mencuri mahupun menyamun. Sekarang tular pulak kes mencuri di siang hari. Ish,ish,ish!
Ketika itu, suami aku pergi ke surau kampung. Aku seorang jerlah yang tinggal kat rumah. Pintu semua habis aku kunci. Seolah tak ada ruang untuk udara malam masuk mencelah ke dalam rumah. Haha! Ambek kau! Penangan sifat hati-hati yang tebal dalam diri itulah jadinya. Tapi, benda tu tak salah mana pun. Benda yang memang patut ada lebih-lebih lagi wanita seperti aku.
Waktu tu, aku tengah duduk bersenang seorang diri. Selesailah semua kerja rumah apa bagai. Tinggal duduk menghadap tv menonton rancangan bicara Islam. Minat k minat. Tengah kusyuk melayan, tak tahulah telinga aku ni tajam betul menangkap bunyi ketukan pintu di bawah sana. Aku mulanya buat tak layan. Yelah sekali ketuk jer pun. Kut bunyi cicak ke tu. Lepas tu, senyap.
Kali kedua ketukan di pintu bawah tu berbunyi lagi. Aku dah naik geram. Siapa pulak yang ganggu masa lapang aku! Dengan penuh tanda tanya, aku turun menuju ke tingkat bawah. Tidak pulak aku mengada nak main redah jer bukak terus pintu. No,no,no! Aku stop depan pintu. Yup! Memang ada seseorang di luar sana.
Tok! Tok! Tok!
Kuat betul dia ketuk. Nasib tak roboh pintu rumah aku, haha! Aku beranikan diri bertanya. Mana kita tahu siapa di luar sana. Dahlah salam tak bagi, ish!
“Siapa kat luar?”
Senyap! Tak ada respon. Aku hairan. Tadi bukan main mengetuk. Bila ditanya boleh pulak senyap. Aku tak banyak bunyi. Aku pusing nak naik balik ke atas. Baharu saja selangkah dua…
Tok! Tok! Tok!
Pintu tu untuk kali ketiganya diketuk bertubi. Aku dah tak senang hati dah. Salam tak ada. Bila ditanya tak jawab. Siapa pulak di luar tu? Kalau suami aku balik pun mesti dia akan bagi salam tak pun panggil nama aku.
“Bukak pintu…”
Bah! Naik seriau aku. Suara tu. Memang sah bukan suami aku. Segera aku ambil segala parang dan kapak. Sebagai senjata kot-kot pencuri yang bertapa mengetuk kat luar tu.
“Kalau kau pencuri, baik kau blah! Aku ada parang, kapak, sumpit, senapang, tombak dan samurai. Kau nak mana satu? Pilih! Sebelum aku buka pintu, aku serang kau karang! Baik kau blah!” Aku memberanikan untuk bersuara.
Senyap!
Tok! Tok! Tok! Tok! Tok! Tok!
Pulak semakin deras dia mengetuk. Adakah itu benar-benar pencuri? Atau…
“Bukak……….”
Tak pasal-pasal meremang bulu roma aku. Lutut habis bergegar. Semangat berani aku lesap ditelan ketakutan. Terkumat-kamit aku membaca setiap satu doa mahupun surah yang aku ingat. Segalanya dibaca macam tongkang pecah. Dah tak tahu bila nak noktah dan bila nak koma. Aku hentam sahajalah! Dah bulu roma tegak semacam tak reti nak turun-turun. Ish!
Seminit dua kemudian selepas bergelut dengan ketakutan, tiada lagi kedengaran bunyi ketukan di pintu. Syukur! Tombol pintu aku renung. Niat hati hendak menjenguk siapa di luar. Tapi, aku matikan sahaja niat itu di situ. Jangan saja nak cari penyakit. Mana kita tahu samada luar tu pencuri atau setan yang menanti masa menunjukkan wajah buruknya. Eii!
Aku segera naik ke atas. Menanti penuh sabar akan kepulangan encik suami. Tak sabar nak ceritakan pengalaman beberapa minit tadi. Lepas ni, aku harap benda tu tak terjadi lagi. Cuak aku dibuatnya.
—IKATAN—
Aku seorang wanita bujang yang masih belum berkahwin ataupun dikahwini. Aku berusia empat puluh tahun ke atas. Sepatutnya usiaku ketika ini, sudah memiliki seorang suami dan beberapa orang anak. Namun, hidupku bersendirian berpanjangan sehingga kini. Tidak tahu di mana salah dan silap aku dilakukan sebegini rupa.
Aku pernah ‘diikat’ suatu ketika dahulu. Parah penangan sihir daripada manusia berhati keji itu. Sepanjang hidup aku terasa sengsara malah tidak terasa aman dalam setiap minit dan saat aku lalui. Alhamdulillah, ibu dan ayah sentiasa bersamaku. Membawa aku berubat ke sana dan ke mari. Akhirnya aku terlepas daripada ‘ikatan’ yang menggenggam aku bertahun-tahun lamanya.
Namun, seksaan itu tidak berakhir sebegitu mudah. Kini, aku melalui perkara sama. Sudah punya seorang kekasih tetapi tidak pula terlintas hendak berkahwin. Punya niat namun seolah dihalang sesuatu yang membuatku tidak pasti akan apakah itu. Sudah berapa kali ibu berpesan kepadaku pulang kembali ke kampung.
Bukan tidakku turuti, hutangku terhadap bos masih banyak. Tidak mampu aku langsaikan sekelip mata. Maaf, ibu. Aku meneruskan hari-hariku seperti biasa. Rumah yang aku duduki yang dahulunya terasa sentiasa diganggu kini tidak aku peduli lagi. Letih sudah hatiku melayan sihir manusia yang datang menyerangku. Apatah lagi duduk berjauhan daripada keluarga seperti aku. Agak sukar untuk menerima bantuan daripada sesiapa.
Ibu dan ayah pula di kampung sentiasa berusaha mengubatiku. Mencari setiap satu ubat untuk menyembuhkan aku. Namun, selagi kakiku berpijak di sini mustahil tidak akan kembali sihir itu kepadaku. Pengalaman ‘diikat’ bertahun-tahun lamanya sudah melalikan aku. Tiada lagi perasaan dalam hati hendak memikirkan untuk mendirikan masjid.
Pasanganku? Hanya Tuhan yang tahu siapa dia. Tidak berani aku membuat sebarang tuduhan melulu. Andai benar dikatakan para pengubat, hatiku memanjat doa kepada Ilahi. Bebaskanlah aku daripada ‘ikatan’ yang mengurung aku dan menyeksa jasadku selama nafasku masih ada. Berikanlah aku peluang merasai kehidupan berumah tangga sebagaimana orang lain lalui. Kembalikanlah kehidupan bebasku…
Aku berhenti menaip. Pengakhiran yang mungkin tiada kesudahan. Mungkin cerita yang aku coretkan sebanyak lima buah pengalaman misteri yang di alami orang-orang terdekat aku nampak mudah dan ringkas. Hakikat, itulah pengalaman setiap manusia. Kita tak terlepas dari mana-mana pengalaman misteri. Wallahualam.
Sampai di sini sahaja kisah aku coretkan. Tiada copy yang aku buat. Semuanya sahih dari mulut mereka yang bercerita. Andai punya persamaan, mungkin kebetulan. Maaf, andai kisah mereka taklah seram mana bagi pembaca. Samada kisah yang aku ceritakan tadi best o tidak, terserah korang. Aku tak menunggu respon siapa-siapa kalau nak hantar kisah ke Fiksyen Shasha lagi. Haha! Bila aku rajin, aku buat. Bila aku malas, aku hanya jadi pembaca di kalangan korang. Sekian.
#Mister
HANTAR KISAH ANDA: fiksyenshasha.com/submit
Nice
best bca smbil lyan lagu hindustan(teri meri),memang layannn.
#cume
best
not bad
Best cita ko…ayat pun sedap je baca…tulis lagi ya
Lol
keep writing…nice..
Yg last tu kenape x usaha betul2 tuk berubah?jgn cepat berputus asa