PENGALAMAN DI BANGKOK

Terima kasih Fiksyen Shasha kerana sudi menerbitkan cerita saya & selamat sejahtera kepada semua pembaca FS. Nama saya Ryan (bukan nama sebenar) dan saya kini tinggal di Bangkok, Thailand. Sudah hampir 4 tahun saya menetap di sini. Saya bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan dalam bidang Oil dan Gas. Walaupun saya graduated dalam bidang kejuruteraan, tetapi kerja saya kini adalah untuk bawa bisnes dan sales untuk syarikat.

Biasanya kerja sangat sibuk tetapi hari ini saya boleh menceritakan pengalaman saya kerana saya “work from home” dan kerja hari ini tak banyak sangat. Cerita saya pada hari ini sebenarnya bukan pasal saya tetapi pasal seorang rakan sekerja saya. Nama dia ialah Nitsara (orang Thai). Dia ini memang ceria dan periang orangnya. Nitsara ini merupakan seperti penolong ataupun setiausaha saya. Ini merupakan kerja pertama dia selepas menamatkan pengajian. Jadi sudah memang jadi tanggungjawab saya juga untuk training dia. Jadi biasanya dia akan ikut saya pada semua meeting dengan customer bagai. Dia juga akan menjadi macam penterjemah untuk saya sebab saya masih tak fasih dalam Bahasa Thai.

Pada suatu hari, kami seperti biasa pergi untuk meeting dengan seorang customer di sebuah pusat penapisan minyak di area Bangchak (Selatan Bangkok). Pada hari tersebut Nitsara macam lain semacam. Dia beritahu saya dia tak demam tetapi rasa penat dan letih. Pelik juga sebab biasanya masa kita drive on the way to meeting, dia akan bercakap nonstop dengan saya. Pasal macam-macamlah dia akan cakap, tetapi pada hari tersebut dia macam muram saja. Saya pun macam tak endah dan meneruskan perjalanan ke pusat penapisan tersebut.

Part seram bermula apabila kami masuk bilik customer (En. Thanawee) untuk meeting. Apabila En. Thanawee nampak saya dan Nitsara, dia bangun terus dan macam hampir jatuh ke belakang. Muka dia pucat tapi selepas itu dia mula relax dan duduk balik. Jadi seperti biasa, kami meneruskan meeting dan saya mulakan presentation. Namun, sepanjang presentation saya, En. Thanawee ini macam senyum semacam saja dan dia pandang ke Nitsara. Nitsara pun macam pelik kenapa En. Thanawee ini selalu pandang dia saja (macam tak senonoh). Saya pun cuba habiskan presentation cepat-cepat sebab Nitsara nampak macam kurang selesa.

Sebelum kami bertolak, En Thanawee ada cakap dengan Nitsara sesuatu dalam Bahasa Thai. Apabila Nitsara dengar ini, dia mula pucat / terkejut. Muka pucat dia batu pun boleh kalah. Jadi kami masuk kereta dan saya tanya Nitsara apa sebenarnya yang En Thanawee cakap. Nitsara bagitahu saya bahawa En. Thanawee beritahu dia yang ada seorang wanita berdiri belakang kami masa meeting tersebut. Alangkah terkejutnya saya sebab memang masa meeting saya, Nitsara dan En. Thanawee je dalam bilik. Tapi Nitsara cakap En. Thanawee boleh tengok benda macam ini dan wanita itu berbaju merah panjang labuh, muka putih dan berambut panjang.

Dan sepanjang meeting itu, dia berdiri di belakang Nitsara dan pandang kat Nitsara sahaja. Masa part meeting tersebut di mana En Thanawee asyik pandang dan senyum kat Nitsara tu, sebenarnya En. Thanawee tengah takut dalam hati, tetapi cuba menabahkan diri. Masa En Thanawee bagi amaran kat Nitsara, benda itu masih dalam bilik tersebut tapi masih tengok kat Nitsara saja (dan tidak mengendahkan En Thanawee). Saya pun takut sebab manatahu si perempuan berbaju merah labuh itu ada dalam kereta saya juga. Masa itu sudah gelap dan saya terus membelek cermin pandang belakang kereta saya.

Pada keesokan harinya, Nitsara ambik MC. Apabila saya panggil dia untuk tanya khabar, dia minta saya untuk terus jumpa dia di apartment dia. Nitsara ini duduk seorang di Bangkok. Kampung dia di area Surat Thani. Jadi saya juga macam abang kepada dia sebab dia tiada ramai kawan di Bangkok. Jadi saya pun pergi ke apartment dia. Masa saya sampai, dia sudah macam tunggu di luar apartment dengan bagasi dia. Dia cakap kat saya dia hendak pulang ke Surat Thani segera. Saya tanya dia kenapa, dia bagitahu saya pada waktu malam semalam, semasa saya drop dia balik ke apartment dia, dia rasa macam benda itu masih ikut dia. Masa masuk lif, benda tu mula kacau dia. Mula-mula benda itu tepuk belakang dia. Pastu tepuk lagi kuat (sampai Nitsara hampir terhantuk pintu lif). Masa lif dah buka, Nitsara pun sembahyang sebelum masuk rumah. Part itu dia sangat takut tapi masih mengambil keputusan untuk masuk apartment dia.

Selepas itu dia cakap semua OK, sampai waktu nak masuk tidur. Masa dia tutup lampu bilik, dia boleh tengok si perempuan berbaju merah labuh tu duduk di meja solek dia sambal menyikat rambut. Walaupun bilik gelap, tapi dia masih boleh tengok samar-samar benda itu. Wajah perempuan itu memang putih (seperti En Thanawee cakap). Masa dia sikat rambut tu, dia pandang terus kearah Nitsara dan senyum. Selepas itu dia menyanyi lagu Siam yang lama. Nitsara bagitau saya macam lagu berkurun lamanya dan untuk orang Thai, lagu ini memang dikenali sebagai lagu seram (lagu hantu).

Suara benda itu merdu. Nitsara pun takut sangat sampai berpeluh, tapi dia tak berani nak keluar bilik sebab meja solek di depan pintu bilik. Lepas itu benda itu mula jalan-jalan dalam bilik sambal masih menyanyi. Nitsara cuba tidur tetapi nyanyian semakin kuat dan selepas itu menjauhi. Selepas itu makin kuat dan akan menjauhi. Tetiba nyanyian berhenti dan apabila Nitsara buka mata, muka benda itu betul-betul di hadapan dia. Nitsara cakap muka dia memang boleh nampak dengan jelas masa itu. Mata hitam, bibir merah tua, kulit putih sangat, tengah senyum lebar (tapi tak nampak gigi). Pada waktu ini memang sudah meremang la bulu roma saya masa bawak dia ke airport Don Mueng.

Selepas dia sampai ke Surat Thani, dia bagitahu keluarga dia dan ada jumpa tok Siam. Dan tok Siam itu pun berjaya menghalau si perempuan berbaju merah labuh. Lebih kurang 2 minggu saya bagi dia balik Surat Thani untuk berehat. Selepas itu dia balik Bangkok dan kembali periang macam dulu. Dia cakap si perempuan berbaju merah labuh sebenarnya (menurut tok Siam) hanya mencari teman tetapi tok Siam menyaran dia untuk cari teman yang bukan hidup, bukan kacau yang hidup. Tetapi Nitsara cakap pelik saja sebab begitu senang benda itu setuju untuk tidak kacau Nitsara lagi.

Itu sahaja cerita pengalaman di Bangkok saya. Harap-harap saya tidak melalui pengalaman yang sama seperti rakan sekerja saya. Sekian.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

2 thoughts on “PENGALAMAN DI BANGKOK”

  1. serius ah seram…. kalau kena kat diri sendiri pon bole demam hari2..
    ape pengalaman memang menarik…nanti kongsi lagi kisah lain ya

    Reply

Leave a Comment