PENJAGA

Assalammualaikum FS reader, Aku Kemboja. Cerita aku ni aku ambil dari pengalaman member aku. Sebelum aku mulakan cerita throwback ni, aku nak minta maaf sekiranya cerita ni tak berjaya nak meremangkan bulu roma Korang, atau tak berape nak menarik. Sedikit intro, member aku ni beritahu aku yang dia sejenis hijab tak terbuka, so biasa-biasa saja dia ni.

‘Aku’ dalam cerita ni adalah member aku. Ceritanya bermula begini. Pada suatu malam yang hening, dalam minggu ulangkaji (study week) aku berempat sebilik. Aku, Nas, Ary, dan Jol. Zaman remaja, minggu ulangkaji adalah minggu paling heaven untuk kami walaupun exam dah dekat. Waktu tu, Nas sibuk bergayut dengan girlfriend di atas katil dia, Aku pula sibuk dengan laman sosial, Jol dan Ary sibuk lawan Counter Strike. Zaman tu game ni memang tengah in. Ok, aku ringkaskan cerita. Lebih kurang pukul 2.05 pagi, aku terasa nak pergi tandas, aku ni jenis malas nak ajak orang teman aku, so aku acah-acah berani.

Jadi aku terus melangkah keluar dari bilik dan berjalan melalui koridor yang agak suram. Kebanyakkan bilik kosong dan berkunci sebab ramai yang pulang ke kampung halaman. Semakin hampir aku dengan pintu masuk tandas, aku ternampak kelibat seseorang yang sedang berdiri betul di pembahagi sinki. Untuk memudahkan korang faham, aku ceritakan sikit pelan tandas kat asrama aku tu. Terdapat 10 tandas dan 10 sinki di asrama aku. 5 di sebelah kanan dan 5 di sebelah kiri. Sinki berada di bahagian tengah dan masing-masing menghadap pintu tandas. Dan kelibat tu berada di antara sinki kanan dan kiri, betul-betul menghadap pintu masuk tandas.

Faham tak? Ok, Makin dekat, makin dekat sampai tinggal 20 langkah, barulah aku tahu kelibat tu sebenarnya bukan orang ok, rambut panjang sampai ke lutut menutup bahagian wajahnya, baju buruk putih dan ada bekas warna coklat dan merah pada aku mungkin tanah dan darah. Disebabkan pundi kencing aku memaksa aku untuk masuk ke dalam tandas, aku nekad lalu depan benda tu yang hanya berdiri statik.

Masa lalu depan benda tu bulu roma aku memang terpacak habis, cepat- cepat aku selesaikan urusan aku. Dan sekarang aku berkira-kira nak keluar atau tak. Aku tertanya ‘benda’ tu masih ada lagi atau tak dekat situ. Korang boleh imagine tak perasaan aku time tu. Rasa nak nangis, nak menjerit, semua ada. Disebabkan aku rasa lebih selamat aku tidur dalam bilik daripada tidur dalam tandas, aku nekad buka pintu tandas dan dengan perlahan aku melangkah keluar serentak menoleh ke arah ’benda’ tu berdiri tadi. Guess what? Dia still kat situ. Aku dah menggigil, peluh dingin dah keluar, aku sekali lagi perlu lalu depan ‘dia’. Aku berjalan laju sambil menunduk ketika melintasi ‘benda’ tu dan sekali lagi bulu roma aku tegak.

Dalam hati aku redha dan pasrah aku terus berjalan tak toleh ke belakang. Benda tu tetap berdiri statik dan time ni aku confirm bukan prank sebab masa aku tunduk tu aku tak nampak kaki ‘dia’ dan kain yang dia pakai tu tak sampai lantai pun. Maknanya ape? ‘dia’ terapung weh.

Lebih kurang 15 langkah untuk aku sampai ke pintu bilik aku, BAMM!!! BAMMM!!! Bunyi pintu bilik asrama yang dikunci tadi dihempas. Dan serentak tu aku tertoleh ke belakang dan kelibat tadi dah lesap. Aku terus buka pintu bilik dan naik atas katil, selubung. Nas, Jol dan Ary yang tengok keadaan aku time tu terus semua naik atas katil masing-masing, matikan lampu dan tidur sampai ke Subuh.

Keesokkanya barulah aku cerita kat diorang ape yang berlaku. Sejak dari tu, aku dan member aku dah tak acah-acah berani dah. Aku paksa gak member aku ni teman aku sekali kalau nak kemana-mana. Sekian … Sampai disini saja pengalaman seram aku yang aku lalui…Ada masa nanti aku kongsikan lagi cerita dekat fs.

hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

13 thoughts on “PENJAGA”

  1. Seram / Tak (2 marks) = 2
    Gaya bahasa (2 marks) = 1
    Penyampaian (2 marks) = 2
    Real / Fake (2 marks) = 1
    Whole story (2 marks) = 1
    Comment : 7/10. Best jugak. Tapi ringkas. Nanti cerita lagi k

    Reply
  2. Ntah kenapa akak rasa cite ni macam dia reka untuk pergi ke tandas.. huhu.. Sebab nak lalu juga ulang-alik kat hantu tu.. Biasanya orang dah terkucil dan2 tu jgk.. Kira berani jugakan kawan adik ni…

    Reply
  3. Kalau aku tidak la nak kencing gak kt tandas tu..balik bilik cri botol.. Haha.. X sanggup.. Kang lalu2 dpan dia terus kejang kaki smua xleh nak grak.. Lagi pishang.. Haha

    Reply
  4. pernah kne jgk mcm ni.. die tak tunjukkan diri tp die ikot dri blakang.. bila lari laju, die pon follow.. ikot masuk dalam bilik siap berdiri tegak kat kepale lg.. hahahahaahah

    Reply

Leave a Comment