Pengalaman Mamat: Rahsia Tingkat Tiga

#Mamat pak jaga

Assalamualaikum sahabat semua. Sihat? Kalau sihat, Alhamdulillah. Kalau kurang sihat, syafakallah. Baiklah di entry ini aku akan bercerita tentang rahsia tingkat 3 tempat aku berkursus haritu. Aku bukan lupa haritu. Tapi terlalu panjang, jadi aku buat entry baru bagi menceritakan rahsia tingkat 3. Aku ada menghubungi jugak si Amir bertanya khabar pada masa itu. Sambil-sambil itu aku mengorek cerita seram yg dialaminya selepas aku pulang. Dia tinggal sorang beb dalam bilik tu hahaha. Betul-betul cekal ye hati pemuda kelantan tu. Pada korang yg nak faham betul-betul cerita sila baca entry aku yg sebelum ini. Okay gais let’s start the story!

Aku disini sebagai Amir.

” Apelah nasib aku macamni. Mamat dah balik aku kene duk sore dale bilik. Bukan tu je. Kat tingkat ni pun aku sore je. ” Keluhku. Aku menutup lampu lalu merebahkan badan ke katil. Esok aku perlu bangun seawal 4 pagi. Banyak aktiviti wooo besok. Ku pejamkan mata mahu memulakan mimpi. Sretttt! sretttt! Bunyi seretan selipar di luar bilik. Ku abaikan kerana bersangka mungkin itu adalah fasi. Ku dengar pintu bilik sebelah dibuka. Tokkkk! Tokkk! Tokkk! Dan kini pintu bilikku diketuk. Lantas ku bangun membuka pintu dengan mata yg kuyu. ” Kenapa bang? ” tanyaku saat ternampak abang fasi tu didepan pintu. ” Amir awak kene pindah ke tingkat 3. Atas ni perlu dikosongkan. ” kata fasi tersebut. Aku terlupa yg tingkat 3 perlu dikosongkan dan dilarang berlegar-legar di kawasan tu sepanjang berkursus. Haih betapa bodohnya aku pada waktu tu haha. Aku mengikut tanpa sepatah bicara. Ku angkut sekali barang-barang ku yg agak banyak. Aku ditempatkan di sebuah bilik tingkat 3. Ye tempat tu. Tempat dimana aku jumpa mamat tertidur. Aku sudah mengantuk. Aku masuk baring dan memejamkan mata. Tak ku endahkan lagi fasi yg membawaku tadi. Ku hanyut dalam mimpi.

Ringg! Ringgg! Ringggg! Alarm di henset ku berbunyi. ” Aduh kejapnya pukul 4.” keluhku sambil melihat jam. Aku mencapai tuala dan kelengkapan untuk mandi. Terus ku menuju bilik air. Sedang asyik mandi. Ku dengar bilik air bersebelahan seperti ada yg menggunakannya. Ku endahkan. Splash! splash! Bunyi orang menyimbah air. Makin lama makin kuat. Aku mempercepatkan mandi. Aku dengan segera melihat ke bilik air sebelah selepas mandi. Manatahu ada orang lain mandi, kalau perempuan lagi bagus hehe. Kosong! Takdok orang. Aku pun segera ke pintu keluar tandas. Bammmmm! Pintu tandas terhempas kuat. Aku cuba nak bukak tapi tak boleh. Pintunya tak berkunci. Ia seperti ditolak seseorang dari luar. Tenaga yg menolak pintu tu fuh teramat kuat sampai lelah aku menarik untuk bukak pintu. Sedang aku mencuba sekali lagi menarik pintu, aku terjatuh kerana tenaga yg menolak pintu dari luar tadi seolah dilepaskan. Terhantuk kepala aku kt dinding. Sakit weh. Mantul jap masatu tapi takut punye pasal aku gagahkan jugak untuk lari.

Macam biasa aku tak jumpa tangga nak turun ke bawah. Aku terus menuju ke bilik. ” Baru aku tahu mamat kenapa ko pengsan kat sini. ” rintihanku dalam hati. Masuk je bilik. Aku terus berselubung. Aku tahu bende tu kat luar. Tapi kesilapan aku paling besar adalah menyangka bende tu kat luar. Rupanya dia dalam bilik aku. Selimut aku ditarik. Terlihat yg menarik selimutku seperti mahkluk yg dipenuhi bulu. Berbulu jugak aku tengok dia. Seluruh badannya berbulu sampai tak terlihat wajahnya. Dia seolah-olah mahu mencekik ku. Aku menutup wajahku menggunakan tangan. Mahkluk berbulu itu menghempapku. Berat. Sesak nafas. Akhirnya aku rebah disitu.

Saat ku buka mata, sedar-sedar aku berada di hospital. Kau tahu apa jadi? Seluruh badan aku penuh kesan luka seakan dicakar dan digarit. Merah dan pedih. Leherku seperti ada kesan bekas tangan yg mencekik. Semasa aku sedar, ku lihat fasi turut hadir melawat. Mereka menemui aku dalam keadaan penuh luka. Yelah hampir seharian aku tak turun buat aktivit jadi mereka mencariku di bilik. Mulanya mereka mencari di tingkat 4. Tapi aku ditemui di bilik tingkat 3 semasa pencarian. Fasi berkata tiada mana-mana krewnya yg dihantar memaklumkan pertukaran bilik padaku. Habis siapa yg suruh aku pindah bilik haritu?! Jem kepala memikir. Aku terus dibawa ke hospital kerana keadaan sebegitu.

Fasi juga turut menceritakan rahsia sebenar di tingkat 3. Sebenarnya tingkat 3 dahulu dibuka untuk peserta yg hadir, namun satu kejadian berlaku dan ia mengubah semuanya. Salah seorang peserta yg hadir menyertai kursus tak disangka belaan keluarganya mengikut. Aku namakan dia Ali jela senang. Jadi si Ali ni taktahu dia ada saka. Malamtu dia seperti dirasuk habis semua barang dicampak kebawah. Ramai juga yg cedera masa cuba nak pegang dia masa tu. Ditendang disepak. Fasi cakap tenaga dia memang lain macam. Ustaz yg datang mengubat cuba nak halau tapi bende tu cakap, dia boleh tinggalkan budak tu. Dengan balasan seluruh tingkat 3 bende tu nk jadikan kawasannya. Kira tempat tinggal. Mulanya ustaz ni tak setuju. Tapi kesian kat budak tu yg macam nak separuh mati keadaan dia, ustaz buat perjanjian untuk sebuah bilik sahaja jadi tempat tinggal makhluk tu. Bilik yg si Ali duduk ni la tawaran ustaz tu. Jadi persetujuan dah tercapai so bilik tu pun jadi milik makhluk tu. Mulanya tingkat 3 masih digunakan untuk peserta. Hanya bilik tu sahaja dikunci. Namun beberapa kes membuat pihak tempat tu menutup seluruh tingkat kerana gangguan makhluk tu.

Begitulah al kisahnya gaisss. So habis entry kali ni Alhamdulillah. Amir ada juga send gambar dia. Berparut satu badan akibat luka tu. Teruk betul. Kalau aku tak balik malam tu mungkin badan aku pun berparut. Alhamdulillah Allah melindungiku. Okay gaissss entry lepas ni aku nak ceritakan pulak pengalaman menjaga kawasan perkuburan baru yg dalam proses pemindahan jenazah. Jadi gaiss, on tak on?

40 thoughts on “Pengalaman Mamat: Rahsia Tingkat Tiga”

  1. Assalamualaikum mat.. Ko bukan sahaja pandai menulis, bahasa ko santai, senang hadam.. Rajin pulak tu menulis.. Lepas ni fs ni mmg penuh dgn citer2 ko.. Haha.. Kipidap.. Seram tapi kelako..

    Reply
  2. ‘Ku endahkan’… apa maksudnya Mamat… abai… biar… hirau… peduli @ x abai… x biar… x hirau… x peduli…

    Reply
    • Ha….aku perasan ramai penulis dlm fs gunakan perkataan ‘endah’ sebagai maksud ‘buat tak tau/tak minat’, sedangkan ‘endah’ bermaksud ‘menunjukkan minat’. Harap semua penulis dan pembaca ambil perhatian

      Reply
  3. On. Weh ganasnya makhluk tu. Kesian Amir. Seramnya terperangkap seorang.

    Ramai ke yang duduk bangunan tu masa tu?

    Fasi ni semua ada ilmu ke? Sebelum masuk tingkat 3 tu mesti pakat baca apa2 dulu kan?

    Reply
  4. “Bammmmm! Pintu tandas terhempas kuat. Aku cuba nak bukak tapi tak boleh. Pintunya tak berkunci. Ia seperti ditolak seseorang dari luar. Tenaga yg menolak pintu tu fuh teramat kuat sampai lelah aku menarik untuk bukak pintu. ”

    Mamat, aku confius. Kalau pintu tu tutup, kau nak bukak, kau dari dalam kena tarik ke tolak? Setau aku pintu tandas kuak 1 side je. Kalau orang tolak dari luar kau kat dalam kena la tolak balik. Lain la kau sama2 kat luar dengan hantu tu.

    Reply
  5. Kalau betullah cerita ni, kenapa pihak fasi membenarkan seorang peserta tinggal di tingkat 4 berseorangan?! Kebabian apakah ini?! Kenapa pihak fasi tidak membahagikan sebahagian peserta2 ditingkat 1 dan 2 utk tinggal bersama ditingkat 4?! Atau cerita ini hanya rekaan saja?!… Fikir2kan lah… (tak masuk akal)

    Reply

Leave a Comment