Pengalaman Dengan Pocong (Part 1)

Assalamua’laikum semua. Terlebih dahalu, terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan kisah saya ini. Dan terima kasih juga kepada para pembaca kerana sudi membaca kisah saya.

Kisah ni berlaku di sebuah kolej matrikulasi di Johor pada tahun 2014. Waktu tu aku berada di semester kedua dan aku menetap di kolej kediaman blok F. Aku ni jenis seorang yang berani dan kekadang tu aku suka cakap besar (kadang kala ye).Sebab aku tak suka orang yang terlampau penakut. Dari kecil lagi aku sudah boleh nampak makhluk halus tapi tak selalu.

Satu malam tu, aku dengan geng aku (Sha, Hana dan Ain) buat study group di bilik study sampai lewat malam. Sebab masa tu dah nak UPS 1 so kena struggle sikit la. Jam dah pukul 3 pagi dan memasing dah nak balik blok memasing, nak tidur. Aku dan Ain ni satu blok dan satu aras (tingkat 4) tapi berlainan bilik. Masa tu aku dan Ain malas nak balik tidur bilik memasing. Jadi kami cadang nak tidur dekat bilik Sha di Blok C. Hana pun join nak tidur sekali.

So kami pun siap-siap kemas barang dan berjalan lah menuju ke blok C. Lebih kurang 15 minit lah ke blok C. Blok C ni bersebelahan dengan blok lelaki dan tangki air besar. Dan blok ni antara blok lama. Blok C ni memang keras sebab kawan aku pernah kena histeria teruk dekat blok ni.

Bila kami dah sampai dekat bilik Sha ni (bilik Sha tingkat 2), kami terus masuk bilik Sha. Waktu tu bilik dia gelap dan roommates dia semua dah tidur. Setiap bilik ada 4 orang dan bilik ni dibuat cube. Satu cube 2 orang. Apa itu cube? Cari laa dekat interne. Budak asrama tau la kowt cube tu apa.

Katil Sha ni bersebelahan dengan katil Mira (roommate Sha). Bila Mira buka lampu, so aku nampak lah Mira ni dah tidur atas katil. Masa tu memang aku nampak Mira tidur sorang atas katil.
Memandangkan katil tak muat, aku, Hana dan Ain tidur atas lantai. Masa tu dah tak kira apa, penat sangat. Memasing pun dah mengantuk, and terus tidur. Masa tidur tu, Ain tidur sebelah katil Sha, Hana dekat tengah and aku sebelah Hana. Kiranya aku dekat dengan katil Mira tapi jauh sikit la dalam 2 tapak.

Masa tengah tidur, tiba-tiba aku dengan tersendirinya terjaga. Pastu aku tengok jam dekat handphone, baru pukul 4 pagi. Dah terjaga tu, aku nak sambung la tidur sebab lambat lagi subuh masuk. Entah macam mana, aku terpandang susuk lembaga besar giler dekat sebelah Mira. Lembaga tu adalah POCONG. Memang besar giler. Lebih besar dari saiz manusia. Waktu tu aku terkejut giler la. Memang aku nampak jelas kain pocong tu lusuh dan kotor, dan ikat punjut di kaki dia. Tapi aku tak nampak muka pocong tu sebab terlindung dengan Mira. Nasib baik Mira tidur mengiring membelakangi pocong tu. Kalau tak memang dah lama dia peluk pocong tu.

Waktu tu memang aku nampak jelas pocong tu. Sebab masa tu lampu sportlight dari luar terang benderang. So bahagian katil Mira tak gelap sangat. Dan masih boleh nampak muka Mira. Tambahan pulak,aku berada dekat dengan katil Mira.

Aku waktu tu dah gosok-gosok mata aku dengan kuat. Sebab aku takut aku just mimpi je. Tapi memang tak. Memang benda tu realiti. Aku yang dari baring ni terus terduduk. Aku cuba nak kejut Hana tapi masa tu suara aku macam tak terkeluar. Pastu aku hulurkan tangan aku ni nak pegang pocong tu sebab aku tak percaya. Lepastu, aku tarik tangan aku balik sebab aku takut pocong tu tetiba bangun. Aku time tu dah slow-slow angkat p******g nak bangun. Aku nak lari dekat Sha.

Tiba-tiba, ekor mata aku terperasankan sesuatu sedang merangkak bawah katil Mira. Bila aku perasan ada benda merangkak bawah katil, terus aku toleh and aku terpandang lembaga berambut panjang dengan muka hitam dan buruk tengah merangkak nak pegang kaki aku. Masa tu, benda tu tengah senyum dekat aku sambil nak pegang kaki aku. Ya Allah! Masa tu tuhan aje yang tahu cuaknya aku. Aku apa lagi, terus la berlari pergi dekat katil Sha.

Aku kejut Sha banyak kali. Pastu Sha bangun and dia tanya aku kenapa. Aku cakap la aku nak tidur sebelah dia. Pastu aku suruh Sha pandang dekat katil Mira and aku tanya, Mira ada bawak kawan tidur sebelah dia ke. Ain bangun pandang katil Mira, pastu dia cakap takde. Mira takde bawak balik kawan tidur sebelah dia. Aku tak percaya. Aku tanya Sha lagi betul ke. Sha macam tak puas hati time tu pastu dia suluh katil Mira guna handphone dia. Pastu dia cakap memang takde orang sebelah Mira. Aku dah cuak time tu. Sha pastu dia sambung tidur balik.

Aku memang dah tak boleh tidur time tu. Setiap masa aku pandang aje katil Mira. Pocong tu memang ada lagi sebelah dia. Tak bergerak lansung pocong tu. Yang aku hairan, Mira tak sedar ke pocong sebelah dia. Dah la besar pulak tu. Yang pasal hantu rambut berambut panjang tu (Pontianak kowt), masa aku pergi dekat katil Sha, aku sempat juga pandang bawah katil Mira, dah takde dah Pontianak tu.

Lama-lama lepastu, aku terlelap tidur. Tak ingat pukul berapa. Aku sedar pagi pun dah pukul 7. Time tu Sha kejutkan aku sebab semua orang dah bangun nak pergi balik bilik memasing. Sha tanya aku. Aku nampak apa semalam. Pastu aku cerita lah yang aku nampak pocong sebelah Mira and bawah katil dia ada Pontianak. Bila Mira tahu apa yang aku nampak, setiap malam dia tidur dengan Sha sebab takut. Lama jugak la. Lepastu dah lama baru dia okay and berani tidur di katil sendiri.

Okay itu saja pengalaman aku. Sorry kalau tak seram. Kalau korang suka, nanti aku ceritakan beberapa lagi pengalaman aku dengan pocong tapi di tempat lain. Thank you.

Zilla

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.