Pengalaman Di Dimensi Lain

Assalamualaikum. Nama aku Ruby (nama samaran). Sebenarnya ni kisah kedua hantar kat Fiksyen Shasha. Aku nak ucapkan terima kasih kat admin kalau kisah ni dipublishkan. Okay jum mulakan.

Kisah ni berlaku masa aku sekolah tingkatan 4 dalam sepuluh tahun lepas. Masa ni aku duduk Johor dengan kakak aku. Kami menyewa dekat satu rumah flat dekat dengan sekolah aku. Kakak aku kerja selalu sampai malam. Kadang kadang pukul 11-12 malam baru balik. Jadi kebanyakan masa memang tinggal aku seorang sampai malam. Okay panjang sangat pulak intro.

Kisahnya satu hari tu aku pergi pasar malam dengan kawan satu flat, nama dia Jack orang Sarawak. Sebenarnya masa tu aku belum genap seminggu kerasukan yang sebelumnya. Sepatutnya aku kena berpantang duduk rumah sekurang kurangnya seminggu sebelum keluar malam. Tapi macam mana nak buat dengan aku yang keseorangan dan jiwa muda lagi memang tak tau erti serik. Masa tu aku sempat lepak lagi dengan Jack (dia perempuan okay) sampai pukul 11 lebih sebab kononnya nak tunggu kakak aku balik la. Jadi pukul 11 lebih tu aku terus naik atas, rumah aku tingkat 4 (paling atas), sampai rumah lampu semua gelap je macam tak ada orang.

Jadi automatik aku terfikir kakak aku belum balik. Aku ambil kunci dalam poket terus nak masuk sebab masa tu aku beli hati dengan ayam goreng. Jadi kononnya nak letak dalam rumah la sebelum terfikir nak telefon kakak aku kan. Aku masuk je rumah kucing kami Kikin mulalah cakar cakar kaki aku. Kikin ni kecil je warna hitam putih, kaki dia macam pakai stokin tu bubuh nama Kikin aka Stokin. Dia punya cakar kaki aku tu macam dia tak bagi aku masuk. Rumah memang gelap gelita, aku hidupkan lampu ruang tamu terus capai sticky note dengan pen. Niat nak tulis note buat kakak aku. Lepas tu aku tutup lampu terus nak kunci pintu. Kikin masih lagi gigit gigit kaki aku sampai aku kena tolak dia masuk. Aku tampal note kat pintu terus turun.

Aku pun turun bawah nak pergi telefon awam. Masa tu mana ada smartphone bagai ni. Telefon awam ni kat blok bertentangan dengan blok aku. Kat bawah sekali bersamaan dengan tempat parking motor semua. Dari telefon awam ni pula boleh nampak belakang rumah aku. Bahagian tempat basuh baju dengan mesin basuh. Bahagian belakang tu memang tak ada dinding cuma ada pagar besi je. Harap kalian dapat bayangkan la ye. Masa tu aku pun terus telefon kakak aku. Tuuttt tuttt pastu terus kakak aku angkat. Belum sempat aku nak cakap apa apa kakak aku terus bising bising.

Kakak aku : “By, kau kat mana ni? Da pukul berapa? Kenapa tak reti nak balik? Kau tak reti serik ke by? Kau tak sembuh lagi kan.

Panjang kakak aku bebel masa tu. Aku tercengang dengar dia cakap macam tu.

Aku : Akak, by da balik la. By kat bawah ni tadi da balik pergi pasar malam tengok akak tak ada tu yang turun telefon akak.

Kakak aku : Bila masa by balik akak da lama balik dari 10.30 da bentang tilam semua ni by.

Masa tu aku da terkedu, aku baru je dari atas kot. Memang rumah gelap gelita. Akak kata dia da balik pukul 10.30. Aku naik rumah pukul 11 lebih, memang aku tahu dan saja lambatkan waktu balik. Mustahil aku tak nampak akak. Masa tu macam macam aku fikir. Aku da tak sedap hati.

Aku terus pandang atas, mata aku pandang kat bahagian belakang rumah aku tu. Gelap gelita. Masa tu aku nampak “dia”. “Dia” memang selalu ada setiap kali aku kena rasuk. “Dia” tak berbentuk cuma macam asap dengan rambut yang panjang kusut macam tak sikat. Aku tak fikir panjang. Aku terus lari menjerit jerit. Masa tu aku toleh belakang, aku nampak dia kat belakang aku. Masa tu “dia” laju sangat, selaju laju aku lari, “dia” lagi laju. Memang aku takut tak terkata. Aku tak sedar apa pun yang aku nampak cuma dia dan aku lari sekuat hati.

Aku terbangun aku kat rumah terbaring. Kaca bersepah dan kepala aku sakit, berdarah. Masa tu kakak kakak aku da menangis nangis. Ada ramai lelaki dalam 8-10 orang tengah berkumpul kat sekeliling aku. Ada yang pegang kaki, lutut, tangan, bahu. Memang setiap kali mesti macam tu. Ramai orang diperlukan untuk pegang aku. Masa tu aku tahu mesti aku kerasukan lagi. Masa ni aku nampak Pak Din, dia memang selalu ubatkan aku. Dia suruh aku selawat dan mengucap. Masa tu seluruh badan aku sakit sangat. Aku hanya mampu menangis, bukan sebab sedih tapi sebab marah. Bertahun aku menanggung sakit sebab mulut celupar aku sendiri.

Malam tu Jack, Amy dengan Hafiz teman aku sekali dengan kakak kakak aku. Abang abang yang tolong tadi pun berkampung. Mereka da lali sebab episod aku kerasukan terlalu kerap sampaikan kakak aku da pesan kat mereka suruh tengok tengokkan aku. Esoknya bila da ada tenaga aku mula tanya Jack, Amy dan Hafiz apa yang jadi.

Cerita Jack

Jack cerita malam lepas balik pasar malam dia terus balik rumah lepas tu tak lama dia dengar orang menjerit. Dia tahu tu aku dan dia terus turun bawah. Dia nampak aku da kat court masa tu terlentang, ada budak lelaki acah acah nak tahan aku dan dia tampar aku konon nak bagi sedar. Sekali kena tendang terus melambung. Terdiam terus dia.

Cerita Amy

Amy pula kata dia nampak aku berlari kejar ada seorang abang yang naik motor. Mana pulak aku kejar orang, aku yang kena kejar kan. Amy cakap masa tu mereka ramai ramai kejar aku sebab kat bawah flat aku memang selalu ramai orang lepak. Masa kat court aku tiba tiba terus rebah dan masa tu la budak budak lelaki mula nak tahan. Ada yang cuba azan la, ada yang cuba tahan semua la. Dan mulalah adegan budak yang berlagak pandai tu. Lepas tu datanglah abang abang body builder yang juga penduduk situ. Mereka bawa aku naik kat rumah.

Bayangkan Amy kata dalam 5 orang juga abang body builder tolong angkat aku yang kurus kering. Tu pun mengah mengah mereka macam angkat berat sangat. Sampai nak dekat tiba sebelum kat rumah aku terus bangun dan meronta. Amy dan Hafiz memang ikut dekat masa tu. Mereka kata aku cuba nak terjun dari tingkat 4 tu. Mujur ada seorang abang ni rentap aku. Semua tu berlaku terlalu pantas. Nasib baik umur aku masih panjang. Aku masih tak percaya perkara tu berlaku.

Lepas aku dibawa ke rumah aku terus mengilai dan menjeling jeling dengan mata tajam. Hafiz cerita masa tu memang seram sangat sangat tambahan pula sebelah rumah aku tu rumah kosong. Sebaris rumah aku pun tak banyak rumah. Masa Pak Din sampai aku makin tak keruan, aku terus hentak kepala aku ke kaca kabinet tv berulang kali. Masa tu semua orang pegang aku. Seperti biasa masa kerasukan memang tenaga luar biasa jadinya. Padahal kalau ikutkan masa tu aku memang kurus keding je orangnya. Tiup angin pun boleh terbang. Pak Din terus mengubatkan aku sampailah aku tersedar.

Syukur alhamdulillah ramai yang membantu sepanjang episod ngeri tu. Tapi lama juga aku sakit sebelum pulih. Semuanya berpunca daripada mulut celupar aku sendiri ditambah dengan saka keturunan aku. Patutlah masa aku dirasuk kebanyakan tukang ubat dan ustaz ustaz pesan supaya jangan percayakan apa yang ada dalam badan aku. Itu sajalah cerita aku kali ni, ada rezeki aku ceritakan kisah aku kerasukan kat rumah mak tiri aku sampai tulang bahu terkeluar. InsyaAllah.

.

Ruby
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 comments

  1. Aku x mau komen byk2…cuma nak kata yg hang ni ketegaq !!!! Seminggu ja pantang..bkn lama…bkn mcm pantang org beranak pun !!!!! Oklabai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.