Pengalaman Bekerja Dekat MCD

Hai semua. Hari ni, aku nak share pengalaman aku. Dari tahun lepas lagi, nak share tapi sampai kesudahnya tak menulis.

Pertama sekali, terima kasih banyak-banyak admin jika  cerita aku yang tak seberapa ni disiarkan. Aku nak minta maaf sekiranya aku buang masa korang kalau cerita aku tak seseram mana tapi iye lah, pengalaman semua orangkan berbeza.

Ceritanya bermula apabila aku diambil bekerja dekat MCD. MCD mana? Dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

Aku ditugaskan sebagai runner. Masa mula-mula bekerja, aku adalah niat nak cuba tugas lain pulak macam cashier ke..Duduk kitchen buat burger, ayam itu semua tapi tak kesampaian.

Masa hari pertama dan kedua, aku diajar untuk buat stock up sebelum balik. Kebanyakkan masanya aku dibawah. Maksud aku tadi, MCD ni dua tingkat. Tempat simpan stok pulak dekat tingkat 2. Untuk minggu pertama, aku dikenakan shift petang yang mana cukup 5-6 jam, aku dapat balik. Bila jam nak dekat pukul 10 atau 11 malam, aku kenalah buat stok up 30 minit awal atau 10 minit awal sebab kena tengok pada keadaannya juga. Banyak customer maka nganga lah aku depan kaunter. Kalau kurang customer baru dapat pergi stock up awal.

Dalam bilik stok up ni, memang tiada tingkap. Ada 3 ruang penyimpanan stok, kat luar tu suhu biasa je. Tempat simpannya kotak semua macam barang packaging makanan korang tu ler. Ruang kedua, dia sejuk sikit untuk simpan kacang atau coklat dan sebagainya. Yang ketiga tu, tempat dia memang sejuk gila sebab nak simpan barang raw kan.

Hari ketiga bekerja, malam tu aku ambil kunci kat ruang bawah tempat cashier tu. Berlari ke atas nak ambil barang. Jejak je kaki dalam bilik tu. Bulu roma meremang pula. Aku buat bodoh lagi. Aku ingatkan diri, masih banyak orang kat luar bilik nih ha nak takut buat apa daa. Hakikatnya, memang la luar bilik stok ni banyak orang tapi bila dah masuk dalam bilik ni, bunyi kat luar pun macam jauh je dengarnya. Sudahnya, aku mulakan sesi kumpul barang. Aku pergi ke ruang penyimpanan yang separa sejuk tu, nak ambil milo, coklat dan sebagainya. Ruang tu kecik je tapi tak la rasa seram mana. Ruang yang suhu biasa yang tempat simpan kotak  apa semua tu ada seram sikit la. Alkisahnya, ruang yang suhu biasa ni ada 2 bahagian. Yang kedua tu, diorang pagarkan. Aku pun tak faham kegunaan pagar tu tapi situlah tempat simpan plastic atau paperbag semua.

Masa aku nak ambil spoon, drink carrier apa semua…aku kena kacau biasa biasa je. Sekadar angin melintas, kotak dicakar-cakar aku boleh tahan lagi. Tapi masa nak ambil cawan. Cawan banyak nak kena kumpul weyh…Kau nak kena panjat lagi ambil tea lah..Terpaksa aku berhadapan dengan ruang yang berpagar tadi. Tiba-tiba, aku dapat rasa angin yang entah dari mana lintas aku. Angin ni memang rasa macam kuat sikit dari tadi. Mata aku pula tiba-tiba nak pandang ke belah kanan.

Haaaaa…tuh dia. Makluk tinggi dan bermata merah menyala pandang aku. Aku tak tahu kenapa, aku jadi kaku. Aku rasa macam dia nak datang ke arah aku. Makin lama makin dekat. Selalunya, aku lari je kalau nampak benda cenggini tapi entah kenapa kali ni, aku tak boleh bergerak dahnya aku terasa kosong. Kosong yang sekosongnya. Aku biarkan je dia mendekat sampai dia hilang sambil aku pejam mata aku. Bila aku dah tak nampak kelibat dia, aku boleh bergerak. Cepat-cepat aku kumpul barang masuk dalam lif kecik tu. Nak ambil plastic bag kena masuk tempat ‘dia’, aku tau dia ada tapi aku buat bodoh sebab aku lagi takut kena marah dengan manager aku. (Kakak tu serious sangat, sesuailah dengan pangkat dia)

Tup tup, aku check list aku. Aku tertinggal barang lagi. Maka kena cari barang tu sampai jumpa baru boleh chow. Masa tengah cari barang, dia main lagi cakar-cakar kotak, gerakkan kotak. Main sepu-sepu angin kat telinga aku. Bulu roma dah meremang dan badan pun mengelentar. Dah aku habis kumpul barang, aku turunkan lif. Aku keluar dari bilik tu dan kuncikannya. Aku lari kebawah dengan sepantasnya.

Aku tak cerita dengan sesiapa dulu. Aku minta izin kakak manager yang tak sporting langsung supaya membenarkan aku pergi stok up malam hari dengan kawan sekerja. Macam yang dah aku expect mesti kena reject buta-buta.

Hari hari yang seterusnya, aku kerap kena kacau gak. Tapi kalau kena shift malam, aku suruh sorang kakak ni temankan aku. Aku macam lantak argh, asal aku tak pengsan sorang-sorang dalam tu. Kalau takde orang, aku curi-curi bawak hp masuk dalam tu sambil pasang lagu. Masa pasang lagu plak, dia pun main cakar ikut sekuat mana lagu aku. Lagi kuat, lagi kuat dia cakar kotak. Tak pun, dia main gerak pagar kesayangan dia. Serius seram, dia ada je dekat situ tapi pagar bergerak. Buka-tutup, buka-tutup perlahan lahan. Sengaja nak merentap jiwa aku yang sensitif ni.

Benda yang aku paling tak faham, bila aku kerap nampak kelibat yang menyerupai seakan rakan sekerja. Baik manager ke supervisor ke kuli bawahan macam aku. Sehari boleh kata 3 kali aku jumpa kelibat ni. Boleh sewel aku. Contohnya, aku nampak kakak manager tengah kira dan check barang. Aku tegur dia buat bodoh tapi dia balas dengan senyumanlah. Bila aku turun sebab nak balikkan so nak punch out lah, boleh pulak kakak ni berborak dengan kakak-kakak manager lain. Seram memang seram tapi lama-lama biasa. Adakalanya aku fikir, kat MCD ni ada orang buang hantu raya ke dulu sebab MCD ni pun masih baru lagi.

Kisah ni, aku nak sudahi dengan pengalaman aku dan pekerja baru yang cuma tahan entah berapa lama. Sebab aku kerja part time je. Kekadang clash time dengan dia, kekadang tak clash. Tup tup dia berhenti kerja.

Minggu kedua dia bekerja, kami ditugaskan sekali untuk buat stok up sebab customer dah berkurang dan time aku nak balik sebab aku balik lewat juga dari yang sepatutnya. Aku dan dia, aku namakan Mira (Bukan nama sebenar). Kami ambik kunci dan bergegas ke atas. Buka pintu sambil sembang gelak ketawa. Masuk dalam macam biasa, bulu meremang tapi aku buat relaks dulu. Masa tengah stok up, ‘dia’ usik-usik manja. Tapi mungkin sebab aku lekakan diri dengan bersembang jer, tiba tiba….’dia’ jatuhkan barang. Sebelum tu, dia cakar kotak mana pun tak tahu kemain kuat, kitorang dah cuak beb.

Tapi dia jatuhkan barang tu, memang kami dah tak boleh tahan. Tapi salah aku gak sebab bagi kawan aku ni ketar habis. ‘Eh mira, kau dengar tak apa yang aku dengar tadi?’. Dia relaks je. Dia cakap dengar. Lepas tu dia tanya…’Yang awak pergi tanya kenapa?’. Boleh nampak dia tetiba mengelentar habis . Macam nak nangis pun ada. Tak sampai 10 saat, aku bagi turun lif. Benda yang kat tangan, memang tak jadi nak bagi masuk lif. Dia pergi buka pintu sebab kat luar pun takde orang. Maklumlah dah jam pukul 2 pagi. Tak sampai 5 saat, Mira ambil barang, terus lari kebawah tinggalkan aku untuk kunci pintu sorang-sorang. Sabar je lah. Sampai ke tempat cashier, dia marah aku sebab pergi tegur. Dia ingat aku tak dengar dan rasa semua tu tadi. Aku lagilah takut sebab aku dekat dengan ruang yang berpagar tu tadi.

Dahnya, dia tanya aku…Macam mana kotak boleh jatuh. Bilik takde cermin. Datang dari mana plak angin ribut tu..Aku balas ‘ itulah, aku dah cerita sebelum ni, xde sapa caya.Mainan perasaan apa semualah. Sekarang dah rasa apa yang aku rasa, amek kau’. Mulai dari saat tu, kalau dia kena stok up, dia minta abang kesayangan dia tolong sekali. Dan beberapa hari kemudian, dia pun berhenti.

Selepas dia kena kacau dengan aku, member aku yang seorang lagi pun kena kacau. Boleh nampak cuak gak la muka dia. Tapi dia lelakikan, dia controllah ketakutan dia. Lepas tu, volunteer ..’eh, kau tak payah stok up lah lepas ni kalau aku ada.’. Aku jawab ‘kau nak aku mampos kena marah dengan kakak tu. Baik kita pergi berdua. Kau ambil barang kat ruang kotak, aku pergi ambil barang dekat ruang separa sejuk tu’. ‘Pun bolehlah’, balas kawan aku ni. Dan inilah akhirnya cerita aku.

Aku berhenti bekerja dekat situ sebab dah tak tahan dengan gangguan yang kerap terjadi.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

5 thoughts on “Pengalaman Bekerja Dekat MCD”

  1. Kerja mcd best. Kita pun pernah kerja mcd. Kawan kat situ semua best daripada makcik2 sampai ke budak2 rempit. Manager je tak best kekonon garang padahal kerja bukan tak jalan.

    Reply
  2. kat mne2 mcd mmg ade bende tu..lg2 dkt chiller n freezer aku xtau la knpe xsejuk ke hantu2 tu dudok dkt tmpt sejuk..pengalaman aku keje mcd selama 5 thn n aku kna kje setiap store mcm2 la cerita aku dgr.nsb la aku ni jns xnmpk cuma telinga aku jns bole dgr la mcm2..pnh sekali tu aku punya crew dia nk dajalkan aku.dia pergi sergah aku dkt dry store mse tu pkl 3pg.pdhl aku time tu tgh buat closing dlm blk manager.rupanya yg dia nmpk tu kelibt menyerupai aku.ha hamik kau.last3 smpai ke subuh crew aku tu dudok sblh aku..tau tkt.haha..yg lain tu gangguan manja2 je..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.