Pengalaman Kejadian Misteri di Lebuhraya LEKAS

Bismillah,

Aku dalam perjalanan untuk ambil Jasmeen di rumah orang tua aku. Mata aku sedikit kuyu sebelum isteri aku membuka cerita tentang kejadian aneh yang dikongsikan kawannya di muka buku.

“Kawan ayang kongsikan kisah seram bang, pasal highway LEKAS. Nanti abang baca ye Facebook”, ujar puan isteri. Sedang elok kami pula baru keluar dari Tol LEKAS menuju ke Sungai Ramal.

“Kisah pasal apa tu?”, tanya aku selamba.

“Pasal GPS berhantu”, jawab puan isteri. Dengan tiba-tiba bulu tengkuk aku meremang. Aku senyap biarkan masa berlalu seketika.

“Sebenarnya abang pun ada cerita pasal LEKAS. Apa yang ayang bagitau tadi, abang dah lalui semalam..”

Terkedu puan isteri..

**********

Aku tak pasti kenapa atau bagaimana ia boleh berlaku, tetapi itulah yang berlaku pada aku kelmarin. Aku dalam perjalanan untuk ke satu lokasi review berbuka puasa di Negeri Sembilan. Kebiasaan sebelum memulakan perjalanan, aku akan baca doa (Bismillahillazi…) tetapi petang itu aku terlupa. Mungkin sebab rasa cukup selamat gamaknya.

Jam pun dah menunjukkan pukul 6.15 petang. Janji untuk tiba pula dalam pukul 6.30 petang. Aku pun tak familiar dengan lokasi tujuan jadi harapan aku hanya pada GPS menggunakan aplikasi Waze. Bila aku buat carian, perjalanan paling hampir adalah menggunakan lebuhraya LEKAS iaitu 37 KM. Jadi bermula lah kisah aku dari sini..

Aku pandu perlahan. Kenderaan pun tak banyak mana. Kebiasaan sememangnya lebuhraya LEKAS tidak sesibuk jalan lain. Itu menyebabkan aku lebih gemar memilih LEKAS walaupun masih ada jalan lain yang lebih singkat. Sebaik sahaja aku melepasi tol Pajam, hati aku rasa berat. Tak tahu sebab apa seakan-akan aku salah masuk jalan. Aku serah seratus peratus pada GPS sebab aku betul-betul tak tau arah nak dituju. Matahari semakin menjunam, jam sudah menunjukkan pukul 6.40 petang. Aku dah lewat.

Dari jalan bandar, beralih ke pekan dan pekan lebih kecil. Jalan juga semakin kecil dan lengang tapi lokasi nak dituju masih belum sampai. Aku ikutkan sahaja arah yang GPS berikan walaupun terpaksa menghadap jalan yang berliku dan berbatu kerikil. “Kat mana pulak la aku ni”, getus hati aku apabila aplikasi Waze hilang isyarat.

Aku bergerak perlahan-lahan dengan harapan isyarat pulih kembali. Alhamdulillah tak lama kemudian aku ditunjukkan kembali jalan. Aku mengikut arah GPS tanpa sebarang rasa ragu sehingga aku diarah menuju ke sebuah lorong kecil. Aku berhenti seketika. “Serius ke ni?”

Jalan di hadapan aku seakan jalan motor, kecil dan tidak rata. Kiri dan kanan semak samun, tiada rumah mahupun penempatan. Tiada langsung kelibat orang sekeliling. Langit kian kemerah-merahan tanda senja bakal tiba. Rasa tak sedap hati semakin membuak. Sama ada ikut jalan lain atau ikut GPS. Aku berbelah bagi.

Aku ambil keputusan untuk terus mengikut arah yang ditunjukkan GPS. Aku terus mengikut jalan kecil itu, semakin lama semakin kecil bersama gelapnya hari. Tiba-tiba aku perasan, bila diperhatikan betul-betul aku akhirnya tiba di kawasan tanah perkuburan Islam. Betul-betul di sebelah kiri jalan. Berderau d***h sehingga ke muka. Aku tak tunggu lama terus tekan minyak mencari hujung jalan. Akhirnya aku sampai ke lokasi yang dituju 10 minit kemudian.

**********

Seusai menyiapkan tugasan, aku kembali ke kereta. Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Kawasan keliling gelap. Aku masih berbelah bagi untuk pilih jalan pulang. Ikut jalan yang sama atau ikut lebuhraya PLUS. Aku sedapkan hati yang tak akan ada apa-apa yang berlaku. Aku pilih laluan yang sama sepertimana aku tempuhi awal perjalanan tadi. Rasa macam tak nak balik pun ada.

Aku baca doa, buka siap-siap CD bacaan Al Quran. Persiapan awal sebelum apa-apa berlaku sebab ini bukan tempat aku. Sepanjang perjalanan aku memerhatikan sekeliling. Menunggu masa untuk masuk ke simpang kecil ke kubur. Hati berdegup kencang. Cermin pandang belakang dah aku dongakkan tinggi awal-awal lagi. Belum bersedia andai kata ada ‘sesuatu’ memunculkan diri pada malam itu.

Jalan punya jalan akhirnya aku tiba di selekoh Tol Pajam. Terkedu aku sekejap. Tak lalu kubur plak kali ni. Aku perhatikan jarak yang ditunjukkan Waze. 37 KM ke Kajang. Aku ingatkan kembali jalan-jalan yang aku lalui tadi, semuanya sama. Yang tak sama adalah aku tak lagi melalui lorong kecil ke tanah perkuburan Islam itu tadi. Tiada belukar, tiada jalan kerikil. Meremang lagi bulu tengkuk aku.

Sepanjang perjalanan tiada apa-apa berlaku. Semakin jauh, perasaan itu semakin hilang dan ia muncul kembali bila puan isteri kembali mengingatkan aku tentang kejadian di LEKAS dan GPS. Rupa-rupanya dah banyak cerita telah dikongsikan oleh pengguna lebuhraya LEKAS cuma aku je yang tak tahu.

Nasihat aku berhati-hatilah ye. Kalau kita alpa, dia mesti ada.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Afzalsukasuki

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

23 thoughts on “Pengalaman Kejadian Misteri di Lebuhraya LEKAS”

  1. Petua Gerak, kalau pakai ayat Bismillahillazi la yadurru maasmihi syaiun fil arfdhi wala fissama wahuassamiul aliiim.(rujuk bacaan arabnya), baca 3x kalau hati xsedap atau bacaan tergagap stop dulu amek nafas, atau x yah kluar langsung. Ramai pendekar dan perawat islam pakai amalan ini, kalau ak bgtau amalan Mat Kilau lain pulak tapi ttap doa dipanjatkn pada pemilik segala gerak, Allah swt.

    Reply
  2. Hmm.. dh makin canggih pulak ‘diorang’ ni kn.. aku prnh dgr member aku citer ala2 citer d atas.. tp ye la kn.. tk kena btg hidung sndiri, jd tk rasa apapa la.. tp aku prnh dpt watsap ntah dr sapa ntah, ayat dia lebih kurang mcm ni (aku pun dh tk berapa nk ingat dh).. “Bro, ko lukis2 komik ni, ko tak nak lukis muka aku ke…?” Tk puas ht punya psl, aku call number sender tu.. pastu ada perempuan yg jwb… “Nombor yg anda dail tdk trdpt di dalam perkhidmatan kami..” kurang asam betul…

    Reply
  3. pernah dgr dak cerita lekas pajam nih. tp so far sy duk lalu Lekas gi pajam ok jer..yelah, sbb x kene kt diri sendiri kan..

    Reply
  4. Seram eh..mcm member punya husband,bawa Grab..dpt request dr ‘seorang gadis’ last-last tunjuk arah p kubur…Aihhh..hantu skrg pun dah malas nak terbang kot

    Reply
  5. erm..antara byk2 tol kenapa mesti tol pajam..huhuhu..
    dari nilai ke seremban mmg suka lalu LEKAS sbb PLUS sntiasa byk keta..
    byk cerita jgk pasal LEKAS tu..alhamdulillah aku xpenah terkena & mntk dijauhkan..
    selalu kene bau tahik ayam yg pekat & likat je la kat tol pajam tu..hahaha..

    Reply
  6. Saya pernah kena. Dalam kul 11 malam naik moto nampak macam kain kapan terbang atas kepala. Alhamdulillah saya tak melatah.

    Reply
  7. yg pegi guna waze sape suruh..waze mmg la suka tunjuk jln2 mengarut…google maps dah la..waze tu kdg2 suka tunjuk pandai kononnye nk bg laluan yg x sesak kononnye….pastu nak salahkan hantu plak konon hantu yg kacau gps tu..

    Reply
  8. dlu prnh jg llu highway ni nk blik kuala kubu bharu,sbb sy stay kt mantin,abg sdre kje kt nilai…da elok da kot highway ni…sbb time sy llu,mst bnyk kete…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.