PENGALAMAN ITU

HAI Assalamualum kepada Fiksyen Shasya dan sahabat-sahabat pembaca sekalian. Kali ini Nurul menceritakan kisah-kisah sewaktu Nurul diganggu sewaktu di bangku sekolah rendah lagi. Di harap pembaca terhibur dengan cerita ini. Selamat Membaca.

Bayangan Perempuan Mengandung
Sewaktu itu aku berada dalam darjah tiga atau empat. Sekolah yang aku bejajar adalah dari sekolah semua adalah pelajar perempuan. Biasalah bila kita masuk ke sekolah kita akan dimomok-momokkan dengan cerita hantu di sekolah. Untuk sekolah aku pula ada tiga tempat yang dinamakan sebagai yang paling ‘angker’ di sekolah itu. Bilik muzik, bilik stor dan tandas yang paling hujng di bahagian bawah danatas. Untuk tandas bahagian paling atas dan jung itu memang tiadalah yang berani m**i untuk ke sana. Cuma mereka yang ditugaskan untuk mengambil peralatan di stor sahaja yang kesana.

Pada waktu itu adalah waktu rehat. Aku adalah seorang tiduk suka bersesak sesak dan berkumpul di tempat yang ramai. Jadi aku duduk sahaja didalam bilik kelas berseorangan. Tiba-tiba aku rasa ingin terkucil dan segera bangun dan melangkah ke tandas. Disebabkan terlaalu
“Akak! Akak!” salah seorang daripada pelajar bersuara. Nadanya dan matanya menampkakan tanda kerisauan.
“Yep, kenapa ni?”aku besuara bertanya kepada pelajar bertubuh kecil itu.
“ Tadi saya nampak ada perempuan dekat tandas bawah dan saya tak kenal perempuan tersebut.” Jawab pelajar tersebut. Pada awalnya aku kira perempuan tersebut adalah orang luar yang berjaya menceroboh blok asrama kami. Jadi untuk melindungi keselamatan pelajar perempuan yang lain, aku meminta mereka untuk duduk di dalam bilik dan jangan keluar.

Selepas dari itu, aku melangkah terus ke bilik. Pada waktu itu, aku sedang ‘datang bulan’ dan aku duduk diam sambil pelajar yang lain duduk didepan dan luar sambil membaca Yassin. Lantas aku buka telefon dan segera memberitahu rakan lelaki yang selalu membantu uztaz sekiranya berlaku perkara mistik. Mesej aku dijawab dan aku diberitahu bahawa perempuan tersebut bukan orang luar tetapi pelajar dari kolej lain yang kena rasuk. Aku juga diberitahu bahawa budak perempuan tersebut kini sedang duduk di atas para penghubung diantara tempat mandi pelajar. Hebat kan.

Kawanku sempat menakap foto permpuan tersebut namun dia tidak mahu menunjuk kepada aku. Ciss! Getus aku marah kerana tidak dapat melihat foto tersebut. Katanya aku duduk di dalam blok yang paling ramai penghuni ‘lain’ di dalamnya. Aku juga diberitahu oleh pelajar searas dengan ku bahawa sewaktu membaca Yassin, mereka disergah oleh budak perempuan yang dirasuk datang naik ke tangga secara merangkak. Apalagi, bertempiaran larila mereka masuk ke dalam bilik masing-masing.

Pengalaman aku pula, sewaktu pulang dari kuliah, tatkala menuju ke bilik dorm, aku mengetuk pintu dan meminta kawan sebilik ku Nadiah(bukan nama sebenar) untuk membuka pintu. Lantas dia bersuara meminta aku untuk tunggu sekejap dan aku tunggu untuk Nadiah buka pintu. Apabila lama menunggu aku mengembil keputusan untuk membuka pintu. Setelak kunci diketik aku lantas membuka pintu dan aku langkahku terhenti di situ. Aku terdiam seketika, mataku melilau memandang ke dalam kawasan bilik. Tiada orang! Habis, siapa yang menjawab panggilanku tadi? Aku terkena lagi.

Kali ini pula pengalaman sewaktu bervideocall dengan family. Pada malam itu, sewaktu aku sedang bervideocall dengan family, aku ingin ke tandas untuk mencuci tangan. Walaupun ke tandas, aku tetap membawa telefon bimbit bersama. Ketika tiba di tandas, aku meletak telefon bimbit di tepi singki. Lalu aku membuka paip air dan mencuci tangan. Sewaktu mencuci tangan, paparan skrin gelap seketika. Lepas tutup paip air, aku menunggu kiranya paparan skrin akan pulih kembali. Sangkaan ku meleset kerana apabila sahaja paparan skrin pulih semula, bukan memaparkan muka ibu atau ayahku tetapi gambar perempuan berambut putih jelas di skrin telefon. Kakak Cik Pon!. Aku segera mengambil telefon bimbit dan segera menutupnya. Lantas aku keluar dari bilik air dan melangkah ke bilik.

Sampai sahaja di bilik aku segera menelefon ibuku memohon maaf kerana menutup panggilan videocall dan menyatakan bahawa aku ingin segera tidur. Pengalaman lain pula tanganku pernah dikejut untuk bangun Subuh oleh kawanku padahal sewaktu itu aku tidur seorang diri dan kawanku itu duduk di bahagian belakang searas denganku.
Ketika aku di rumah sewa, aku diganggu sewaktu rakan-rakanku yang lain keluar ke mall. Pintu digegar dan tombol pintu dipulas berkali-kali. Aku yang sedang ralit bermain dengan telefon bimbit bergegas menuju ke bilik belakang. Lantas aku menelefon rakanku yang di mall untuk segera pulang dan aku menceriatakan apa yang berlaku. Rakan lelakiku yang sedang bersama mereka segera meminta rakannya yang lain untuk datang memantauku dari jauh.

Means diorang di bahagian luar rumah yang aku duduk if ada orang menceroboh masuk. Apa yang menjadi misteri kepada mereka is nothing there! Nada. Rakanku yang lain pulang dan menggantikan manga pintu dan mereka berasa pelik kerana di luar pintu rumah ada grill dan manga. Menurut rakan lelaki sekelasku yang mempunyai deria keenam menyatakan bahawa memang bukan manusia yang menganggu ku tetapi ‘mereka’ yang datang menyakatku. Aku hanya diam membisu.
Diganggu ‘baby’

Kali ini kejadian berlaku di bilik tidur rumah mertuaku. Pada waktu pada waktu malam namun bukanlah menjengah sampai ke waktu tengah malam. Aku sewaktu itu senang ralit berfacebook manakala suami ku sedang tidur. Tiba-tiba ibu jari kakiku dipegang. Aku naikkan kaki ku di atas katil. Lantas pandanganku kembali ke arah suami. Dia sudah pun berdengkur kuat menandakan bukan dia. Jadi, aku biarkan sahaja. Kejadian ini berkali-kali juga berlaku.

Selepas jari, tapak kaki dan yang terbaru adalah betis dan aku juga melihat bukan tangan manusia dewasa tetapi tangan kecil macam budak kecil ataupun baby. Kejadian ini aku suarakan ke suami apabila aku dibaling dengan patung sewaktu tengah ralit bermain game pada sewaktu malam. Sebelum ini juga kucing gemuk perliharaan ibu mertua ku ghaib begitu sahaja pada bulan Ramadhan. Pakcik suami memberitahu bahawa kanak-kanak bunian sukakan kucing tersebut dan sudah lama memperhatikan kucing tersebut.

Baiklah . Sampai di sini sahaja kali ini. Di lain masa kita sambung lagi ya. Hanya Allah sebaik pelindung.

hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nurul

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 12 Average: 2.6]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.