Pengalaman Seram di Kolej Tun Ahmad Zaidi (TAZ) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Daripada Ibn Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidaklah setiap orang daripada kamu itu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah diutuskan bersamanya Qarinnya (teman) daripada kalangan Jin…..”

Riwayat Muslim.

Bila kita berbicara tentang alam mistik pasti ianya akan dikaitkan dengan kewujudan makhluk yang bernama Jin. Jin adalah satu makhluk yang Allah ciptakan sebelum manusia dan telah pun mendiami bumi ini sebelum kita lagi. Dalam kisah Sayyidina Sulaiman AS ada dinyatakan bagaimana bangsa Jin ini boleh menyerupai manusia. Jadi In sha Allah akan ku coretkan kisah bagaimana pengalaman aku dan entiti yang bernama Jin ini.

Ooo lupa pulak… As Salam Qablal Kalam. Assalamualaikum wrh kepada admin dan semua pembaca tegas Fiksyen Shasha. Terima Kasih aku ucapkan kepada admin sebab terbitkan kisah aku iaitu ‘Teman Yang Tak Diundang’ dan ‘Kucing Putih Penunggu Batu Besar Taman Negara Gunung Gading Sarawak’. Terima kasih jugak kepada pembaca yang sudi baca dan komen kisah aku. Jadi tanpa membuang masa, lets start with the story.
.
.
.
.

Alhamdulillah bersyukur aku pada Allah atas kurniaannnya aku dapat menjejakkan kaki aku ke menara gading walaupun IPTA yang aku dapat ini bukan pilihan hati. Niat di hati inginkan UIA tetapi kita merancang Allah merancang sebaik-baik peracangan adalah perancangan Allah SWT. IPTA yang aku belajar ialah IPTA yang terbaik di pulau Borneo, IPTA kelapan yang ditubuhkan dan terkenal dengan kampusnya yang hijau dan tenang. Antara ikonik IPTA aku ialah Jambatan Cinta, Pavilion, Menara Air yang macam loji nuklear dan DeTAR PUTRA yang berdiri megah.

Namun disebalik kemegahan semua bangunan ikonik tersebut yang dikelilingi dengan kolej kediaman yang indah bak apartment-apartment mewah aku ditakdirkan untuk mendiami kolej kediaman yang paling tua di kampus barat iaitu Kolej Tun Ahmad Zaidi (TAZ). Sewaktu aku tahun satu (1) kolej aku dah berusia lebih kurang lima belas (15) tahun jadi rupanya agak tua dan seram. Namun aku suka kolej ni. Tenang, sejuk, jauh dari hiruk pikuk kebinggitan kampus.

Kolej TAZ ni terletak nun dihujung dunia tempat Jin Bertendang kata orang Sarawak. Jadi suasana malam di sini agak kurang menyenangkan bagi pelajar baharu seperti aku. Aku mendaftar di sini pada bulan september 2014. Dan kebetulan sebelum kemasukkan aku ke sini pelajar perempuan di kolej ini ditemui mati berdekatan dengan sungai kecil di belakang kolej ni. Mula-mula aku malas nak ambik kisah sangat pasal kolej aku ni sebab aku tengah moody tak dapat masuk UIA so most of the time aku luangkan masa dalam bilik je. Aku cuma keluar untuk makan, pergi kelas, jalan-jalan, mandi atau solat kat surau je.

Namun, kat U ni kita mesti ada sorang kawan ni yang kita punya best buddy tak terkecuali aku. Aku ada sorang kawan rapat nama dia kita gelar as Tok Janggut. Tok janggut ni kira budak surau lah. Terkenal gak kat TAZ ni. Mana-mana pergi bawak tasbih. Paling lawak dia ni pergi kelas naik basikal. Basikal dia warna hijau ada bakul kat depan. Yang aku tak boleh belah, masa dia bawak basikal pon dia pegang tasbih kat tangan. Aku takut silap haribulan basikal tu pandai terbang pulak macam cerita E.T tu.

Kebiasaan Tok Janggut ni dia yang selalu azan kat Surau TAZ ni setiap subuh. Kalau tak dia yang azan Abang Tabligh ni yang azan. Aku waktu first year ni jarang sikit datang awal ke surau kecuali tu giliran aku azan atau imam. Selain itu, antara kebiasaan Tok Janggut ni dia akan ketuk pintu bilik budak-budak surau ni sama ada sebelum masuk waktu atau lepas dia azan. Dia ketuk bilik lelaki je untuk pengetahuan anda. Bukan bilik perempuan sekali.Nanti lain pulak jadi subuh-subuh ni. Hahaha

Nak dijadikan cerita, memang dah kebiasaan aku datang lambat kan jadi selalulah Tok Janggut ni ketuk bilik aku. Sebab aku kalau bukan giliran aku, aku akan ke surau bila orang iqamah je. Sebab subuh kan bacaan dia panjang. Sunnah untuk memanjangkan bacaan waktu solat subuh sebab disaksikan oleh para malaikat. Jadi sebab tu aku selalu bangun bila orang azan dan kalau malas sikit bila dah iqamah baru bangun lepas tu tuka baju terus ke surau. Surau kat TAZ ni istimewa sikit.

Kalau hujan aku tak perlu pon berbasah sebab boleh lalu rumah-rumah orang ni untuk ke surau. Surau dan biliik ni memang dekat sangat. Bahkan satu pembesar suara surau ni dekat dengan tingkap kecik tandas rumah aku. Sebab tu kadang-kadang tengah berak sempat dengar sapa entah bagi tazkirah atau baca Al Mulk di surau.

Pagi tu seperti kebiasaan Tok Janggut ketuk bilik aku sebelum subuh. Dia ni tak akan berhenti ketuk selagi ko tak bukak pintu. Jadi aku pon bukak lah pintu tengok dia terconggok depan pintu. Aku jarang bercakap dengan orang bila bangun tido sebab tak ada mood. So bila aku bukak pintu dia paham lah aku dah bangun. Tapi hari tu aku ngantok gila so aku tidolah balik.

Azan subuh pon berkumandang tapi aku masih lagi berselubung di atas katil dengan selimut kulit babi kata orang tua. Akhirnya aku pon terlelap balik. Baru aku mimpi nak jumpa Neolofa terus terbangun sebab bunyi ketukan pintu yang agak kuat. Aku dah agak dah mesti Tok Janggut ni. Sebab kalau lepas dia azan aku tak turun dan tak ada imam waktu tu dia akan ketuk bilik aku lagi. Jadi aku pon bukak lah pintu. Nampak lah dengan jelas Tok Janggut depan pintu bilik aku. Seperti biasa kami berdua cuma guna bahasa isyarat je. Aku angguk je terus dia paham yang nanti aku turun. Tapi takdir Allah mengatasi segalanya. Aku pon tidur balik sebab nak jumpa Neolofa. Sedar-sedar aku orang dah baca mathurat dah di surau.

Aku pon bergegas bersiap dan solat subuh gak di surau. Lepas je solat aku pon duduk untuk dengar bacaan hadis pagi dan kemudian kami selalu lepak-lepak jap kat surau.

“Lambat juak kitak ritok tek A.M.I (Lambat jugak kau hari ni A.M.I)”? tanya Abang Tabligh

“Yalah tek bang, pande ngando indah. Kesian Tok Janggut ngetok bilit kamek sampe duak kali. (Tu lah bang, ngantok pulak pagi ni, kesian Tok Janggut pergi ketuk sampai dua kali tadi)” balas ku.

“Aihh…ne ada A.M.I. kamek ngetok sekali jak tadik sebelum subuh. (Ehh… mana ada A.M.I. aku ketuk sekali je tadi sebelum subuh)” terang Tok Janggut.

“Aihh.. Duak kali Tok. Sekali sebelum azan sekali gik lekak azan. Tanyak kitak rumet kamek(Ehh..dua kali lah Tok. Sekali sebelum azan sekali lagi lepas azan. Ce tanya rumet aku kalau tak percaya.)” balas ku balik.

“Sekda A.M.I. sekali jak. Ya pun sebelum subuh. Lekak subuh nang kamek ada nak ke bilit kitak tapi ada asuk indak kat tangak ya. Ya alu kamek sik jadi. Kamek kan gelik ngan asuk (Tak ada A.M.I. Sekali je aku ketok. Lepas subuh aku memang ada niat nak ketuk lagi tapi bila aku sampai kat tangga nampak ada anjing. Tu yang aku tak jadi ketok. Aku kan geli kat anjing.)” jawap Tok Janggut.

“Aihhh… Nisik kamek bulak eh. Nang kitak datang duak kali. Sapa lah nak datang tadik ya? (Eehh… Aku tak tipu. Memang dua kali ko datang. Kalau bukan ko sapa lah tadi.)” kata ku.

Sampai sekarang persoalan tu tak ada jawapannya. Mereka beranggapan aku cuma mengigau. Tapi kalau aku mengigau teman sebilik aku pon nampak aku bangun bukak pintu dan memang macam ada ‘orang’ di luar pintu.
Bila cerita hal ni, aku teringat pulak kisah budak perempuan kolej TAZ yang ditemui MATI dekat sungai kecil belakang kolej. Budak ni dikatakan jenis yang terperap dalam bilik je. Sampai teman rumah dia ni pon tak tahu sangat pasal dia. Bila dia balik, bila dia ada kelas, dan sebagainya. Jadi pada suatu hari tu, dia ni hilang. Tak balik-balik. Lepas tu ada orang cerita kat aku yang guard kononya jumpa dia kat laluan depan kolej.

Dia pakai telekung sambil bawak Al Quran pastu jalan ke belakang kolej. Guard ni pon ikutlah sebab dia nampak mencurigakan. Tetapi tiba-tiba dia ni hilang. Beberapa hari lepas tu orang jumpa dia ni dan reput kat sungai kecil belakang kolej. Muka dia dah rosak sebab kena makan biawak. Korang boleh cari kisah ni kat Google. Tahun 2014. Beberapa bulan sebelum aku mendaftar kat kolej ni.

Sepanjang aku duduk kat kolej ni tak pernah lah aku nampak apa-apa secara jelas. Tapi banyak kawan-kawan aku yang nampak. Ada yang nampak seakan pontionak dekat tingkap bilik. Paling seram dekat tangga blok lelaki yang menghala ke bilik kosong tu. Yang menuju terus tempat mesin basuh. Situ ada yang jumpa dia tengah duduk sambil sikat rambut dia ala-ala sunsilk tu. Sebenarnya banyak lagi kisah seram kat kolej ni yang aku dengar. Insha Allah kalau rajin aku coretkan kat sini.

Apa pun terima kasih sebab sudi terbitkan dan baca. Kisah Jelmaan Tok Janggut tadi memang aku yang alami manakala kisah makhkluk bertelekung tu aku dengar dari senior dan mak cik cleaner. Macam mana pon ketahuilah roh orang yang dah mat tak dapat nak merayau-rayau kat dunia ni. Tu boleh jadi Qarin dia atau jelmaan Jin yang nak menyesatkan anak adam. Seorang mukmin andai dia berjaya maka kuburnya ibarat taman-taman syurga dan dia berehat ibarat pengantin manakala yang kecundang kuburnya ibarat lubang-lubang neraka.

Tapi!!! Siapa yang kejut aku bangun subuh tu? Korang ada tak pengalaman yang macam ni? Teringat pulak dengan kisah Syaitan menyerupai kucing gigit kaki seorang alim sebab nak kejutkan dia bangun solat.

Kelip-kelip ku sangka api
Kalau api di mana panas nya
Kalau ada cerita lagi
In sha Allah ku kongsikan di sini.

Assalamualaikum…

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

8 thoughts on “Pengalaman Seram di Kolej Tun Ahmad Zaidi (TAZ) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)”

  1. Saya pun ex taz. Sepanjang tiga tahun tu ada je bang tapi setakat tu okay lagi lah. Tetiba rindu time jadi jpk taz kuikuikui

    Reply
  2. A.M.I, saya pun pernah ada ‘orang’ kejut subuh. Tapi takde siapa pun sebenarnya. Alarm handphone dah bunyi, saya bangun dan snooze kan je. Tiba-tiba rasa tilam kena pijak/tepuk kuat2 macam ada orang nak kejutkan saya bangun tido. Saya tido sorang je dalam bilik, pintu pun berkunci. Mungkin ada makhluk Allah yang tak nak kita terlepas subuh tu, sebab tu dia willing kejutkan.

    Reply
  3. Time study dlu pun pernah gk..ada org ketuk pintu suruh bangun subuh,ingatkan akak2 biro dakwah,tp bila kitorg bgn tgk jam baru pukul 5…sampai laa habis study mmg xtaw sapa y ketuk. Kuat gila mcm nak runtuh pintu tu..

    Pengalaman zmn study..share ler lg kalau ada kisah2 mistik..hehehe

    Reply
  4. Sy penah study Kat unimas jgk…tahun 2016…tapi separuh jln…😭…unimas memng cantik…tapi sy duk kolej baru.dah Lupe ape name…rindu unimas…😭😭

    Reply

Leave a Comment