Penjaga Sekolah

Thanks admin n FS fans. Aku ingin menceritakan kisah sekolah lama aku yang sememangnya dah lama didirikan. Sudah menjangkau 50 tahun usianya. Sekolah tu dipinggir bandar dan kecil tak sebesar sekolah2 baru. Tak perlu disebutkan nama.

Alkisahnya sekolah ni ada penjaga yang bagi aku dia baik. Masa aku mula2 masuk form 1, masih ramai cikgu2 lama mengajar di situ dan salah seorangnya kamcing dengan aku.A ku namakan dia Cikgu Mawar. Kejadian ni diceritakan semula oleh Cikgu Mawar kepada kami. Identiti penjaga sekolah tu terbongkar lepas kes kehilangan laptop seorang guru. Sebelum kejadian tu, student2 pernah ternampak ada budak lelaki bertelanjang bulat main bola di tengah padang tengah hari buta. Diorang fikir mungkin anak makcik kantin walaupun ada keraguan dalam hati.

Kisah bermula apabila seorang budak perempuan dirasuk. Mulanya, dia hanya pergi ambil baldi di stor bawah tangga di blok C.Tapi pelik sebab dia terlalu lama di dalam stor. Lepas dia keluar, kawan2 dia perasan yang dia diam tak bercakap langsung, kepala tunduk ke bawah dan matanya merah. Bila perasan ada sesuatu yang tak kena, dia pun dibawa kepada ustaz. Ustaz dan beberapa orang cikgu termasuk Cikgu Mawar mula menyoal dia di bilik disiplin. Dia memberitahu namanya dan dia tinggal di stor di blok C tersebut. Namanya biarlah rahsia mungkin ada bekas student yang kenal. Dia mengaku sejak kecil dia tinggal di situ dan kenal dengan beberapa orang guru lama termasuk Cikgu Mawar. Dia merasuk budak tu sebab dia tahu sape yang curi laptop cikgu tu. Dan memang betul, budak tu dah pun mengaku dan kes selesai.

Cikgu Mawar ambil kesempatan tu untuk tanya macam2 soalan. Dia masih budak kecil masa tu sesusia budak 11 tahun. Matanya merah dan bertelanjang.Dia lah yang menjaga sekolah tu. Tempat dia bermain adalah di sebatang pokok besar di hujung padang. Dia memberitahu lagi, dalam stor bawah tangga tu ada 99 bilik. Memang tak logik dek akal manusia sebab stor tu kecil. Bilik2 tu jadi persinggahan jin2 dan tempat tinggal mereka. Kira macam hotel la. Macam2 jenis jin yang pernah tinggal di situ dan paling lama ialah seorang puteri. Aku tak tau sejauh mana kebenarannya tapi itu lah yang diceritakan oleh penjaga tersebut.

Sejak itu, stor tu ditutup untuk sebarang kegunaan. Tapi, telah dibersihkan dan digunakan semula sejak tahun lepas. Kisah penjaga tu tersebar dari mulut ke mulut student lama. Tapi student baru tak tahu cerita termasuk la ibu aku yang baru mengajar kat situ. Ada blok A,B,C dan blok makmal komputer kat sekolah tu. Blok C paling keras sebab bangunan paling lama. Tapi sekarang semua blok dah jadi keras..hehe.

Pernah satu program diadakan kat sekolah dan student bermalam di situ. Pada malam tu, ustaz dan dua orang pelajar senior sedang membuat rondaan. Tiba di kantin, tiba2 diorang dituju dengan batu2 kecil. Bila suluh takde sesiapa. Ustaz sempat kutip batu2 tu dan tunjuk pada kami. Mungkin dia mahu mengusik. Yelah, budak2 kan. Cikgu Mawar dan seorang ustazah Z pun pernah kena tolak dari belakang sampai terjatuh. Tapi bila toleh takde sesiapa pun. Diorang kena di belakang blok A sebelah makmal komputer. Tempat yang sama ,kejadian sama tapi waktu yang berbeza. Itu takpa lagi sebab tahu sapa yang buat.

Kebelakangan ni, identiti lain pula yang datang mengganggu. Ibu aku pernah nampak lembaga hitam atas meja macam tengah bersujud pukul 7 pagi. Baru2 ni, sorang pelajar nampak rambut panjang di belakang tv dalam bilik disiplin sampai demam budak tu. Pernah juga buat rumah hantu masa karnival. Itu pertama kali rumah hantu dibuat dalam sejarah sekolah. Apa lagi, hantu lain pun ikut join la takutkan budak2. Aku tak masuk pun tapi adik aku sendiri nampak. Budak2 pakai baju putih dan conteng muka sikit2 ja.Yang orang lain nampak hantu rambut panjang.A da juga kes sorang cikgu pernah kena ganggu masa buat kerja sorang2 di makmal komputer waktu petang. Tapi aku malas nak citer..hehe

Sekarang ni cikgu2 lama semua dah pindah dan takde dengar dah cerita pasal penjaga tu. Aku rasa penjaga tu sekarang dah besar dan dia pergi marantau cari makwe sebab tu hantu lain bermaharajalela. Haha.. Wallahualam

7 thoughts on “Penjaga Sekolah”

  1. Bodo ko ni.dh cite pastu xnk cite lak.baik ko x pyh confess cite ko bahlol klu xnk cite .bangang.nyusah kn org je mung ni natang!!

    Reply

Leave a Comment