Penumpang Badan

assalamualaikum peminat fs..ni kisah sepupu aku nama dia m.(gelaran je).sepupu aku ni dia boleh dikatakan senang nampak benda halus.sejak dia belajar mengurut.

kisah ni masa aku duduk asrama tahun 2015 masa tu umur aku 15 tahun.waktu malam budak asrama form 3 ada kelas tambahan di sekolah.mula kelas lepas maghrib sampai la pukul 11malam macam tu la..lepas habis kelas kiteorang nak balik asrama sepupu aku tengok tingkat atas bangunan sekolah.masa tu dia nampak ada perempuan baju putih rambut panjang bertenggek dekat speaker besar.boleh pulak masa tu dia bagitau kawan-kawan yang suruh tengok atas..masing-masing nampak terus la lari lintang pukang.

lepas beberapa lama ada seorang ustaz yang ajar mengaji al-quran kat asrama tegur sepupu aku.masa tu aku ada sekali dengan dia.

ustaz tu cakap “m,awat pakcik dok nampak hang dok melilau kat kampung sini hari sabtu ahad lepas??”sepupu aku cakap la mana dia ada datang kampung dekat situ sebab waktu tu kiteorang cuti balik bermalam kat rumah.

ustaz tu terus maksudkan yang berkeliaran kat kampung tu benda halus yang tumpang dengan dia.ustaz tu cakap lagi “lani benda tu dah merupa jadi macam hang sikit-sikit.lani muka dia dah nak sama macam hang tapi hidung,teling,dagu dia panjang-panjang.kening dia tajam.takut benda tu kacau orang kampung nanti orang kampung belasah hang pulak sebab muka dah nak macam hang”.

masa tu meremang habis bulu roma aku.ustaz tu sambung lagi..”lani benda tu dok ada dalam badan hang ja.pak cik nak kunci dia tak bagi keluar boleh tapi takut nanti orang kata hang demam kuning pulak.pak cik halau jala dia pi jauh-jauh.

ustaz tu pesan kat sepupu aku jangan tinggal solat banyakkan zikir baru benda tu tak boleh dekat dengan dia.dia pun angguk jela.

lepas tu aku dengan sepupu aku berjalan nak pegi solat isyak kat surau.masa jalan tu bila aku dekat dengan dia meremang habis bulu roma aku.bila aku jarakkan sikit baru reda.

sampai sekarang sepupu aku boleh nampak benda-benda halus ni.bila dia nampak dia akan bagitau.ada yang macam puteri cantik-cantik ada yang huduh..kalau huduh sangat dia dia ja and jalan pun tunduk-tunduk..

setakat tu je cite yg xbpe seram..sje nk berkongsi.. =)

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

1 thought on “Penumpang Badan”

Leave a Comment