Assalamualaikum dan salam sejahtera , Nama saya Firdaus berusia 34 tahun . Kisah yang ingin saya ceritakan adalah kisah pengalaman saya sewaktu tinggal di asrama. Di salah satu kawasan di Selangor , Sekolah yang aku belajar ini mempunyai asrama lelaki dan wanita , yang mana tidak semua orang tinggal di asrama ada yang berulang alik dari rumah mereka , asrama disediakan untuk pelajar yang rumah mereka agak jauh , dan saya adalah salah satu nya, yang mana sekolah itu berbeza daerah dengan alamat rumah saya
Sepanjang 5 Tahun belajar di asrama , pelbagai kisah suka duka juga pelbagai kisah seram tentang sekolah itu saya alami , Buat pengetahuan pembaca sekolah ini adalah sekolah Agama Menengah yang mana disamping silibus akademik terdapat juga silibus untuk pengajian agama seperti bahasa arab tauhid feqah dan sebagainya .Sekolah saya Juga ada menawarkan program STAM atau Sijil Tinggi Agama Menengah yang mana sgt diperlukan bagi sesiapa yang berhasrat untuk melanjut pengajian ke mesir .
Tanpa berbasa basi , biar lah saya cerita serba sedikit kejadian aneh disekolah saya ini.
Pada suatu hari Ustazah saya sedang sibuk mngajar, dan waktu pelajar agak kurang fokus mungkin kerana sudah hampir waktu untuk pulang , jadi ustazah saya pada waktu ini berkata , “Korang nk dengar cerita pasal sekolah ini x”? Saya masih ingat lagi soalan itu ditujukan oleh ustazah kepda kami, dan kami beramai ramai menjawab serentak , Nakkkkk !! Best Juga mendengar cerita Bisik saya dalam hati , kepala ni seperti sudah tak boleh masuk untuk belajar , apa salah nya sedikit selingan sementara menunggu waktu pulang.
Ustazah pon memulakan ceritanya , kisah yang ingin diceritakan adalah mengenai Sejarah Dewan Sekolah kami , yang tersergam indah namun disebalik Dewan yang kelihatan Gah itu tersimpan sejarah yang amat menakutkan. Ustazah berkata dewan itu pernah runtuh 3 kali sewaktu pembinaan nya, dan pembinaan nya kali ke tiga itu sehingga memaksa beberapa ustaz yang berkhidmat disekolah pada waktu itu sehinggakan terpaksa bersilat kerana gangguan dari makhluk halus disekolah itu, antara salah seorang ustaz adalah suami kepda ustazah itu sendiri, demi memastikan pembinaan dewan itu dapat disiapkan segera keran sudah agak lama terbengkalai disebabkan runtuh sewaktu pembinaan ulah dari gangguan makhluk astral yang mendiami sekolah saya tersebut.
Ustazah terus sambung brcerita, selepas dewan itu berjaya didirikan ada satu peristiwa gempar berlaku di sekolah saya , dan kejadian itu bukanlah pada waktu malam malahan tengah hari, pada satu hari di tahun 1998 hanya beberapa hari Dewan Sekolah saya Siap, Buat pengetahuan pembaca sekolah saya dulu diuruskan oleh pihak JAIS jadi segala aturan dan waktu persekolahan adalah mengikut ketetapan JAIS, dan pada waktu tersebut pelajar akan pulang sekitar 1.40 petang ( Yang mana sekarang kerjaaan telah ambil alih dan ditukarkan waktu pulang pada pkul 2.30 petang. Buat pengetahuan pembaca pintu pagar masuk sekolah saya ini berhadapan dengan tanah perkuburan dihalaman sebuah masjid, hanya seberang jalan sekolah saya sahaja, pada hari tersebut takala pelajar sedang sibuk pulang ada yg sedang berbaris menunggu bas, TIBA-TIBA……
Dari kuburan yang berhadapan sekolah itu diseberang jalan, tiba2 ada pocong yang berbalut kain Kafan berselut lumpur melompat-lompat, ya betul!!!! Pocong melompat dari kubur masuk ke sekolah saya pada pukul 1.40 tgh hari tersebut. Cerita ini telah disahkan benar oleh bekas2 pengajar sekolah tersebut. Dan waktu itu hampir semua yang sedang menunggu di pagar sekolah untukpulang semua nya PENGSAN!!! Ustazah katakan waktu tu suami nya juga melihat pocong itu melompat perlahan lahan di tengah terik matahari di tengah hari itu menuju ke arah dewan Sekolah saya dan akhirnya Hilang , Para guru semua nya kelam kabut untuk membantu menyedarkan para pelajar yang tidak sedarkan diri , mengikut cerita ustazah saya , Ramai Juga para guru atau pengajar yang pengsan ketika itu yang turut melihat kejadian itu . Saya pernah cuba mencari tahu asal usul Tapak sekolah ini dahulu , dengan bertanya kepada makcik kantin yang tinggal sebelah sekolah saya sahaja , beliau mengatakan bahawa sekolah yang saya duduki ini adalah tapak kubur orang Asli, yang mana beberapa km dari kawasan tersebut merupakan tempat tinggal bagi orang asli.
Sebenarnye banyak lagi kisah pelik yang dialami selama 5 tahun saya menduduki asrama dariForm 1 hingga Form 5 , nantilah kalau ada masa lapang akan saya kongsikan itu pun jika cerita itu tersiar.
Kisah budak sekolah dikoridor sekolah pkul 2 pagi , kisah pelajar diganggu kerana tak jaga kebersihan , banyak lagi bakal saya ceritakan dimasa akan, Sekian dari saya
Firdaus_Kacaks
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit