Penunggu Dewan University

Assalamualaikum admin,

Saya suka habiskan masa di dalam train dengan membaca cerita2 dalam FS.. Secara jujurnya saya gembira sebab ada juga orang yang ada pengalaman seperti saya. Panggil saya Anne, saya anak kedua dari 4 orang adik beradik. Saya tak pasti samada saya gifted atau ada sesuatu follow saya tapi saya ada kebolehan merasa kehadiran makhluk ghaib ni.

Nak dijadikan cerita, peristiwa ni berlaku sewaktu saya baru hendak memulakan pengajian degree di sebuah uni di shah alam. Kami pelajar baru kena menjalani induksi yang dibuat di satu lagi cawangan uni di seksyen 18 shah alam (rasa semua dah dapat agak kot uni apa).

Berbalik kepada cerita, pelajar perempuan ditempatkan di dewan uni dan lelaki ditempatkan di kelas2. Jadi bila dah dapat tahu tempat tido kat dewan saya dengan kawan baik saya (Sufi) pon cepat2 ambil beg dan naik ke atas dewan untuk letak barang. Setelah ambil beg dan naik ke atas dewan, saya perasan ada satu piano besar tersorok di tepi langsir pentas dewan. Nampak piano tu usang, tapi bukan tu yang menarik perhatian saya, saya dapat rasa kehadiran sesuatu kat situ. Saya rasa tak sedap hati dan cepat2 letak barang dan turun semula ke bawah. Aktiviti berjalan seperti biasa hari tu dan bila ada aktiviti di dewan saya tak pasti kenapa saya rasa asyik nak pandang ke arah piano tu. Dari bawah piano tu tak nampak sebab terlindung di sebalik langsir, saya masih buat tak tahu sebab bagi saya asalkan dia tak ganggu saya tak ada sebab untuk ganggu dia.

Selesai semua aktiviti kami pon bersiap2 untuk mandi dan solat maghrib. Fesi mintak kami solat maghrib dan isyak berjemaah di dewan dan selesai solat kami pon mengambil tempat untuk tido. Saya dan Sufi tido di atas pentas dan yang lain tido di lantai bahagian bawah dewan. Saya pon habiskan masa mesej dengan boyfriend (Ijat) dan sewaktu tengah sibuk bermesej saya rasa macam ada sesuatu yang marah.

Susah nak jelaskan macam mana saya leh rasa tapi dalam hati saya memang saya rasa. Dan rasa marah tu datang dari arah piano tu! Sambil mesej ngan Ijat saya pon bagi tahu dia ada sesuatu kat pentas ni dan dia marah kita tido kat sini. Saya takut dia kacau budak yang baring betol2 tepi piano tu. Ijat cadangkan bagitahu fesi sebelum apa2 yang teruk jadi. Fesi ada kongsi nombor telefon dah bagitahu kalau apa apa kecemasan mesej mereka. Saya pon lekas mesej seorang fesi ni..

*Ayat mungkin tak sama dengan perbualan sebenar sebab peristiwa ni dah 7 tahun berlaku

Anne : Salam ni kak Mia ke?
Fesi (Mia) : Salam ha ya ni kak mia
Anne : Kak saya salah sorang student yang tido atas pentas ni, saya nak jumpa akak sekejap boleh?
Mia : OK

Lepas Kak Mia cakap okay saya berdesup bangun dan lari lari anak sambil melangkah lautan student2 yang baring kat bawah untuk sampai ke pintu dewan, memang cuak sangat sampai lupa pakai tudung.

Kak Mia : Kamu Anne ya yang mesej akak tadi
Anne : Ha saya kak, akak saya rasa kita kena pindahkan budak2 yang tido atas pentas, ada benda tak suka kita tido situ

Bila saya cakap macam tu muka Kak Mia terus pucat lesi, haha. dia minta saya jangan panik dan ajak keluar dewan (time ni saya rasa dia yang panik) dan berjalan ke arah khemah fesi. Kak Mia bagitahu semua fesi perempuan dan kami mula la buat aktiviti mengejut semua student perempuan yang tido di pentas.

Oh lupa nak bagitahu Sufi ada kebolehan nampak terus benda halus ni cuma dia sangat blur dan akan sedar bila saya tegur sahaja. Bila saya kejut Sufi saya cuma cakap.. Weh bangun tido bawah, esok aku cerita.. Sufi pon dengan blur2 turun dan carik tempat tido di celahan student2 lain.

Sementara fesi sibuk mengejut student saya perasan budak yang tido paling dekat ngan piano tu tak bangun2.. Saya cepat2 gerakkan dia dan mintak dia turun bawah.. Sudah selesai semua saya pon join fesi di khemah luar sebab dah tak boleh tido. Satu saya perasan sewaktu ada student nak pergi toilet di luar dewan, semasa student tersebut bukak pintu saya nampak ada makhluk putih atas tangga tengah termenung, tangga betol2 sebelah piano tu.. Saya ingat imaginasi tapi bukan sebab bila student tu masuk dewan balik dia masih ada..

Dah nampak tu memang tak rancang nak sambung tido la. Mau kawan tu join kita tido sekali. Jadi saya pon duduk di luar bersama fesi sampai azan subuh, tapi memang alive malam tu kawasan uni.. macam waktu ada kelas.. ramai ‘orang’ berjalan2.. mungkin mereka tahu saya boleh rasa kehadiran sebab bila nak terlelap ada ‘orang’ sergah dari atas khemah.. haha!

Dah selesai induksi kami pon balik, tapi dari cerita yang saya dengar memang kawan situ keras.. ada dua ekor penghuni kt dewan.. satu kt atas pentas di piano satu kat bawah.. Saya pon pelik kenapa mereka masih tempatkan kami kat situ kalau dah tahu berpenunggu? Jawapan guard.. kat tempat tido student lelaki lagi keras, banyak pocong dan mereka sangat violent, suka cederakan orang…

Bila masuk semesta baru saya dapat tahu yang uni tak buat induksi bermalam di situ lagi, semua aktiviti ambil masa sehari sahaja.. Mungkin untuk elak kejadian tak diingini? Hmmm.. OK lah itu sahaja cerita saya, terpulang untuk percaya ke tidak tapi itu yang berlaku, nama diubah untuk menjaga privasi..

Nota kaki : Di saat sedang menaip cerita ini saya diekori, betol la orang cakap kalau kita tak tegur mereka, mereka tak kacau kita.. Ni dah disebut datang la dia..

1 thought on “Penunggu Dewan University”

Leave a Comment