Pengalaman Asrama PLKN

Terima kasih sebab bagi oeluang kt aku untuk bercerita psl sikit pengalaman aku. Ada beberapa kisah yg aku nk kongsikan pd kalian cuma ianya bergantung pada pembaca semua samada cerita tu seram ataupun x. Maafkan aku andai cerita x berapa menarik. Aku mulakan kisah aku dulu ye guys…

Aku, merupakan seorang pelatih yg diterima masuk ke Kem PLKN Sri Perkasa, di pekan Mantin N9.

(TANDAS BELAKANG DORM DELTA)
Aku merupakan bekas pelatih utk company Delta. Sebagai seorang Pelatih, memang kami diasingkan mengikut dorm disebabkan jumlah pelatih masa batch aku agak ramai. Dorm ada dua, satu depan dan satu belakang. Aku dpt dorm yg belakang. Izinkan aku pendekkan cerita aku kt sini. Dorm aku dipisahkan oleh dorm depan dgn sebuah bilik mandi open yg agak luas. Kiranya bilik mandi tu terletak kt bahagian tgh2 la. Nak dijadikan kisah, adalah satu malam tu (khamis mlm jumaat), aku tgh melepas hajat dlm tandas. Tengah elok menerang, aku dengar bunyi jamban flush dr sebelah tandas yg aku guna. Mula2 tu aku x rasa apa lg sbb masa tu aku ingat mungkin ada member dorm depan tgh guna toilet. Habis je melepas hajat, aku pun keluar drpd bilik air mcm biasa. Baru tgh nk menapak keluar drpd bilik air tiba-tiba pintu tandas yg aku dengar bunyi flush tadi terkuak seluas2 alam. Nak meletup wei jantung bila aku ternampak. Aku terus langkah seribu sampai ke dorm aku. Aku katup pintu dorm. Lepas tu cecepat aku lari oergi ke katil sendiri siap berselubung dlm selimut sbb takut punya pasal. Ingatkan kes tadi dah selesai tapi sebelum aku baru je nk pejamkan mata, pintu dorm depan tiba2 terbukak sendiri. Aku x tau la mcm mana boleh terbukaknya pintu dorn tu tp yg aku tau masa tu sumpah aku dh betul2 berpeluh. Dlm pada pintu terkuak, aku sempat lg terdengar semacam bunyi tapak kaki drpd belah pintu depan berdetap2 mcm menghala ke arah katil aku. Makin lama bunyi derapan tapak kaki tu makin dekat dgn telinga aku. Lepas tu bunyi tadi senyap terus. Dlm pd tgh berselubung dlm selimut, aku bukak mata aku sikit2 dan aku nampak dr dlm selimut aku satu kelibat orang tgh berdiri betul2 dpn birai katil aku. Ya Allah. Aku betul2 ingat dh nk menjerit masa tu tp aku takut kalo aku jerit karang benda tu lg dtg dekat. Aih.. lain jadinye nnt… dlm brape minit mcm tu, kelibat tadi bersuara tiba2. “Kau x tidur lg ke? Lewat dh ni!” Fuh, lega hati aku… Rupe2nye warden dorm aku je. Aku pun jwb dr dlm selimut bru nk tidur. Terus warden aku blah. Siang kemudiannya, aku terserempak dgn warden dorm sebelum aku nk masuk ke kelas PK dan aku pun tegurlah dia mcm biasa. “Tok, kalo nk tegur tadi pg pun kejut je la sy. Saspen je atok ni. Haha.” “Woi, bile masenye aku masuk dorm engko? Aku sendiri pun berdengkur kot pagi tu dlm bilik aku. Ko ckp ape ni?” Sumpah wei tekujat! Dah tu sape pulak yg tegur aku dpn katil dlm gelap2 pagi tadi???

(KANTIN KT DEWAN TERBUKA)
Yg ni lagi menarik. Alkisahnya, ada la satu mlm ni, lupa dh hari ape, aku dgn bebudak dorm aku dlm 2 org masa tu plan nk angkut air panas drpd mesin air Coway dpn kantin dewan. Aku dgn 2 budak Sabah sebelah katil aku gerak berjalan ke dewan. Sebelum kiteorg nk sampai masuk ke kantin, aku ada la suluh2 flash ke arah kantin sbb nk pastikan warden or org kantin xde kt sana sambil2 nk mencari mesen air Coway. Takde orang. Kiteorang pun cecepat berlari-lari anak ke kantin bile tengok line clear. Time tu suasana kantin memang gelap abis. Creepy wei. Ditambah pulak dgn persekitaran dewan terbuka terbentang meluas segelap2nya lagi membuatkan kiteorg semacam je rasa. Budak Sabah 2 org tadi tu pun start isi air panas dlm ‘bocong’. Tgh fokus member amek air panas, aku saja main suluh2 jap ke dewan makan(dewan terbuka jugak la kiranya). Sekali aku ternampak dari jauh ada 2 kelibat hitam berdiri tegak kt hujung dewan terbuka. Kelibat tu berdiri berhadapan dgn kawasan Flying-Fox hujung sana nun. Masa tu jam jugak aku langkah seribu terus tinggalkan member 2 org tadi sambil berteriak. Yg 2 org tu pun cabut lari jugaklah bilamasa nampak aku dh start lari kesurupan. Dummm!!! Habis jatuh bocong berisi air oanas kiteorg. Ah lantaklah! Masa tgh berlari dgn dormmate aku, aku sempat toleh kebelakang kejap. Nk tau apa jadi lepas tu? Kelibat ‘2 ekor’ yg aku nampak tadi tu mula mengejar kiteorang! Kiteorg lari sekencang yg boleh. Mujurlah kelibat tadi tu hilang masa aku toleh buat kali kedua. Sampai je dlm dorm, budak Sabah 2 org tu terus perangin dgn aku. Hiruk pikuk wei satu dorm siap bdk katil hujung pintu depan bangun terus hidupkan api dorm. Suasana jadi tegang jap disebabkan hal aku tadi gara2 lari tinggalkan 2 Sabah tu. Lastly, semua dorm mate bangun. Aku pun himpunkan semua bebudak dlm dorm and aku pun cerita la apa yg aku lalui tadi. Semua jadi pucat terus. Termasuk sekali aku & Sabah2 org tu. Pagi bebuta tu jugak kiteorg semua sepakat kasi tarik katil dorm merapat sampai jadi sederet. Sumpah cakap, masa tu aku x tau nk kata apa dh. Last2, kiteorg terlena jugak lepas azan subuh berkumandang dr masjid kem.

Inilah kisah seram yg aku alami sepanjang aku disitu. Jujur cakap, iman aku betul2 dicabar seoajang 3 bulan ku kt sana. Beribu2 anoun dipintanya andai cerita aku ni x berala menarik. Sekian.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

22 thoughts on “Pengalaman Asrama PLKN”

  1. Thanks guys sebab sudi memberi pandangan masing2. Aku mintak jasa korang supaya bookmark cerita ni sebab korg bakal mendengar lagi 4 epilog cerita seram aku dan penghujung cerita aku nanti korg akan disajikan satu perkara misteri antara kesemua koleksi cerita aku. Stay tuned.

    Reply
  2. Fulamakk ni barulah seram..terbayang aku pasal 2 ekor kelibat tengah berdiri tegak tuhh 😱😱😱😱

    Reply
  3. Xfhm part ko nmpk ap bila pintu toilet tu terbukak luas? Mcm hanging la .. Duk asrma ni jgn tkut sgt n jgn brani sgt

    Reply

Leave a Comment