Pengalaman Mamat: Bank Berpuaka

#Mamat pak jaga

Assalamualaikum sahabat semua. Ini kali ketiga aku menulis di sini. Okay kali ni aku akan berkongsikan pengalaman aku menjaga sebuah bank yg agak besar di bandar Melaka. Nama bank ni aku rahsiakan ye. Kalau dengar nama bank ni top jugak beb.

Tarikh: Julai 2017
Masa: 7.50 petang
Tempat: Sebuah bank di bandar Melaka

Aku tiba di bank ini bagi menggantikan seorang sahabat aku yg mengambil cuti kecemasan sekali lagi. Okay bank ini akan meletakkan seorang sahaja pengawal pada waktu malam. Shift akan bermula pada 8 malam hingga 8 pagi. Okay aku terangkan keadaan bank terlebih dahulu. Setiap 2 jam kami perlu meronda ke setiap tempat yang berada di bank. Kami akan ke tempat officer, kaunter, bilik cctv, bilik simpan duit, bilik briefing (mesyuarat), tingkat 1 (bahagian pinjaman kereta), tingkat 2 (bahagian simpanan dokumen dan fail-fail). Okay tingkat 1 bahagian kereta ni macam office la keadaannya. Tingkat 2 ni lain macam sikit. Lepas bilik simpan fail akan ada satu pintu ke bilik sembahyang. Banyak patung Tuhan cina disana. Okay jadi korang dah tahu kn macamana keadaan bank yg aku jaga pada malamtu? Let’s go to the story!

Perutku mula mengeluarkan bunyi keroncong. Lapar gila kot masatu. Aku nak keluar pergi beli makanan tetapi hujan lebat. Dah la naik motor. Aku menuju ke pantry bank dengan harapan adalah sedikit makanan untuk mengalas perut. Sebelum sampai ke pantry aku akan melalui surau dan tandas. Pintu surau tak bertutup. Masa lalu tu, aku terperasan kelibat seperti orang memakai telekung berdiri di penjuru bilik surau tu. Tetapi bila aku lihat semula, dah takde beb. Aku terus lari ke pantry. Tengok tiada apa apa makanan. Aku kembali ke ruang hadapan. Hampir saja nak terlelap, tibe-tibe satu telefon di meja staff berbunyi. Untuk pengetahuan korang, semua telefon akan berbunyi serentak jika customer call ke nombor bank. Jika hanya bunyi dari satu telefon sahaja, bermakna itu interkom (panggilan dari kaunter ke kaunter) dari tingkat 1. Tingkat 1 takde orang seh masatu. Berderau d***h aku. Bila aku angkat talian dimatikan begitu sahaja.

Setelah 2 jam berlalu, kini aku perlu meronda bagi melaporkan keadaan. Ada saja pengawal yg tak meronda dan hanya menulis baik di buku laporan. Tapi aku fikir itukan tanggungjawab. Gaji yg dapat itulah beli makanan yg jadi d***h daging. Haha sekadar nasihat bukan tunjuk baik. Okay gaisss aku meronda di sekeliling office pegawai. Semuanya okay dan baik. Kawasan kaunter pun semuanya baik. Aku naik ke tingkat 1. Okay takde sesiapa langsung. Otak ku hanya berfikir siapa yg call dari tingkat 1 tadi. Baiklah aku terus proceed ke tingkat 2 bahagian fail. Baru saja nk buka pintu. Bummmmmm!!! Bunyi fail jatuh. Segera aku buka pintu buka lampu. Tapi tiada apa apa gaiss. Takde fail pun yg jatuh. Aku buat muka bodoh je lalu situ padahal dalam hati cuak! Okay bilik terakhir. Bilik sembahyang tu. Aku buka pintu tu perlahan. Aku merasakan ada sesuatu yg pelik. Di sebelah patung tu ada diletakkan colok dalam sebuah kotak kecil. Dan dihadapan patung ada colok yg baru sahaja dibakar. Panjang lagi gaisss. Sama panjang seperti yg dalam kotak kecil tu. Aku segera menutup pintu bilil sembahyang tu untuk beredar. Baru sahaja nk melangkah pergi. Tukkk! Tukkkkk! Tukkkkkk! Bunyi ketukan pintu dari dalam bilik sembahyang itu. Aku tak fikir apa aku terus lari je ke bawah. Fuhh lepak duduk bawah sambil hilangkan penat. Melihat kereta lalu lalang di luar bank, hilang sikit rasa ketakutan tu.

Selepas dalam satu jam berlalu, alarm bank tibe-tibe berbunyi. Terkejut aku. Telefon berbunyi serentak. Aku mengangkat call. Headquater bank akan call jika alarm berbunyi. Selalunya jika pengguna atm atau cdm terhentak atau menekan terlalu kuat, alarm akan berbunyi. ” Hello, tuttt tutt bank. Ini dari hq, boleh saya tahu siapa bercakap disana? ” suara seorang lelaki muda. ” Ya saya Mamat dari syarikat tutt tutt mengawal pada malam ini. Tadi ada yg menggunakan cdm sebab itu alarm berbunyi. ” jelasku. ” Eh tak bro alarm berbunyi sebab pintu di tingkat satu ada orang buka. ” jawab lelaki itu. Pucat seluruh muka kaku satu badan takpayah cakap la masatu. Aku baru lepas satu jam turun, dia cakap ada orang buka pintu di atas. ” Okay takpa saya pergi check. ” jawabku untuk menamatkan perbualan. Aku meletakkan gagang telefon. Aku tak pergi check pun apa yg ada kat atas. Lantaklah. Daripape jadi lagi susah aku nk bekerja. Hahaha. Jam menunjukkan pukul 4.00 pagi. Sekali lagi telefon berbunyi. Just satu telefon yg berbunyi. Aku angkat. Aku tak dengar apa-apa. Dia senyap saja. Aku tahu ni call daripada tingkat 1 yg tiada orang tu. Lepas beberapa minit aku letak call. Aku cuba buat-buat tidur tetapi banyak kali kerusiku ditarik. Kerana kerusi tu ada roda dibawah so kerusi akan bergerak bila ditarik. Stress aku jaga bank malam tu sebab tak tidur. Takpelah asalkan ko tak munculkan diri ko setan. Hahah.

Itu sahaja kisah aku pada entry kali ni. Lain waktu aku akan ceritakan pengalaman aku di sekolah waktu aku mula-mula bekerja dulu. Ingat tak yg aku dengan Pak Man tu? Hehe banyak kisah lagi. Kau orang tak percaya pergilah mohon kerja guard. Mintak shift malam. Baru korang rasa sendiri penderitaan dia. See you soon guys. Assalamualaikum.

Mamat.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Mamat

34 thoughts on “Pengalaman Mamat: Bank Berpuaka”

  1. Thnkyou. Terima kasih pada yg sudi membaca. Kalau ada kelapangan aku akan ceritakan banyak lagi pengalaman aku sepanjang bekerja pengawal keselamatan. Insha Allah. 😁

    Reply
  2. Dedikasi btl ko En Mat. Aku dlu permanent night shift hampir 5thn, opis tkt 4.
    Jgn kata nk naik jenguk kitaorg kt atas ni, asal turun bwh dkt hall msti sekor guard pn x pnh ada. Mengulau je keje, x pn tido dkt rest room.

    Reply
  3. tak nak lah keje guard dengar cerita ko pun dah seram blom kene hadap lagi silap2 pengsan berbuih mulut hahhahaha..
    hakak lemah semangat dik..

    Reply
  4. Aku ada cerita jugak pasal guard tapi di hospital lama di selatan tanah air , banyak pakcik tu kongsikan pada aku . Sebab kebetulan tgh buat maintainance paip dalam hospital tu . Hospital tu mmg dah hampir sedekad tak digunakan . Cuma ada certain bangunan je yang masih digunakan . Selebihnya , jadi bangunan usang yang dipenuhi dengan tumbuhan liar . Nak cerita pon seram haha in syaa Allah ada masa aku kongsikan bersama .

    Reply
  5. bangga ak ad jg pengawal keselanatan yg bfikir tugas tu tanggingjawab,snggup bsusah payah meronda sbb nk rezeki yg halal,yg jd d***h daging…keep up with the good job brah,u n i are the same…

    Reply
  6. Assalammualaikum mamat. Mendengar cerita kamu membuat aku teringat zaman lampau aku jadi pakguard shopping mall dan hospital.. dugaan demi dugaan kena sakat setan & hantu semasa bertugas tapi itu pengalaman yang baik. melihat cara kamu bercerita aku rasa kamu ada bakat dalam penulisan dan ada peluang yang cerah untuk pelbagaikan kerjaya. Aku rasa kamu bukan pak guard lagi kan skrg ni? Sebab ketakutan pada hantu membuatkan aku tak mahu lagi jadi pak guard. sambung belajar ambik SPM balik, naik sikit sikit dan sekarang kerja aku adalah memasukkan ‘hantu’ ke dalam penjara..

    Reply
  7. ada terbaca kisah pasal bank gak dlm FS ni..penulis tu kata kebanyakan Bank2 di Malaysia ada penjaganya…jika tak… mau hari2 bank kena rompak setiap malam…wallahualam…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.