Hai semua pembaca 🙂 .. semoga semua sihat-sihat selalu… Disebabkan seronok baca kisah2 seram aku jugak tertarik nak berkongsi cerita yang walaupun mungkin bagi korang tak berapa seram, tapi bagi aku ini pengalaman yang aku tak boleh lupa.. Walaupun kisah ni dah 2 tahun lepas tapi aku simpan pengalaman ni sebagai kenangan aku selepas aku habis belajar
Aku memang suka pergi kem dari zaman sekolah sebab aku sejenis yang extreme.. Jadi nak dipendekkan cerita, semasa aku belajar di kolej aku ada sertai kem di sungai Congkak.. Aku tahu bnyak cerita seram yang aku dengar di tempat itun, jadi aku rasa tertarik untuk pergi..
Kejadian berlaku sewaktu malam kedua iaitu aktiviti ‘nightwalk’. Aktiviti ni paling aku tak sabar-sabar sebab pertama kali aku sertai ‘nightwalk’… jadi sebelum kami masuk ke hutan, pihak yang menguruskan kami waktu itu aku gelarkan dia ‘Along’ (bukan nama sebenar), dia kira kami semua berapa orang dalam satu barisan sambil tenung mata kami setiap seorang.aku pun tak tahu sebab apa dia tenung tapi untuk pengetahuan semua, dia ada ilmu dalam benda-benda halus ini jadi aku rasa agak lega di situ hahah
Selepas bacaan doa dan taklimat ringkas, kami bergerak masuk ke hutan.. Sebelum ke hutan kami akan mendaki bukit dalam beberapa minit, baru sampai ke tempat lapang di mana tempat kami berkumpul pada malam itu.. Waktu itu walaupun kami ramai tapi rasa sangat sunyi dan gelap.. aku tak pandang kiri kanan sebab rasa macam diperhati.. ahh sangkaan aku sahaja mungkin..
Bila dah sampai kat tempat lapang, Along minta kami semua duduk dan dia pasang lilin di depan kami sambil bercerita.. waktu itu aku duduk di belakang sekali dan kerap memandang belakang sebab rasa ada yang mencuit2..selepas habis bercerita, Along mengajak untuk turun semula ke tempat kem, tapi dengan syarat, turun seorang demi seorang dan tanpa berbekalkan lampu atau cahaya.. aduuhhh mengeluh kami semua.. kawan aku berani dia terima cabaran dengan turun dahulu..
Beberapa minit berlalu, sewaktu menunggu giliran masing2 untuk turun, terdengar suara perempuan menjerit seperti dalam kesakitan.. kedengaran sayup dan jauh disusuli angin menghembus kami.. tiba2 seseorang dalam kumpulan kami menegur “uish suara sape tu”..serta-merta lilin yang dinyalakan Along terpadam dan kelam kabut Along menyuruh kami turun bersama2..
Setelah sampai di kem,Along meminta kami berbaris semula seperti sebelum ini dan mengira bilangan kami sambil membaca ayat suci Al-quran..waktu itu aku nampak Along seperti gelisah dan mundar mandir sambil tenung semula mata kami lagi sekali.. kami seperti agak ada benda tak kena tapi cuba berfikiran positif.. Along meminta kami semua untuk masuk ke bilik masing-masing dan jangan keluar ke mana-mana malam ini.. kedengaran tegas dan serius ..
Alhamdulillah malam itu tiada apa gangguan..
Esoknya sewaktu makan pagi, ketua kami senyap2 bertanya kepada Along apa yang terjadi malam tadi..Pada mulanya Along seperti berat untuk bercerita tapi kerana ketua kami berjanji untuk merahsiakan daripada kami semua sehingga pulang ke kolej, jadi Along memberitahu bahawa malam tadi ada yang mengikut kami turun kerana sewaktu Along mengira bilangan kami, terlebih satu orang dan bila Along tenung mata seorang demi seorang, mata si ‘entiti’ ni lain dari lain dan sedang merenungnya tajam…dia pun pelik kerana muka ‘entiti’ itu dia tidak pernah nampak ..Dengan perasaan kami yang takut pada waktu itu,Along cuba kawal perasaan dia yang gementar dengan menyuruh kami masuk ke bilik masing2.. dan bila dia cari semula ‘entiti’ itu, sudah tiada..
Sekadar perkongsian.. tempat kem itu dibuat bertingkat2 sebab lokasinya berbukit.. untuk ke surau,dewan dan bilik untuk lelaki, kena naik tangga untuk ke atas.. yang perempuan kami ditempatkan di tingkat bawah sekali.. Aku ingat lagi, selepas kejadian tu, dua hari sebelum kami pulang, awal pagi kami bersenam di tingkat atas dan melakukan beberapa aktiviti memanaskan badan.. Selepas itu kami balik ke bilik masing2 untuk bersihkan badan.. tiba2 dengar suara riuh di luar bilik perempuan.. kelam kabut kami keluar bertanya apa yang berlaku.. bendahari kami memberitahu yang duit kelab semua lesap tapi bila di perhati tombol pintu tak seperti dipecah masuk..banyak pulak tu duit yang hilang.. Ketua kami meminta kami untuk check semua barang kami takot2 ada yang turut hilang.. Alhamdulillah barang aku semua ada sebab aku ada tinggal telefon di dalam bag.. tetapi sayang sekali, telefon kawan sebilik aku hilang .. yang peliknya telefon itu dia letak dalam bagasi dia tapi mcm mana ‘pencuri’ boleh ambil sedangkan tak de barang pun berselerak? bag di mana terletaknya telefon aku berada bersebelahan dengan bagasi kawan aku ..tapi semua barang terletak elok.. kawan aku siap bergaduh dengan ketua sebab ketua nak sedapkan hati dia yang telefon kawan aku tertinggal di rumah..tapi aku sendiri nampak dia bawak telefon itu sewaktu di kem ..puas mencari tetapi buntu.. sampai sekarang duit yang hilang itu aku tak pasti solusinya macam mana sebab aku pun dah tak berhubung dengan mereka..dan telefon kawan aku itu dia pun membiarkan hilang tanpa jejak dan membeli sahaja yang baru haha..
jadi siapakah ‘pencuri’ itu? Wallahualam
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Menarik. Sya memahami pengalaman pnulis. Sbb sya pernah bkursus induksi di sana. Masa tu mmg slalu rasa di perhatikan😅. Wallahualam
hebatttttttt>>>kawan aku pun ada yg pegi sana tapi nasib tk de ape ape yg jadi..
kolej apa ya? cerita macam kenal sebab 2 tahun lepas pun aku kat situ jugak, aktiviti yang sama, dan ” along ” tu buat benda sama juga. pm tepi boleh?
Cerita ntah apa2. Org yg curi duit dan hp tu, setan jugak yg jadi suspek….
allahu .. yang pasal telefon tu rilek je ? kalau aku memang gelabah habis la HAHAHAHAHHAHHA