‘Penghuni Selain Kami’

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ni pertama kali aku berkongsi di FS. Selalu dok baca je cerita korang. Ni nak share sikitlah kisah yang pernah aku lalui.

Kisah ni jadi masa aku baru 18, dalam 6 tahun lepas. Aku kerja tetap di sebuah hotel budget di Port Dickson. Walaupun budget, tapi kami ada Coffee House dan Restoran. Aku kerja F&B, jadi memang selalu ot lah sampai larut malam, pukul 12 tu biasa dah. Aku tinggal di rumah tinggalan arwah nenek tiri aku, aku duduk bertiga je dengan dua lagi sepupu. So aku pergi balik kerja jalan kaki, dalam 2-3 minit sampai dah sebab dekat sangat. Motor aku sepupu selalu pinjam, binawe dia lupa diri buat reta sendiri.

Peristiwa ni jadi masa malam public, tak ingat public apa. Jadi aku pun balik lambat. Jalan nak balik tu pun dah gelap sebab semua orang dah tidur waktu tu. Dalam pukul 1 pagi aku balik, kental je lah redah, badan dah penat. Fikir nak tidur je.

Sampai rumah aku pun bersihkan badan. Sepupu semua keluar malam public katakan, tinggal aku sorang je kat rumah. Hati resah sorang-sorang, tapi penat aku malas nak layan hati ni. Nak lelap tu kita layan tv dulu. Aku tidur kat ruang tamu, suis lampu dan pintu utama sebelah kiri katil aku je. Katil aku menghadap pintu rumah atas, ada tangga untuk naik atas lah. Ni rumah kampung, aku tidur di bahagian rumah bawah.

Tupppp. Suis lampu rumah bawah aku tutup. Baru aku perasan rumah gelap gelita, cuma lampu luar je aku pasang. Aku dok marah diri sendiri, macam mana aku boleh lupa pasang lampu rumah atas tu sebab sebelum ni aku tak pernah lupa, mungkin penat. Makcik aku pernah pesan, nak duduk rumah tu boleh je, syaratnya jangan lupa buka lampu rumah atas tiap-tiap malam. Tu je syarat dia selain jaga rumah tu baik-baik.

Badan penat sangat, aku kata tak apalah, nanti dorang balik dorang bukalah lampu tu sebab aku nak tidur. Tak sampai 5 minit aku tutup mata nak lelap, aku dengar bunyi “pappppp..papppp..papppp..papppppp…papppppp..”. Aku dah rasa cuak, ‘apa benda pula ni? Janganlah kacau, aku dah penat sangat ni, nak tidur’. Aku cuba pekakkan telinga, bunyi lagi. Korang tahu bunyi tu dari mana? Dari rumah atas tu weyhhh. Korang pernah lompat atas rumah kayu tak kecik-kecik dulu? Macam tu lah bunyi dia.

“Papppp..papppppp…papppp..papppp..papppp”. Bunyi tu macam ada orang lompat dari hujung rumah atas tu bawa ke pintu ada tangga tu, dan aku bertentang dengan pintu tu. Maksudnya ia ke arah aku. Aku buka mata, gelap je aku nampak kat atas dan nasib baik juga sebab aku rabun, jadi tak nampak sangat. Bunyi tu dari perlahan dan makin lama makin kuat ke arah aku. Lepas tu dia hilang. Kepala otak aku fikir si bungkus je, tak ada lain.

Tak lama lepas tu, “pappppp..papppp..pappppp”. Dia datang balik, benda tu berulang-ulang. Aku dok lah baca ayat Quran semua. Segala doa keluar. Al-fatihah pun berterabur sebab dah takut gila. Nak call sepupu tak boleh, kredit tak ada. Nak jerit, tak keluar suara aku ni. Bila bunyi tu makin dekat, aku dok jengah dari dalam selimut. Aku terbayang kalau si bungkus tu dok jengul muka je bila lompatan tu makin hampir. Alhamdulillah hilang. Tapi dia mai lompat balik, aku fikir pula karang si bungkus tu terjun kat aku. Dah tak keruan aku, nak nangis pun tak keluar.

“papppp..pappppp…pappppp..papppp..pappppp” masih berlangsung. Aku tak tahu nak buat apa dah, keluar segala peluh jantan betina. Bunyi tu tak hilang lagi, malahan makin lama makin laju acara melompat tu. Nasib masa tu aku dalam keadaan bersih, rasa kuat sikitlah. Aku bangkit, buka lampu rumah bawah, bunyi tu berhenti. Aku kuatkan hati, kuak selimut terus lari pergi rumah atas, bergegar rumah atas tu dek berat aku ni. Tak kira, aku terus buka lampu rumah atas, patah balik turun aku sempat toleh kiri kanan nak tengok benda apa yang mengacau tu. Alhamdulillah tak ada apa yang menjengah.

Aku turun terus duduk kat atas katil, sambil tengok kiri kanan, rumah normal macam biasa. Baca ayat qursi, tidur. Malam tu aku tidur terang-benderang rumah. Dah pagi baru sepupu aku balik tu pun aku dah pergi kerja pukul 6 pagi. Tapi tak lah cerita kat dia, nanti dia takut. Sebenarnya rumah ni memang ada penghuni lain, terutama rumah atas tu. Sebab tu kami ni tidur kat ruang tamu, bilik atas tu guna untuk tukar baju atau simpan baju je.

Pernah dulu ada kenduri kat rumah ni, habis kenduri, tiba-tiba sofa berat kat rumah atas tu macam ada orang dok tolak-tolak nak alihkan. Masa tu pula angin kuat betul. Dalam 15 minit lah macam tu tapi semua buat tak tahu je sebab dah biasa kot.

Sekian, nanti aku cuba kongsikan pengalaman aku dengan tempat kerja aku pula..

-RAZU-

.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

4 comments

  1. rumah kampung mmg atas jarang duduk,siapa ja tinggal kan? huhu
    balik kampung,terpaksalah tidur atas ramai2 sbb kitaorang suka balik bila tak ramai saudara ada. jadi nak tidur senang,tak payah jaga aurat. tp alhamdulillah tak ada perkara pelik2 jadi. walaupun kadang rasa seram juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.