Pengenalan dari ‘Mereka’

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Aku Ris baru saja mula membaca kisah-kisah dalam fiksyen shasha ni taksub sangat membaca lepas satu, satu aku baca sampai termimpi- mimpi haha. Baru harini aku rasa macam terpanggil nak bercerita kisah yang pernah aku alami, mintak maaf la kalau tak begitu menyeramkan. Kalau kisah ini di siarkan, terima kasih banyak-banyak buat admin.
Kisah aku ada dua cerita pendek je, okay jom mula.

KISAH 1
Aku memang sejak dari kecil menetap di tanah kelapa sawit, faham la kan bila aku sebut kelapa sawit maksudnya tanah rancangan. Perumahan kami sangat dekat dengan jiran-jiran, rumah aku sendiri pun berada di tengah-tengah, belakang, depan tepi semua ada jiran dan tk jauh pun 7 hingga 10 langkah je dh sampai rumah jiran sebelah. Jadi hubungan kami pun sangat-sangat rapat dah mcm sedara mara.

Nak dijadikan cerita satu hari tu aku baru je balik dari kampus, dalam kereta aku tgk laa kat tingkap, aku nampak jiran sebelah aku tu tengah sapu sampah, awal lagi masatu jam 3 petang tak silap. Aku pun tengok jela dia tkde la nk syak apa-apa biasala orang sapu sampah kat luar, dalam masa yang sama jiran aku pun pandang aku dia tengok je aku dalam kereta sampai kereta masuk halaman rumah aku. Aku pun senyum jela tapi aku perasan dia tak pakai tudung pun dia ikat rambut , pandang aku sambil pegang penyapu. Tapi siapala aku nak judge dia kan hahahh.

Dah masuk rumah aku borak-borak dengan mak aku dan aku cakap ‘Cik Senah rajin duk sapu sampah panas-panas ni, tadi balik nampak dia’ terus mak aku buat muka pelik, dia kata cik senah dh sebulan duduk rumah anak dia sebab dia tak sihat. Aku dah melopong, aik tengah hari macamni boleh pulak ‘dia’ main-main dengan aku . Tapi sampai sekarang walaupun dah 5 tahun berlalu aku ingat muka dia masa pandang aku tu memang sebiji macam jiran aku, dah la pandang tepat mata aku aihh seram pulak aku rasa kalau teringat.

KISAH 2
Cerita yang kedua ni berlaku masa aku di tingkatan 6, 5 tahun lalu jugak. Macam biasa kalau duduk asrama, solat memang wajib berjemaah kat surau. Satu hari tu aku tak boleh solat, ABC. Tinggal la aku dalam dorm sorang-sorang. Dorm aku ni jenis yang panjang bukan lebar, kami duduk 14 orang semuanya. Aku duduk jela kat meja tulis yang ada dalam bilik tu, meja tu ade betul-betul sebelah pintu masuk dorm. sambal tunggu waktu prep lepas semua selesai solat isyak aku buat la ulang kaji sikit dan aku toleh ke tepi rasa macam membazir pulak bukak semua lampu padahal aku sorang je, so aku bangun tutup lampu yg bahagian belakang tu aku biar yang depan je tempat aku duduk tu.

Dalam senyap sunyi tu aku dengar macam orang panggil-panggil nama aku daripada locker hujung sekali. Slow je suara tu macam berbisik, aku toleh tkde siapa pun. Sampai 3 kali dia panggil aku , jantung aku macam dh nak tercabut dh rasanya tapi aku buat-buat macam tk ada apa, dengan muka steady aku bangun sambil nyanyi-nyanyi pergi bukak balik semua lampu. Aku tutup buku dan pergi ke locker aku untuk acah-acah kemas locker sambil nyanyi dengan harapan cepatla kawan-kawan aku balik daripada surau.

Tak lama lepastu diorang pun balik, legaaa aku rasa. Sejak daripada tu kalau aku tinggal sorang je aku akan pergi menziarah dorm adik-adik junior untuk beramah mesra hahahah padahal sebab penakut. Itulah pengalaman aku sebagai pengenalan dari mereka mungkin sekadar memberitahu bahawa mereka wujud. Alhamdulilah aku dapat tamatkan tingkatan 6 dan melanjutkan pelajaran ke Universiti awam di utara dan sekarang tengah intern di Selangor. Terima kasih pada semua yang sudi membaca.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

1 thought on “Pengenalan dari ‘Mereka’”

Leave a Comment