Thanks Admin sebab approve cerita aku. Aku merupakan peminat tegar FS dan ini adalah kali pertama aku menulis untuk diterbitkan ke platform ni. Segala kekurangan, harap dimaafkan dan diberi ruang untuk diperbaiki.
Aku merupakan anak kepada seorang ahli politik dan perniagaan yang tinggal berseorangan di sebuah banglo dua tingkat di Kingfisher Likas. Banglo ni ada 12 bilik dan bilik aku terletak di tingkat dua. Terdapat 3 org lagi pekerja yang tinggal di kawasan rumah aku tetapi bilik mereka terletak di bangunan yang berlainan di halaman belakang. Pembantu rumah, pengawal keselamatan dan pemandu peribadi hanya akan dipanggil masuk ke rumah pada waktu-waktu tertentu. Sepanjang aku tinggal di rumah ni, pelbagai pengalaman seram dan aneh pernah aku alami.
Beberapa tahun lalu, aku sedang berbaring di atas katil kerana kepenatan selepas pulang dari kampus. Sedang aku cuba melelapkan mata, aku lihat ada bayangan hitam yang bergerak-gerak dari dalam tandas, pintu tandas aku adalah jenis frosted glass, oleh itu segala pergerakan di dalam tandas aku dapat lihat meskipun samar. Mulanya aku ingatkan cahaya dari kenderaan di luar, tetapi yang peliknya tandas aku tidak mempunyai tingkap. Tidak semena-mena bulu roma aku berdiri tegak saat aku terpandang ke arah pintu bilikku yang terbuka luas. Di pintu bilik itu , aku lihat ada sekujur tubuh makhluk yang kulitnya berwarna kuning sedang berdiri memandang ke arahku. Badannya pendek seperti kanak-kanak umur 10 tahun dan kepalanya botak licin. Tubuhku jadi kaku, aku ketakutan sehingga tidak mampu menjerit. Dengan izin Allah, aku mampu juga melaungkan “Allahuakbar” dan sekelip mata makhluk itu hilang. Aku yang masih terketar-ketar segera berlari turun ke bawah. Malam itu aku paksa Bibik Nani tidur bersama aku di dalam rumah.
Terdapat sebiji piano besar berwarna hitam yang diletakkan di tengah-tengah ruang tamu tingkat bawah. Piano ini memang tidak pernah digunakan, fungsinya hanya sekadar perhiasan sahaja.Lebih kurang jam 11 malam, aku sedang menonton tv di ruang tamu di tingkat atas. Tiba-tiba aku terdengar sayup-sayup bunyi piano ditekan, perlahan-lahan bunyi itu semakin kuat dan nyaring. Aku merasa curiga dan “mute”kan TV supaya aku dapat dengar bunyi itu dengan lebih jelas. “Pangggg !” bagai hendak tercabut nyawa aku mendengar bunyi piano itu dihempaskan. Aku segera berlari kearah tangga dan menjerit “ Siapa itu ?”. Tiada jawapan. Aku capai telefon bimbit aku dan segera menghubungi Pak Suharto untuk dia memeriksa tingkat bawah sekiranya ada penceroboh. Menurutnya, tiada sesiapa yang berada di dalam rumah ketika kejadian itu kerana Bibik Nani dan Om Pardey sudah tidur, hanya dia yang berada seorang diri di pondok pengawal di hadapan rumah.
Bunyi seperti diketuk-ketuk di atas siling itu adalah perkara biasa. Bilik tidur aku juga sering diketuk dan tombol pintu dipulas dari luar, apabila dibuka tiada sesiapa. Kadang-kadangan aku malas nak ambil port maka aku abaikan saja. Pernah aku dengar bunyi orang berlari-lari menaiki tangga ke tingkat atas, tapi apabila aku perhatikan tiada sesiapapun yang naik ke atas. Bunyi seperti ada orang mandi di tandas juga sering aku dengar sedangkan aku bersendirian.
Dulu kami ada seorang pembantu rumah warga Indonesia yang aku gelarkan dia sebagai Bibik Yati. Seorang wanita pertengahan umur yang gemar beribadah. Sewaktu dia sedang menunaikan solat maghrib di ruangan makan VVIP di dalam rumah. Dia merasa seperti ada yang memerhati sepanjang dia menunaikan solat, apabila dia masuk ke tahiyat akhir dan memalingkan mukanya ke sebelah kanan, alangkah terkejutnya dia melihat ada satu sosok bertelekung putih sedang menemaninya solat. Wajah makhluk itu hitam, matanya berwarna putih. Bibik Yati yakin itu adalah syaitan yang cuba menganggunya beribadah, meskipun ketakutan, Bibik Yati mencapai al-Quran dan mulai membaca surah yasin sekuatnya. Di ayat yang
terakhir, dia merasakan angin yang sangat kuat sihingga terangkat-angkat telekungnya, sejurus itu juga makhluk itu hilang dari pandangan. Bayangkanlah sepanjang waktu itu, makhluk tersebut hanya memerhatikan Bibik Yati. Kuat betul semangat Bibik Yati. Bukan itu sahaja, dia juga sering melihat kelibat lelaki berjubah putih dan berserban sering memunculkan diri di kawasan rumah seperti di dapur dan ruang makan. Badannya bercahaya, seperti lutsinar dan terapung kerana kakinya tidak mencecah lantai.
Kawasan berhampiran kolam renang dan outdoor Jacuzzi adalah yang paling menyeramkan. Beranda bilik tidur aku di tingkat atas menghadap kawasan ini dengan jelas. Pernah suatu malam, aku sedang sibuk study untuk final sehingga tidak sedar waktu sudah hampir jam dua pagi. Aku terdengar bunyi seperti perempuan menangis mendayu-mendayu dari luar beranda. Tidak timbul sedikit pun perasaan takut pada ketika itu, yang aku fikir mungkin ada jiran ataupun sesiapa yang sedang mengalami kesusahan. Aku membuka pintu beranda dan melangkah keluar, serta merta angin kuat mengenai tubuhku sehingga aku terundur sediikit ke belakang. Aku lihat kawasan sekeliling, tiada sesiapa tetapi bunyi tangisan itu masih jelas kedengaran. Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, aku segera masuk semula ke dalam dan terus tidur.
Keesokannya, aku duduk minum pagi bersama Bibik Nani dan Om Pardey dan menceritakan kejadian semalam kepada mereka. Menurut Om, malam itu lebih kurang jam 11 malam, dia sedang berbual di telefon dan duduk di Patio tingkat bawah menghadap kolam renang. Sepanjang dia berbual itu, dia dengar seperti ada suara ketawa mengekek berselang seli dengan suara kekasihnya di telefon. Seram dengan perkara pelik itu, dia segera menamatkan panggilan telefon. Sewaktu dia hendak berjalan menuju ke halaman belakang, dia secara tak sengaja terpandang ke arah sebatang pohon pinang berdekatan kolam ikan tidak jauh dari patio dia duduk sebentar tadi. Di pangkal bawah pohon pinang itu dia lihat seperti sehelai kain hitam berjuntai ke bawah dari atas. Alangkah terkejutnya dia saat dia terpandang ke atas pohon itu dia lihat ada Langsuir sedang bertenggek. Makhluk itu tersengih memandangnya. Rupanya yang disangkanya kain hitam itu adalah rambut makhluk tersebut. Tanpa pikir panjang, Om Pardey berlari masuk ke arah pondok pengawal, malam itu dia tidur bersama dengan Pak Suharto. Keesokannya dia demam dan memohon cuti selama seminggu untuk berubat di kampong halamannya.
Gangguan-ganguan seram dan macam-macam kejadian pelik sering berlaku di rumah itu sehingga aku sudah tidak merasa takut lagi. Mungkin makhluk-makhluk itu hanya ingin menemaniku yang sering keseorangan. Bukan keluargaku tidak pernah berusaha untuk memagari rumah itu, berbagai cara termasuklah memanggil perawat islam tetap juga menemui jalan buntu. Bahkan semakin giat kami berusaha semakin ekstrem juga ganguan yang menimpa sehingga ada yang merasuk tetamu dan hampir menyebabkan anak kecil mati lemas di kolam renang.Ada juga aku dengar dari mulut-mulut longkang yang berkata segala ganguan di rumah itu adalah berpunca dari belaan ayah aku. Kononnya ayah aku membela untuk mengukuhkan posisinya dalam medan politik. Wallahuawalam, aku sendiri tidak tahu kebenarannya.
By Borneo Loner
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Bak arhh sikit duit 5 riban pun jadi arhhh… HHahahahhahah gurau²
Hahahhahaha
gila la betul ka ni..kaya juga piano bikin perhiasan😂😂
Ibu sy plg suka dgn dekorasi gaya inggeris. Piano kat rumah ni ada tiga, tapi tak pernah pakai pun. Kalau harapkan sy, semua alat muzik sy tak pandai main. hahaha
memang org politik ni xde buat ibadat ke apa.
rumah dah macam hostel jin dah.
cantiknya bahasa
Ada juga. Dah banyak kali panggil perawat Islam untuk azankan rumah di setiap penjuru. Tapi ganguan masih ada bahkan makin teruk. Bab dah jadi hostel jin tu mungkin betul juga, saya sendiri tak berani tidur di bilik lain melainkan bilik saya sendiri. Seram. Hahahha
Klu tak kesah la kan.. Kita yg beragama kristian ni pun boleh juga halau benda tu dengan bantuan org2 church😊
best cerita.kalau ada lagi boleh kongsikan yer.
Insyallah. Harap2 admin FS akan approve cerita sy yg seterusnya.
borneo loner, meh kitorang temankan ko sehari kat rumah tu. sy bw akak2 charity sy skali sb drg ni happening gile. haha. sy ingt habis dah kf sy tinjau, rupa2 nya ada banglo dalam tu. belah mana banglo tu? rumah2 besar tu mmg ada tp semua jenis perumahan kan. oo ada satu banglo kat hujung jalan belakang sekolah swasta tu, tapi tu sy tgk dr luar pun dah seram. its not yours i think. nanti la sy pusing2 kf lg cari your banglo hehe
Ada… Sy tak boleh bagitau exact location. Tapi mmg terlindung sedikit dari laluan utama public. Jika hendak masuk ke kawasan perumahan sy juga harus melalui pondok pengawal.
Bestnya hidup senang stay banglo sorang sorang hehe . harap nanti takda gangguan lagi 🙂
Nampak mcm best tapi realitinya cuma sy yg tahu. Sejujurnya, sy lagi suka duduk rumah yang kecil dan ada ramai orang, sekurang2nya tak de la rasa sunyi sangat.
banglo mana area kingfisher tu?
jom cari sama2…jumpa kat kak kiah ahad ni haha
Wah semangat betul Echah ya nak cari rumah saya. Hehhehe. Tak susah pun sebenarnya nak cari rumah saya, Kingfisher ni bukanlah besar mana pun. Tapi kalau dah tau lokasi tu harap jgnla di viralkan, tak pasal2 pla ramai yg dtg ke rmh sy nnti 😂😂😂. Alang2 dah kat Kak Kiah tu bolehla belanja sy makan Churros 😋😋
haha sama la kita suka churros kak kiah.. hahaha… tp slalu habis ni. cepat tul habis. ba jomla. lama sdh x makan churros. hrp2 ada la bila kita pegi nnt XD
Baru sy taw KF ada banglo…sblh mana tu ar….psal sllu gak round cna ..KF tu mcm perumahan kn…bnglo ni yg mo di cari ….nk tgk juga bnglo ni….😊😊
jom cari sama2…jumpa kat kak kiah ahad ni haha
Uii brani oo ko tgl sorang2 sna..xkan adk bradik ko 1 pun xsma2 ko tgl..family ko mana xsma2 ko sna..hehee..sorry tp kuat btl kberanian ko ni..
Ada. Cuma ramai yang tak tahu sebab kawasan agak terlindung, kena lalu Pak Guard yg kdg2 rajin juga tahan kereta orang yg nak masuk kwsn prumahan.
Cuba cari di Kingfisher fasa dua …. Ada bnyk rumah2 besar disitu … Kat kawasan yg byk rumah banglo kosong dan rumah2 VVIP Sabah, salah satu adalah rumah saya …
Sy kerja di kingfisher. Jum sup ikan win win lunch ni hahaha. Tp ya ada 1 banglo besar d hjung jalan. Sy rasa sy tahu mana satu banglo kamu. Apa2 pn, semoga urusan kamu dipermudahkan.
Beraninya ko Borneo Loner hadap gangguan mcm tu.. Lama sdh ka? Klu sy mmg nda berani la.
Lama dah sejak kecil lagi duduk di rumah ni. Dulu rumah sy ada ramai orang, cuma sejak ada masalah ekonomi dulu, ayah kurangkan pekerja di rumah. Tu la keadaan makin sunyi maka ganguan pun makin galak lah. Ganguan tu mmg mcm2, cuma sy dah biasa, kalau ada pekerja baru, mesti tak bertahan lama sebab diganggu. Yang ada skrg ni pun pekerja2 lama yg kuat semangat.
ok, saya menyewa sana la. buli juga tulung2 kasi bersih. Haha
Saya tinggal di kingfisher juga..ko tinggal di ujana atau lorong kingfisher 1 ..dekat dengan r banglo robin balang
Sy tinggal di fasa dua. Jauh sikit dari kawasan utama.
Penulis ni..lelaki ke perempuan?
Sy perempuan 😀
Lelaki ka perempuan?macam kenal..tpi.mungkin juga saya silap orang.hehe
Sy perempuan. Mcm kenal ? marilah kita berkenal-kenalan hehehe
Wujud ke hantu zaman2 moden ni? Mengarut semua ni..
hantu mana de…tu sume org kita ckp…yang btul ada jin dan syaitan and yes…zaman skang mmg lg ramai…sbb dorg nk menyambut kedatangan “boss” dorg….dajjal laknatullah….siapkan diri kita….Wallahualam
wujud..dkt celh fefek kau
Blh tau x masih tggl banglo tue ke??dan blh sy tau lokasi tq
Yg saya tau orang yg tinggal dikawasan kf ni orang kaya2
Bab paling seram waktu part langsuir… sempat senyum…ofc seram…sumpah…sbb sye pun ….pernah nampak atas pokok dekat kedai makan