Assalamualaikum, admin dan para pembaca sekalian. Panggil ke aku Syaf. Cerita ini hanya rekaan semata mata, dan maaf jika tak seram. Maaf kalau ter’typo’
*PENGORBANAN*
Syaf sedang leka membelek Iphone 4s yang dibelinya tahun lepas, manakala Ara sedang terbaring kepenatan di atas sofa selepas penat mengemas rumah yang mereka berempat pindah masuk semalam. Angin malam ini terlalu sejuk sehinggakan Syaf dan Ara tidur berpelukan.
“Ara rasa tak sedap hati lah Syaf”.
“Its okay Syaf ada jaga Ara”.
“Okay..” balasnya sambil memandang ke arah tingkap. Muka Ara kelihatan pucat sekali, matanya tidak beralih dari tingkap bilik mereka berdua. Syaf mengalihkan pandangan ke arah tingkap itu dan terlihat jelas bayangan seorang wanita yang mendukung anaknya , rambutnya panjang menutupi muka berdiri di ruangan luar biliknya (Sememangnya ada ruang di luar tingkapnya namun begitu sempit dan hanya boleh masuk melalui tingkap). Tidak mungkin itu manusia kerana rumahnya berada di tingkat tiga. Lalu dibacanya ayat suci Al-Quran dan lembaga itu pun menghilang. Keesokan harinya Ara dan Syaf pun pergi ke kerja dengan menaiki motorsikal. Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah Ara mendapat panggilan dari rakan serumah mereka, Farra.
“Balik cepat aku sorang ni”
“Sha mana?”
“Dia keluar dari pukul 6 petang tadi tak balik lagi”
“Okay”.
Tak lama selepas sampai di rumah Ara mengajak Syaf keluar kerana ingin bertemu teman lelakinya. Teman lelakinya yang berkulit putih dan anak kacukan bugis dan melayu itu adalah teman lelakinya dan pilihan hatinya. Mereka berdua pun keluar meninggalkan Farra di rumah. Selepas berborak sebentar Ara dan Syaf pulang. Alangkah terkejutnya Syaf dan Ara apabila mendapati Farra sedang terduduk dengan tangan yang mengalirkan darah. Mereka pun bergegas ke hospital. Ajalnya masih belum tiba. Syaf duduk bersandar di kerusi menunggu sambil termenung memikirkan apa yang sebenarnya terjadi. Selepas selesai urusan di hospital mereka pun pulang. Syaf sedang asyik membaca ‘Fiksyen Shasha’ iaitu blog yang di ‘follow’nya berberapa bulan lalu.
Kemudian dia ternampak diekor matanya seorang wanita mukanya pucat kebiruan, mukanya kelihatan sedih dan sayu sekali. Sebaik sahaja Syaf mengalih pandangan ke arah pandangan je tempat itu, bayangan itu telah pergi. “Tok tok tok” terdengar bunyi ketukan pintu. “Kejap” kata Syaf sambil berlari anak mendapatkan pintu. Namun tiada siapa di hadapan pintu itu. Syaf menutup pintu. Sebaik sahaja dia berpaling, Syaf ternampak seorang wanita berdiri di penjuru rumah, ya itu wanita tadi. Mukanya yang pucat kebiruan dan sedih, bertukar menjadi teramat marah, kehitaman, koyak dan mulutnya kelihatan seperti ditorah sisinya sehingga menampakkan gusi di bahagian tepi mata hitamnya besar dan mata putihnya merah semerah merahnya. Tiba tiba ada suatu suara yang menyedarkan Syaf yang dari tadi kaku memandang wanita itu. “Assalamualaikum” , rupanya itu Sha yang sudah balik. Selepas mengunci pintu Syaf memandang semula ke tempat tadi. Wanita itu telah pun berlalu pergi. Setelah memberitahu Sha apa yang terjadi kepada Farra, Syaf pun masuk ke dalam bilik dan menguncinya untuk tidur.
*4 HARI KEMUDIAN*
Farra terdiam kaku di dalam biliknya yang hanya diterangi kesamaran cahaya bulan apabila terlihat pocong yang jaraknya dari muka Sha hanya 1 inchi, hidungnya disumbat kapas. Farra terus tidak sedarkan diri dan demam panas pada keesokan harinya, dan dihantar ke hospital dan perlu ‘stay’ di sana. Syaf baru kembali dari dapur dan sebaik sahaja dia masuk ke biliknya bau kapur barus menusuk hidung. kelihatan Ara duduk di atas katil dan hanya tunduk dan mendiamkan diri. “Ara, okay tak, ada masaalah ke?” Syaf meng agak .
“………”
Tiba tiba Ara bangun dan merangkak seperti bayi dan menuju ke atas badan Syaf , diselaknya baju Syaf. Syaf tolak Ara sehingga terbaring ditepi kerana mata hitamnya besar sehingga tidak menampakkan mata putihnya. “Tolonglah , malam ni je Ara stress sangat”
“Apa nama penuh kau”
“Sayang…. boleh tak?”
“Kau jangan menipu jin iblis laknatullah!” Kata syaf sedikit meninggikan suara.
“HAHAHAHAHA”
“Siapa kau”
“HAHAHAHAHA”
“Macam mana kau boleh sampai sini”
“Tuan aku hantar aku”
“Siapa”
“HAHAHAHAHA”
“Keluar dari badan Ara sekarang”
“Baiklah , tapi ingat aku akan kembali!”
Sejurus lepas perkataan itu keluar dari mulut Ara dia rebah (pengsan) ke lengan Syaf. Syaf mengambil air dan dibacanya Ayat Al-Quran dan menyapunya ke muka Ara. “Syaf….” Ara sudah tersedar.
“Ye, baby Syaf ” balas Syaf sambil tersenyum.
“Sempat lagi kau melawak setan betul hahaha” kata Ara sambil ketawa kecil .
“Kau lah yang duk menggoda aku serupa syaiton tadi” katanya sambil tersengih. Ara mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti
“Takpa takyah fikir pun” kata Syaf lalu bangun mendapatkan selimutnya disebelah Ara untuk tidur.
Berberapa minit lepas Syaf memejamkan matanya Syaf terasa seperti pipinya dikucup lembut. Kemudian dia terdengar “terima kasih lah selalu jaga Ara ” . Beberapa hari berlalu , bermacam macam gangguan yang mereka bertiga alami (Syaf, Ara dan Farra.) Bunyi perabot diseret adalah menjadi kebiasaan bagi mereka.
Malam itu mereka berempat baru pulang. Hujan teramat lebat pada malam itu . Disinilah semuanya terbongkar . Malam itu Ara sekali lagi dirasuk. Benda itu berdegil tidak mahu keluar . Syaf memanggil ustaz yang dikenalinya, tak lama kemudian ustaz sampai di rumah. Bila ustaz masuk dia kelihatan terkejut sekali, kerana ada dua ekor lembaga yang merasuk Ara. (Dipendekkan lah ya sebab nanti admin marah panjang sangat, lagipun dah panjang rasanya ni) Ustaz memberitahu satu datangnya dari pada rumah ini .
*CERITA TENTANG RUMAH INI*
Dulu ada seorang wanita yang bernama Rin. Rin mempunyai teman lelaki dan teman lelakinya adalah tuan rumah ini, roy. Dia hamil anak Roy. Rin tinggal di rumah itu (rumah mereka berempat.) Teman lelakinya meninggalkan dia dan anaknya dan mencari wanita yang lain meninggalkannya seorang diri di rumah itu (Namun masih memberi wang). Selepas 9 bulan usia kandungannya Roy tiba tiba menghilangkan diri dan didapati telah berkahwin dengan bekas P.A nya dahulu. Rin melahirkan anaknya seorang diri di bilik ‘Master’ rumah itu. Namun anaknya yang dilahirkan tidak bernyawa. Dia tekad menggantung diri di kipas biliknya itu. Polis menjumpai mayatnya selepas beberapa jiran mengadu bau busuk datang dari rumah itu. Mayatnya sudah kembung mungkin sudah lebih seminggu. Setelah kejadian itu, tiada yang menyewa sehingga lah tuan rumah menawarkan harga yang murah.
Kembali kepada cerita tadi .
Alangkah terkejutnya mereka bertiga (Shaa tiada di rumah) dan yang kedua.. sebelum itu ini adalah gangguan yang hanya Ara dengan syaf dapat.
*GANGGUAN PADA ARA DAN SYAF*
Ara menjadi seorang yang panas baran , sedangkan dia bukan begitu. Dia memarahi teman lelakinya kerana keluar dengan kawan kawan lelakinya atas sebab yang tidak munasabah. Syaf turut terkena tempias, dia dimarahi akibat pulang lewat dari kerja dan lupa memberitahunya. Dan membuat Ara menunggu dibawah . Di tampar berkali kali namun Syaf masih diam dan tidak melawan kerana dia merasa ada sesuatu yang tidak kena. Ara hampir bunuh diri namun sempat diselamatkan Syaf. Syaf sering nampak kelibat ‘gula gula’ itu. Syaf juga sering disapa. Syaf sentiasa terasa berenam dirumah.
Okay berbalik kepada cerita tadi. Yang kedua dalam badan Ara adalah jin yang dihantar kawan mereka sendiri, Sha . Akibat cemburu kerana Ara mempunyai teman lelaki yang mempunyai paras rupa yang kacak dan diberi perhatian yang baik oleh Sha. Dia menghantar sihir untuk menganggu ketenangan Ara dan ingin membuat Ara menjadi gila dan akhirnya membunuh diri supaya teman lelaki Ara menjadi miliknya. Syaf juga turut terkena supaya takut akan kelibat kelibat yang dinampaknya sehingga dia terlalu takut begitu dan bunuh diri . Namun segalanya tidak terjadi kerana mujurlah Ara dan Syaf kuat semangat dan masih waras daripada membunuh diri.
Berbalik pada cerita. Ustaz pun mengeluarkan kedua dua makhluk itu . Dan semuanya berakhir. Jangan stop baca lagi ehhhhh . Sha ditempatkan di rumah sakit jiwa kerana ‘benda’ yang dihantarnya telah kembali dan menghantuinya. Akhirnya Sha mati gantung diri di hospital itu. Farra pula telah melanjutkan pelajarannya di Universiti dan menetap bersama ibu bapanya. Manakala Ara sudah putus dengan teman lelakinya kerana rupanya teman lelakinya itu rupanya seorang ‘playboy’ . Syaf pula naik pangkat dan masih serumah dan sebilik dengan Ara. Mereka berdua telah membuat bacaan tahlil di rumah itu dan segala galanya sudah pulih seperti sedia kala. Ingat tak masa Farra cuba bunuh diri? Dia nampak bayangan yang sama berada di penjuru rumah dan benda itu menyuruhnya bunuh diri. Dan dia tidak dapat mengawal badannya dan nekad bunuh diri. Yang bawah ni kalau boleh baca kuat sikit.
Abang tengah potong kuku,
Adik suka makan muruku,
Mari lah pocong datang kepadaku,
Mari datang tidur di sebelahku.
Jaga jaga nanti ada yang memerhati di hujung tu. Byee thank you sudi baca. Kenapa tajuk dia pengorbanan? Sebab Syaf lah yang paling banyak berkorban, luka luka masa selamatkan Ara dari kelar nadi, kena pukul, tampar dengan Ara semasa dia mula menjadi panas baran, dia yang berkorban untuk cari duit buat operation Farra, tapi dirahsiakan oleh dia sendiri dan taknak Farra tahu tentang kos dia yang hampir ribuan, jaga Ara, peluk dia dan cium dahi tiap hari supaya dia tak terlalu fikir tentang teman lelaki dia dan supaya dia rasa selamat dan tak takut. Bertanggungjawab . Dan sebagainya. Harap sangat admin sudi publishkan sebab penat tulis panjang lebar.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Confuse mak bce. syaf ngan ara ni kapel ke pe? syaf ni laki ke pmpn? pstu berbalik citer byk kali. adoi sakit kepala mak.. kne buka ni makan panadol.
Perempuan
Emmmmm, Ara tu dh ada boypren pastu dok kwn dgn Shaf tu, lelaki ke Shaf tu
Dok sebilik dgn Ara tu ke, serumah dgn Farra dan Sha, itu yg aku paham la, ke aku tak paham jln ceritanya, cerita rekaan tp mcm aku tak paham…peninggg…
Eh..typo Syaf..hang lelaki ka ppuan
Syaf tu perempuan
Syaf tu pompuan…biasa la bdk pompuan ni kalo rapat, caring nye lebih mengalahkan bf sendiri..cb lelaki buat mcm ni..da lama kena cop gay…tp kalo pompuan buat, dikatakan hnya sekadar konsep kasih sayang…adik dan kakak katanye…
Ye betul betul ?
Ooooo…ok la…crita best jugak….ingatkan lelaki td, konpius
da mcm cite lesbo dah aku baca.. haha
Ampun maaf dipinta di bulan mulia ini. Syaf masih wanita sejati. Hahahaha , mintak maaf ya kosong kosong.
Rekaan anda memeningkan…..confuse jap.
“jaga Ara, peluk dia dan cium dahi tiap hari supaya dia tak terlalu fikir tentang teman lelaki dia dan supaya dia rasa selamat dan tak takut…”
Mintak maapler…
Dr mule bace akk dok terlintas mcm lesbo plak bdk berdua ni…
Sampailah ke akhir ayat tu buat akk meremang je ghase dik…
Akk pn ade kwn baik yg sgt rapat dr sek men…
Diploma dok sebilik selama 3tahun…
degree wpon berlainan universiti, ktorg msh sewa umh dan dok sebilik gak selama 2tahun…
Tahap rapat kamceng mcm adik beradik dh…
Tapi…
Tak penah sekalipon akk dok kiss2 pipi dahi die bagai…
Lain macaaammm plak caring Shaf ngan Ara tu…
Membygkan mesra diorg tu lg menyeramkan dr cerita ni kot…
Huhuhuhuuu…
Ampun maaf dipinta di bulan mulia ini. Syaf masih wanita sejati, dan ada hati pada lelaki. Jangan marah ya. Jalan cerita rekaan sahaja.