PENGHUNI TIDAK TERLIHAT

Assalamualaikum pembaca pembaca fiksyen Shasha. Setelah sekian lama tidak berkarang, harini aku akan kongsikan sebuah kisah seram yang sudah lama berlaku tetapi masih segar di ingatan. Kisah ini berlaku di asrama aku yang bertempat di semenanjung utara Malaysia. Kisah ini agak ringkas tetapi merupakan satu komplikasi jika dialami di dunia realiti. Aku ni tidaklah kerap dikacau tetapi ada banyak kisah kisah misteri dan ghaib berlaku di persekitaran aku.

Sebelum itu, maaf dipinta sekiranya penggunaan bahasa “aku” men yinggung mana mana pihak dan aku bukanlah sasterawan yang arif dalam bidang karya dan perkarangan cerita.

Ceritanya bermula apabila asrama sekolah aku dibuka semula selepas cuti p*****l pertama dan penambahbaikan asrama kami. Jadi kami terpaksa menggunakan asrama yang sudah lama tidak digunakan. Asrama ini tidak kami tahu akan cerita ceritanya kerana jarang diceritakan kerana ia tidak digunakan lagi setelah dua tahun sekolah itu beroperasi.

Semuanya berjalan lancar sewaktu membuat pendaftaran atau “check in” ke asrama itu. Aku bertemu dengan rakan rakan aku serta mengusung beg-beg bagasi yang mengandungi baju serta buku-buku sekolah. Aku tiba di sekolah pada masa yang awal. Oh lupa! Aku menetap di Kuala Lumpur jadi kalau nak balik ke asrama kena lah bertolak awal dan sebab aku pilih sekolah ni sebab ianya dekat dengan rumah nenek dan datuk aku. Setelah selesai, urusan usung beg dan bersalaman dengan ibu bapa ku aku terus naik ke dorm aku dengan rasa berat hati. Bukan aku ini anak yang manja tetapi aku ni seorang yang rapat dengan ibu aku kerana ada certain certain sebab (akan diceritakan).

Selepas naik ke dorm, aku menyusun barang barang aku di dalam locker, masa ini tiada siapa lagi kerana kebanyakkan rakan dorm aku berasal dari negeri di mana sekolah aku terletak jadi diorang ni datang lewat sedikitlah. Tanpa membuang masa, aku teruskan dengan mengemas katil dan dorm selepas selesai kemas locker aku.

Selepas itu, aku pergi ke tandas itu letakkan toiletries aku di rak yang disediakan. Setelah selesai, aku pun bergerak menuju ke dorm ku semula tiba-tiba aku terdengar suara budak budak yang tertawa dan diselangi suara dengusan yang kedengaran amuk. Aku toleh ke belakang namun tiada apa apa di situ. Aku berfikiran positif mungkin itu hanyalah mainan fikiran aku.

Sebelum waktu maghrib, pelajar asrama akan menikmati makan malam terlebih dahulu begitu jugalah aku. Pada hari itu aku ke dewan makan untuk makan malam. Sewaktu perjalanan aku terasa seperti ada sekumpulan “orang” yang sedang mengetawakan aku tetapi ketawa yang seperti mengejek. Aku toleh kebelakang tetiba satu lembaga hitam melintasi aku dengan sangat laju. Jantungku berdegup laju. Kali ini, tiada lagi fikiran positif di akar mindaku. Aku berasa tidak sedap hati. Oh ya!Aku memang sejenis yang suka jalan sendirian. Bukanlah tiada kawan tetapi aku lebih gemar berjalan sendirian tetapi bagiku aku tidak sendirian kerana kita dikelilingi makhluk makhluk yang halus daripada zarah.

Selepas usai prep dan solat isyak dan maghrib,semua pelajar akan ke sesi supper tetapi aku tidak gemar untuk makan supper dengan alasan “malas”. Pada masa ini,aku akan berbual dengan rakan rakanku.Kami hanyalah berborak kosong dan bercerekarama tentang “rintangan badai” yang dihadapi akibat tidak siapkan kerja sekolah yang diberi pada waktu cuti. Semua orang kelihatan tenang tetapi tidak bagiku yang asyik mendengar desahan dan tangisan serta tawaan.Aku tidak berlaku aneh dan hanya berlakon tenang.Apabila tepat 12 malam,kami semua akan tidur. Kelihatan semua rakan ku lena dan sedang tidur dibuai awangan manakala aku masih terganggu akibat suara suara itu.

Aku membaca ayat ayat suci Al-Quran dan aku telahpun membacanya sejak prep tadi. Aku menoleh posisi tidurku. Alangkah terkejutnya apabila melihat tiga orang yang terdiri dari dua orang dewasa dan seorang kanak kanak sedang kaku melihatku dengan pandangan tajam. Aku menutup mataku dan menguatkan bacaan ayat ayat suci.Secara tiba-tiiba kedengaran seseorang menjerit dengan sekuat kuat alam di dalam dorm aku. Aku tidak berani untuk membuka mataku. Namun, apabila ada orang yang membuka lampu dan mengejutku aku memberanikan diri untuk membuka mata. Namun, apabila aku membuka mata keadaan menjadi gelap dan sunyi.

Terlihat seseorang berdiri tegak di tengah tengah dorm aku.Aku memberanikan diri untuk pergi ke dorm sebelah bagi mendapatkan pertolongan namun apakan daya pintu dorm aku menjadi berat. Aku menoleh ke belakang lalu “kawanku” menolakku. Aku tersedar dan aku kini berada di surau.

Sewaktu di surau, aku melihat ramai orang menjerit dan meracau. Salah satu ,ustaz memberitahu yang kami diganggu makhluk makhluk halus. Keadaan amat tegang dan menyeramkan apabila surau tidak dapat menghidupkan lampu dan kipas. Ustaz menasihati kami untuk tidur di surau.

Sebenarnya, semua ini berlaku akibat salah kami sendiri. Tidak melakukan bacaan Yaasin ketika masuk ke tempat yang sudah lama tidak berpenghunikan orang. Jadi, tempat tempat ini dijadikan sebagai tempat tinggal penghuni yang tidak dapat kita lihat. Baiklah itu sahaja cerita pada kali ini.Harap ianya memberi pengajaran.Wallahuallam.Sekian terima kasih.Assalamualaikum.

-personz

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Personz
Rating Pembaca
[Total: 51 Average: 3.1]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.