Assalamualaikum. Di sini ku kumpulkan tiga kisah mistik (mungkin tak berapa seram bagi sesetengah orang) yang aku sendiri alami semasa melakukan hobi kegemaranku iaitu mendaki bukit / gunung.
- Kejadian di Bukit Bee (bukan nama sebenar)
Aku mula berminat dengan hutan ketika aku mengikuti aktiviti mendaki Bukit Bee (bukan nama sebenar) yang dianjurkan oleh program Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) di daerah bersebelahan. Jarak bukit tersebut cuma satu jam perjalanan dari tempat tinggalku. Mulai hari itu, aku semakin suka masuk hutan dan mendaki bukit. Aku selalu mendaki bukit tersebut di hujung minggu hatta di hari bekerja sekalipun selepas aku pulang dari kerja.
Untuk makluman, bukit tersebut menawarkan dua trek rasmi iaitu trek jalan tar yang banyak mencanak dan trek hutan yang landai tetapi panjang, menghala ke pantai. Kadang-kala aku akan mendaki separuh jalan melalui trek jalan tar dan memasuki trek hutan yang membawa ke pantai. Kemudian, aku akan berpatah balik melalui trek hutan yang sama dan tembus kembali di jalan tar yang aku mula-mula naik tadi. Jika aku mendaki pada hari bekerja, bermakna aku hanya boleh mendaki di bukit tersebut selepas asar, hampir pukul 5 petang, memandangkan jarak dari tempat kerja ku ke bukit tersebut mengambil masa kurang lebih satu jam suku.
Dan aku masih berani memasuki trek hutan keseorangan yang kadang-kala memaksa ku berlari bagi mengelak dari menempuh waktu senja memandangkan kawasan hutan akan gelap lebih awal dari kawasan luar disebabkan pokok-pokok hutan yang tumbuh tinggi, menghalang cahaya matahari jejak ke tanah.
Pada suatu hari, aku mengambil keputusan untuk melalui sebuah trek ‘laluan tikus’ di dalam hutan tersebut. Bagi yang tidak tahu, trek ‘laluan tikus’ ini tidak diiktiraf oleh jabatan perhutanan kerana ia dibuka oleh otai-otai hiking untuk persediaan training mendaki gunung. Terdapat sekurang-kurangnya tiga trek ‘laluan tikus’ di bukit tersebut dek trek jalan tar tidak begitu mencabar.
Kali pertama aku masuk ke trek ‘laluan tikus’ tersebut, aku sesat. Aku perasan aku asyik berpusing di laluan yang sama sebanyak tiga kali. Hatiku mula berdebar. Aku buntu. Selepas itu baru aku ingat tuhan. Aku berdoa mohon bantuan. Sudah banyak kali berlaku kes orang sesat (tapi akhirnya jumpa) di hutan rekreasi tersebut. Ketua JK1M daerah tersebut juga pernah memaklumkan bahawa kawasan bukit tersebut ‘berpenghuni’. Tidak lama selepas itu, doaku dimakbulkan Ilahi. Aku terdengar suara orang bercakap sayup-sayup lalu aku berjalan ke arah suara tersebut. Sekumpulan cina sedang mendaki. Aku mengambil peluang tersebut untuk mengikuti mereka dari belakang dan meneruskan pendakian.
Di kesempatan lain aku melalui trek ‘laluan tikus’ tersebut, kali ini masih lagi seorang diri, walaupun dengan musik dari mp3, jelas kedengaran bunyi sama seperti bunyi gorilla ketika menepuk dada, betul-betul di atas kepalaku. Sanagt kuat dan galak. Aku yakin itu bunyi monyet yang bersaiz besar, kalau tak pun, mungkin siamang. Aku tidak berani mendongak atau menoleh. Ku cuma lajukan langkah selaju mungkin sambil bunyi tersebut kekal mengekori di atasku sehingga aku hampir menembusi trek jalan tar. Semenjak itu, aku cuma akan mendaki bukit tersebut melalui trek jalan tar sahaja jika aku tiada teman.
Setahun selepas itu iaitu pada 2017, salah seorang rakan (Husni bukan nama sebenar) yang ku kenali semasa program JK1M mengajakku mendaki bukit tersebut melalui trek ‘laluan tikus’ tersebut. Dia memiliki lebih banyak pengalaman mendaki, tetapi kami jarang mendaki bersama walaupun kami berasal dari daerah yang sama. Kami bertolak ke bukit tersebut secara berasingan. Aku perempuan. Dia lelaki. Aku segan. Tetapi pada hari itu, entah kenapa aku setuju dengan ajakannya walaupun cuma kami berdua. Mungkin kerana aku ingin training untuk mendaki gunung seterusnya. Aku lupa. Tetapi yang ku ingat, hari itu pagi Sabtu. Sepanjang trek, dia yang lebih banyak berkata-kata, aku layankan sahaja.
Sepanjang trek, aku tidak berasa apa-apa sehingga lah kami melalui sebuah lorong sempit antara sebuah batu besar yang terbelah dua. Kawasan berkenaan dipanggil ‘Batu Belah’. Husni yang gila gambar memintaku mengambil gambarnya sambil dia memberikan telefonnya kepadaku.
Yang membuat jantungku berdebar kencang, apabila aku melihat di skrin telefon Husni, aku nampak susuk tubuh seorang manusia berbaju jersi oren, bertudung hitam, bertopi merah, betul-betul sama seperti apa yang aku pada hari tersebut. Dalam erti kata lain, aku nampak aku di dalam skrin telefon Husni.
Aku katakan kepada Husni untuk menunggu sebentar untuk mendapatkan pencahayaan yang bagus. Padahal sebenarnya aku ingin memastikan bahawa ‘aku’ di skrin tersebut bukan hasil pantulan dari sebarang sudut.
Seingat aku, di skrin tersebut, ‘aku’ sedang duduk mencangkung di belakang Husni yang sudah sedia beraksi pelbagai pose di lorong sempit Batu Belah tersebut. Yang menghairankan, puas aku adjust kedudukan telefon Husni, namun ‘aku’ masih kelihatan di belakang Husni di dalam skrin telefon beliau. Di luar skrin telefon, memang tiada sesiapa di belakang Husni.
Setelah pasti yang ‘aku’ bukan hasil pantulan, aku pun mengambil beberapa keping gambar Husni. Ternyata, tiada sesiapa di belakang Husni di dalam kesemua gambar tersebut. Apabila Husni menyuruhku bergambar di situ, aku segera menolak dan meminta untuk menyambung pendakian.
Aku hanya memberitahu perkara itu kepada Husni setelah kami berdua tiba di tempat parking kereta. Husni sedaya-upaya meyakinkanku bahawa itu hanya pantulan imej dan memintaku untuk tidak terlalu memikirkan kejadian tersebut. Selama ini, ketika aku mendaki di trek hutan bukit tersebut, selalu juga aku rasa seperti ada yang mengekori. Bila ku toleh le belakang, tiada sesiapa. Terasa seram juga tapi ku abaikan sahaja. Mungkin itu perasaan ku cuma. Walaupun apa yang aku rasa, selalunya betul berikutan pengalamanku sebelum ini (insyaAllah akan ku kongsi dia lain coretan).
Kejadian di Bukit Broga
Kejadian ini berlaku pada awal 2018. Hujung minggu itu aku akan ke KL bersama rakan-rakanku untuk obstacle course run Score Warzone: Urban Assault. Teman lelaki ku pula memang berasal dari area KL dan sedang menikmati cuti hujung semester pada masa itu. Memandangkan kami sudah beberapa minggu tidak berjumpa, maka kami bercadang untuk mendaki Bukit Broga. Setibanya di sana, kami memulakan pendakian. Perkara pelik mula berlaku ketika kami di laluan tanah merah yang diratakan, berhampiran selekoh untuk terus naik ke atas, yang kiri dan kanannya hutan.
Pada masa itu, ubun-ubun ku tiba-tiba terasa sangat berat. Terasa seperti ada tenaga lain di sekeliling ku. Jantung ku berdebar kencang. Berdasarkan pengalamanku sebelum ini, itu tanda ada makhluk halus yang cuba untuk masuk ke dalam badan ku. Aku lantas meminta teman lelaki berhenti sebentar, kerana kepala ku betul-betul rasa berat dan padat sehinggakan aku tak mampu berjalan. Aku cuma katakaa padanya yang aku pening kepala.
Namun di dalam hati, tak henti-henti aku berkata dengan keras “Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku” sambil berzikir. Beberapa minit selepas itu, baru lah rasa berat kepala itu hilang. Aku terus ok, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mungkin kah itu tempat yang sama pemuda yang hilang di Bukit Broga selama beberapa hari dahulu terserempak dengan kanak-kanak bunian? Wallahu’alam.
Kejadian di Gunung Nuang
Kejadian ini berlaku pada hujung 2018. Aku bersama seorang rakanku mengikuti trip mendaki Gunung Nuang via Janda Baik. Ketika naik, semuanya tiada masalah. Cuma disebabkan pace kami yang perlahan, kami antara yang terakhir tiba di puncak gunung pada waktu tengahari. Jumlah pendaki yang mengikuti trip tersebut mencapai sekurang-kurangnya 30 orang.
Masalah bermula ketika kami menuruni gunung tersebut. Di tengah-tengah perjalanan, hari bertukar gelap dan hujan lebat. Trek bukan sahaja lecak tetapi penuh dengan air yang deras mengalir. Trek sudah kelihatan seperti longkang yang airnya mengalir laju. Terdapat beberapa pendaki di depanku tergelincir dan terjatuh akibat trek yang amat licin dan lecak. Kami berjumpa semula dengan group pace laju dan sederhana di sungai air terjun Chemeroh.
Air sungai sangat deras pada masa itu. Aku masih ingat, tidak lama selepas kami menyeberangi sungai tersebut, gogo meminta kami semua berhenti sejenak. Aku tertunggu-tunggu kehairanan. Tidak lama selepas itu, beliau melaungkan azan tanda waktu maghrib telah masuk. Tidak lama kemudian, kami menyambung perjalanan. Setibanya di pintu rimba, Alhamdulillah, hujan Cuma renyai-renyai sebelum berhenti. Kejadian mistik terjadi di kawasan kebun sayur.
Pada masa itu, kami sudah terbahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan pace masing-masing. Ketika kumpulan ku sampai di simpang empat kawasan kebun sayur itu, terdapat tiga laluan di hadapan kami – laluan untuk jalan terus, laluan belok ke kiri dan laluan belok ke kanan. Pada masa itu, kebanyakan dari kami sudah tidak ingat laluan yang asal. Kemudian salah seorang akak memberitahu untuk jalan terus sahaja. Kami akur.
Di tengah-tengah perjalanan, aku berasa seperti itu bukan laluan yang kami lalu di waktu kami mula-mula menaiki Gunung Nuang pada pagi itu. Beberapa ahli kumpulan ku juga berasa yang sama. Lalu kami membuat keputusan untuk berpatah balik. Setibanya kami di simpang empat itu kembali, kami bertembung dengan kumpulan pace sederhana. Kami pelik. Bukankah sebelum itu mereka sudah menapak jauh di hadapan kami? Rupa-rupanya mereka pun sesat. Mereka memilih laluan belok ke kiri dan hanya berpatah balik apabila mereka sedar mereka sesat.
Mereka kemudian memilih untuk laluan jalan terus, iaitu laluan yang kami ambil tadi. Ahli kumpulan kami berbincang sekali lagi, dan sekali lagi mencuba laluan yang sama dengan alasan, sekiranya itu laluan yang salah, semestinya kami akan bertembung lagi dengan kumpulan pace sederhana tadi. Suasana gelap gelita. Di kiri dan kanan kami semuanya kebun sayur sahaja.
Memang gelap. Berbekalkan lampu suluh yang dikongsi, kerana tak sangka kami OT sampai malam, kami meneruskan perjalanan. Aku lead di hadapan kerana aku memiliki lampu suluh. Sedang aku berjalan beberapa tapak di hadapan peserta lain sambil menyuluh jalan, aku nampak seperti kain putih yang memanjang yang tingginya dalam 7-8 meter di hadapan ku. Separuh dari kain putih tersebut terlindung di sebalik pokok-pokok sayur di tepi batas.
Tetapi yang membuatku pelik, keadaan batang kain tersebut seperti bergerak, sekejap-sekejap sedikit ke kanan, sekejap-sekejap sedikit ke kiri, mengintai kami. Aku yakinkan diriku bahawa itu cuma kain yang diikat pada batang kayu yang dipacak di kebun sayur. Ia bergerak kerana ia ditiup angina lembut. Disebabkan pandangan mataku pada waktu malam memang tak sebaik pada waktu siang, dan cermin mataku pun sepatutnya ditukar, maka aku percaya akan pujukan diriku bahawa itu cuma batang kain yang dipacak oleh petani di kebun sayur.
Pada masa itu, Aina (bukan nama sebenar) yang sebelum itu betul-betul di belakangku, kini berjalan seiring dengan peserta-peserta lain. Aku fikir mungkin kerana kakinya sakit, kerana dia sebelum itu mengadu kakinya melecet. Tiba-tiba aku berasa takut. Aku berjalan kembali mendekati Aina dan peserta-peserta lain dan kami berjalan bersama. Tetapi aku berasa semakin pelik, kerana semakin kami berjalan ke hadapan, batang kain putih tadi seakan-akan turut berganjak ke hadapan. Tadi nampak macam dah dekat.
Pada masa itu aku sudah 50-50 sama ada btang kain tersebut betul-betul batang kayu yang dililit kain atau pun hantu. Akhirnya kumpulan kami berhenti berjalan kerana terdapat dua laluan di hadapan kami, yang terpisah oleh sebuah pokok sebesar pemeluk, yang tinggi. Batang kain tersebut berada hampir dengan kami, di laluan kiri. Semasa kami mula-mula berhenti tadi, serta-merta dua peserta lelaki memeriksa laluan kanan dan mereka hanya jumpa jalan m**i.
Aku fikir, adakah mereka nampak apa yang aku nampak? Kenapa mereka begitu beriya-iya memeriksa laluan kanan dan bukan kiri? Kemudian, kami menyambung perjalanan di laluan kiri. Yang lebih menghairankan, sepanjang kami melalui laluan tersebut, aku tidak jumpa batang kain tadi. Memang tidak ada. Alhamdulillah, memang itu jalan yang betul dan perjalanan kami selamat. Setibanya di parking lot, Aina meminta nombor telefonku. Aku berasa pelik, kerana kami baru kenal dan tidak rapat. Lagipun, jarang orang meminta nombor telefonku selepas perkenalan yang sangat singkat sebegini. Selepas itu, kami membersihkan diri masing-masing dan pulang ke rumah.
Beberapa hari selepas itu, Aina menghubungiku melalui whatsapp. Dia bertanya kenapa aku tiba-tiba pusing ke belakang semasa aku sedang lead di laluan kebun sayur semasa kami mencari jalan keluar. Aku katakan padanya bahawa aku takut salah jalan dan power contact lense aku kurang 100 dari power cermin mataku, oleh itu penglihatanku pada waktu malam sedikit kurang jelas. Aina kemudian berkata bahawa dia nampak sesuatu semasa dia berada di belakangku.
Seraya itu juga aku terus bertanya adakah ianya berwarna putih, tinggi dan sedang menunggu (beberapa meter) di hadapan kami. Aina mengakuinya. Dia berkata lagi bahawa mata makhluk tersebut berwarna merah silau dan memang semasa kami melalui tempat makhluk tersebut mengintai kami, ianya sudah tiada. Waktu kami melalui laluan tersebut pun memang waktu maghrib. Nasib baik ia cuma menampakkan dirinya sahaja dan tidak mengacau kami. Sudah lah aku ini mudah terkena gangguan akibat pengalaman sebelum ini. InsyaAllah akan dicerita di lain kali. Sekian, assalamu’alaikum.
Bahayanya…berdua dalam hutan…tapi hantu takkan kacau punyalah…
Best!! Share lagi sis!
Berani tu bagus tetapi jangan terlalu berani nak..
Bukit Bauk kah?
Hiking berdua dgn bf? X pyh kongsi la sbb benda tu haram, lg bertambah dosa dosa tu, tutup je la aib kamu. Disgusting,elok sesat kt hutan je kamu ni!
Wow i never tbought people could think this negative! Maaf kak, mungkin akak patut try hiking bukit broga pada hujung minggu, pada waktu ramai orang, nak parking pun patah sebab orang terlalu ramai n masa hiking tu pun tak pernah berjalan berdua, depan or belakang akak mesti ada orang sebab terlalu ramai orang naik broga pada hari tu, sememangnya ramai. Broga tu pulak bukan hutan sangat pun, 360 view kot. There were people everywhere. Bukan macam scene dalam hutan laki pompuan berdua-duaan dalam hutan tebal seperti yang ditayangkan dalam drama2 melayu kat tv tu ye. Please don’t be too easily influenced and please keep the negative vibes to no one but yourself.
agreed
bagus dapat pasangan yang sama interest.
senang nanti bila dah kawen nak teruskan minat dan hobi bersama.
anak – anak boleh join sekali.
Hiking berdua dgn bf? X pyh kongsi la sbb benda tu haram, lg bertambah dosa tu, tutup je la aib kamu. Disgusting,elok sesat kt hutan je kamu ni!
Biar jelah orang nak kongsi.. lagipun daki gunung je bukan buat maksiat kat gunung pun 🤦🏻♀️
Org pompuan kena ambik langkah berjaga2. Bkn merendah2kn kemampuan org pompuan tp sgt bahaya bila mcm tu. Wlau apa tujuan pun elak la berdua2an dgn laki mcm tu. Takut gunung lain kena daki kang.
Hahahahaha
gudung daik yang bercabang 2 ke pakcik?
Menegur tu x salah… tp dengan cara yg berhemah…. kan lebih baik drp mendoakan benda yg x baik….
elehh, hengko jeles kan? hengko ingat semua hiker tu buat maksiat dalam hutan? cuba husnuzon sikit.
Kisah akhir tu adik dan rombongan tu sempat solat maghrib ke tidak.. Maghrib2 setan berkeliaran dik.. Maaf saya bab2 org suka daki hutan gunung ni rasa mcm susah nak solat terutama bila hujan lecak dan Baju kotor.. Jika waktu pagi till tgh hari tu ok lagi..
Orang ni nak cerita hantu, bukan nak cerita kaedah dia hiking step by step. Boleh jadi dia habis hiking awal maghrib. Cuba bersangka baik sikit. Kawan saya, hardcore hiker, setiap sabtu ahad merata dia pergi hiking. Bila saya free, pernah je saya join geng dia hiking, tak pernah pulak saya tengok dia tinggal solat? Subuh dan Maghrib yg pendek tu pun takde masalah dia solat, atas batu, belakang pokok, atas rumput pun boleh. Islam tu mudah.
dia bukan mintak sampai ke malam nak hiking.
tetiba ada masalah.
masalah tu pun datang atas kehendak allah yang maha esa juga.
orang yang dalam kesusahan dibolehkan jamak solat nya.
bukan dia pergi tengok konsert pun.
Baju kena lumpur tu bukan najis ye.. Blh je bwk solat. Amik wudhuk je mcm biasa. Benda mudah jgn disusahkan.
bukit bee tu bukit batu putih ke?
Assalam..Terbaik..Dok cari dlm internet youtube ada tk pengalaman mendaki bukit berseorangan terasa Seperti ada mengekori di belakang..Akhirnya ada jugak jumpa kita geng..Memg rasa perasaan yang sama..Tetapi terasa yg mengekori di belakang tu mcm bunyi tpk kaki raksasa..Lokasi taman negara teluk bahang..Hiking sorang2