Pengalaman Aku Dengan “Mende” Tu

Nama aku Syima. Aku dulu belajar di Kolej Islam Antarabangsa (IIC), dan aku dapat hostel Sri Kuching dekat jalan Ipoh. Budak-budak IIC mesti tau hostel ni. Aku dapat bilik dekat Blok M, nombor rumah tak payah la tau eh, hee. Satu rumah ada 10 orang 1 master room ada bilik air (4 orang) 1 bilik tengah (bilik aku ada 4 orang) then ada 1 bilik kecik (2 orang) dekat dengan pintu masuk.

Masa mula-mula aku masuk, dah memang ada students lama kat situ , dalam 3 orang (Bai, Mok dengan Nunu). Time aku masuk tu, aku masuk sekali dengan kawan-kawan yang aku baru kenal. Kitorang 5 orang (Aku, Malin, Syifa, Fazilah, llinda). Pelajar baru biasala hee. Aku dapat bilik tengah. Mula-mula masuk rasa macam homesick hahahahha tapi lama-lama aku ok.

Cerita bermula ketika kemasukan pelajar baru dan masa tu rumah aku ada 5 kekosongan tapi yang masuk just 4 orang je (Hasnil, Umi, Rosey, Ina) dan kesemuanya pelajar dari Sabah. Alhamdulillah semua boleh masuk dengan kepala aku yang selalu memekak memalam buta sambil buat assignment. Hahahahah. Kitorang kalau ada masa kitorang memang akan masak. Si Mok ni memang pandai masak beb dia punya nasi ayam perghhh.

Nak dijadikan cerita, kitorang ni memang suka makan time maghrib. Masa aku tengah makan, tetiba aku tersentak dan secara automatik aku terpandang pintu. Lepas tu, si Mok tanya , “kau kenapa kak?” then aku pon macam “hee tade pape”. Lepas tu si Mok tanya lagi “kau nampak orang keluar dari bilik tu ke pintu kan?” aku pon just “hahaha” fuhh time tu aku ingatkan aku sorang je yang rasa, rupanya ada lagi orang lain yang rasa. Tak tau nak rasa selamat atau tak .. hahahhahaha

Ada lagi cerita. Sebenarnya banyak. Cerita ni masih lagi dekat hostel tu. Dalam bilik master room. Bilik ni boleh la dikatakan bilik berhantu. Nak dijadikan cerita, aku ni jenis suka buat assignment tengah-tengah malam, lepas tu aku jenis suka tido kat ruang tamu. Alkisahnya, ada satu malam tu kawan aku Ina, tengah dengar lagu guna earpod, tiba-tiba dia ada dengar orang ketuk pintu bertalu-talu. Dia pon tak fikir panjang , terus berlari keluar nak bukak pintu, tetiba dia nampak aku tengah tido kat ruang tamu, apa lagi terus lari masuk bilik kunci. Esok tu dia cerita dengan aku. Dia mati-mati ingat aku yang ketuk pintu. Cuba bayangkan kalau dia bukak pintu? Korang rasa apa yang masuk? Hahaha seram.

Nak dipendekkan cerita, bilik master room jugak. Kawan aku Umi tengah iron baju and aku tengah layan cerita hantu malaysia. Aku dengan Nil memang suka tengok cerita cerita hantu ni bila esok tade kelas. Tengah Umi mengiron baju, tiba-tiba lampu bilik master room tu terpadam! Umi punya terkejut, dia melompat menyorok belakang aku. Aku gelak pastu aku tanya “ko ingat kalau kau menyorok belakang aku, hantu tu tak nampak ke?'”. Selang beberapa jam, kitorang ada dengar tingkap master room tu macam diketuk. Kitorang ambik keputusan nak tidur ramai2.

Kalau nak ikutkan, banyak cerita aku dekat hostel Sri Kuching ni. Biasalah hostelkan. Bunyi orang main guli, orang menangis tapi kalau nak cerita, panjang bebenor.

Ok kita lupakan sekejap pasal hostel tu. Sekarang aku nak cerita masa aku panjat Broga dengan kawan2 aku. Si Nill, Umi, Ina, Rosey dan ada team lelaki yang lain. Seminggu sebelom aku panjat Broga, aku ada mimpi yang aku jumpa seorang wanita berpakaian putih. Masa aku mimpi tu, aku tak fikir pape pon sebab plan nk panjat Broga ni pon last minit punya planning.

So on the way nak panjat, kita memang kena lalu kawasan sawit (yang pernah panjat mesti tau). Sebelum sampai ke check point satu, kita kena lalu satu jalan di mana sebelah kiri kita curam. Ha ! Kat situ la aku ternampak susuk tubuh wanita yang sama dalam mimpi aku! Lepas balik dari Broga, aku bukak cerita. Then korang tau tak apa yang jadi? Si Ina pon mimpi mende yang sama! Fuhh masa tu aku just diam naik bulu roma aku tegak.

Mende ni makin menjadi jadi lepas aku stop study. Aku selalu rasa macam aku ni di perhatikan. Aku selalu rasa rumah parent aku adalah tempat paling selamat untuk aku. Sebab ayah aku ni boleh dikatakan “kuat agama”. Pandai bab2 menghalau bagai. Tapi lepas aku stop study, makin menjadi2 pulak. Aku jadi semakin penakut. Taktau kenapa.

Ada satu cerita. Masa ni aku dengan kawan-kawan aku on the way nak ke JB. Then dalam perjalanan, aku nampak sesuatu di tepi jalan melambai ke arah aku. Pasal ni aku tak pernah cerita kat sesiapa. Yang lain semua dah tido. Tinggal aku dengan yang bawak kereta je. Kitorang pergi berempat (aku, Kak Wa, Afif, Razi). Kak Wa dengan Razi dah tido just tinggal aku dengan Afif je.

Bila dah sampai JB, kitorang terus ke Felda Lok Heng Barat. On the way nak balik, dalam kereta, aku rasa macam ada orang pegang kaki aku. Dalam kereta time tu semua riuh-rendah menyanyi. Bila kau cakap “alaaahaiii kau ni dalam kereta pon kau nk main kaki aku” terus diam budak-budak yang lain. Kelam-kabut memasing pasang zikir. Bukan apa sebab ada budak dengan kitorang. Kak Wa bawak anak dia. Paham-paham jelah budak-budak kan senang nampak.

Lepas pada tu, kitorang ada sewa motel. Aku tatau kawasan mana sebab yang bawak kawan dari JB. Keadaan motel tu memang membuatkan aku nak balik skerang jugak! Tapi bila fikirkan balik susah payah dia bawak, so kitorang stay la semalam. Malam tu kol 3 lebih ada orang ketuk pintu. Time tu Kak Wa dengan anak dia dah tido. Aku ni kalau tempat baru memang susah nak serasi. Baru nak lelap dia main pintu. Lepas tu tetiba anak Kak Wa menangis. Aku tak pernah tengok lagi anak dia menangis macam tu. Aku tengok anak kak Wa pandang satu sudut atas. Bila aku tengok, kau rasa apa yang aku nampak? Masa tu aku dah tak fikir apa. Terus pejam mata sampai esok. Bayangkan 3 hari perjalanan kami dari KL ke JB, aku tak tido.

Dulu aku selalu takutkan kawan-kawan aku tapi sekarang aku yang jadi makin penakut. Kalau nak ikutkan banyak lagi cerita aku. Tapi buat masa ni, cukup setakat ni saje. Jumpa lagi lain kali ok.
Dan kepada pembaca di luar sana. Percayalah makhluk halus tu wujud dan percayalah Allah lebih berkuasa. Kita jangan terlalu berani dan jangan terlalu takut.

.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.