PENGALAMAN SERAM DI KAJANG

Aslm buat warga FS, Saya Brad merupakan silent reader selama ini di Fs. Saya suka membaca kisah2 seram di Fs dan tidak suka mengalaminya sendiri kerana mungkin kelembutan dalam diri akan muncul secara tiba2, haha. Saya penakut orangnya. Jadi kali ini saya tertarik ingin berkongsi pengalaman saya yang tidak begitu seram dan kebanyakannya diceritakan oleh ahli keluarga saya sendiri. Untuk makluman, kebanyakkan kisah yang terjadi ini berlaku di Kajang, Selangor. Kerana saya tinggal disitu sejak lahir.

HANTU CINA
Kisah ini berlaku dalam tahun 2015 tak silap saya, dimana dialami oleh keluarga jiran sebelah rumah saya yang akan saya namakan sebagai Abg Zan (nama samaran) . Untuk makluman, kami tinggal di salah satu perumahan di kajang yang mana kebanyakan rumahnya adalah rumah teres 2 tingkat biasa dan terdapat beberapa buah rumah flat dihadapannya.

Dan kawasan ini juga tidak sunyi dari kenderaan lalu lalang. Mungkin pada waktu malam agak sunyi sikit. Pada suatu hari, saya bersama abang dan kakak ipar saya baru pulang dari jalan2 di jalan raja bot (JRB) kerana terdapat aktiviti menjual barangan bundle disitu yang hanya bermula pada malam hari hingga tengah pagi.

Jadi kami pulang ketika itu agak lewat mungkin dalam pukul 3 atau 2 pagi. Ketika sampai di depan rumah untuk parking kereta, saya Nampak abg zan berada di luar rumahnya dalam keadaan seperti menghirup udara malam dan seperti biasa saya akan menegurnya seperti biasa apabila melihatnya “ ehh abg zan” kata saya dan Abg zan hanya mengangkat tangan dan senyum kearah saya seperti biasa. Abg Zan ni jiran yang baik. Dia tinggal bersama isteri , adik ipar dan abang iparnya yang masih bujang kerana bekerja di sini. Manakala 2 orang anaknya pula ketika itu tinggal di kampung. Selepas itu saya meneruskan aktiviti saya seperti biasa angkat barang dari kereta untuk dibawa masuk ke dalam rumah.

Ketika hendak masuk ke dalam rumah , saya terdengar bunyi riuh rendah dari dalam rumah abg Zan seperti ada orang datang. Bunyi riuh rendah yang saya maksudkan di sini adalah bunyi gelak ketawa “hahahaha” yang kuat dan seperti orang bercerita tapi dalam hal ini yang bercerita seperti hanya seorang individu sahaja dan saya hanya bersangka baik mungkin ahli keluarga abg zan yang lain datang melawat ke, atau tengah tengok maharaja lawak mega ke, atau mungkin sedang menonton drama Suami ku Mr pilot.Jadi saya terus sahaja masuk ke dalam rumah dan tidur.

Keesokkan hari nya, baru lah saya tahu apabila ayah saya menceritakan kepada saya apabila malam semalam adik ipar abang zan dirasuk hantu cina. Ini diceritakan sendiri oleh abg zan kepada ayah saya pada pagi keesokkannya. Jadi apalagi saya terkejut plus terkentut la tentang perkara tu. Kenapa abg zan kata adik iparnya dirasuk hantu cina? ini kerana beliau (adik ipar abg zan) bercakap dalam bahasa cina apabila dirasuk. Patut la malam semalam saya dengar bunyi riuh rendah atau suara dari rumah abg zan bukan bunyi percakapan biasa dari ahli keluarganya dan seperti suara orang luar.

Adik ipar abg zan dirasuk apabila pulang kerumah pada waktu malam mungkin selepas pulang dari kerja kerana beliau kerja di hotel. dan setibanya di luar rumah. secara tiba2 adik ipar abg zan ini menggeluarkan rokok di poketnya untuk membuat colok bagi upacara sembahyang cina di tembok tempat duduk rumah saya (Sebelah rumah Abg zan). Jadi abg zan terkejut la dengan tindakan adik iparnya itu seterusnya membawa masuk ke ruang tamu. tetapi ketika di ruang tamu, adik ipar abg zan ini tidaklah aggresif ataupun ganas seperti mangsa rasuk lain, tetapi hanya duduk di sofa ruang tamu dan bercakap seorang diri dalam bahasa mandarin. apa yang dicakapkan tidaklah sesiapa fahami kerana tidak faham bahasa mandarin.

Tetapi cara percakapannya seperti orang tua di kedai kopi yang sedang bercerita atau berhujah sambil ketawa tetapi dalam bahasa mandarin. Harap pembaca boleh bayangkan . Tetapi abg zan hanya membiarkan sahaja keadaan adik iparnya itu sehingga subuh dan mungkin segan untuk meminta bantuan kepada jiran2 untuk panggil uztaz kerana waktu pun sudah malam dan hanya membaca ayat2 yang patut.

Keesokkan harinya selepas subuh, adik ipar abg zan kembali normal dan dibawa ke pusat perubatan islam iaitu darussyifa di bangi untuk rawatan dan uztaz disitu kata mungkin dirasuk oleh hantu ahso (hantu cina tua).

Untuk makluman pembaca, setahun sebelum adik ipar abg zan dirasuk, isteri abg zan pernah nampak Apek tua (Cina tua) sedang duduk ditangga rumahnya ketika isteri abg zan sedang sembahyang di ruang tamu selepas itu benda itu hilang begitu sahaja. Pernah juga ada orang sekitar cerita tempat kawasan perumahan yang kami tinggal ini dulunya kawasan kubur, tetapi sejauh mana kesahihannya tidak dapat dipastikan.

ADIK KANDUNG ABG ZAN DIRASUK DIRUMAH

Kisah ini terjadi sebelum adik ipar abg zan dirasuk. Mungkin 3 atau 4 bulan sebelum pada tahun yang sama iaitu 2015 dan tiada kena mengena dengan hantu cina tadi. Pada waktu itu adik kandung abg zan yang saya namakan Suraya, tinggal bersama keluarga abg zan kerana bersekolah di area perumahan yang kami tinggal. Hendak dijadikan cerita, pada suatu malam ketika adik ipar abg zan ni berada diruang tamu, dia lihat si Suraya ni macam resah ketika tidur. Maksudnya kat sini keadaan dia macam tak boleh duduk diam walaupun tengah tidur.Jadi adik ipar abg zan ni beritahu ke kakak dia iaitu isteri abg zan. Dan seterusnya abg zan bangun dari tidur ingin meminta bantuan. Dan ketika itu saya sedang ingin melelapkan mata di dalam bilik, tiba2 loceng rumah kami berbunyi, Ting Ting Tang Ting ..ewahh terSiti Nurhaliza pulak..hehe.. pada waktu tu dalam pukul 2 pagi tidak silap saya. saya pun terkejut la, siapa yang tekan loceng rumah kan, takkan perompak kot..baik betul nak rompak tekan loceng..hahah..jadi saya pun bukak la pintu sikit dan saya nampak abg zan dengan abg ipar beliau duduk di hadapan rumah saya. Apabila saya Tanya kenapa? dan abg zan kata adiknya dirasuk dan meracau. Abg zan meminta pertolongan sekiranya ada mana2 uztaz yang keluarga saya tahu untuk membantu.

Oleh itu saya kejutkan mak dan ayah saya di bilik untuk memberitahu perkara yang terjadi. Tanpa berlengah lagi mak saya yang mempunyai kenalan isteri kepada salah seorang uztaz dihubungi melalui telefon dan seterusnya ayah,bersama abg zan dan abg iparnya pergi kerumah uztaz tersebut untuk mengambilnya dan membawanya ke rumah. Ketika itu, saya membantu menyediakan bahan seperti air kosong sahaja untuk diisi didalam jug.

Manakala dirumah abg zan, Suraya iaitu adik kandung abg zan yang sedang meracau dijaga oleh isteri dan adik ipar abg zan . Dengar jugalah dia meracau macam dia kata “ lepaskan aku..lepaskan aku..arghhhh” dia jerit, saya yang waktu tu berada di luar rumah abg zan hanya duduk dalam ketakutan dengan hanya bertemankan jug air kosong yang dipegang di kedua-dua belah tangan. Seram oii nak masuk…walaupun lelaki..jiwa saya persis wanita …hahah..selepas setengah jam, ayah,abg zan,abg ipar,dan uztaz pun tiba di rumah, dan sebelum uztaz tu masuk, si Suraya yang kena rasuk ni dia boleh tahu. Maksudnya kat sini dia ada kata “ Kau bawak sapa hahh??….pergii..pergii” ..dengan nada marah. Dalam keadaan macam tu boleh pulak abg ipar abg zan ni jawab “ bawak awek ni haa” lepastu si Suraya yang kena rasuk ni jawab dengan nada terkejut “hah awek??”.. mungkin dalam kamus dewan versi hantu perkataan awek ni belum wujud..sebab tu dia tak tau..hehe

Rawatan oleh uztaz dijalankan selama 45 minit ataupun lebih sebab benda yang merasuk ni taknak keluar..uztaz tu suruh keluar cara baik tak mahu..kejap2 buat pengsan..ingat dah ok tapi benda ni ada lagi dalam badan si Suraya ni. 5 orang pegang si Suraya ni, dan walaupun dia perempuan remaja yang bertubuh kecil, tetapi kekuatan dia lain macam.

Ayah saya kata macam kekuatan orang lelaki ketika Si suraya ni meracau dan meronta-ronta .Ini apa yang saya dengar dari luar rumah..Benda yang masuk dalam badan dia tu pun bercerita kenapa dia datang dan masuk ke dalam badan budak si Suraya ni apabila ditanya oleh uztaz tu.. Benda tu pun cerita “ Aku dah 10 hari dalam badan budak ni..”
Uztaz: “siapa yang hantar kau?”

Benda tu jawab balik “ mak tiri dia yang hantar” maksudnya kat sini mak tiri abg zan juga sebab si suraya ni kan adik kandung dia. Abg zan kata mak tiri dia memang kurang suka dengan anak tiri dia..sebab apa tak tahu la pula..agak personel mungkin..jadi kami sekeluarga Cuma tahu macam tu je.

Uztaz tu pun meneruskan rawatan sehingga si Suraya ni sembuh..picit sana..picit sini..picit ibu jari kaki..kadang2 si Suraya ni buat2 pengsan dan kami ingat benda tu dah keluar..uztaz kata kalau anggota badan yang dipegang oleh 5 orang ni ada yang berdenyut2 tu tandanya benda tu ada lagi dalam badan..dan anggota badan yang berdenyut waktu tu pula dekat tangan yang dipegang oleh abg ipar abg zan ..apa lagi uztaz picit kat bahagian tu la pula..meracau balik dan akhirnya benda tu pun keluar.

PENGALAMAN SENDIRI DIRUMAH

Ini merupakan kisah yang dialami oleh saya sendiri dan keluarga. Di taman perumahan yang sama. Ini terjadi mungkin pada tahun 2016 atau pun 2017. Tidaklah seram sangat Cuma agak musykil dengan apa yang berlaku mungkin kerana mengalaminya sendiri. Kisahnya begini, rumah saya tinggal mempunyai 3 bilik di tingkat atas, dan ketiga2 bilik ini dihubungkan bersama melalui satu laluan lurus sahaja selepas menaiki tangga iaitu pintu berada di bilik di sisi kanan kesemuanya. jadi kejadian pada ketika itu berlaku pada waktu senja, saya berada di bilik pertama, sedang leka bermain komputer sambil menghadap pintu yang dibiarkan terbuka, ketika sibuk melihat komputer dihadapan saya, saya terpandang beberapa pantulan cahaya putih yang melalui laluan lurus di luar bilik saya itu.

Pantulan cahaya yang saya lihat itu seperti pantulan cahaya lampu torch light yang mana bila kita suluh di dinding. tapi dalam bilangan 4 atau pun 5 banyaknya yang juga tidak dalam keadaan selari pergerakannya menuju ke bilik terakhir iaitu bilik ketiga.(bilik ketiga kosong ketika itu).

Saya ingat ayah saya suluh lampu torch light dari tangga. Saya pun buat tidak endah saja. Tetapi bila saya turun diruang bawah dan bertanyakan kepada ayah saya adakah beliau menggunakan torch light dan suluh lampu tersebut di tangga dan jawapannya mengejutkan saya. “ehh takde lahh ayah mana guna lampu suluh tadi” ayah , begitu juga ahli keluarga yang lain jawapan nya masih sama dan perkara itu masih misteri bagi saya, cahaya putih apa yang saya nampak tadi? waktu senja pula ..haishhhh..

PENGALAMAN SENDIRI DIRUMAH No 2
Kisah kedua adalah lokasi yang sama Cuma cara gangguan yang dialami kali ini melalui deria bau pula. Pada suatu hari, dalam 2 atau 3 hari kejadian ini berlaku, tidak silap saya waktu kejadian siang hari, rumah kami dikejutkan dengan bauan busuk yang hadir di rumah kami.

Kami sekeluarga tidak tahu mana datangnya bau itu. Yang pasti bau itu berpindah randah ke satu tempat ke satu tempat yang lain. Sebagai contoh, kejap2 bau busuk tu berada di tangga, lepastu pindah pula di bilik air bawah, ke bilik pula lepastu. Nak kata bau toilet bukan. Bau bangla pun bukan, dan mungkin bau bangla pun lebih wangi..hahah Bau dia mungkin boleh disamakan seperti bau bangkai.

jadi kami hanya menggunakan campuran garam dan lada hitam yang disimpan oleh mak saya yang sebelum ini digunakan untuk memagar rumah pakcik saya yang diganggu makhluk halus. Campuran garam dan lada hitam itu ditabur di keliling rumah tidak kira dalam atau luar, dan alhamdulillah bau itu pun hilang. Tapi itulah bau busuk dari mana puncanya masih tidak diketahui sehingga kini.

Ok sekian sahaja kisah saya, sebenarnya banyak lagi pengalaman seram di kajang yang saya ingin kongsi dan juga kisah yang dialami oleh housemate saya ketika belajar di ipt tanjung malim, tapi macam banyak sangat je saya tulis. risau pembaca bosan dan merasakan cerita saya ini hambar. Oleh itu saya mohon maaf sekiranya cerita ini kurang memuaskan. Jangan la kecam , Jiwa saya Rapuh…hahha

Brad pitt
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

14 thoughts on “PENGALAMAN SERAM DI KAJANG”

  1. Sebenarnya aku tak baca lagi kisah seram ini.

    Lazimnya, aku ambil/save dulu kisah seram dalam Fiksyen Shasha (FS) menjadi format PDF (gunakana Mozilla Firefox untuk save dalam PDF).

    Aku memang akan ambil/save dalam PDF sebanyak mungkin — pabila menjelma waktu malam barulah aku baca.

    Sekitar tahun 2016/2017 kaki komen dalam FS ni ada bermacam-macam makhluk — ada makhluk komen macam juri, ada makhluk komen maki hamun, ada makhluk komen ayat-ayat menggoda/lucah — dari bermacam-macam makhluk komen ini, aku tak pernah anggap mereka ini jahat seperti syatitan yang direjam — aku anggap mereka dalam dua katergori — nakal dan perasan bagus/bermotivasi tinggi.

    Sekarang makhluk-makhluk komen yang pernah menceriakan ruang komen FS sudah membawa diri hilang entah ke mana? Tidak mustahil di sembunyikan oleh Hantu Tetek bersaiz D44.

    Reply
    • tak habis2 dgn kau punya pdf, mozilla. beria betul nak kabo ke org mcm dia sorang pandai tahu boleh save bagai.

      fyi, tak payah mozilla. pakai chrome pun boleh je nak save as pdf.

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.