Pengalaman Mamat: Sekolah Berhantu

#Mamat pak jaga

Assalamaulaikum sahabat sekalian. Ya bertemu kita di entry ke empat di FS. Okay aku taknak buang masa, jadi marilah kita sama-sama mengalami pengalaman yg pernah aku hadapi semasa bertugas sebagai pengawal keselamatan. Kali ini aku akan berkongsi pengalaman di sebuah sekolah. Ingat lagi sekolah yg pernah aku ceritakan dulu? Yang dihantui hantu cina tu . Itulah sekolah yg bakal aku ceritakan pada entry kali ni. Sebelum meneruskan cerita, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat kedua ibu bapa kita yg tercinta. Moga mereka dalam rahmat Allah. Al-Fatihah. Dah baca? Okay good. Let’s go to the story gaisss!

Tarikh: Febuari 2017
Waktu: 9:00 malam
Tempat: Sebuah sekolah area Melaka

Malamtu aku sampai lambat di tempat kerja kerana ada sedikit urusan. Seperti biasa, partner tetap aku pada malam itu adalah Pak Man. Tapi malamtu Pak Man berkelakuan sedikit pelik. Apa yg peliknya? Yg peliknya dia hanya diam dan banyak termenung. ” Dah kenapa orang tua ni senyap je. Dah nk sampai masa dah ke? ” bisikku dalam hhati.sorryPak Man. Yela aku tegur dia buat don’t know je. Aku senyap jela main fon sampai ke waktu clocking. Setiap kali clocking aku je yg buat. Pak Man? Dia cuma duduk statik macamtu je. Termenung panjang. Jam menunjukkan 1 pagi. Kini masa untuk clocking. ” Pak Man buat la clocking pulak, asyik saya je Pak Man. ” aku mula meluahkan rasa tak puas hati. Yela patutnya bende tu kene buat bergilir gilir. Tapi Pak Man hanya senyap mendiamkan diri. Aku pun malas nk layan pergi la clocking lagi. Seperti biasa, setiap kali ke area tempat belakang sekolah setiap kali itulah tokong cina tu meriah. Ramai orang. Dengan kepala mata aku sendiri nampak. Tapi aku tahu itu semua bukan manusia pun. Redha jelah mampu. Tapi malam ni lain sikit…

Selalunya mereka di tokong itu tidak menghiraukan kehadiranku. Tapi semasa sampai ditempat clocking, mereka semua memerhatikan ku. Weh, sebulan aku kerja setiap malam diorang ada. Tapi tak pernah pun pandang aku. Tapi malamni semuanya pandang aku. Yg orang bermuka biasa takdelah aku takut sangat. Tapi kau pernah tonton tak opera cina? Kan ada pelakon opera yg solek pakai bedak lima inci tu. Haaa dari atas pentas diorang perati je aku dgn muka putih tu. Berderau d***h aku. Aku teruskan clocking dgn harapan bila aku pandang diorang balik, diorang sambung buat hal diorang. Sangkaan aku meleset gaisss. Jahanam bila toleh lagi, diorang still memandang aku. Apa rupa aku ni jelek sangat ke nk pandang macamtu? Takde cakap banyak, aku terus lari ke post kawalan.

Sampai di post kawalan, aku dapati Pak Man takdok di post. ” Eh kemana orang tua ni pergi. Takkan pergi clocking. Tadi suruh pergi tanak. ” bebel ku. Sangkaan aku, mungkin dia pergi tandas. Tetibe fon diatas meja post kawal berdering. Ringgg! ringgg! Dengan segera aku angkat. ” Hello siapa disana? Saya mamat pengawal keselamatan sekolah tutt tutt. Ada apa yg boleh saya bantu? ” ujarku perkenalkan diri. ” Weh mamat ini aku ni pak man. Sorry lah aku tak masuk post malamni. Anak aku bersalin. Selamat dah dapat cucu perempuan. Jadi aku dah minta cuti dengan pejabat tadi. Tapi terlupa inform kau. Ini baru ada kesempatan bagitahu kau. Jawab pak man. Aku diam terkelu membisu dari seribu bahasa. Fon yg berada ditelinga segera aku letak ke gagang. Siapa yg bersama aku tadi kalau bukan Pak Man? Aku keluar dari kawasan sekolah. Aku duduk sekejap di bus stop bagi mengambil angin malam. Sambil menghisap rokok gudang garam. Heaven beb. Yg tak heavennya sedang syok menghabiskan sisa rokok yg tinggal, tibe-tibe loceng sekolah berbunyi dari dalam sekolah. Omakkau terkejut aku dibuatnya. Tapi aku tak masuk kt sekolah tu gaisss. Sebab loceng tu kene press button baru bunyi. Ni mesti ada yg menekan ni. Aku sorang je ada dalam tu. Nak kata budak? Sini bukan sekolah asrama. Nak kata cikgu? Aku kunci pagar utama dah. Ni pun keluar ikut pintu kecil sebelah pintu utama.

Akhirnya aku menulis laporan keadaan hujan lebat bagi mengelakkan pertanyaan tentang ” Kenapa tak clocking jam? ” haha terpaksa menipu gais. Kang aku teruskan clocking sampai ke pagi naya aku kene dengan hantu tu karang. Bende buruk boleh elak, kita elak. Okay gaiss itu sahaja entry aku pada kali ini. Sorry sebab kurang seram dari yg sebelum ni. I will be back with more horror and sure, your night will be haunted. Wait for me in another entry. Have a nice day gaiss. Assalamualaikum!

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Mamat

33 thoughts on “Pengalaman Mamat: Sekolah Berhantu”

  1. Nasib x dikokak nyer miker mamat…kalo idak mendiang miker…maybe kat tokong tu deme hantu cina buat practise opera cina kot…dah miker dok kaco maner lah tak deme dok ngusyar jer…aper pon mmg world lah labun miker mamat ..kipidap

    Reply
  2. Best tgk cite antu cina dlu2 mcm Mr. vampire. kena tahan nafas bila diorg dkt nnti diorg igt org tu dh m**i. Lg satu kene tempek azimat kt dahi.

    Reply
  3. Mat
    Aku dah baca 4 entry ko
    Semua best x bosan gaya bahasa dialog jalan cerita kena lah semua
    X merapu. Terbaik3
    Aku rasa ko ni bukan pak guard y biasa2.
    May ko ada diploma ke atau lebih lagi.
    Syabas cerita ko berjaya buat aku buka link fs ni.
    Terus bercerita mat.

    Reply
  4. kalau kau dalam citer omputih mamat diorang takkan buat tak tau macam kau tu.
    takut camana sekali pun diorang akan pergi jugak slow – slow sambil cari nahas.
    biasa la omputih ni bebal terlebih.

    Reply
  5. mamat ni pak guard educated la.. english tip top.. terhibur aku baca cerita kau walaupun ini adalah cerita seram..
    rasa seram tu sampai, ayat bm yg tersusun dan bahasa omputih ala2 santai gitu..
    kipidap encik mamat pak guard..

    Reply
  6. mcm pernah ku lihat ini cerita tp dimanaya ya..ke hantu pak guard sepesen mcm ni kalau nk kacau org..hihi sory sbb aku mmg peminat cerita hantu

    Reply
  7. Kali ni baru betul mamat kata tokong cina sbb hantu-hantu cina kat situ. Cerita sebelum ni mamat silap taip kata kuil padahal kata nanti hantu cina putih melepak yg akan muncul. Biasa kuil kait dgn India, tokong dgn cina.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.